Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 12

ILHAM KHALIDA – BAB 12

Sudah dua hari dua malam, Ilham tidak bertegur sapa dengan Khalida. Selepas bergaduh di rumah Emma tempoh hari. Khalida buat tidak kisah saja. Macam selalu.

“Long, jangan lupa balik kampung Ahad nie, angah nak bertunang,” kata Ayien, Juruterbang TUDM. Aikd-adik lelakinya melibatkan diri di dalam bahagian ketenteraan. Cuma yang si bongsu masih belajar di Univeristi Utara Malaysia.

“Insha ALLAH, along sampai nanti,” memang nak balik pun sebab sudah lama tidak balik berjumpa dengan mak dan nenek. Atuk sudah meninggal sebelum Khalida berkahwin dengan Ilham lagi.

“Ok, kita orang semua dah ada di kampung sekarang. Tinggal Kak Emma dan Along saja tak ada nih.” Beritahu Ayien lagi.

“Nanti kami balik!” kata Khalida lagi.

Malam ini cadang nak tidur di rumah Emma saja, sebab esok dah hari sabtu, petang esok kami berdua bercadang nak balik kampung bersama.

“Kau tak pujuk Ilham?” soal Emma selepas melihat Khalida mematikan perbualan. Tadi dia yang menceritakan kepada Emma, tentang sikap Ilham yang tidak bertegur sapa dengannya.

“Aku bab pujuk memujuk ini mana pandai,” ujar Khalida. Hendak pujuk apa, bukan salah aku pun.

“Itu lah silap kau, kau tak mainkan peranan kau sebagai seorang isteri dan perempuan selama ini. Kau tidur sebilik dengan suami kau kan, cuba kau goda dia, mesti dia lemah juga dengan kau tu,” kata Emma membuatkan Khalida tersenyum.

“Ha ha ha..,”

“Ketawa pula, aku serius lah!”

“Kau mahu ke tanggung risiko, dia tak cintakan aku pun, tapi aku serah diri kat dia. Dia tak apa lah, lelaki, kita ni perempuan, tak pasal-pasal mengandung pula nanti. Aku tak nak ada anak dengan Ilham!” luah Khalida. Tetapi bab ini memang kena tabik hormat dekat Ilham sebab Ilham bukan jenis lelaki yang akan mengambil kesempatan ke atasnya biar pun mereka tidur satu katil. Iman Ilham memang kuat.

“Kau ni, ayat kejam tu!”

“Mak datin tu siap bagi tau awal-awal kat aku dengan Ilham, dia tak nak ada cucu hasil hubungan kami berdua. Dia tak suka!” beritahu Khalida lagi.

“Kau tak cuba, mana tahu selepas ada anak lain pula jadinya. Anak itu kan pengikat kasih!” kata Emma lagi. Khalida mencebikkan mulutnya.

“Silap hari bulan aku kena halau dengan anak aku, lagi haru,”

“He he he...,”

“He he he..,”

“Ilham tu bodoh, ada apa lah dengan Zura tu, rupa tak ada, perangai pun teruk, harap dengan kaya saja..,”

“Ish, kau ni, kekasih Ilham tu,”

Cinta ini susah hendak diramalkan. Jadi jangan cakap apa-apa. Semua ini terletak pada jodoh, kadang bercinta bertahun-tahun tetapi jodoh pula tak ada, jadi tidak boleh hidup bersama juga. Ada tu tak bercinta pun, tetapi ada pula jodoh dan ditakdirkan bersama pula. Macam aku dengan Ilham. Ilham pun satu hari tu, nak lepaskan aku, tetapi sekarang, jadi macam lain pula.

“Lida, aku tetap akan sokong kau, biar apa pun terjadi!” kata Emma yang banyak memahami. Ayah Emma kahwin lain sebaik saja mak emma meninggal, jadi Emma tumpang kasih mak Khalida saja. Sebab mereka ada lah anak sulong, jadi mereka banyak mengongsi perasaan, mengongsi suka duka bersama. Emma sanggup tak berkahwin selagi masalah Khalida tidak selesai. Besar sungguh pengorbanan Emma untuk Khalida.

“Ini kau nak tidur di rumah aku, nak balik kampung besok, Ilham tahu?” soal Emma.

“Tak!”

“Lerrr, kau nie, berdosa kalau rumah tanpa izin suami!”

“Bulan lepas dah beritahu dia tentang rancangan kita dan majlis pertunangan Ayien ini, dia benarkan!” jelas Khalida. Selama bertahun, Ilham tidak pernah balik ke kampungnya biar pun di hari raya. Ilham memang tidak suka untuk pulang ke kampung halaman Khalida.

“Kau tak jemput Rifky?” tanya Emma lagi, Rifky yang amat rapat dengan Khalida.

“Tak. Majlis tunang saja, tunang pulak di rumah perempuan. Nanti lah, majlis kahwin nanti aku jemput!” kata Khalida. Kalau jemput, memang Rifky akan pergi ke rumahnya, nanti mak dan nenek terkejut pula.

Ilham tak gaduh pun nak cari Khalida, tetapi Zura pula yang asyik telefon Khalida. Dari sampai sehinggalah Khalida dalam perjalanan ke kampung. Apa sebenarnya yang berlaku?

“Angkat lah, meluat aku dengar!” gesa Emma yang bertukar tempat dengan Khalida untuk memandu. Khalida sibuk berduet dengan Kumpulan Didali, lagu Disaat Sendiri dinyanyikan tanpa mempedulikan panggilan dari Zura itu.

“Hello,” emma yang mengangkatnya. Geram dengan gelagat Khalida di sebelahnya.

“Kau ni..,” marah Khalida. Mujur dah habis lagu.

“Cakap lah, dia cari Ilham,” kata Emma setelah lama berbual dengan Zura. Khalida memandang ke belakang, dan menoleh ke kiri dan ke kanan.

“Kenapa, Ilham ada dengan kita ke?” gurau Khalida. Cari Ilham kat aku pula? Pening sungguh perempuan ini.

“Ambik, cakap dengan dia. Kau jerkah dia sikit, aku rasa dia tengah bermimpi lagi atau dia mamai?” marah Emma sambil menghulurkan telefon kepada Khalida.

Lama Khalida meletakkan telefon di telinganya tetapi tidak menegur Zura. Suara esak menangis makin kedengaran. Menangis pula. Sah lah budak Zura ini tidak boleh hidup tanpa Ilham.

“Abang Ilham awak tak ada dengan saya, dia ada kat rumah tu!” beritahu Khalida. Kau Zura, cuba matang sikit, ini perangai macam budak-budak.

“Di rumah tak ada. Call tak angkat, mesej tak jawab!” beritahu Zura. Mana aku tahu dia pergi mana?

“Habis tu saya nak buat apa?” tanya Khalida, malas hendak layan sebenarnya.

“Cari Ilham untuk saya!” rayu Zura membuatkan Khalida kelucuan.

“Awak kan kekasih dia, cari lah sendiri,” balas Khalida. Sudah masuk jalan ke kampung mereka. Hati Khalida semakin riang. Tak sabar nak jumpa ahli keluarga kami. Macam balik raya lah pulak.

“Dia bergaduh dengan saya, dah dua hari dia tak bercakap dengan saya, dan tak nak jumpa saya,” beritahu Zura lagi. Aik, dengan kau pun tak bercakap. Sah, Ilham sakit jiwa aku rasa.

“Zura, selesai lah masalah awak dengan Ilham, saya nie ada banyak kerja lagi nak buat!” terus Khalida matikan telefon dan buang bateri.

Kereta sudah sampai di hadapan rumah, mak dan nenek sudah muncul di atas tangga beranda rumah. Begitu juga dengan adik beradik yang lain. Daripada aku layan Zura, lebih baik aku peluk mak aku. Betul tak?

“mak!” jerit Khalida sambil berlari mendapatkan maknya. Dipeluknya Puan Naimah dengan erat untuk melepaskan rindu. Tiba-tiba ada kereta berhenti di belakang mereka. Terus Khalida menolehnya dan terpandang kereta Ilham. Iham yang sedang tersenyum membuatkan Khalida mahu pengsan saja.

Dia balik? Dia bermimpi atau aku yang bermimpi?

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.