Pagi ini nak kena pergi ke
ofis. Ikut suami saja sebab ada halnya. He he he. Tetapi sebelum nak pergi
sana, nak telefon Dr. Rose dulu sebab tidak puas hati dengan jawapan yang inche
abang berikan. Ada ke takut darah.
“Dia tipu awak lah, Lida!”
beritahu Dr. Rose.
“Hah?”
“”waktu dia derma darah kat
awak dulu, dia okey saja!”
Oo.. pandai dia buat muka
pucat yer.
“Tapi Datuk cakap dia
memang takut darah!” yakin Khalida. Papa berritahu macam tu semalam.
“Dulu lah kut!” balas Dr.
Rose.
Segera diletakkan telefon
apabila Ilham masuk ke dalam bilik.
“Cantik isteri abang hari
nie,” puji Ilham. Ha lah, kan selalu pakai simple saja. Hari ini siap lilit
selendang lagi. Lama tak masuk ke pejabat, hari ini dengan keadaan sarat sangat
nak kena masuk ofis balik.
“Kita pergi kejap saja
kan?” soal Khalida. Tak suka nak duduk pejabat lama-lama.
“Selesai majlis abang
hantar Lida balik!” janji Ilham. Khalida tersenyum.
“Abang pergi dulu, nanti
Lida pergi dengan drebar papa!” suruh Khalida. Buat apa pergi awal. Majlis
pukul 10.00 pagi.
“Okey, kita jumpa di sana
nanti!” kata Ilham sambil mengucup dahi Khalida.
Cadangan Peguam Ku
Ibrahim, iaitu Megat Ehsan, orang perlu
tahu Khalida bakal menjadi ibu tak lama lagi.
Pemegang-pemegang saham perlu tahu, syarikat ini bakal diwarisi oleh Ilham
tak lama lagi. Bukan Datuk Razali yang akan terus menjadi Pengarah, tetapi
Ilham Hakimi, kerana wasiat Ku Ibrahim.
Secara sahnya, saham Ilham mengatasi saham Datuk Razali. Malah lebih banyak dari saham-saham pemegang
saham yang lain.
Pemegang-pemegang saham
semuanya sudah hadir. Termasuk wartawan juga yang turut dijemput hadir. Selepas
sarapan pagi ada sidang akhbar pada jam sepuluh pagi nanti.
“Ilham, tinggal tiga bulan
lagi saja, selepas ini habis lah kau!” kata Puan Zaitun, mak long itu.
“Malang lah nasib kau sebab
dapat isteri mandul. Nak pergi kahwin dengan perempuan lain pun, tak ada makna
juga, sebab wasiat sebut anak dengan Khalida. Khalida pula tak boleh
mengandung!” sampuk Puan Nora, mak ngah Ilham.
Sabar saja lah hati.
“Kah kah kah... kau nanti
tak ada keturunan, tak ada anak. Padan muka kau Ilham!” celah mak su pula.
Namanya Puan Hasnah. Ilham selama ini
yang berani melawan dengan ketiga-tiga emak saudaranya. Papa dan atuk hanya
diam saja sebelum ini, tetapi dengan Ilham, Ilham selalu sangat bertengkar
dengan mereka bertiga. Sebab itu mereka marah sangat dengan Ilham. Benci sangat
dengan Ilham yang tegas itu. Rasanya sebab itu Ku Ibrahim wasiat syarikat ini
perlu diuruskan kepada Ilham kerana Datuk Razali tidak berani bersuara dengan
dua orang kakak dan adik bongsunya itu.
“Ilham, kau ambil saham
nenek nanti!” kata Ku Salbiah yang mendengar kata-kata anaknya tadi.
“Mak beri pun tak cukup
lah. Saham mak tu sama dengan saham kami. Ilham baru ada 10 peratus, sedangkan
saham ayah, 35 peratus campur dengan saham kami bertiga dah 50 peratus. Lepas
nie kita orang memang nak pecat Ilham, termasuk dengan anak lelaki mak tu,”
tempelak Puan Zaitun mewakili dua orang adiknya.
“Kau bertiga bukannya
pandai buat kerja pun, pandai melingkup saja!” marah Ku Salbiah. Bengang
sangat. Kalau masih kecil, mahu saja dia menampar pipi anak sulongnya itu.
“Biar lah, harta ayah kami.
Ikut suka hati kami lah. Kalau jatuh kat Ilham, Ilham pun pelingkup juga!” sampuk Puan Nora.
“Sudah nek, sabar boleh
tak? Nanti tau lah Ilham!” kata Ilham menyabarkan neneknya.
“Sabar apanya, dalam masa
tiga bulan nie tak mungkin isteri mandul kau boleh mengandung. Sedangkan kau
kahwin dengan dia bertahun pun tak ada anak, tak kan dalam masa tiga bulan nie Khalida tu boleh mengandung. Aku nak tergelak
kat kau Ilham. Kalau aku jadi kau aku menyesal berkahwin dengan Khalida yang
mandul tu, “ sambung Puan Zaitun lagi. Merah muka Ilham menahan marah.
Majlis bermula. Datuk
Razali dengan rasminya menyerahkan sahamnya yang sebanyak 10 peratus itu kepada
Ilham, jadi jumlah saham Ilham sudah menjadi 15 peratus dan Datuk Razali juga
melantik Ilham mengantikan tempatnya nanti, dan Khalida diumumkan sebagai
Timbalan Pengarah, mengantikan tempat Ilham.
“Abang, Lida kat bawah
nie!” beritahu Khalida di telefon.
“Baik, tunggu abang kat
situ!” balas Ilham terus mendapatkan Khalida di tingkat bawah.
Ketika Ilham sampai Khalida
sedang berjalan masuk .
“Hati-hati, Lida!” tegur
Ilham segera mempercepatkan langkah kakinya. Dipegang tangan Khalida.
“Aik, puan, lama tak jumpa.
Rupanya mengandung!” tegur salah seorang staf Ilham sambil tersenyum. Khalida
turut tersenyum.
“Alahan, jadi saya suruh
dia berehat di rumah saja!” balas Ilham. Siapa yang teruk mengalami alahan?
Suamikan? Ke ke ke..,
“Dah berapa bulan puan?
kembar ke?” soalnya lagi.
“Dah dekat sembilan!” jawab
Khalida.
“Tunggu hari lah nie,” kata Ani lagi. Makin ramai staf yang berkerumun Khalida dan
bertanya khabar Khalida. Khalida yang
mesra dan tidak sombong. Semua staf sayangkan isteri bos ini. Bos pun tak
sombong. Itu yang suka sangat dengan pasangan ini. Pasangan Ilham Khalida.
Ramai orang yang mendoakan kebahagiaan mereka.
“Ha, ah!” jawab Khalida.
“Alhamdulillah, puan boleh
mengandung pun!” sampuk Watie pula.
“Tahniah, bos!” ucap yang
seorang lagi.
“terima kasih, terima
kasih!” jawab Ilham.
Ilham membawa Khalida ke
bilik mesyuarat. Perlahan-perlahan Ilham menolak daun pintu. Semua mata
memandang, dan yang paling terkejut adalah emak-emak saudara Ilham.
“Itu Khalida tengah sarat
sangat. Jadi, jangan gatal mulut tuduh Khalida mandul. Kalau dia mandul, perut
dia tak jadi macam tu,” kata Ku Salbiah balas balas balik kata-kata anak-anak
perempuannya tadi. Melopong mulut Puan Zaitun dan adik-adiknya.
“Perhatian semua,” kata
Ilham sengaja mahu mencuri perhatian. Ditariknya kerusi supaya Khalida duduk di
sebelahnya. Dia berdiri saja. Datuk Razali tersenyum senang hati.
“Untuk pengetahuan semua,
isteri saya bakal menglahirkan anak kami tak lama lagi. Tengah tunggu hari saja
ni. “ kata Ilham sambil mengenyitkan mata ke arah Khalida.
“Saya nak umum juga, siapa
nak terus selamat dan nak terus bekerja di sini, kena pandai ambil hati saya,
sebab saya tak teragak-agak untuk pecat orang yang suka sangat kacau Khalida
dan keluarga saya,” sambung Ilham sambil memandang wajah emak saudaranya yang
sudah berubah. Sudah naik takut dan gelisah yang teramat sangat. Tak sangka
Khalida mengandung. Ingatkan Khalida mandul, sebab lama berkahwin tapi tak
mengandung-mengandung pun.
Peguam Ku Ibrahim pula
membuat pengumuman.
“Sebenarnya tak perlu
tunggu Khalida bersalin, sebab dalam wasiat hanya sebut, Khalida perlu
mengandung anak Ilham saja, dan saham akan jatuh ke tangan Ilham sebaik saja
Khalida mengandung anak Ilham, Dan hari ini secara rasminya, saham Ku Ibrahim
sebanyak 35 peratus menjadi milik Ilham!”
Betul lah kan, dalam
wasiat, bukan tunggu Khalida bersalin pun. Khalida hanya perlu mengandung anak
Ilham saja.
Majlis selesai. Hanya
tinggal saudara mara saja dalam bilik mesyuarat ini. Ilham ambilkan sarapan
pagi untuk Khalida.
“Lida boleh buat lah!” ujar
Khalida.
“Oo, hari nie kau datang
tayang perut lah!” kata Puan Zaitun.
“Aik, saya patut cakap
sesiapa saja yang menyakiti hati Khalida, dia juga akan dipecat!” tegas Ilham
dengan suara yang garam sekali. Terbeliak biji mata Puan Zaitun.
“arg.. hmmmm.. mak long
minta maaf, Khalida. Mak long tak bermaksud nak sakit kan hati Ilham dan
Khalida pun,” ucap Puan Zaitun terketar-ketar.
“Ingat semua, sesiapa saja
yang buat kacau dalam syarikat atau pun dalam keluarga saya, saya tak
teragak-agak nak pecat orang itu walaupun orang itu ada kaitan dengan saya!”
semakin tegas suara Ilham.
“Kami bertiga minta maaf,
kami janji tak buat lagi!” ucap Puan Nora pula. Tau pun takut.
Mereka bertiga terus
keluar.
“Abang nie tegas sangat
kut!” tegur Khalida.
“Dulu atuk kau dan papa kau
bagi muka sangat kat dia orang tu, kecuali Ilham saja yang suka lawan dia
orang, sebab tu atuk kau serahkan syarikat kat Ilham,” beritahu Ku Salbiah
sambil tersenyum.
“Takut apa?” tanya Ilham.
“Dia orang tu anak nenek
dan atuk kau, darah daging papa kau, lain lah kau tu hanya anak saudara mereka
saja!” jawab Ku Salbiah.
“Bukan macam itu lah nenek,
yang penting kebenaran dan kebaikan. Saudara tetap saudara, tetapi kalau buat
salah, dia orang patut terima hukuman!” sambung Ilham.
Khalida mengelengkan
kepalanya.