Mak
sepatutnya tidak perlu hadir ke majlis perbincangan kami, sebab ini adalah
tentang mak. Perlu mencari masa yang sesuai untuk berbincang dengan
adik-adiknya. Selalunya mak akan tidur sebelum jam 12.00 malam. Dan waktu itu
kami semua sedang menonton tv dan rancak berbual.
“kak tak usah pujuk kami, kami tetap dengan keputusan kami tak akan benarkan
mak kahwin dengan ayah mentua kak tu,” mula Ayien. Ariff mengelengkan
kepalanya. Khalida mahu mendengar terlebih dahulu.
“Bukan kak tak setuju ke dulu? Sekarang dah termakan pujukan Abang Am,
mentang-mentang datuk tu ayah mentua kak, kak nak paksa kita orang suruh terima
datuk pula,” celah Apul.
“Mak dah tua kak, buat malu saja kahwin waktu macam nie, nanti apa pulak kata
jiran-jiran tertangga, apa pula kata saudara mara kita yang lain,” sokong
Ayien. Mak baru 47 kut, muda lagi lah.
“Shima, Adil, tak nak cakap apa-apa ke?” soal Khalida. Adiknya yang sedang
belajar di UUM turut pulang kerana cuti semester.
“Apa pun Shima tak suka mak kahwin,” bentak Shima pula.
“Adil?”soal Khalida lagi.
“Serah kat mak saja, kak. Kalau mak nak kahwin, Adil turut saja!” kata Adil.
Ek, ada penyokong baru rupanya. Khalida tersenyum. Emma tak balik sebab perlu
menjaga kandungannya. Tetapi dia perlu mendapat persetujuan dari Emma jugak.
“Sihat ke?” soal Khalida selepas berbalas salam.
“Alhamdulillah, sihat,” jawab Emma.
“Aku kat kampung, sebab lamaran datuk razali tu. Kau tak suka kalau mak
kahwin?” soal Khalida. Emma pun tak setuju jugak hari tu.
“Mak sepatutnya bahagia, Lida. Andainya Datuk razali boleh beri kebahagiaan
kepada mak, kita patut sokong mak dan datuk razali,” kata Khalida.
“Alhamdulillah, itu yang aku nak dengar!” kata Khalida sambil tersenyum. Empat
orang dah setuju, tiga orang saja yang tak setuju. Kiranya menang kat kami lah
kan?
“Kenapa bising-bising nie?Itu mak kita lah, dik. Sepatutnya kita hormat mak,
sayang mak, tetapi akak tengok sejak datuk razali datang melamar mak, kita buat
mak macam adik-adik kita pula. Cakap ikut suka hati, ikut sedap mulut
sehinggakan tak fikir langsung tentang hati dan perasaan mak,” kata Khalida
ambil memandang wajah adik-adiknya satu persatu.
“Separuh jiwa akak, akak dah buat yang terbaik untuk adik-adik dan mak. Akak
ingat lagi selepas ayah kita meninggal, mak jatuh sakit. Tetapi dalam sakit,
mak tetap tolong atuk, pagi-pagi jual nasi lemak, selepas tu tolong atuk
menoreh getah untuk cari duit, nak besarkan kita semua. Petang mak tolong orang
menanam padi di sawah orang. Semuanya mak buat untuk kita dik. Sebab nak tengok
kita semua berjaya dan jadi orang yang berguna.
Susah
payah mak kita bukan tahu. Hati dan perasaan mak, mak tak pernah pun cakap
dengan kita. Mak nak tengok kita bahagia, mak nak tengok kita berjaya, sekarang
bukankah mak patut bahagia dengan orang yang nak bahagiakan mak,” tutur Khalida
perlahan-lahan. Kata-kata itu meresap di dalam hati adik-adiknya.
Ariff
tersenyum, akak nie kalau bab pujuk memujuk, mesti menang kat akak. Saya tak
pandai, bisik hati Ariff.
“Sampai hati adik-adik layan mak macam tu, kalau tak suka dengan lamaran nie,
tolong jangan cakap sampai hati mak terluka. Tolong jaga hati mak, boleh tak?”
tegur Khalida. Tiba-tiba di luar sana, ada suara lelaki memberi salam.
Terdengar suara itu, Khalida jadi semakin bersemangat.
Suami
kita dah sampai tu. Alhamdulillah, selamat sampai pun. Khalida menyambut
kedatangan suami tercinta. Ilham menghulurkan tangan kanannya untuk dicium oleh
Khalida.
“Buat apa?” tanya Ilham. Diserahkan buah tangan yang dibeli tadi kepada
Khalida.
“Tengah berbincang lah!” jawab Khalida.
“Okey, abang nak berehat kat bilik, tak nak masuk campur!” kata Ilham sambil
memegang pipi kanan Khalida.
Khalida
mengangguk.
Adik-adik
Khalida yang lelaki mendapatkan Ilham dan berjabat tangan. Yang best nie terus
layan Ilham dari dia. Terus ubah topik tadi. Khalida hanya melihat saja,
hubungan adik-adik lelaki dengan Ilham yang semakin rapat.
Khalida
bangun dan menuju ke bilik. Entah pukul berapa Ilham masuk tidur, sebab pukul 3
pagi pun masih terdengar lagi dia orang berbual.
“Lida sayang, bangun lah!” kejut Ilham. Kalau balik kampung, tidur dalam bilik
sendiri, mesti Khalida susah bangun. Sudah lima kali dia kejutkan Khalida.
“Apa?” ucap Khalida terkejut.
“Solat jemaah, orang semua dah ready, Lida saja tak siap lagi,” beritahu Ilham
sambil mengangkat Khalida dan disandarkan ke dadanya yang tegap itu.
“Abang nie kenapa kejut lewat sangat!”dah gelabah. Terus bangun dan ambil air
solat.
Pagi
ini Ariff yang jadi imam. Anak lelaki mak semua boleh jadi imam solat.
“Khalida nie dia suka lambat!” marah Adli. Siap sebut nama penuh Khalida lagi
selepas selesai Ariff membacakan doa.
“Macam mana lah abang am boleh hidup dengan perempuan kasar macam Khalida nie?
Semalam buat apa? Nak kata layan abang am, abang am lepak dengan kita orang
sampai pukul lima pagi,” kata Ayien. Tak sempat habis ayat pun Khalida dah
letak penumbuk kat pipi Ayien.
“Ya ALLAH, dah besar panjang pun bergaduh lagi. Ada isteri, yang seorang tu ada
suami, tak malu ke,” tegur nenek.
“Sejak dari kecil sampai sekarang, macam tu lah dia orang. Lida nie dia seorang
saja anak perempuan, yang lain semua lelaki. Dah dia orang memang suka bergaduh
pun,” beritahu mak pula.
“Mak, tengok akak nie,” beritahu ayien apabila Khalida siap memegang tangan Ayien
dan mencubit adiknya itu.
Berkelah
tepi bendang. Sebelah kanan anak-anak padi berwarna hijau sejuk mata memandang.
Kiri pula ada sebatang anak sungai yang airnya masih hijau. Ini kerja geng
lelaki, yang mahu bersarapan pagi di tempat bendang. Mak buat pulut nyiur makan
dengan ikan kering. Ubi kayu rebus pun ada. Apa lagi terangkat lah pagi ini.
Khalida
masih bersama mak di ruang dapur. Ambil peluang sebenarnya sebaik saja nenek
turut menyertai suami dan adik-adiknya.
“Mak, papa tu suka sangat kat mak. Lida suka kalau mak kahwin dengan papa,”
kata Khalida sambil melentukkan kepalanya ke bahu mak. Jangan dibongkar kisah
cinta mak, cukuplah dia dan Ariff tahu hal ini.
“Tua-tua nie nak kahwin apa lagi, Lida? Mak nie tunggu kamu lahirkan cucu untuk
mak saja. Emma dah mengandung, mak dan adik-adik harap lida mengandung juga,”
kata Puan Naimah sambil merangkul bahu Khalida.
“Itu cerita lain lah mak. Sekarang Lida balik nak pujuk mak, supaya mak terima
papa. Papa tu baik sangat!” kata Khalida.
“Cukup lah ada kamu dan adik-adik, mak dah cukup bahagia!” kata mak pula.
Rupanya mak masih keberatan untuk menerima lamaran kekasih hatinya ini.
“kalau mak kahwin dengan papa, boleh tengokkan anak Lida nanti,” pancing
Khalida. Puan Naimah tersenyum lagi.
“Nie beri balik cincin kat Ilham, mak dah tak fikir benda-benda macam nie lagi,
Lida. Papa kamu tu kan kaya, suruh saja dia kahwin dengan perempuan lain,” kata
mak lagi. Tegas sangat!
“Tetapi papa nak kahwin dengan mak, dia tak nak dengan perempuan lain,” sambung
Khalida lagi. Ingat nak pujuk adik-adik saja rupanya mak pun tak nak kahwin.
Kasihan papa!
‘tak ada jodoh lida!” jawab mak perlahan. Mak seperti terkilan saja. Tentu
kesan cinta lama itu amat menyeksakan hati mak barangkali. Hmm, macam mana yer.
“Mak!” panggil Ilham yang masuk ke ruang dapur. Sebenarnya selain dari rindukan
Lida kesayangannya ini, tujuan keduanya adalah untuk datang memujuk sendiri
hati mak mentuanya ini kerana kasih sayang seorang anak kepada ayahnya.
Andainya Khalida sanggup berkorban apa saja untuk maknya, aku pun sanggup
lakukan apa saja untuk ayahku.
“Ilham nie mak nak serahkan balik cincin risik Ilham tu,” kata mak sambil
keluarkan kotak baldu berwarna merah dari poket baju kurungnya. Hati Puan
Naemah kuat mengatakan, Ilham dan Khalida sudah tahu kisah cinta dia dan Datuk
Razali. Sebab itu beria benar menyuruh dia menerima lamaran Datuk Khalida.
“Perkahwinan papa dan mama tidak pernah bahagia. Asyik gaduh memanjang. Mungkin
kerana cinta tiada, jadi hubungan mama dan papa semakin renggang. Sebagai
seorang isteri, mama tak pernah masak untuk papa, tak pernah cakap elok-elok
dengan papa, asyik menengking papa adalah,” beritahu Ilham sambil duduk di
sebelah Khalida.
“Tapi demi menghormati amanah keluarga papa banyak bersabar, sehingga puncak
kesabaran papa musnah bila mama cuba membunuh mak. Mak, am dengar rendah hati,
am pohon sangat, mak sudi beri kebahagian kepada papa. Kasihan kat papa, mak!”
rayu Ilham. Waw, boleh tahan juga ayat power suami aku ini.
“Am, mak akan pertimbangan, bagi masa kat mak, boleh?” kata mak membuatkan
Khalida tersentak.
“Am tunggu!”
Nenek
masuk bersama shima. Khalida dan Ilham mula beredar dari ruang dapur.
“Tengok macam mana abang pujuk, berjaya kan?” soal Ilham sambil berjalan
berpegangan tangan menuju ke tempat berkelah.
“He he he..,”
“Hati mak macam hati Lida, keras! Tapi kalau hati Lida abang boleh lembutkan,
tentu hati mak pun abang boleh lembutkan,” sambung Ilham. Dia menarik bahu
Khalida ke dalam pelukannya.
“Tak, hati Lida tak pernah mengalah pada abang. Tapi sebab terhutang budi kat
abang sebab derma darah, jaga Lida, jadi Lida terima lah abang. Kasihan kat
abang sebenarnya!” balas Khalida. Ilham memicit hidung isterinya itu.
“Kak, kita orang dah berbincang dan bersetuju dengan perkahwinan mak dan
datuk,” beritahu Ayien sambil tersenyum. Ketika Khalida dan Ilham sedang
berdiri di belakang mereka yang sedang duduk.
“Betul ke ni?” soal Khalida.
“Yup, kami akur dengan abang am!” celah Apul. Ariff tersenyum senang ke arah
Khalida.
“Alhamdulillah, sekarang tinggal mak saja lagi!”kata Khalida. Harap-harap hati
mak terbuka untuk menerima lamaran dari papa.
“Kenapa dengan mak?”tanya Ayien.
“Mak tak berapa setuju pun, tapi abang am tengah memujuk mak!” kata Ilham.
“Nanti kita ramai-ramai pakat paksa mak, supaya kahwin dengan datuk!” kata
Adil.
“Tak payah nak paksa mak, biar mak fikir dengan tenang,” kata Ilham sambil
tersenyum.
“Apa kata abang am dan akak, buat majlis sekali dengan mak nanti?” kata Ayien
tiba-tiba. Perkahwinan Kak Lida penuh dengan ujian dulu.
“Tak nak lah, akak!” tolak Khalida.
“Abang nak!” pintas Ilham.
Hah,
biar betul abang ni?