Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 4

“Kau dah ada Zura kan dan nak kahwin tak lama lagi, Khalida nie...,” tak habis cakap sebab tengok muka Ilham Hakimi belang merah campur belang hitam. Marah??

“Dia masih isteri aku,” kuatnya suara sampai semua orang mendengar. Oit, selama ini malu nak mengaku aku isteri dia, sekarang cakap kuat pula yer. Macam nak hempuk Ilham Hakimi sekarang kalau boleh lah, tetapi Ku Salbiah sedang melihat apa yang berlaku. Wajah Zura turut berubah.

“ Encik Rifky, nanti saya call yer!” kata Khalida sengaja hendak menyakitkan hati Ilham Hakimi. Lagi pun wajah Ku Salbiah itu serius gila waktu ini.

“Okey!” kata Rafeal Rifky sambil melemparkan senyuman kepada Khalida. Ku Salbiah menarik tangan Khalida menuju ke kereta Ilham yang tidak jauh dari situ.

“Saya nak ikut!” pekik Zura sambil berlari ke arah Ilham Hakimi.

“Awak tak payah lah ikut, nanti bergaduh pula dengan Khalida,” tolak Ilham Hakimi.

“Zura, jom lah!” ajak Khalida sambil melambaikan tangannya ke arah Zura.

“Zura, tak usah ikut, kita orang ada hal keluarga yang hendak dibincangkan!” halang Ku Salbiah membuatkan Khalida tertanya-tanya.

“Kenapa nek?”

“Kalau Zura dah tengok cincin tunang tu, dah tak menarik, Lida!”

“Pulak??”

“Ha, ah!”

Lamanya adegan pujuk memujuk antara mereka berdua. Bawa saja lah apa masalah?

“Semua nak ikut!” runggut Ilham Hakimi ketika masuk dalam kereta.

“Belum jadi isteri dah berunggut?” perli Khalida yang duduk di sebelah Ilham Hakimi.

“Yang kau pun satu tak sah berpisah dah layan jantan lain, kau tu masih isteri Ilham tau tak?” marah Ku Salbiah di belakang pula.

“Ha ha ha..,” Khalida ketawa saja.

“Isteri tetap isteri lah Lida, Ilham boleh pasang dua tiga isteri kalau dia nak?” balas Ku Salbiah lagi. Dalam keluarga kami mana ada orang berani lawan cakap aku tetapi dengan Khalida, tak mampu nak menepis. Ada saja jawapan.

“Buat lah kat saya macam tu, jawapnya Ilham dengan Zura tak kahwin sampai bila-bila. Nenek nak Ilham tak jadi kahwin dengan Zura tu?” ugut Khalida.

“Saya ada hak lah nak kahwin berapa pun?” celah Ilham Hakimi pula.

“Zura awak mahu ke bermadu dengan saya?” tanya Khalida kembali. Sah-sah Zura tak mahu. Menangis tak berlagu pula Zura nanti.

“Lida.,”

“Nenek, Datin Mastura tu nak ke anak dia bermadu dengan saya?” soal Khalida lagi membuatkan dua-dua orang itu terdiam.

Masing-masing mendiamkan diri sehingga sampai di kedai emas kepunyaan kawan karib Ku Salbiah. Satu-persatu cincin rekaan baru dikeluarkan dan ditunjukkan kepada mereka bertiga. Harga jangan cakap lah, berpuluh ribu. Aku dulu cincin tunang tak sampai pun seribu. Itu pun aku dah gadai sebab nak beli handset baru mengantikan handset lama yang rosak. Kalau Ilham tanya aku nak jawab ada di kedai pajak gadai. Ha ha ha..

Sebentuk cincin berbatu berlian berwarna biru cair berbentuk hati di kelilingi dengan batu-batu berlian berwarna putih menarik hati Khalida. Harga pun boleh tahan juga, RM25 ribu ringgit memikat hati Khalida. Malah Khalida sempat menyarung ke jari manisnya. Cantik sangat cincin ini.

“Sesuai sangat dengan puan!” ucap Mia, pegawai pemasaran di kedai emas ini. Khalida tersenyum, diberikan semua kepada Mia.

“Nak?” soal Ilham Hakimi yang asyik melihatnya. Khalida mengelengkan kepalanya. Tak sanggup rasanya nak belikan cincin kesukaannya ini kepada Zura. Dari belikan cincin ini untuk Zura, lebih baik beli untuk diri aku sendiri.

“yang nie okey tak?” soal Khalida. Cincin nie kalau nak dikira dengan cincin pilihan, cincin ini jatuh nombor 3, tapi cantik lah juga.

“Cantik!” jawab Ku Salbiah. Ku Salbiah kalau nak beli barang kemas, nak beli pakaian mesti bawa Khalida sebab Khalida memang bijak membuat pilihan. Sebagai Pereka Dalaman, memang Khalida membuat bakat yang cukup istimewa di dalam hal seperti ini.

“Awak?” soal Khalida kepada suaminya.

“Cantik sangat!” jawab Ilham Hakimi. Khalida melihat harganya, RM20 ribu saja. Jadi lah tu. Hendak bertunang saja kan?

“Lida nak beli apa-apa tak? Rantai tangan ke, gelang tangan ke?” soal Ku Salbiah. Nenek ini dia memang garang, tetapi setiap kali bawa Khalida, dia akan belikan untuk Khalida sekali, cuma Khalida yang menolak.

“Nak cincin tadi ke?” soal Ilham Hakimi.

“Saya tak nak ada apa-apa ikatan dengan awak selepas ini, jadi tak guna saya beli cincin tu,” balas Khalida sambil tersenyum menyindir. Teng, gelong terus kepala Ilham Hakimi mendengarnya.

“Dia tak nak Ilham. Jom kita balik, nenek ada banyak kerja lagi nak buat!” ajak Ku Salbiah. Kalau aku terima cincin ini, aku akan menyesal seumur hidup.

Sempat juga pergi makan dengan suami dan nenek mentua. Dekat pukul tiga baru sampai ke pejabat. Masuk saja di dalam bilik, ada sejambak bunga dan ada kotak kecil berwarna biru. Aik, dari siapa pula yang ini?

“Lily, siapa beri?” soal Khalida kepada pembantunya.

“Encik Rafael Rifky, dia datang tadi tapi Puan Lida tak ada di bilik!” jawan Lily membuatkan Khalida kecut perut mendengarnya. Ler, kenapa lah aku tak perasan, ini kan bunga tadi. Tapi di dalam kotak ini ada apa yer?

Hati berdebar tetapi dia mahu tahu ada yang ada di dalam kotak baldu berwarna biru ini. Dengan hati-hati Khalida membuka perlahan-lahan. Kotak cincin!

“Ya ALLAH!” ujar Khalida. Tidak tahu apa yang dia rasakan sekarang. Serba tidak kena dan perasaannya terus terumbang-ambing. Cincin kesukaannya tadi sudah berada di hadapan mata. Dicapainya sekeping kad kecil yang berada di bawah kotak tadi.

“Salam sayang..., dari Rifky awak!”

Alamak, aku boleh jatuh cinta pandang pertama kalau macam ini. Ingat Lida, awak tu masih ada tali yang mengikat tangan awak. Dan awak perlu sedar tali itu dipegang oleh Ilham Hakimi.

“Emma.. hu hu hu!” orang pertama yang mahu dihubungi sekarang ketika hatinya tidak keruan sekarang. Pemburu cinta itu tidak pernah melepaskannya biar pun sudah tahu dia ada lah isteri orang. Dia kenal Rafael Rifky sebelum dia berkahwin dengan Ilham Hakimi lagi, tetapi Rafael Rifky tidak pernah menunjukkan perasaan hatinya, Cuma sekarang ketara sangat sikap Rafael Rifky terhadapnya. Lagipun Rafael Rifky bukan beragama islam pun atau... susahnya. Jangan lahc dicabarnya keimanan aku yang tidak seberapa ini.

“Kenapa ni? Ilham marah kau ke?” tanya Emma kehairanan.

“Rifky beri aku cincin...,”

“Apa? Kau dah gila ke? Memang kita perempuan moden tapi kita masih ada agama ler. Kau tu isteri orang!”

“Itu yang buat aku sedih sangat nie, suami aku tak pernah layan aku macam nie. Tapi Rifky...,”

“Jangan kau cakap kau ada hati kat Rifky, sudah lah. Berdosa tau tak?”

“Sedang pun tengah berdosa sebab menerima pemberian Rifky ni,” ujar Khalida.

“Habis kau nak buat?”

“Petang nie kau teman aku jumpa Rifky, aku nak bagi balik cincin dia nie,”

“Okey, aku jemput kau kat ofis petang nanti,”

Cepat-cepat Khalida menyimpan cincin pemberian Rafael Rifky di dalam laci tetapi bunga tidak sempat disembunyikan. Dari langkah kaki dia sudah tahu, siapa yang sedang menuju ke biliknya.

“Petang nanti kita balik bersama-sama!”

“Sekali dengan Zura ke?”

“Awak takut apa dengan Zura tu, awak itu isteri pertama saya!”

“Saya ada janji dengan Emma petang nanti,”

“Dengan Emma ke dengan Rifky?” muka Ilham Hakimi sudah berubah.

“Awak dah ada Zura, jaga Zura jadi lah. Tak perlu susah-susah jaga saya!” balas Khalida membuatkan hati Ilham semakin panas. Semakin gelabah.

“kalau saya tahu awak jumpa dengan Rifky, siap awak!” ugut Ilham Hakimi.

Tak kisah pun aku!

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.