“Selepas ini kena pergi
bulan madu,” kata Ilham. Ayat dia yang buat Khalida tergelak saja.
“Tak boleh, tak boleh,”
balas Khalida sambil mengelengkan kepalanya. Khalida mula berjalan semula. Ilham memegang tangan kanan Khalida dan
mengiringinya berjalan. Ilham tersenyum saja.
Balik di rumah, hanya mak
saya berada di hadapan pintu. Terus Khalida buka pintu dan keluar berjalan
perlahan-lahan di hadapan mak. Mak terkejut dengan apa yang dilihatnya. Khalida
berjalan perlahan-perlahan menuju ke arah tempat maknya berdiri. Ilham biarkan
saja.
“Mak, kerana Abang Am, Lida
dah boleh jalan semula!” kata Khalida sambil menghulurkan kedua belah tangannya
kepada Puan Naimah. Air mata mengalir membasahi pipi Puan Naimah. Syukur
Alhamdulillah.
“Mak, mak, tengok ni!” jerit
Puan Naimah. Nenek datang. Ayien dan Shima turut datang.
“Alhamdulillah, Lida dah
boleh jalan!” kata nenek sambil turut merangkul Khalida. Khalida tersenyum.
“Mak takut Lida dah tak
boleh jalan sampai bila-bila,”kata mak masih bersedih.
“Lida kan kuat!” ujar
Khalida tetapi kali ini ayer mata Khalida mengalir perlahan. Setahun tidak
boleh berjalan, dia sendiri pun takut sebenarnya, takut dia tidak boleh jalan
untuk selama-lamanya. Dan rasa tidak boleh berjalan ini amat menyeksakan, amat
menyakitkan hati kerana mahu lakukan sebarang pekerjaan pun tak boleh. Macam
agaknya orang yang lumpuh untuk selama-lamanya. Orang yang memang dilahirkan
cacat?
Ilham menghampiri Khalida.
“Syukur lah ALLAH
perkenankan doa mak selama ini..,” esak mak semakin menjadi. Khalida
mengangguk. Semua ini kehendak ALLAH mak, kita hanya mampu berdoa dan berusaha
saja, yang lain ALLAH yang tentukan.
“Mak nak tahu lagi tak?”
semua orang sampai ke saat ini tak tahu siapa yang menderma darah untuknya
ketika dia kehilangan darah tempoh hari. Ilham merahsiakan hal ini tetapi
Khalida tahu dengan sendirinya. Walaupun tidak ada sesiapa pun yang memberitahu
hal itu kepadanya.
“Apa Lida?”
“Darah yang ada di dalam
badan Lida nie, sebahagiannya ada lah darah Abang Am. Lida kehilangan banyak
darah dan waktu itu hanya darah Abang Am saja yang sesuai dengan Lida, kalau
tidak kerana Abang Am, lida dah tak ada di dunia ini, mak!” beritahu Khalida
lagi. Apa pun sekarang, semua orang dalam rumah ini kena terima Ilham dalam
keluarga mereka. Harapkan Ilham sampai bila pun tak akan ada apa-apa perubahan
dalam keluarga mereka. Ilham tak nak cakap tentang itu. Dia lelaki dan dia tak
pandai untuk mengambil hati orang dengan kata-kata.
Hari ini baru dapat jawapan
kenapa dan mengapa Khalida mahu berkahwin semula dengan Ilham yang pernah
menyakiti hatinya dulu. Hari tu rasa pelik sangat, tiba-tiba sedar saja terus
berkahwin dengan Ilham. Rupanya ada sebab yang kukuh dan terlalu kuat. Dia
orang bukan saja berkongsi hati, malah berkongsi darah.
“Kau dan Ilham nie perangai
tu sama saja!” balas Mak sambil mengangguk kepada Ilham. Terima kasih, Ilham
kerana telah menyelamatkan nyawa anak mak. Anak kesayangan mak!
“Lida tak paksa diri Lida
untuk terima abang am, abang am pun sama macam Lida. Lida cintakan abang am,
mak!” ucap Khalida lagi. Bergegar jantung Ilham mendengar pengakuan itu.
Seperti mahu terbang ke awan saja saat ini. Hati semakin berbunga-bunga.
“Mak terima sesiapa pun
pilihan Lida, mak sentiasa doakan kebahagiaan untuk Lida dan Ilham,” jelas Puan
Naimah.
“Jadi, mak setuju pilihan
Lida nie?” soal Khalida. Mak mengangguk.
“Yahoo, sayang mak!” kata
Khalida. Tadi menangis, nie hilang macam tu saja. Lida nie memang nak kena lah.
Ayien dah boleh bercakap
pun dengan abang iparnya ini. Syukur alhamdulillah. Adik-adik yang lain tak
kisah sangat. Ayien nie yang hati keras. Adik-adik tu ikut mak saja, ikut lida
saja.
“Untuk apa semua nie?” soal
Ilham sambil duduk di sebelah Khalida.
“Dia orang kena terima
orang yang Lida suka dan Lida sayang,” jawab Khalida sambil merapatkan pipinya
ke bahu Ilham.
“Oo.. kalau Lida tak suka,
dia orang pun tak suka lah!” kata Ilham sambil merenung anak mata Khalida.
Tidak boleh salahkan Khalida dalam hal ini, dia yang bersalah dulu.
“Ha, ah!”
“Teruk perangai Lida nie,
mana boleh paksa orang!”
“Kena paksa juga!” keras
suara Khalida. Ilham mengelengkan kepalanya.
“Lida paksa abang untuk
jatuh hati kat Lida, sekarang nak paksa satu rumah ini supaya terima abang
pulak?” soal Ilham. Khalida terus mengangkat kepalanya dan memandang wajah
Ilham.
“Lida paksa abang?
Bila?”soal Khalida. Nak hidup dengan aku, kena cinta dengan aku lah.
“Buat-buat tanya pula..,”
“Abang patut bersyukur
sebab dapat isteri yang baik macam Lida, kalau dapat macam Zura tu, tak ada
gunanya. Perempuan macam tu pun abang nak?” balas Khalida. Keruh muka Ilham
apabila Khalida menyentuh nama Zura. Tak suka sangat dengan nama itu.
Sampai sanggup nak membunuh
kerana nak dapatkan cinta? Bercinta apa macam tu. Cinta palsu saja tu.
“Jangan sebut kekurangan
orang!”
“Bela nampak!”
“Takut hati yang benci
menjadi semakin sayang pulak nanti,”
“Contohnya?”
“seperti abang, yang
kemaruk dengan Lida, asyik fikirkan Lida saja!”
“Ha ha ha...,” mengaku
jugak.
“Lida, abang serius lah,
sayang!”
“Itu lah jangan benci
Khalida, kalau tidak kita dah ada anak pun!” jawab Khalida. Nakal jugak Lida
nie.
“kau orang memang tak reti malu, rumah kat kampung
pun duduk macam nie jugak,” tegur Datuk Razali.
“Papa!!!!” kedua-duanya
menjerit.
“Papa datang sejam yang
lalu, kau orang asyik dalam bilik saja. Siang-siang nak buat apa dalam bilik?”
gurau Datuk Razali membuatkan Khalida menarik muka masamnya.
“Boleh buat macam-macam
lah, papa!” jawab Ilham sambil bangun dan bersalaman dengan Datuk Razali. Terus
Khalida tunjukkan genggam penumbuknya ke muka Ilham. Datuk Razali tersenggih.
“Ilham dah cakap ke kat
Lida, kat mak lida?” soal Datuk Razali.
“Belum papa!”jawab Ilham.
“Cakap apa?” tanya Khalida.
“Ada lah, budak-budak tak
perlu tahu ini urusan orang tua-tua,” jawab Ilham.
“Cakap lah!” pujuk Khalida
sambil mengenggam tangan suaminya dengan erat. Tak mahu dilepaskan selagi Ilham
tak beritahu hal yang sebenar.
“Nanti abang cakap!” ujar
Ilham sambil tersenyum.