Assalamualaikum Kat.
Semoga beroleh kesejahteraan.
Katrina menghentikan bacaannya lagi. Terasa airmatanya bergenang lagi.
Dia benar-benar rasa dikhianati. Lelaki yang bermata berkedip seperti Richard
Gere itu, seolah tidak betah digandingkan dalam kumpulan lelaki gatal, a.k.a
‘buaya’. Sikapnya yang bagaikan lelaki ‘terhormat’ sukar untuk dihafami. Dia
yang sanggup bersolat di hujung padang atau di sebalik serumpun pokok, dianggap
Katrina sebaga calon terbaik untuk kehidupannya. Nik Hisyam yang ternyata
menconteng ‘arang’ hitam ke dalam jiwa Katrina dengan cerita ‘hitam’nya malam
itu. Cerita kelam. Luka. Parah jiwanya.
Katrina mencuba menyakinkan dirinya, dia mesti menghabiskan bacaan kepada
dua keping lembaran surat yang dikirimkan Nik Hisyam, yang dia kira sebagai
surat terakhir daripada tuan rumah mereka. Dia segera mengesat mutiara
jernihnya dengan lengan baju pendeknya, dengan lelehan air hidung yang mulai
merembes keluar bersama kesedihan pilunya.
Kat,
Saya mencuba mengerti apa yang
telah terjadi, mengikut susunan saya sendiri. Cuma menyusun puzzleyang saya tidak fahami, mengapa
retakan itu terjadi. Setelah berkeping surat saya tidak berbalas, saya kira
hati Kat telah saya lukai. Cumanya saya gagal mengetahui mengapa Katrina? Saya
percaya Kat mengerti mengapa dalam undang-undang sering dikaitkan dengan empat
perkataan ini. Setiap kesalahan dikira tidak bersalah sehingga dibuktikan
bersalah. Empat perkataan magik, “innocent
until proven guilty”. Dan kesalahan saya menjadi
lebih teruk lagi apabila saya tidak fahami apa dakwaan bersalah terhadap saya.
Saya bukan sahaja tidak mempunyai bukti untuk membuktikan saya tidak bersalah,
malah saya tidak memahami apakah kesalahan saya didakwa oleh ‘mahkamah cinta’
awak, dan segalanya menjadikan saya dibuang begitu sahaja.
Katrina menyeka lagi airmatanya. ‘Ah! Berlakon dengan tidak mengakui
kesalahan. Ternyata dia memang buaya. Ramai orang yang berpura-pura baik, alim
di hadapan mata orang lain, padahal merka ternyata buaya tembaga. Bagaikan
‘iblis’ yang bertopengkan manusia. Katrina mencuba menguatkan semangatnya. Dia
cuba meratapi perkataan itu demi perkataan agar dia dapat memahami semua ‘isi
tersurat dan tersirat’ yang cuba dilakonkan Nik Hisyam.
Kat, saya sepatutnya
cepat-cepat bertemu Kat di Shah Alam sana, saya terhimpit antara tugasan di
tahun akhir dan peperiksaan akhir. Saya menyesal sekali mengorbankan kejayaan
saya dengan tidak segera bertemu Kat. Dalam kehangatan kita berbicara malam
itu, dan Kat tiba-tiba sedingin salju. Dan pergi mencari Kat, tetapi pada masa
itu, saya hanya dapat melihat flat yang dihuni Kat kosong semata-mata. Kat
khabarnya telah pulang ke kampung halaman. Saya juga gagal menemui teman
serumah Kat yang daripada rumah sewa yang telah kosong.
Katrina menyeka airmatanya lagi. Dia menyedari tindakannya meninggalkan
persahabatan dengan Nik Hisyam adalah tindakan yang terpuji. Nampaknya Nik
Hisyam benar-benar telah membuat pilihan ‘bijaksana’. Antara Katrina dan
tugasan serta peperiksaan, dia telah memilih tugasannya yang dianggap penting.
Katrina mengubah tempat duduknya lagi. Biarpun lembaran amitan selamat tinggal
ini, sudah berusia melebihi sedekad lamanya, kesan pilunya masih hangat terasa,
bagaikan baru semalam sahaja picisan cinta lara ini baru berada dalam
genggamannya. katrina terus membaca titipan yang bertulis rapi dengan huruf
condong ke kanan itu.
Kat,
Saya hanya mampu bertawakkal
dalam hal ini. Saya terus mencari jawapan dalam kegelapan ‘kesulitan’ kita. Lama
berteka-teki, akhirnya Allah membantu saya mengetahui jawapannya. Akhirnya,
saya bertemu dengan ‘permasalahan’yang diwujudkan oleh Wardina, teman kuliah
saya.
‘Teman Kuliah’, hati Katrina beretakkan lagi. Ritma dengan paluan yang
mulai kencang. Adrenalin bagaikan dipam laju yang menggerakkan jantung
berpalukan kencang! Entah, apa lagi yang akan dibicarakan Nik Hisyam dalam
membela dirinya, persis dia tidak bersalah. Andai lelaki biasapun pandai
membela diri, inikan pulak peguam muda’!Hah! Persetankan.’ Hati Katrina
memperlekehkan perasaannya yang mulai dikuasai emosi bahawa Hisyam benar-benar
bersalah dalam hal seumpama ini. Katrina seolah mahu sahaja menamatkan
bacaannya. Kenapa perlu dia mendengar suara hati Hisyam lagi. Tentunya dia akan
menyatakan rasa tidak bersalah dia. Tidak akan mungkin dia mengakui
kesalahannya secara terang-terangan!
Kat, rupanya pada malam
terakhir itu, Wardina mengakui dia telah
menyebarkan fitnah yang mengatakan kami ‘bersama’ malam itu. Demi Allah Kat,
saya tidak hanya berdua dengan Wardina malam itu. Sepatutnya, saya pulang terus
ke asrama, tetapi saya menerima panggilan, sekumpulan teman saya yang mahu
terus berbincang mengenai sesuatu isu. Kami hanya bertemu dalam tempoh satu
jam, saya pulang ke asrama tanpa menyedari saya tertinggal telefon bimbit saya
di sana, dan telefon saya disimpan semalaman oleh Wardina Kebetulan, telefon
saya sudah ‘kekeringan’ bateri keesokannya. Saya tidak menyedari keadaan akan
sesulit ini Kat.
Katrina menelan air liurnya lambat-lambat. Nafasnya
secara tiba-tiba terasa kencang, adakah dia sudah terlewat dalam menerima
realiti, yang barangkali boleh menjadi bukti Nik Hisyam tidak bersalah sama
sekali. Katrina menjadi bertambah pilu. Realiti yang dia bakal terima sangat
pahit rasanya. Seandainya benar Nik Hisyam tidak bersalah, penolakan terhadap
diri Nik Hisyam adalah satu hukuman pahit kepada dirinya, dan juga Nik Hisyam.
Tetapi dia masih enggan menerima realiti pahit, bahawa dirinya dan Nik Hisyam mungkin Cuma mangsa keadaan
sahaja. Rembesan airmatanya hanyalah rembesan luka. Tetapi bagaimana mungkin
Nik Hisyam dapat menebus kesalahannya? Bagaimana peguam muda ini boleh
membuktikan dia tidak bersalah?
Kat, Saya tidak pasti adakah
surat ini akan diterima oleh Kat. Saya hanya berserah. Andai ‘jodoh’ kita masih
kuat, saya pasti Kat akan menemui kebenaran juga! Andai Kat tidak dapat
menerima kenyataan ini, hubungilah
Wardina, Azilawati, Hadi, Kamal Bahrin. Saya senaraikan nombor telefon
untuk dihubungi. Mereka pasti boleh membantu Kat menyelesaikan kemelut yang
tidak berkesudahan.
Katrina terasa hiba sendiri. Dia terasa dia sudah sedekad lamanya
terlambat untuk membuka lembaran itu dan membaca segala yang tersurat dan
tersirat di sebalik peristiwa yang menghancurkan hatinya. Lebih sedekad rupanya
baru dia mengetahui akan kebenaran yang berlaku. Nampaknya dia telah bertekad
melakukan sesuatu tanpa benar-benar mencari kebenaran di sebalik peristiwa
‘hitam’ yang dibicarakan Wardina kepadanya. Dia nampaknya bertindak
‘menghancurkan dirinya sendiri’. Bagaimana dia bisa mempercayai hanya sebaris
ayat yang diluahkan Wardina tanpa berbicara dengan Nik Hisyam sendiri! Dia
bertindak sebagai hakim yang bertindak menjatuhkan hukuman tanpa perbicaraan
seadil-adilnya! Dia yang bersalah atas segala bentuk hukuman yang mereka
berdua, antara dia dan Nik Hisyam alami!
Katrina menyeka airmatanya yang jatuh beruntaian ke pipinya lagi. Dia
terasa hiba. Tidak mahu menjadikan rasa sendu itu berpanjangan. Dia tidak juga
mahu meyalahka takdir yang tertulis buat dirinya, sebagai seorang muslim, dia
mestilah tulus dalam menerima segala yang tersurat dan tersirat untuknya. Dia
mestilah menerima qada dan qadarnya. Dia tidak mahu merasai penyelsalan akan
segala yang berlaku. Cuma, dia terasa hiba, perasaan dendamnya terhadap Nik
Hisyam yang dibawa berlarutan sehingga ke detik saat ini. Nik Hisyam ternyata
tidak bersalah.
Tidak akan mungkin, dia berani menyenaraikan nama dan nombor telefon
teman-temannya seandainya dia benar-benar bersalah! Katrina menyeka lagi
airmatanya. Dia berjanji pada detik ini, dia akan memaafkan Nik Hisyam, dan
melepaskan perasaan ‘cinta’nya yang sebelum ini bertaraf ‘dendam’ atas
kesalahan yang tidak pernah dilakukan Nik Hisyam. Dia tidak mahu lagi mengenang
Nik Hisyam sebagai ‘lelaki yang merosakkan jiwanya’, sebaliknya akan memahat nama
itu sebagai ‘lelaki yang pernah dia cintai’.