Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 29

Kehadiran Datuk Razali pagi ini memberi sebuah jawapan, kenapa dan mengapa Ilham bercinta dengan Zura. Keluarga Datuk Razali dan ayah Zura sudah lama berkawan. Malah ada ikatan dua pupu gitu. Sejak dari kecil Ilham dan Zura memang rapat. Belajar satu sekolah sehingga sampai ke luar negara. Mungkin Ilham tidak dapat menilai perasaan sendiri sama ada kasihan atau benar-benar cinta kepada Zura.

“Ayah papa (merujuk kepada Ku Ibrahim) tidak sukakan hubungan ini kerana dia beranggapan, tak elok berkahwin dengan saudara sendiri. Dia lebih suka Ilham berkahwin dengan orang luar dan kebetulan atuk berkenan kan Lida. Papa nak Lida kembali kepada Ilham, lagipun Ilham dah mula sukakan Lida, kan?” ini amanah ayahnya, jadi dia mahu menyelamatkan amanah ayahnya itu. Lagipun Ilham sudah mendapat pengajaran di atas perpisahan ini.

“Lida perlukan masa papa!” kata Khalida. Tak tahu Ilham benar-benar mula menyukainya atau hanya sebuah lakonan saja. Dia sendiri pun tidak pasti.

“Jadi Lida balik kampung pagi ini?” soal Datuk Razali. Tak sangka isteri tidak kisah pun dengan amaran yang dia berikan.

“Nak balik papa, rasa nak jemput mak dan nenek tinggal dengan Lida buat sementara waktu,” bimbang sangat dengan keadaan mak dan nenek di kampung. Dari tinggal berjauhan, rasanya elok dia orang tinggal di sini sekali bersama Khalida.

“Bagus juga tu!”

Demi menjaga keselamatan Mak dan nenek, Khalida membawa mereka tinggal sekali dengannya. Datin Rinie tak akan datang menganggu, mak dan nenek di sini kerana Khalida ada. Itu yang Khalida fikirkan. Walaupun kedua-duanya keberatan untuk tinggalkan kampung halaman mereka tetapi atas desakan dan pujuk rayu Khalida, mereka ikutkan juga kehendak Khalia.

“Iskandar datang masuk meminang Lida dua hari yang lalu,” beritahu Puan Naimah ketika mereka selesai makan malam. Esok perlu pergi ke pasaraya untuk mendapatkan barang-barang dapur. Semua barang dapur habis malam ini.

“Hah?”

“Lida nie, tak usah buat muka terkejut macam tu, tak suka nenek tengok?” tegur nenek. Betul, terkejut. Macam tak percaya pun ada jugak.

“Orang cakap perkara betul lah, tetapi mak cakap, beri masa untuk Lida fikirkan,” kata Puan Naimah sambil mengambil surat khabar harian metro untuk membacanya.

“Lida kan suka sangat dengan abang is tu, nenek pun suka jugak. Tetapi kita orang tak akan memaksa Lida dalam hal ini,” celah nenek sambil tersenyum. Iskandar nie tak tanya pun aku, tertiba saja masuk meminang. Tetapi suka lah sangat. Hati tak dapat nak menafikan akan perkara ini. Khalida tersenyum sendirian.

Sebelum tidur, Rifky pula menghubunginya dan turut melamar Khalida untuk menjadi isterinya. Lagi lah Khalida bingung dengan semua ini. Hasrat papa untuk Ilham, Iskandar dan Rifky, yang mana satu menjadi pilihan? Terasa sukarnya untuk membuat keputusan kali ini.

Tak kan nak tolak semuanya, kena pilih salah seorang, pesan Emma sebelum dia menglelapkan mata.

Ya, ALLAH, berikan aku petunjuk siapa yang harus aku pilih untuk dijadikan suamiku? Siapa diantara mereka bertiga yang ALLAH ciptakan kepada ku agaknya. Semuga aku mendapat petunjuk dalam mimpi ku nanti.

Itu doanya.

Pagi ini, Khalida membawa maknya ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur dan barang-barang rumah. Selesai membeli Khalida mengangkut barang-barang masuk ke dalam kereta. Hati tiba-tiba rasa tidak enak saja. Malah sejak dia datang ke sini lagi.

Selesai mengambil barang, dia mengalih ke belakang dan sedang melihat emaknya mahu melintas jalan. Mak sedang tersenyum ke arah Khalida apabila Khalida melihat sebuah kereta yang sedang memecut dengan lajunya untuk melanggar mak. Khalida melihat wajah pemandunya, terkejut apabila Zura sedang memandu kereta dan ditemani oleh Datin Rinie.

“Makkkkkk..,” nyaring suara Khalida. Malah dengan pantas Khalida berlari menolak emaknya ke sebelah dan kereta yang dipandu oleh Zura melanggar Khalida sehingga Khalida melambung ke tengah jalan. Aku perlu selamatkan mak aku kalau tidak aku akan menyesal seumur hidupku. Hanya itu yang ada dalam kotak fikiran Khalida waktu itu.

“Lida!” jerit mak terkejut dengan apa yang berlaku di hadapan matanya. Darah pekat mengalir membasahi tubuh badan Khalida. Puan Naimah memangku kepala Khalida di atas ribaannya. Air mata Puan Naimah mengalir laju membasahi pipinya. Takut teramat sangat. Gementar seluruh anggota badan saat ini.

“Mak...,” panggil Khalida sebelum Khalida menutup matanya dengan rapat.

Telefon bimbit yang dipegang oleh Iskandar terjatuh dari tapak tangannya sebaik saja menerima berita malang ini. Rifky pula hampir pengsan apabila Emma menghubunginya dan memberitahu apa yang berlaku ke atas diri Khalida.

Khalida mengalami kecederaan teruk di bahagian seluruh pinggangnya. Walaupun pembedahan berjaya tetapi kemungkinan kedua belah kaki Khalida menjadi lumpuh. Tetapi masih ada harapan untuk khalida berjalan semula mengikut kekuatan dan semangat Khalida.

Ilham termenung lesu melihat darahnya sedang mengalir masuk ke dalam tubuh badan Khalida. Hanya darahnya saja yang sesuai dengan darah Khalida sebelum menunggu adik-adik Khalida sampai ke hospital. Saat ini, ambil lah nyawanya dia sanggup memberi nyawanya kepada Khalida, asalkan Khalida dapat diselamatkan.

Dua hari Ilham setia di sisi Khalida, menunggu Khalida sedar semula. Dipegangnya tangan Khalida dengan erat lalu diletakkan tangan Khalida ke pipinya.

“Bangun, sayang!” bisik Ilham perlahan. Semua orang tidak ke mana-mana, kerja pun tidak pulang ke rumah pun tidak. Hanya menjadi penunggu setia di hospital ini. Adik-adik Khalida, seluruh keluarga Khalida berkampung di hadapan wad di mana Khalida di tempatkan. Begitu juga dengan Iskandar dan Rifky yang turut hadir untuk menemani Khalida.

Setiap masa, Ilham bercakap di sisi Khalida. Pesan doktor, Khalida boleh mendengar. Sebab itu Ilham bercakap dengan Khalida. Dia seorang saja yang ada kekuatan untuk berhadapan dengan Khalida sedangan ahli keluarga Khalida sedih sangat, dan tidak berdaya untuk bercakap dengan Khalida. Tidak sanggup melihat Khalida yang terlantar di atas katil dan tidak bergerak itu. Tidak sanggup melihat orang yang mereka sayang sedang kesakitan di atas katil.

Bagi Ilham, dia perlu kuat walaupun hakikatnya dia menangis di dalam hati.

“Lida, bangun lah. Saya rindu nak bergaduh dengan awak ni,” ucap Ilham seperti selalu.

“Awak kan tak suka saya, benci saya dan masih marah kat saya kan? Bangun lah supaya awak dapat tumbuk saya seperti selalu,” sambung Ilham lagi. Pun tidak ada tindak balas dari Khalida.

Khalida dengar suara itu. Dengan suara Iskandar yang melamarnya dan mahu menjaganya nanti. Suara Rifky pun ada. Suara papa kerap juga kedengaran di telinganya. Semuanya dia dapat mendengarnya. Tetapi dia tidak tahu apa yang berlaku. Bermimpi kah dia? Atau apa yer??

Cuma dia mahu kuat dan bangun semula kerana mahu melihat emaknya dan tidak mahu mak dan keluarganya bersedih dengan apa yang berlaku kepadanya. Dia mahu bangun dan membuka mata demi mak dan adik-adik.

Ilham mengenggam tangan Khalida dengan erat. Ooo.. mentang-mentang aku tidak sedar kau ambil kesempatan yer. Ilham ini memang nak kena. Terus Khalida buka mata dan membuat Ilham terkejut.

“Khalida, awak dah sedar yer!” jerit Ilham. Terdengar suara jeritan Ilham, semua orang terus masuk ke dalam bilik. Khalida melihat mereka satu persatu. Adik-adiknya semua ada. Iskandar dan Rifky turut hadir, begitu juga dengan Datuk Razali.

“Emma, mana mak? Aku nak jumpa mak!” kata Khalida.

“Lida, mak kat sini, sayang!” kata Puan Naimah terus meluru ke arah Khalida dan memeluk Khalida dengan erat. Syukur Alhamdulillah, mak selamat!

Khalida cuba bangun tetapi kedua belah kakinya tak rasa apa-apa. Dari seluruh pinggang hingga ke kaki tidak terasa apa-apa. Jantung Khalida bergerak kencang. Dirabanya kakinya dengan tangannya tanpa pengetahuan sesiapa pun. Tangan terasa tetapi kaki ada Cuma kaki tidak rasa apa-apa. Dia tidak mahu menjerit dan cepat gelabah kerana dia tidak mahu orang sekelilingnya risau dan bimbangkan dia. Cuma dia beristifarg di dalam hati. Istifarg banyak-banyak. Doktor Rose datang dan meminta semua orang keluar dari biliknya kerana dia mahu membuat pemeriksaan lanjut ke atas diri Khalida. Semua orang keluar kecuali Ilham. Ilham datang ke arah Khalida.

“Suami puan nie tak bergerak ke mana-mana sejak dari puan tidak sedarkan diri,” beritahu Doktor Rose.

“Saya nak tanya sesuatu, boleh?” soal Khalida.

“Boleh?”

“Saya lumpuh ke?” soal Khalida. Aku nak duduk sendiri pun tak boleh. Sakit pun tak apa pun tak, tetapi tak boleh bergerak.

“Kedua-dua belah kaki awak lumpuh, tetapi kita boleh berusaha dan harapan untuk awak berjalan semula tetap ada!” lembut saja suara Doktor Rose bercakap.

“ALLAH HU AKHBAR!” ALLAH maha besar. Ucap Khalida. Besar sungguh dugaanMU dan tentu besar juga hikmahMU kepada ku nanti. Berilah aku kekuatan!

“Saya yakin awak boleh sembuh seperti sedia kala, Khalida. Sebab awak kuat semangat!” ujar doktor rose sambil menepuk bahu Khalida. Doktor rose berjalan keluar hanya tinggal mereka berdua sekarang.

Khalida terdiam dan menangis di dalam hati. Hendak menangis di hadapan Ilham dia rasa malu sangat. Ini takdir, dan tidak boleh menyalahkan takdir. Hati perlu redha untuk menerima semua ini, baru lah hati akan tenang kembali.

Hancur semua harapan. Nak kahwin apanya kalau sudah jadi begini. Kahwin bagi bebanan kepada orang saja. Semua itu hanya tinggal angan-angan. Sekarang dia banyak mengharapkan bantuan jururawat di sini. Dia tidak mahu menyusahkan adik-adiknya kerana mereka juga sudah ada tanggungjawab. Dia juga tidak mahu menyusahkan maknya dalam hal ini. Mujurlah jururawat bernama wawa ringan tulang membantunya.

Cepatnya masa berlalu, sekarang sudah masuk tiga minggu dia di hospital dan setiap hari tiga orang lelaki ini akan datang menghibur hatinya. Cuma sejak akhir-akhir ini hatinya gelisah apabila Iskandar dan Rifky melamarnya. Malah melamarnya di depan Ilham pulak tu.

Dua-dua lelaki itu dia sayang. Dia sayangkan Iskandar dan dia juga sayangkan Rifky. Mungkin ini petunjuk yang ALLAH berikan kepadanya kerana dia sudah dapat membuat keputusan. Dia tidak sanggup menjadi bebanan kepada sesiapa pun.

“Nak minta tolong, boleh?” katanya ketika Ilham datang melawatnya petang ini. Antara mereka bertiga, Ilham saja yang tidak mengajaknya berkahwin. Sah lah Ilham tidak sanggup menjadikan dia sebagai isteri. Selesai satu masalah. Hanya ada dua orang saja yang bermasalah.

“Apa?”

“Saya nak tolak pinangan Iskandar dan Rifky, masalahnya sekarang, dia orang tak akan lepaskan saya kalau saya keseorangan. Saya tak sanggup menyusahkan hati orang yang saya sayang. Saya sayangkan Iskandar dan saya sayangkan Rifky Cuma dengan Encik Ilham saja yang saya tak suka,” jawapan itu jujur di hati Khalida. Ilham tersenyum.

“Dulu suka lah, sekarang dah jadi macam ini memang tak suka pun!” ujar Ilham. Khalida turut tersenyum. Alhamdulillah. Suka sangat dengan jawapan itu.

Kalau aku kahwin dengan Iskandar atau Rifky tentu aku menyusahkan dia orang. Iskandar itu ada cita-cita dan impian yang amat besar, kalau aku ada, tentu dia perlu bahagikan masa antara aku dan kerjayanya. Tentu aku menyusahkan dia nanti. Andai aku pilih Rifky, aku belum tentu boleh lahirkan zuriat kepada Rifky sedangkan Rifky anak tunggal, keluarganya tentu mengharapkan Rifky mendapat anak-anak yang ramai nanti. Perkahwinan bukan untuk hari ini tetapi untuk masa depan.

“Boleh tolong ke tak ni?” soal Khalida lagi.

“Cakap lah!”

“Awak tolong mengaku awak nak ambil saya semula menjadi isteri awak, boleh tak?” kata Khalida. Mereka berdua akan tinggalkan aku setelah tahu aku dan Ilham akan berkahwin semula. Ini saja jalan yang ada.

“Itu saja?”

“Yup!”

“Okey lah, saya ikut arahan awak tu!” ujar Ilham.

Tinggal sayang, tinggal lah pujaan.

Previous: BAB 28
Next: BAB 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.