Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 5

Orang memang nak pergi jumpa Rafael Rifky pun sebab nak suruh dia ambil kembali cincin mahal dia ini. Kau apa tahu?

Sebaik saja nampak Emma, Khalida terus tinggalkan suaminya itu. Aku sealu tinggal dia selama ini pun. He he he..,

“Lida, balik sebelum mahgrib!” pesan Ilham Hakimi.

“Kenapa suami kau tu? Siap pesan berbagai? Atau dia dah mula sukakan kau,” soal Emma melihat Ilham Hakimi yang masih melihat mereka berdua.

“Aku pun tak faham dengan dia!” jawab Khalida, malas hendak fikir tentang dia. Mungkin kerana aku tidak pernah suka kan dia, jadi aku tidak kisah dengan perasaan dia selama ini.

“Aku rasa dia sayang nak tinggalkan kau, sebab kau sekarang cantik sangat. Aku suka penampilan kau nie, cunn!”

“Ha ha ha, itu lah, aku tak tunjuk saja siapa aku,”

“Nie nak pergi jumpa pak we kau atau nak pergi shoping dulu?”

“Jumpa Rifky dulu lah, nanti baru best kita pergi shoping!”

Janji kat kedai buah tepi jalan saja. Saja nak test anak kacukan ini. Dia sanggup ke tidak menunggu di bawah gerai. Sebab dia ini pun salah seorang anak orang kaya juga, kecuali aku dan Emma saja orang kampung dan hidup susah sikit dari dia orang.

“Kau nak bawa siapa malam esok? Kali ini kena berteman, itu syarat dia orang!” tanya Emma. Nampak kereta mamat tu di tepi jalan. Orangnya sedang mengelap peluh yang menitik di pipinya.

“Nanti lah aku fikir!” balas Khalida. Lambaian tangan Rafael Rifky dilihatnya dengan jelas. Dia sudah menolak pintu kereta.

“Tu Rifky?” tanya Emma yang baru pertama kali melihat Rafaeil Rifky selama ini dengar nama saja. Khalida mengangguk.

“Ya ALLAH, segaknya dia. Kau rugi, kalau kau kahwin dengan dia pun lagi baik dari kahwin dengan Ilham tu,”

“Dia tu kristian!”

“Suruh dia masuk agama kita!”

“Kau nie...,”

Dia makan ais kacang tepi jalan, rojak buah tepi jalan, selamba saja. Tak ada apa pun yang janggalnya. Ilham kat rumah boleh sawan kalau makan di gerai tepi jalan macam ini.

“Encik Rifky, ambil balik yer!” kata Khalida sambil menghulurkan kembali kotak cincin itu kepada Rafael Rifky.

“Saya tak pernah ambil balik hadiah yang saya berikan kepada sesiapa pun. Ambil lah, ini ikhlas dari saya,” sebenarnya tadi, dia mengekori Khalida sehingga sampai ke kedai emas, malah dia memperhatikan Khalida dari jauh. Apa saja Khalida lakukan menjadi perhatiannya. Dia tahu Khalida suka akan cincin tersebut.

“Tak boleh, Encik Rifky!” tolak Khalida perlahan.

“Sebab??” sengaja menyoal begitu, wal hal dia tahu alasan yang akan Khalida berikan kepadanya.

“Kalau saya bukan kepunyaan orang memang saya dah ambil cincin nie, tapi saya isteri orang, Encik Rifky!” alasan Khalida. Tetapi andainya aku tak kahwin pun, tak sanggup juga nak ambil cincin mahal ini. Nanti orang tuduh kita , di mata tu nampak duit saja. Mata duitan.

“He he he..” dah agak pun. Saya tetap tunggu awak!

“Encik Rifky tak usah gelakkan saya, nie ambil balik cincin Encik Rifky, hadiah dekat orang yang Encik Rifky suka nanti!”

“Kalau Lida cakap macam tu, orang yang saya suka, Lida lah sekarang!” jawab Rafael Rifky membuatkan Emma di sebelah tersenyum mendengarnya.

“Encik Rifky mana boleh suka kan saya..,”

“Hak saya lah nak suka kat sesiapa pun!” Aduhai, aku tak faham dengan orang lelaki ini. Ilham dengan cara Ilham, Rifky dengan cara Rifky.

“Hak saya juga nak tolak kan?” balas Khalida.

“Simpan lah, kalau tak suka, jualkan saja, atau sedekah kat mana-mana rumah anak yatim..,” kata Rafael Rifky, bunyi macam orang sedih saja.

“Encik Rifky nie , jangan buat macam tu, saya bukannya boleh kalau tengok lelaki bersedih macam nie...,”

“Kenapa?”

“Lucu, rasa nak tergelak kat Encik Rifky!” betul, pantang keturunan aku tengok lelaki frust macam ini. Rasa macam nak tergelak terguling-guling saja.

“Kalau macam tu pakai, tanda awak menghargai persahabatan kita!” ujar Rafael Rifky. Sebenarnya nak cakap, tanda percintaan kita tetapi takut kena kungfu pula dengan Khalida.

“Kalau macam tu, Encik Rifky ambil dulu cincin nie, beli saja barang yang murah harganya kat saya nanti, dan saya akan hargai pemberian Encik Rifky nanti,” alasan Khalida. Sebuah cubitan dari Emma hinggap di atas paha Khalida. Tahu, tetapi tersilap sudah tersilap cakap. Harap-harap jangan lah Rafael Rifky ini belikan apa-apa untuk aku lagi.

“Hish, awak lah Khalida, macam-macam!”

“Ha, atau pun Encik Rifky belanja saja kita orang makan laksa di sini saja tanda persahabatan kita,” sebenarnya nak perbetul ayat tadi.

“Pulak? Maksudnya macam tersilap cakap lah tadi!”

“Ha, ah!”

“Lida, lida, sebab sikap awak lah buat saya jatuh hati kat awak!” pengakuan Rafael Rifky buat Khalida macam nak pengsan saja. Emma tersembur laici kang yang diminumnya. Tersedak! Sah, apa yang kita orang ramalkan. Mamat handsome ini memang ada hati dekat Khalida pun.

“Encik Rifky...,” jerit Khalida.

“Hak saya kan?” tekan Rafael Rifky sambil bangun tanpa mengambil kotak cincin tersebut.

“Emma, ambil cincin ini, aku hadiah kat kau!”

“Betul ni?”

“Betul!” kalau bawa balik cincin ini, habis satu rumah meroyan nanti.

Handset sejak dari tadi berbunyi berpuluh kali. Semuanya dari Ilham, suaminya itu. Mesej pula masuk bertubi-tubi satu pun Khalida tidak membalasnya. Sibuk pilih baju sebenarnya, lagi pun kalau nak bergaduh, elok balik bergaduh di rumah saja.

Dia tetap pulang sebelum azan mahgrib kerana itu permintaan suaminya. Dia masih tahu batas pergaulan sebagai isteri orang. Lelaki lain, perempuan lain

“Baru nak balik!” ujar Ilham Hakimi sambil melihat beg kertas yang dibawa oleh Khalida.

“Nak solat!” balas Khalida tidak mempedulikan langsung sikap suaminya.

“Kenapa tak jawab panggilan saya?”

“Tak suka!”

“Kenapa tak balas mesej saya?”

“Lagi tak suka!”

“Apa yang awak suka?”

“Suka tu tak ada, tapi yang penting boleh tak kita jangan bergaduh time senja macam ni, nanti orang tuduh Encik Ilham kena rasuk hantu pula, “ tegur Khalida sambil menolak badan Ilham Hakimi yang menghalang langkahnya untuk naik ke bilik.

Jatuh terduduk Ilham dibuatnya sebab Khalida menolak dengan sesungguh hatinya.

“Aduhhh.. sakit tau tak!”

“Saya dah cakap saya ada karate kan? Jadi, setakat nak tolak Encik Ilham sampai terlentang tu bukan satu masalah pun!”

Mengada-ngada betul Ilham nie.

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.