Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 7

ILHAMKHALIDA (BAB 7)

Ilham merenung tajam ke arah Rafael Rifky.

“Dia masih isteri aku lah.” Tengking Ilham Hakimi, bengang dengan tindakan Rafael Rifky.

“Kau nie tak pandai nak beza ke apa? Sampai tak boleh tengok kita orang berbual,” tegur Rafael Rifky. Cemburu buta kau nie rupanya Ilham.

“Kau diam!” suruh Ilham.

Zura datang ke arah Ilham dan memegang lengan kanan Ilham.

“Sayang, apa nie?” renggek Zura, sakit hati dan marah dengan tindakan Ilham sebentar tadi.

“Entah, aku pun tak faham dengan sikap buah hati kau nie,” dengus Khalida sambil memandang wajah suaminya. Kau nie, cinta dengan Zura bagai nak rak, cinta lama pulak tu, tapi tak pasal-pasal mengamuk dengan aku apa hal? Sakit jiwa kut.

“Lida!” panggil Ilham sambil mengigit bibirnya. Marah sangat!

“Zura, bukan Lida, kan dalam hati awak ada nama Zura,tu Zura yang ada di sebelah awak tu!” balas Khalida.


"Saya nak jumpa awak di rumah nanti," kata Ilham sambil melepaskan pegangan tangan Zura di sebelahnya
"Okey, kita jumpa nanti," sambung Khalida. Ilham masih sempat menjeling ke arah Rafael Rifky yg bangun menghalang tindakannya ke atas Khalida sekejap tadi.
"Awak okey ke, Lida?" Tanya Rafeal Rifky.
"Saya okey ler, perkara kecil saja tu," ujar Khalida sambil tersenggih. Ilham tu yang panas punggung sekarang ini.
"Saya pelik tengok awak, Ilham buat macam-macam kat awak, tapi awak tenang saja," kata Rifky seolah Khalida tiada perasaan. Khalida memandang ke arah Emma, di sini hanya Emma tahu siapa aku. Orang lain mana kenal siapa aku.
"Encik Rifky!" Panggil Khalida hendak cerita atau tak?
"Yer!" Kalau boleh nak jawab seperti ini ("ya,sayang!") tapi takut kena belasah pula dengan Lida. Cari penyakit tu.
"Keluarga saya bukan orang senang. Selepas ayah meninggal dalam kemalangan, mak bawa kami tinggal di kampung bersama atuk dan nenek, selepas mak lahirkan adik bongsu, mak pula jatuh sakit, terpaksa atuk jaga kami adik beradik yang ramai ini. Emma nie dia sepupu saya. Mak emma meninggal sebelum ayah saya. Kita orang tinggal sekali. oleh kerana atuk hanya menoreh getah, atuk tak mampu nak jaga kita orang, jadi atuk hantar saya dan Emma ke yayasan ini," kata Khalida mengimbau kenangan lama.

Sepatutnya yang datang ke sini aku adalah adik lelaki tu, Ayien, tetapi Emma yang beria sangat hendak datang ke sini, sebab hubungan kami yang rapat. Atuk terpaksa kerana keluarga kami terlalu ramai. Aku ada empat orang adik lelaki, Emma pula ada dua orang adik, termasuk kami berdua sudah menjadi lapan orang, termasuk mak dan nenek sudah berapa dah ahli keluarga kami. Jadi atuk terpaksa hantar yang lebih tua ke rumah anak yatim. Aku dan Emma. Ayien dan adik Emma iaitu Ariff pula diambil oleh ketua kampung untuk menjadi anak angkatnya.

" Tentu kehidupan awak susah waktu tu," ujar Rifky.
"Kesusahan itu yg membuatkan saya kebal. Saya setakat orang nak hina, nak kutuk, nak keji saya dah tak kisah, "ujar Khalida. Dah mangli dengan semua itu, sebab waktu kami kecil-kecil lagi teruk kami dihina orang. Orang mana suka orang susah dan anak yatim macam kami nih.
Patut lah orang buat macam-macam dia tak kisah pun.
"Atau awak terlalu sabar," teka Rifky.
"Tak kut," aku sabar apanya, kalau sabar aku tak bertengkar dengan Ilham dan ahli keluarganya. Ini hari-hari bertengkar, tak kan lah sabar namanya tu.

Pengacara majlis sibuk bercakap di sana, dia orang sibuk bercakap di sini. Sesekali Ilham menjeling ke arah Khalida yang sedang ketawa dengan comelnya.
"Lida nak makan apa? Saya tolong ambilkan," pinta Rifky ketika sampai waktu makan.
"Tak mengapa saya boleh ambil sendiri," tolak Khalida.
"Duduk lah, awak jadi puteri saya hari ini, biar saya layan awak," balas Rifky. Terpampam Khalida dibuatnya. Tak payah lah layan saya macam tu sekali.

Baru hendak bangun tetapi ada seorang perempuan yg cantik datang ke arah mereka.
"Mummy!" Panggil Rifky sambil memegang tangan ibunya. Perempuan cantik itu terus tersenyum kepada mereka berempat. Dengan langkah kaki yang bersopan, dia berjalan datang kepada Rafael Rifky.
"Lida kenalkan ibu saya," perkenal Rifky kepada Khalida. Khalida menghulurkan tangannya, begitu juga dengan ibu Rafael Rifky. Tangan Khalida disambut dengan mesra. Kalau tak salah, ini Datin Jenny kan? Tak sangka pula Datin Jenny ini ibu Rafael Rifky.
"Oo.. Ini lah Khalida yer.. Apa khabar," tanya Datin Jenny ramah. Wanita kacukan baba nyonya ini amat sukakan Khalida kerana setiap hari anak sulongnya akan menceritakan tentang Khalida. Khalida yang tabah dan kuat.
"Baik, datin,"

“Panggil mak cik sudah, Lida. Tak perlu panggil datin tu!”

“Ha, ah, Lida!” celah Rafael Rifky pula. Khalida hanya mengangguk saja.
"Nanti bila Lida free jemput datang ke rumah mak cik, boleh kita berbual panjang," pelawa Datin Jenny.

“Insha ALLAH, mak cik!” balas Khalida.

Sebelum berpisah Datin Jenny memeluk erat Khalida membuatkan hati Khalida menjadi terharu saya.

“Itu insan yang paling saya sayang di dunia ini,” bisik Rafael Rifky kepada Khalida. Kenyataan kan? Siapa di dunia ini yang tak sayangkan mak dia orang, semua orang sayangkan mak dia orang lah.

Hasrat untuk bermalam di rumah Emma terpaksa di batalkan. Ilham asyik menghantar mesej kepadanya menyuruhnya dia pulang segera malam ini. Dia terpaksa pulang.

Ketika dia sampai seluruh ahli keluarganya sedang menunggu dia di ruang tamu. Baru berdiri Datin Zahida datang ke arah Khalida dan mahu menampar muka Khalida tetapi Khalida sempat menahan tangan Datin Zahida, lalu menolak tangan Datin Zahida dengan perlahan. Orang dah siap sedia pun sejak dari tadi.

“Ilham, kau tengok isteri kau yang tak malu ini, tak sedar diri langsung. Sejak akhir-akhir ini berlagak sangat. Kau tak kenal siapa aku barangkali,” tengking Datin Zahida sambil memandang ke arah Ilham.

“Awak tu masih isteri saya, jangan asyik mengatal dengan lelaki lain,” ucap Ilham menjentik tangkai hati Khalida. Lucu pulak Ilham kali ini.

“Mengatal dengan siapa pula ni? Rifky?” soal Khalida kembali. Aku masih tahu menjaga batas pergaulan aku sebagai isteri kau, Ilham.

“Dengan Rifky lah dengan siapa lagi?” jawab Ilham. Datuk Razali terus bangun dari situ. Tak kuasa nak layan pergaduhan antara Ilham dan Khalida.

“Nampak ke Rifky sentuh saya? Atau saya sentuh Rifky?” tanya Khalida lagi.

“Lida, awak masih isteri Ilham, mana boleh sembang dengan lelaki lain, nenek tak suka dengar Lida ada lelaki lain,” marah Ku Salbiah pula.

“Nenek kena belajar lupakan Lida dalam hidup nenek. Tak lama lagi Lida dah tak tinggal di sini lagi lah, nenek!” pinta Khalida membuatkan Ku Salbiah melopong mendengarnya.

Khalida terus masuk ke dalam biliknya dan Ilham turut mengekorinya dari belakang. Dia biarkan saja Ilham mengekorinya kerana dia tahu Ilham masih marah dan tidak berpuas hati dengan sikapnya tadi.

“Awak ada pula kerja asyik fikir kan saya, asyik marahkan saya. Dari awak buat semua itu, lebih baik awak fikir tentang Zura,” kata Khalida perlahan. Ilham yang hendak marah sudah tidak lagi marah. Khalida membuka selendangnya dan membiarkan rambutnya terurai di hadapan mata Ilham. Keayuan Khalida membuatkan Ilham terpesona.

“Apa tengok-tengok, nie nampak!” kata Khalida sambil menunjukkan penumbuknya di hadapan mata Ilham. Ilham menepisnya perlahan.

“Hish, Awak ingat saya hairan dengan penumbuk awak tu,” balas Ilham Hakimi.

“Awak kena ingat kata-kata awak selepas kita kahwin, pegang elok kata-kata awak tu,” peringat Khalida sebelum masuk ke bilik sebelah untuk menukar pakaiannya.

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.