“Lamanya berfikir, cakap
lah tak suka abang,” kata Ilham setelah lama Khalida berfikir panjang. Tidak
tahu sebenarnya, apakah aku menyintai dulu kerana sikapnya yang melayan aku
begitu teruk sekali, sekarang memang aku cintakan dia pun.
Mereka berjalan lagi. Ilham
memegang pinggang Khalida yang sedang berjalan perlahan-lahan di atas padang
rumput. Sengaja dibukanya kasut kerana sudah lama mahu berjalan kaki ayam
begini.
“Nak dengar cerita dari
abang tak?” mula Ilham. Kalau dia asyik pegang aku macam ini, kerana takut aku
jatuh di atas rumput, sampai bila-bila pun aku tak boleh jalan jawabnya. Tangan
dia itu sentiasa ada di atas pinggang aku saja.
“Abang ada cerita juga?”
“Ingat Lida saja pandai
reka cerita..,”
“Ha ha ha...,” Khalida memandang
wajah Ilham di sebelahnya. Doa dan restu orang-orang yang menyayangi kami
berdua membuatkan hubungan kami jadi macam ini. Doa Ku Ibrahim juga.
“Sewaktu atuk cakap, abang
perlu berkahwin dengan Lida, abang rasa memang tak wajar. Waktu itu semua orang
dah tahu hubungan abang dengan Zura. Jadi abang bergaduh dengan atuk sebab nak
pertahankan kekasih hati..,”
“Ilham boleh pilih sama ada
nak terus jadi cucu atuk, atau pun tak?” tegas suara Ku Ibrahim malam itu. Semua orang yang ada tidak berani
berlawan cakap dengan Atuk sebab atuk amat tegas orangnya.
“Sampai macam tu sekali?
Apa yang istimewa sangat dengan budak Khalida tu?” Sikit-sikit Khalida, semua
Khalida, sampai kan sanggup beri saham syarikat kepada Khalida
“Atuk nak kau kahwin dengan
dia sampai akhir hayat kau, kalau tidak kau jangan harap nak warisi harta
atuk!” ucap Ku Ibrahim.
“Kena halau tak?” soal
Khalida setelah Ilham selesai bercerita.
“Kena lah, tinggal kat luar
tiga bulan, yang pedih dan sakit hati dia tak nak tengok muka abang selagi abang
tak kahwin dengan Lida,” sambung Ilham. Tiga bulan itu, Zura juga buat perangai
kerana semua kemewahan yang Ilham miliki telah ditarik balik oleh Ku Ibrahim.
Ilham papa kedana dan semua ini hanya menyusahkan kehidupan Zura yang sukakan
kemewahan. Maka, Zura dan Ilham berpakat
untuk menipu Ku Ibrahim untuk mendapatkan semula kemewahan kepunyaan Ilham
dengan bersetuju berkahwin dengan Khalida.
“Ha ha ha...,” ketawa
Khalida. Aku dah tahu semua ini sebab atuk dah cerita semua kepada aku.
“Lida, boleh gelak pula kat
abang!”
“Itu lah jangan lawan cakap
orang tua, tak berkat hidup abang!”
“Siapa kata tak berkat?”
lawan Ilham. Memang tak berkat pun.
Semua pekerjaan yang Ilham buat tidak menjadi.
“Lida, jadi lah isteri
Ilham, biar apa pun terjadi, Lida dan Ilham jangan bercerai,” itu pesan Ku
Ibrahim sebelum dia meninggal kepada Khalida. Ku Ibrahim takut Khalida
tinggalkan Ilham.
Khalida berdiri sambil
menyandarkan badannya ke sebatang pokok yang rendang. Mahu berehat sekejap
sebelum sambung berjalan semula. Tiba-tiba Ilham melutut di depannya sambil
mengenggam erat kedua belah tangan Khalida.
“Khalida, mahukan awak
menjadi isteri saya untuk selamanya? Selagi hayat saya ada, saya akan menjaga
awak dengan sepenuh kasih sayang saya.” kata Ilham. Khalida terpaku sekaligus
terkejut dengan perbuatan Ilham secara tiba-tiba ini.
“Apa abang merepek ni?”
kata Khalida, mukanya sudah bertukar warna.
“Khalida, saya benar-benar
Ikhlas untuk memperisterikan awak, sejujur hati saya mengaku, saya tidak boleh
hidup tanpa awak. Betapa hidup saya sunyi tanpa kehadiran awak di sisi saya,
betapa saya sepi tanpa kata senda gurauan dari awak,” sambung Ilham yang masih
melutut di hadapan Khalida. Khalida serba salah. Berapa kali nak kahwin ini?
Tapi dulu kita orang berkahwin mana ada semua ini kan? Manisnya saat ini dan
hati rasa amat-amat bahagia.
“Ilham Hakimi, betulkan
awak mahu menjadi suami saya? Mahu bersama saya setiap waktu dan menjadi
pendamping saya setiap masa?” soal Khalida pula. Ilham Hakimi mengangguk.
Khalida tersenyum. Lawak lah abang hari ini.
“Mana bunga?” tanya
Khalida. Ilham mengambil bunga raya yang di tanam di sekeliling pagar taman
lalu diberikan kepada Khalida membuatkan Khalida ketawa saja.
“Cincin tak ada ke?” soal
Khalida lagi. Sengaja nak tanya wal hal hati sudah tahu, mana mungkin Ilham
bawa cincin sampai ke sini. Ilham mengambil sesuatu di dalam poket baju.
Sebentuk cincin berbatu biru disarungkan ke jari manis Khalida.
Ilham terus bangun dan
mencium pipi Khalida tanpa sempat Khalida mengelak. Terus muka Khalida berubah
dan bertukar warna.Biru+oren+jingga jadinya.
Ilham tersenyum senang hati. Bahagia kerana hati Khalida menjadi
miliknya hari ini.