“Okey lah, Lida ikut cakap abang!” kata Khalida mengalah.
Terpaksa mengalah sebenarnya.
“Hah, tak usah asyik berasmara, bekalan air terputus pula
nie, nenek suruh angkut air di perigi,” beritahu Apul yang datang ke arah
mereka berdua. Khalida kerutkan mukanya.
“Yang, ingat tak kenangan kita dulu?” soal Ilham. Waktu
itu mereka masih bermusuh. Khalida mengangguk.
“Orang perempuan tak usah lah nak angkut air tu, biar
orang lelaki saja yang buat,” jerit Nenek tiba-tiba saja.
“Abang dan Apul kena angkut air. Ajak Adli sekali,” kata
Khalida sambil tersenyum. Tetapi suami aku ini pandai ke angkut air perigi tu.
Kaum lelaki sibuk mengangkut air di perigi, tetapi sejak
dari tadi terdengar gelak ketawa adik-adiknya dengan suaminya. Mesti ketawakan
Ilham lah tu. Biarkan saja. Khalida sibuk masak untuk makan sekejap lagi. Bantu
mak yang sebenarnya. Mak masak masakan kampung saja tengah hari ini. Wajah mak
tenang saja, niat hati macam nak tanya keputusan mak. Nenek dan Ku Salbiah
rancak berbual di ruang tamu. Entah apa
yang mereka bualkan. Mujurlah hati nenek tidak berdendam dengan Ku Salbiah
sekeluarga kalau tidak entah apa yang akan berlaku.
Tengah hari ini, lagi meriah sebab boleh berkumpul dengan
dua buah keluarga. Nenek Ku Salbiah dan Juhana berselera makan air tangan mak.
Ilham lagi lah. Ilham ini mudah, biar pun orang bandar tetapi masakan orang
kampung, dia makan semua, sikit pun tak ada masalah.
Selesai solat zohor, Ku Salbiah dan Juhana berangkat
pulang. Keputusan mak tak ada siapa pun yang tahu. Nenek pun tak cakap apa-apa.
“Lida, teman abang mandi,” jerit ilham. Hanya pakai kain
pelikat dan kain tuala pula tergantung di bahu saja.
“Abang, siang pun takut ke?” tanya Khalida. Cadang nak
berehat saja, letih sangat basuh pinggan tadi.
“Jom lah, tak tahan dah nie, panas!” sambung Ilham.
Khalida ikut juga dari biarkan Ilham bising di atas tangga.
“Sebenarnya nak cipta kenangan manis dengan Lida kat
sini,” terus Ilham tutup bilik air dan kunci dari dalam.
“Abang nak buat apa ni?” soal Khalida cemas juga dengan
sikap Ilham. Ilham naikkan air perigi yang dingin itu ke atas. Khalida sudah
gelisah apabila Ilham asyik memandangnya. Mahu saja dia berlari keluar tetapi
Ilham lebih pantas menarik tangan Khalida dekat dengan badannya. Dipegang
Khalida dengan kuat, lalu sebelah tangan tadi terus mencapai baldi kecil yang
berisi air lalu dicurahkan kepada seluruh badan Khalida. Basah Khalida
dibuatnya. Terus Khalida menjerit kuat.
“Abang nie, habis basah baju Lida lah!” marah Khalida .
Rambut Khalida turut basah. Habis lah aku, nanti kalau adik-adik aku nampak,
kena ejek pula lah.
“Ha ha ha.. comel lah Lida!” kata Ilham riang. Khalida
merampas baldi kecil di tangan Ilham. Kasar pula tu. Lalu Khalida masukkan
baldi ke dalam perigi. Air di naikkan dengan pantas.
“Abang, tunggu yer!”
“Lida, jangan lah. Abang janji tak buat lagi,” pinta
Ilham. Sengaja sebenarnya.
“Jangan harap!” terus Khalida curahkan air ke badan
Ilham.
“Oo, main kasar yer!” kata Ilham sambil menarik Khalida
dalam pelukannya. Terus diciumnya pipi Khalida berkali-kali.
“Abang nie, tak malu ke?” kata Khalida cuba menolak
rangkulan Ilham namum tidak berjaya.
“Lepas lah!” jerit Khalida. Kalau Khalida menjerit memang
kuat lah suara Khalida tu.
“Lida, ilham, buat apa dalam bilik air nih?” tegur nenek
dari luar. Hah? Tengok nenek dah dengar pun.
“Lepas lah!” ronta Khalida tidak Ilham buat tidak tahu
saja. Aku tak kisah pun.
“Lida beritahu nenek, nak?” ugut Khalida, Ilham
tetap tidak lepaskan Khalida.
“Tak kisah pun!”
“Okey, nek...,” terus Ilham lepaskan Khalida dan Khalida
membuka kunci pintu.
“Budak-budak nie, kat bilik air pun jadi kerja. Tak
sempat nak tunggu malam ke?” ujar nenek sambil tersenyum.Dia orang ini masih
dalam tempoh berbulan madu.
“Lida tu tak nak layan saya nenek, dia suka mengelak!”
luah Ilham.
“Hish, Lida nie, kalau tak layan Ilham, macam mana nak
cepat mengandung. Lagi pun Lida tu isteri, tanggungjawab isteri kenalah layan suami,”
berleter nenek membuatkan muka Khalida merah saja. Sempat dia menjeling ke arah
Ilham. Ilham ketawa berdekah-dekah.
“Abang yang buang tabiat, nek!” jawab Khalida geram. Ini
baru dengan nenek. Tak terserempak dengan adik-adiknya lagi.
Khalida cepat-cepat masuk ke dalam biliknya dengan
keadaan basah. Terserempak dengan mak dan shima. Khalida tak layan pun. Shima
tersenyum kepadanya.
“Boleh tahan juga abang am nie, romantik juga rupanya!”
kata Shima.
“Romantik lah sangat!” balas Khalida. Siap salin baju
tshirt dan kain batik yang Khalida pakai, dia terus mengambil kain tuala untuk
lap rambutnya. Ilham masuk ke dalam bilik.
“Ada hikmah juga bekalan air terputus, abang boleh
bermandi-manda dengan isteri kesayangan abang!”usik Ilham sambil membelai rambut
Khalida yang basah.
“Abang datang sini nak jalankan misi abang atau pun misi
papa nie?” soal Khalida terus kuncikan pintu bilik. Tak mahu adik-adik
mendengar perbualan mereka berdua.
“Dua-dua abang nak,”
“Buat satu-satu lah. Jangan tamak!”
“Lida, ada 11 bulan saja lagi, kalau tak berusaha
sungguh-sungguh, habis kita nanti,”
“Abang jangan buat Lida stress boleh tak?” wasiat apa lah
yang atuk buat nie, buat kita orang tertekan saja. Stress!
Selepas solat isyak malam ini, mak panggil Ilham dan
Khalida berjumpa di ruang tamu. Ada perkara penting mak nak cakap kepada mereka
berdua.
“Mak nak tanya kamu berdua, sebab hal ini ada kaitan
dengan kamu berdua!” kata mak dengan tegas sekali.
“Ada apa mak?” soal Ilham terlebih dahulu. Khalida lebih
selesa duduk di sebelah Puan Naimah. Ilham duduk seorang diri berhadapan dengan
mereka berdua.
“Kamu memang tak kisah kalau mak berkahwin dengan papa
kamu, Ilham?” tanya Puan Naimah.
“Maksud mak?” tanya. Ilham
“Khalida ini anak mak, Ilham. Anak kandung mak. Dan Ilham
pula anak kandung datuk razali? Kamu tak kisah ke bila orang bercakap tentang
keluarga kita nanti?” soal Puan Naimah lagi.
“Kah kah kah.. “ketawa Ilham membuatkan Puan Naimah
terkejut.
“Abang nie, mak tanya lah!” pintas Khalida.
“Khalida isteri saya mak, dan saya cintakan dia. Antara
kami yang terjalin adalah hubungan suami isteri saja,” jelas Ilham.
“Lida pula. Lida tak kisah ke?”
“Mak nie, Lida tak kisah pun. Abang tu suami Lida, bakal
ayah kepada anak-anak Lida. Mak dan papa pula tetap jadi nenek dan atuk kepada
anak-anak kami nanti,” jelas Khalida sambil mengenyitkan mata ke arah suaminya.
“Mak nak tengok anak-anak bahagia. Itu saja. Antara mak
dan papa kamu semuanya sudah berakhir. Jodoh kami dah tiada!” tegas Puan
Naimah.
“Tetapi papa masih cintakan mak!” pertahan Ilham pula.
“Mak dah cukup bahagia sekarang, Am. Biarlah cinta itu
jadi kenangan antara kami saja,” sambung Puan Naimah lagi.
Itu lah keputusan dari hati mak. Keputusan nekad dari
seorang wanita.