“Oiiii
cik kak.” tegur Zita sambil memukul manja bahu Qaseh. “Kau lagi berangan.
Lupalah Qaseh... kumbang yang dah dijerat tuuu,” pujuk Zita tanpa usul periksa.
“Oiii
cik adik. Bercakap jangan ikut sedap mulut ya,” tegur Qaseh. “Zita, kenapa
Linda jumpa kau?”
Tanpa
membuang masa, Qaseh terus menyoal Zita yang baru hendak duduk. Tergoyang-goyang
tubuhnya mengimbangi badan di atas buaian yang masih lagi terbuai-buai.
“Agak-agaklah
kau ni, bagi aku duduk dulu boleh. Bagi aku pejam mata sesaat dua. Biar angin
yang meniup lembut ini bermanja-manja dengan aku, boleh...” usik Zita sambil
menutup mata.
Bagaikan
mengerti kehendak hati, angin yang berhembus begitu membuai rasa. Malam mereka
yang dihiasi sinaran rambulan dan dipagari kerdipan bintang begitu mendamaikan jiwa.
Senyap, hanya dada yang berombak mengikut helaan nafas yang turun naik.
“Zita,
cepatlah. Ni dah pukul berapa. Esok nak kerja tau, bukannya cuti.” Ujar Qaseh.
“Qaseh,
sebelum tu aku nak tanya kau. Betul ke kau berpisah dengan suami kau kerana kau
...”
“Bermain
cinta dengan orang lain. Begitu maksud kau?” pontong Qaseh tanpa sempat Zita
menghabiskan kata-katanya. “Dari mulut siapa kau dengar. Dari mulut Linda...
atau daripada si murai yang gemok gedempol tu?” tanya Qaseh lagi.
Terkulat-kulat
Zita mendengar jawapan Qaseh. Berdiam tanpa memberi sebarang tindak balas. Hanya
renungan tajam Qaseh bagaikan sebilah pisau menghunus ke dada hingga ke dasar
hatinya. Mati akal, lemah bicara untuk menyoal semula. Wajah Qaseh terus diramas
lewat pandangannya.
“Minta
maaflah Qaseh, bukan aku yang kata. Rakan-rakan pejabat yang sibuk mengata.”
“Biarlah
mereka. Selagi tak kiamat dunia ni, selagi itulah mereka mengutip dosa. Jangan
pulak kita ni… ikut serta.”
“Ngeee...”
sahut Zita dengan kedua-dua tangannya dikibar-kibarkan. “Tak maulah macam tu…”
sambungnya lagi.
“Ingat
Zita, biarkanlah kat mereka. Kita ni… kita, jadikanlah sebahagiaan orang-orang
yang mengutip pahala sebagai bekalan di sana nanti,” lembut tutur kata Qaseh
menitip pesanan buat Zita.
Terangguk-angguk
Zita mendengar titipan Qaseh itu, yang baginya tidak ubah seperti seorang
ustazah memberi nasihat buat anak muridnya.
“Dah
tu… yang dia sibuk sangat, kenapa?” tanya Qaseh dengan setepek tamparan manja
di peha Zita. Tahu dia, yang Zita seolah-olah tengah mengata dirinya.
Menyerigai
Zita menahan pedih sebelum menjawab pertanyaan Qaseh.
“Gini,
dia tanya aku... kau keluar dengan Adif aje ke. Aku cakaplah, keluar dengan aku
sekali. Aku cakap lagi, Abang Razak pun ikut sekali.”
“Habis tu... dia percaya?”
“Entahlah
Qaseh. Tapi aku tau, dia macam syak lah. Lebih-lebih lagi dengan laki dia, tu.”
“Syak
apa Zita. Syak apa?” lantang suara Qaseh tika itu. Mengeleng beberapa kali
sebelum menyambung kembali kata-katanya. “Zita, aku rapat dengan Adif hanya
sebagai kawan. Kawan sepejabat. Kau faham kan. K A W A N!” tegas Qaseh lagi.
“Qaseh,
bibir boleh cakap apa aja, tau. Tapi… hati. Hati kau tu. Hati!” pekik Zita.
“Tanya hati kau, Qaseh,” pinta Zita lagi dan segera jari telunjuk kirinya
mencucuk-cucuk dada Qaseh. “Dan… sejarah lama korang berdua. Itulah punca semua
cerita,” tambah Zita lagi.
Hanya
hati… kebenaran tetap berpihak pada DIA.
Menjunam
tajam anak mata Qaseh merenung Zita. Berserabut urat akalnya mengumpul kata.
Ungkapan Zita bagaikan tamparan hebat buat dirinya. Biarpun pahit tetap
ditelan. Biarlah pedih itu membuih dalam diri. Biarlah segalanya menjadi rahsia
peribadi.
Apakah
dia harus menjarakkan dirinya dan dalam waktu yang sama dia harus memaniskan
wajah tatkala suara itu menegurnya saban hari. Begitu juga dalam masa yang
sealiran dengannya, apakah mampu untuk dia menelan rasa dan memalingkan muka
serta menutup telinga hanya kerana khabaran angin itu, yang sudah semakin berat
untuk ditanggung olehnya. Bagaimana harus dia laluinya, lagi?
Qaseh
kembali mendongak, merenung dada langit yang kelam. Angin yang berhembus
disertai dengan gerimis. Gerimis yang semakin merintih. Angin semakin galak
bertiupan. Malah kerdipan bintang tidak lagi kelihatan.
“Zita,
tu semua kisah lama. Aku pun dah cerita apa kat kau. Apalagi yang mereka
kecohkan. Cuma, aku hairanlah. Yang asyik mereka cerita ni kaum perempuan. Aku
tengok kaum lelaki diam aje. Macam tak ambik pot pun. Betul tak, Zita,” ungkap Qaseh
seraya memandang wajah temannya.
“Entahlah
Qaseh, itu kata kau. Sebab kita tak pernah nampak atau dengar daripada mulut
mereka,” balas Zita, tenang.
Qaseh
termenung seketika. Rambutnya yang mengerbang disisir rapi sebelum mengikatnya
dengan getah rambut yang melingkar pergelangan tangannya.
Deruan angin menyisir membelah dedaunan. Tertanya-tanya
dia dalam hati, mana perginya cahaya tadi yang menerangi alam. Apakah rembulan seakan merajuk pada hukum
alam. Apakah air mata langit bakal membanjiri malam?
Qaseh
memalingkan muka dan kembali bersuara. “Dahlah Zita. Malaslah nak fikirkan
semua ni. Lagi fikir buat sakit hati. Dah, esok… aku pergi sendiri. Lepas kerja
aku terus nak balik kampung. Hari Isnin aku cuti,” beritahu Qaseh.
“Cuti!
Tak tahu pun kau ambik cuti,” rungut Zita.
“Ya,
cuti. Aikkk… tak kan nak cuti pun nak cakap ngan kau. Kau siapa. Bukan bos aku
pun,” seloroh Qaseh lantas berdiri. Terbuai-buai buaian mereka.
“Ye
aku tau tu… . Tapi kereta kau tu, dah pergi bawa servis?” soal Zita penuh
semangat.
“Belum
pun. Ala… sempat esok. Bukannya jauh pun bengkel kereta. Dua tiga belah dari
pejabat kita je. Nanti aku minta tolong ngan Adif,” terang Qaseh.
Melopong
mulut Zita kala mendengar nama yang disebut Qaseh.
“Ahhhh…
Adif lagi?” nyaring suara Zita menyebut nama lelaki itu. Dia yang mahu berdiri
kembali duduk saat melihat Qaseh juga turut terhenti langkahnya.
Qaseh,
langkah kaki kirinya yang sudah menapak di tanah dan sebelah lagi memijak tapak
buaian segera berpaling menatap wajah Zita. Tangannya memaut besi buaian.
“Zita!
Sekali lagi aku pesan kat kau… aku ngan Adif tak punya hubungan. Hanya rakan
sekerja. Kau cayalah cakap aku ni… kawan kau, sepinggan dan sebantal dengan kau.
Itupun jika makanan aku beli satu dan dan kau takut tidur sorang-sorang sebab
takutkan hantu,” ungkap Qaseh. jari telunjuk kanannya bergoyang-goyang di
hadapan mata Zita. Tegang wajah Qaseh tika itu.
“Betul?”
soal Zita. Jari Qaseh yang masih terlayang-layang di hadapan matanya ditepis dan perlahan-lahan dia bangun. Berdiri di sisi Qaseh sebentar sementara menanti jawapan darinya.
Angguk
tidak, menggelengpun bukan. Hanya tautan mata seakan memberi jawapan.
“Betul
ke Qaseh?” sekali lagi Zita mengusik Qaseh sambil tersengih.
“Asal
pandang aku, sengih-sengih pulak ni. Apa yang betul, tak betul ni…” balas Qaseh
dengan kening yang terjongket-jongket.
Zita
menekup mulut menahan ketawa. Seraya menggeleng beberapa kali sebelum mengekori
belakang Qaseh.
Entah
mengapa, jantungnya terus mengepam laju. Senak dadanya tidak menentu. Dingin
yang menerobos ke segenap ruang dirinya tidak sedikitpun membantu mindanya
untuk menjawab pertanyaan Zita. Malah rinai-rinai kecil mulai membasahi dahi.
Tidak dihiraukan pertanyaan itu, tidak dipedulikan gerak senyum di bibir
kawannya. Yang dipedulikan saat itu, apakah esok dia harus menunaikan permintaan
Adif Haikal?
Perlukah?