Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 69

Kononnya nak balik awal. Sebaik saja habis majlis terus balik, tetapi ada pula halangan. Staf-staf di syarikat ini mahu berbual lama dengan Khalida. Terpaksa lah balik tengah hari.

“Nak singgah rumah papa tak?” soal Ilham. Khalida mengelengkan kepalanya. Baik balik rumah terus, takut nenek di rumah risau pulak.

Ilham patuh, terus menghantar Khalida ke rumahnya sendiri. Sampai di rumah nenek terus menerpa Khalida dan Ilham. Sejak tadi dia risaukan Khalida yang sedang sarat itu.

“Kenapa lama sangat pergi?” tegur Nenek. Ilham memimpim Khalida sehingga ke sofa. Selepas Khalida duduk barulah dia melepaskan tangan isterinya itu.

“Jumpa kawan, nek!” balas Khalia. Mata terarah kepada barang-barang baby yang memenuhi ruang tamu rumahnya. Siapa yang beli? Cadang petang nanti baru nak keluar, sebab dia orang memang tak beli barang-barang baby pun lagi.

“Siapa beri, nek?” soal Ilham kehairanan.

“Adik-adik kamu lah. Dia orang datang tadi dan bawa hadiah-hadiah baby nie,” jawab nenek.

“Adik yang mana?” soal Khalida pula. Adik dia kan ramai.

“Ke semua adik kamu lah, Lida!” jawab Nenek sambil tersenyum.

“Dia orang terus balik?” tanya Ilham pula.

“Tak, ke semua pergi ke rumah mak kamu. Katanya rindu tak jumpa dengan mak dan papa kamu!” jawab nenek lagi.

“Ooo, gitu!” kata Khalida.

Malam itu, papa dan mak pula datang bawa hadiah barang-barang baby. Kak Nita dan Ana turut datang sekali, dan membawa hadiah yang sama. Banyaknya.

“Baby sorang saja, hadiah nie boleh pakai dua tiga orang!” kata Khalida. Tak perlu lagi pergi beli barang, sebab dah banyak sangat. Apa lah kau orang ini, teruja sangat. Lebih dari kita orang pulak.

“Perut Lida dah turun ke bawah tu, rasanya dah tak banyak hari nak bersalin!” tegur Puan Naemah. Khalida mengangguk. Dr. Rose pun beritahu perkara yang sama. Kata Dr. Rose, mungkin empat atau lima hari lagi.

“Apa kata Lida balik tinggal dengan mak dan papa, senang sikit!” cadang papa pula. Khalida memandang wajah suaminya, suaminya hanya tersenyum saja, tetapi bila Khalida lihat muka nenek, nampak sangat nenek keberatan untuk tinggal di rumah mak. Nenek nie, masih marah papa ke?

“Jom lah, mak. Risau saya tengok Lida nie!” pujuk papa.

“Betul juga kata papa kau tu Lida. Elok, kita tinggal di rumah dia orang sementara tunggu hari kau nak bersalin!” akhirnya nenek mengalah. Papa tersenyum bahagia.

“Esok kita orang pergi, boleh tak? Lida malas lah nak mengemas malam-malam macam nie,” kata Khalida.

“Abang turutkan saja!” balas Ilham. Mak tetap pujuk nenek supaya pulang dengannya malam ini juga, kebetulan nenek Ku Salbiah suruh mak bawa balik nenek kasma ke rumah mereka malam ini juga. Nenek turutkan walaupun kalau boleh tak mahu tinggal Khalida dalam keadaan sarat macam ini.

“Biar lah kat dia orang mak, biar dia orang hidup berdikari. Nanti pandai-pandai lah dia orang uruskan hal dio orang tu,” celah papa pula. Mudah sungguh papa ini.

“Am boleh jaga Lida lah, nek!” kata Ilham.

“Ha, ah. Usah lah nenek risau. Abang Am kan ada!” sokong Khalida. Nenek terpaksa turutkan juga, jadi tinggal mereka berdua, sebelum mereka pergi ke sana esok hari. Pembantu rumah pula balik ke rumahnya setiap malam. Siang saja datang bekerja. Ilham turut mengupah suami Kak Pah menjadi pemandu di rumahnya.

“Lupa pula nak beritahu mak suruh temankan Lida dalam bilik bersalin nanti,” uji Khalida. Dia kan mabuk darah.

“Tak usah lah menyusahkan mak. Kan ada doktor dengan nurse!” tepis Ilham.

“Abang tak nak masuk sebab mabuk darah, biar lah mak yang temankan Lida!” keras suara Khalida kedengaran.

“Kenapa tak angkut papa dan adik-adik Lida sekali dalam bilik tu, lagi senang!”

Balas Ilham.

“Hish, abang nie. Lida pun ada perasaan takut juga. Bukan pernah bersalin pun selama ini, harap kan abang, macam-macam alasan yang abang berikan!” ujar Khalida, yang sudah naik geram dengan sikap Ilham.

“Tak nak lah, abang tengok Lida bersalin dalam tu..!” alasan Ilham lagi.

“Kenapa? Takut nak tengok Lida bersalin anak abang?” tanya Khalida. Abang nie tak sporting langsung lah.

“Orang lain bersalin, suami dia orang tak tunggu pun!”

“Itu orang lain, bukan Lida pun!”

Susah sangat dia nie. Tak kan dia tak nak tengok aku bersalin anak dia. Pengalaman yang indah apa? Atau dia memang takut nak tengok aku bersalin?

“Nanti abang cakap dengan mak, suruh mak temankan Lida kat dalam tu!” putus Ilham. Khalida mengelengkan kepalanya. Malas nak bergaduh, nanti stress pula.

“Papa kau, memang tak sayang mama pun!” rajuk Khalida. Ilham menjeling tajam.

Pagi ini, Ilham perlu ke pejabat dahulu kerana ada hal penting yang perlu diuruskan. Dia perlu menandatangani surat penerimaan perlantikannya sebagai Pengarah baru di syarikat atuknya itu.

“Lama tak abang pergi?” soal Khalida. Dah rasa pelik semacam saja sekarang, tadi waktu dia sediakan sarapan untuk Ilham, tak pun rasa apa-apa. Ini sudah rasa sakit di sekitar perutnya. Tanda-tanda nak bersalin ke apa nir?

“Kenapa?” soal Ilham pula.

“Saja lah tanya!” jawab Khalida menyembunyikan perasaannya

“Sekejap saja, settle semua tu abang balik, lepas tu kita terus ke rumah papa!” jawab Ilham sambil memegang pipi Khalida.

“Ingatkan lama abang kat situ!” jawab Khalida.

“Tak. Sekejap saja!” kata Ilham sambil mencium dahi Khalida. Khalida mengangguk.

Hampir dua jam dia menunggu ke pulangan suaminya, tetapi masih lagi belum pulang, dan perutnya makin kerap rasa sakit membuatkan hati Khalida resah saja. Di ambilnya telefon bimbit dan dia menelefon Ilham di ofis. Kali pertama, Ilham tidak mengangkatnya, kali kedua baru Ilham mengangkat.

“Abang!” panggil Khalida sedikit cemas.

“Kenapa, sayang?” soal Ilham.

“Boleh balik cepat tak?” soal Khalida.

“Tak boleh, Megat Adnan baru sampai, kita orang masih lagi dalam perbincangan!” jawab Ilham. Tiba-tiba ada cecair membasahi kaki Khalida.

“Alamak..,” jerit Khalida perlahan. Kain batik yang Khalida pakai sudah basah.

“yang, kenapa?”

“Air ketuban dah pecah lah!” beritahu Khalida. Nampak Abang Abu, suami Kak Pah di halaman rumahnya. Telefon terus dimatikan. Kalau tunggu Ilham lambat lagi lah nak ke hospital, buatnya baby dah nak keluar macam mana? Siapa yang nak tolong? Baik ajak abang abu dan kak pah temankan.

“Kak Pah, temankan saya ke hospital!” kata Khalida sambil menahan kesakitan.

Ketika dalam perjalanan, Ilham menelefonnya lagi. Terus Khalida angkat.

“Nanti abang balik!”

“Abang terus ke hospital Dr. Rose, Lida ajak kak pah dan abang abu bawa Lida ke hospital!”

“Kenapa tak tunggu abang?”

“Abang nak suruh Lida bersalin sorang-sorang kat rumah?” soal Khalida kembali. Dia ingat aku main-main ke apa nih?

Sebaik saja Khalida sampai, dr. Rose dan teman baiknya, Dr Hajar Humairah terus bawa Khalida masuk ke bilik bersalin.

“Awak dah nak bersalin sangat nie, Lida!” beritahu Dr. Rose. Ha, betul lah tu. Kalau tidak masakan aku ke sini. Memang sakit sangat dah sekarang nie. Sebenarnya sakit dari sebelum subuh lagi, Cuma dia buat tidak endah saja.

Mata Khalida mencari wajah suami kesayanganya tetapi hampa, wajah itu tidak muncul. Jawabnya aku kena berjuang seorang diri lah untuk lahirkan baby kami. Tiba-tiba hati Khalida sebak. Rasa macam nak menangis saja kerana suaminya tidak ada di sisi.

“Sabar Lida, bawa bertenang!” pujuk Dr. Rose. Khalida memegang erat tangan Dr. Rose kerana sekejap lagi dia akan melalui proses untuk menglahirkan zuriat dia dan Ilham. Tawakal saja lah. Nak buat macam mana kan?

Tiba-tiba pintu bilik di tolak orang dan dia melihat wajah suaminya dengan jelas. Terus hilang rasa sakit.

“Abang akan teman sayang abang nie!” kata Ilham sambil memegang kepala Khalida. Dr. Rose melepaskan pegangan tangannya dan membiarkan Ilham memegang erat tangan Khalida. Barulah rasa semangat nak lahirkan baby kita orang.

Aryan lahir di depan mata papanya. Menitis air mata Khalida saat Ilham mengazankan keagungan ALLAH di telinga Aryan. Ilham cium pipi kanan Aryan dan terus diletakkan di lengan Khalida. Khalida mengucup kepala anak sulongnya dengan sepenuh kasih sayang. Jururawat membawa Aryan keluar dari bilik ini.

“Alhamdulillah, semua sudah selamat!” jawab Ilham sambil mengucup dahi dan pipi Khalida. Khalida tersenyum.

Apa lagi riuh lah wad hari ini dengan kelahiranini, kepunyaan Ilham dan Khalida. Semua ahli keluarga mereka berdua datang melawat dan masing-masing mahu mendukung si keci ini. Kiranya si kecil tak sempat nak berada di atas katil kerana adik-beradik Khalida masing-masing berebut untuk mendukung. Ku Salbiah dan Puan Kasma hanya mampu tersenyum saja.

“Tahniah, abang!” ucap Ayien dan Ariff serentak.

“Lima tahun abang tunggu lah, bukan setahun dua!” balas Ilham.

“Bawa Lida berpantang di rumah papa, Ilham. Boleh papa tolong jagakan dia orang tu!” kata Datuk Razali. Ilham memandang wajah Khalida dan Khalida tersenyum senang hati. Nak balik mana lagi, memang kena balik rumah papa lah, sebab mak kandung Khalida ada di situ. Papa nie ambil mak Lida sampai tak ingat Lida nie anak kandung mak.

Masa melawat sudah tamat, tetapi semua tak mahu berganjak keluar sampaikan dihalau keluar oleh Dr. Rose.

“Masa untuk menyusu si kecil ini Lida!” beritahu Dr. Rose. Ilham mengambil Aryan dan terus diletakkan di ribaan Khalida. Dr. Rose terus beredar meninggalkan mereka berdua.

Baru mahu menyelak bajunya, Ilham sedang memandang ke arah Khalida. Terus Khalida berhenti. Rasa kekok untuk menyusu si kecil ini di hadapan mata Ilham biar pun Ilham itu suaminya. Kali pertama pula mahu melakukan semua ini di hadapan mata Ilham.

“Abang keluar dulu, Lida nie macam tu pun malu!” kata Ilham, terus keluar. Wal hal dia mahu melihat buat kali pertama anak lelakinya itu menyusu dengan isterinya.

Tengah menyusukan Aryan, Ilham muncul semula, Tak sampai pun lima minit dia keluar. Kali ini Khalida tidak dapat mengelak kerana Ilham sudah duduk di hadapannya.

“Abang dah tengok segala-galanya sejak dari dulu lagi!” kata Ilham. Khalida ini lupa ke apa, bukan sewaktu dia lumpuh dulu, aku yang menjaganya.

“Abang memang nak tengok Aryan menyusukan?”

“Anak abang, Lida!” jawab Ilham.

Khalida menyusu sehingga Aryan kenyang.

“Terima kasih kerana berani lahirkan anak untuk abang!” ucap Ilham membuatkan Khalida tersenyum saja. Teruknya seorang perempuan berjuang untuk menglahirkan seorang anak ke dunia ini, Tadi, dia sudah melihat dengan matanya sendiri, bagaimana Khalida mengharungi keperitan untuk menglahirkan zuriatnya.

“Apa maksud abang, berani lahirkan anak- abang?”

“Teruk abang tengok Lida tadi..,” masih terbayang dengan jelas saat-saat Khalida bertarung nyawa tadi.

“Demi cinta dan sayang seorang isteri kepada suaminya. Semua isteri lakukan perkara ini kepada suami mereka, malangnya ada juga suami yang tak menghargai isteri mereka!” kata Khalida. Ilham turut mengakuinya di dalam hati. Apa yang Khalida katakan adalah benar belaka.

“Terima kasih, sayang!” kata Ilham. Anak-anak adalah harta yang paling berharga di dunia ini. Bukan perkara lain pun. Harta ini tak sama dengan harta syarikat Ku Ibrahim.

Keesokkannya, Datuk Iskandar dan isterinya turut datang melawat tetapi hanya isterinya saja datang melihat Khalida dan anaknya. Datuk Iskandar hanya berbual dengan Ilham di luar saja. Dapat juga Khalida melihat anak Datuk Iskandar. Malah Rifky turut datang dengan isterinya, Rifky turut berada di luar.

Selepas dia orang balik, yang inilah yang membuatkan Khalida terkejut apabila Datin Jenny, ibu Rifky turut datang melawatnya.

“Maafkan mak cik kerana menghina Lida dulu, mak cik tuduh Lida mandul dan halang hubungan Lida dengan Rifky, kerana takut Lida tak boleh lahirkan anak untuk Rifky. Rupanya mak cik silap, maafkan mak cik” kata Datin Jenny dengan perasaan sebak.

“Tak mengapa datin. Saya tak marah atau pun berkecil hati. Sebenarnya tak ada jodoh saya dengan Rifky!” balas Khalida. ALLAH dah tetapkan yang terbaik untuk hidupku adalah Ilham Hakimi.

“Sekarang, isteri Rifky belum mengandung lagi, mak cik takut Rifky terkena hukuman kerana kata-kata mak cik tu!” ujar Datin Jenny kerisauan.

“Sabar lah, lagipun usia perkahwinan Rifky masih terlalu awal. Insha ALLAH, nanti Rifky akan memperolehi cahaya mata jugak!” pujuk Khalida sambil memegang tangan Datin Jenny.

Datin Jenny meminta diri sebaik saja Ilham masuk ke dalam bilik.

“Boleh cerita kat abang tak, tentang Lida dengan Rifky tu, abang tak sengaja terdengar perbualan Lida dengan Datin Jenny tu,” suara Ilham penuh dengan rasa cemburu membuatkan Khalida tergelak saja. Rifky kan musuh ketat Ilham.

“Selepas Lida lumpuh datin tak benarkan Lida bercinta dengan anak dia, takut Lida tak boleh beranak untuk anak dia. Dia cakap Lida mandul!” cerita Khalida hal yang sebenar.

“Pulak??”

“Ha lah, takut kahwin, tak boleh beranak nanti, nak buat apa kan?” jawab Khalida. Ilham menghampiri Khalida dan memeluk Khalida dengan erat. Sangat erat.

“Abang tetap pilih Lida biar apa pun keadaan Lida!” bisik Ilham. Khalida mengangguk sebak.

Masih diingat kata-kata Ilham sebaik dia disahkan lumpuh. Memang doktor pun ada cakap, Khalida susah nak mengandung tetapi Ilham menerimanya dengan rela hati.

Kata Ilham, “ Abang tetap terima Lida, tetap cintakan Lida, biar pun Lida tak boleh nak lahirkan anak-anak untuk abang. Abang tetap akan bahagiakan Lida sepanjang hayat abang!”

Sebab itulah Khalida tidak teragak-agak untuk berkahwin semula buat kali kedua dengan Ilham dulu. Semua orang tak tahu pun semua ini, sebab hanya Ilham dan Khalida saja yang tahu.

Sesetengah perkara, orang lain tak perlu tahu pun, sebab ini hal cinta kita!

Previous: BAB 68

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.