“Lida tolong abang nie,”
jawab Khalida dipegangnya tangan Ilham dengan mesra.
“Tak usah tolong, Lida
bukannya sayang abang pun!” balas Ilham mengusik hati Khalida.
“Lida baik hati, tak suka
pun tolong jugak,” balas Khalida.
“Ada orang tak nak mengaku
kata dia tu sayang kat kita!” usik Ilham sambil mengangkat Khalida. Ayien dan
Shima masih di dalam bilik Khalida. Shima memperbetulkan tempat tidur Khalida.
Aku mana tidur pun.
Melihat layanan Ilham
kepada Khalida membuatkan hati adik-adiknya tersentuh. Kita belum tentu lagi
mampu untuk buat semua ini kepada pasangan kita nanti. Tetapi Ilham sudah
buktikan, dia sanggup buat apa saja untuk Khalida.
“Abang Am, sorry sebab
tuduh abang macam-macam tadi,” ucap Shima terlebih dahulu. Ilham tersenyum
saja. Idea gila-gila isterinya tadi. Kalau suruh dia, memang tak lah kalau nak
pujuk adik-adik Khalida ini. Tetapi Khalida jenis kakak yang pentingkan
keluarga, sanggup menipu adik-adik supaya menerima suaminya ini. Kalau tak
sayang, masakan sanggup menipu adik-adik sendiri.
“Ayien, akak pilih abang,
sebab akak dah kenal dia semasa kita orang jadi suami isteri dulu. Dia saja
yang sanggup jaga akak. Biar pun Abang Is dan Abang Rifky baik, tetapi akak tak
tahu dia orang sanggup jaga akak atau tak? Bercinta dengan hidup bersama sebagai
suami isteri tak sama, Ayien!” ucap Khalida sambil memandang wajah suaminya.
Dia saja yang ikhlas mahu hidup dengan aku yang tidak sempurna ini.
Ayien hilang kata-kata.
Tergamaknya dia melukakan hati Khalida yang selama ini banyak berkorban untuk dia
dan keluarga mereka.
“Dah lah tu, abang tak nak
dengar semua tu lagi,” tegas Ilham. Rasa tidak enak pula apabila Khalida
berkata-kata seperti itu. Kalau tak suka pun tak mengapa, aku nak ambil akak
kau saja.
Terus Ayien tinggal mereka
di situ. Mungkin rasa bersalah dengan sikapnya selama ini. Nak jaga kakak
sendiri pun tidak sanggup, tetapi bila ada orang yang sudi menjaga, kita marah
pula. Shima pun turut keluar.
“Pergi mana tadi?” soal
Khalida. Terus bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah beg pakaiannya. Nak
cari tudung. Boring dah tinggal lama-lama kat dalam bilik ini. Ilham membiarkan
tangan Khalida memaut bahunya untuk berjalan.
“Makan angin!”
“Abang merajuk tadi?” soal
Khalida. Hati dia di sakiti tetapi tengok dia tenang saja.
“Merajuk???” Lelaki kalau merajuk leceh sebenarnya. Lagi
pun aku mana reti merajuk. Buang karan!
“Mana lah tahu. Hati abang
kan sensitif!” usik Khalida lagi. Ilham memimpin tangan Khalida, malah
dibiarkan tangan Khalida menarik tangannya ke mana saja Khalida mahu pergi.
Jumpa tudung terus ambil
dan dipakainya.
“Nak ke mana pulak ni?”
soal Ilham apabila melihat Khalida sudah bersiap.
“Makan angin!”
“Lida kan sakit, orang
sakit buat cara sakit!”
“Oleh sebab Lida sakit,
jadi abang kena dukung Lida sampai ke kereta. Tak nak guna kerusi roda tu
lagi,”
“Lida ingat abang kuli Lida
ke?” tapi angkat juga.
“Lida buat semua ini untuk
abang juga, abang kan tak nak isteri abang yang cacat tu,” balas Khalida sambil
tersenyum. Syukur alhamdulillah, sebab dia yang buat aku kuat untuk menghadapi
masa-masa sukar dulu.
‘Abang saja yang sanggup
layan Lida yang banyak songgeh ini,” ujar Ilham.
Sebenarnya dia nak pandu
kereta. Rindu sangat nak bawa kereta seperti dulu. Ilham tak benarkan sebab
kaki Khalida belum pulih sepenuhnya, tetapi Khalida tetap berkeras mahu memandu
kereta. Bukan dalam kampung, kerana dia tidak mahu terserempak dengan ahli
keluarganya.
“Cakap lah kat dia orang,
tak baik buat macam ini,” tegur Ilham sambil memerhati setiap tindakan Khalida.
“Tunggu Ayien dan shima balik!”
“Kenapa? Salah ke kalau dia
orang tahu? Orang suka kongsi berita gembira yang dia sanggup menipu pula?”
“Kalau dia orang tahu tak
best!”
“Lida nie...,”
Sampai di taman bunga.
Taman Astakona. Itu lagu Khalida. Taman kenangan sebenarnya. Dia keluar dan
berjalan perlahan-lahan. Ilham turut berjalan di sebelahnya dan tangannya
memegang bahu suaminya itu. Teringat kenangan lama semasa Ku Ibrahim datang
melamarnya untuk Ilham. Di taman ini lah, Ku Ibrahim memberitahu hasrat hatinya
untuk cucu kesayangannya ini.
“Kenapa atuk pilih Lida?
Lida orang susah, tak cantik dan kurang segala-galanya?” soal Khalida sebaik
saja Ku Ibrahim beritahu, dia mahu menjodohkan Khalida dengan Ilham.
“Kerana keturunan dan
agama, Lida. Atuk nak anak-anak Ilham adalah baik seperti Khalida. Taat kepada
keluarga, pentingkan hubungan kekeluargaan dan setia kepada suami. Semua itu
hanya ada pada Lida,” jelas Ku Ibrahim membuatkan Khalida rasa tidak senang
duduk.
“Lida tak yakin Abang Am
akan sukakan Lida dan mahu hidup dengan Lida sebagai suami dan isteri,” balas
Khalida. Waktu itu Ilham kan ada Zura.
“Tetapi atuk yakin suatu
hari nanti Ilham akan jatuh hati kepada Lida, sayang kan Lida seumur hidupnya,
“ kata Ku Ibrahim.
Khalida tersenyum
tiba-tiba.
“Pelik ni, tiba-tiba senyum
sorang-sorang!”
“Atuk bawa Lida ke sini,
untuk melamar Lida menjadi isteri abang!” beritahu Khalida sambil menunjukkan
tempat duduknya bersama Ku ibrahim.
“Yer ker?” soal Ilham. Dia
mana tahu semua itu.
“Yup, atuk cakap cucu dia
nie jahat, tak baik sangat. Suka lawan cakap orang tua-tua, tak dengar kata,
degil..,” tipu Khalida. Ilham buat tidak dengar saja.
“Yer lah, Lida seorang saja
yang baik..,”
“Jadi dia pujuk rayu Lida,
tolong lah kahwin dengan cucu dia tu, supaya cucu dia dapat jadi baik macam sekarang!”
sambung Khalida sambil merangkul lengan kanan Ilham. Ilham tersenggih.
“Jadi Lida terima lah kan
sebab nak harta abang?” soal Ilham. Khalida buat tidak kisah saja.
“Mesti lah, siapa tak nak
harta? Orang susah macam saya memang nak harta pun. Abang tahu Lida dapat 5
peratus saham syarikat abang?” soal Khalida. Ilham mengangguk.
“Dah tahu yang tu, aruah
atuk yang beri kat Lida!” Cuma Khalida tidak tahu, saham tu sejak Khalida masih
sekolah lagi. Bukan kerana Khalida berkahwin dengan Ilham.
“Abang jodoh dengan Lida
nie sebab ramai yang berdoa untuk abang tau tak? Harap sangat lah Lida balik
kat abang,” cerita Khalida. Ilham menarik Khalida dalam pelukannya dan mata
mereka saling berpandangan.
“Atau kerana kita saling
menyintai sama lain, cuma keberatan untuk mengaku perasaan masing-masing,”
bisik Ilham perlahan.
Kejap nak fikir, aku ada
perasaan kat dia ke selama ini? Soal hati Khalida!