Bab 2
Reno dapat merasakan sinar mata Sofea secara sembunyi menjilat wajahnya sedang dia lagi menikmati sarapan. Mata yang sedang tertumpu pada apa yang terhidang, 'French toast', diangkat perlahan. Ditangkap anak mata Sofea yang sedang merenungnya.
Anak mata mereka saling bertaut. Sinar mata Sofea yang bagaikan sedang berkata-kata, renungan itu diamati Reno. Sofea membiarkan, malah ditajamkan lagi sinar matanya.
"Kenapa dengan you?" Tanya Reno. Senyuman kecil merangkak di bibir. Senyuman yang jelas dapat merebahkan jiwa lawan jenisnya.
"Apanya yang kenapa dengan I?"
"Maksud I, kenapa you tengok I macam tu?"
"Kenapa tak boleh?"
"Bukan I cakap tak boleh. Cuma I rasa pelik," jelas Reno. French toast kembali dilapah.
Sofea tersenyum. Kopi di atas meja dicapai. Bersebibir dengan cawan kopi itu, mata sambil meramas wajah Reno. Diamati, diteliti, garis-garis di wajah tampan itu.
"Sebab you menawan," lirih Sofea jujur sambil meletak kembali cawan itu di atas meja. "I suka tengok muka you. Lebih-lebih lagi bila you senyum."
Reno memberhentikan apa yang sedang dinikmatinya. Tersenyum, memiringkan muka memandang Sofea. Agak lama juga sambil mengunyah dengan mulut rapat tertutup. Bibirnya yang berlekuk cantik, birat di sebabkan kuat merokok, mata Sofea jatuh di situ.
Membuat muka mengejek, wanita yang berambut 'Bob' dan diperangkan, sinis sinar mata Reno menikam. Sofea gelak kecil, terasa lucu melihat gelagat yang dipamer. Mata bersinar, bulat-bulat menelan Reno.
"Buat pengetahuan you," suara Reno sebentar kemudian, "I dah muak dengar ni semua. Puji-memuji ni semua, pada I, macam dengar radio aja. Tak membawa apa-apa kesan sama sekali."
"I bukan puji you, tapi I cakap yang benar. Bukan saja-saja nak angkat you. Faham?"
"I faham. Lebih dari faham kalau you nak tahu. I bukan budak baru lahir semalam. Itu you tentu tahu. Betul tak?" Balas Reno. Rona wajah tenang setenang air di kolam. Sama sekali tidak memperlihatkan apa-apa riak dengan pujian yang baru dilontarkan Sofea.
"Apa yang you faham? Apa yang you tahu? Cuba beritahu I."
Reno menggeleng. Napkin di atas meja dicapai. Mengesat mulutnya, kopi hangat itu dihirup sedikit. Dipandang Sofea lurus-lurus. Pertanyaan Sofea, dirasakan tidak ubah seperti mencabarnya.
"Apa maksud you panggil I ke sini sarapan dengan you?" Pertanyaan Sofea dijawab Reno dengan pertanyaan. Ringkas dan padat! Suara garaunya yang menyerlahkan kejantanannya, kedengaran tegas.
"Kenapa? Tak boleh?"
"Bukan tak boleh. I tak cakap gitu. Cuma... pasti ada sebab you ajak I ke sini sarapan dengan you. Betul tak?"
"Sebabnya, I nak beritahu you tentang 'customer' dari Singapura tu. Itu sebab I panggil you ke sini. Sambil makan kita sambil berbincang!" Sofea, suara sedikit meninggi. Diri berasa tidak senang tujuannya diselidiki.
Kopi itu dihirup Reno sekali lagi. Menyandar, wajah Sofea yang sudah agak tegang ditatap. Dilayangkan senyuman. Sofea tidak membalas. Pura-pura tidak nampak.
"Kalau you cakap itu tujuan you yang sebenar, esok hari Isnin you tak boleh beritahu I dekat pejabat? Tak boleh? Tentu-tentu kita akan jumpa esok kan?"
"Bukan tak boleh. Tapi... "
"Tapi apa?" Pantas Reno memotong. Seperti sahaja sudah tidak sabar mahu mengishytiharkan kemenangan. Dia yakin, apa yang diyakininya itu benar. Itu sebab dia tidak keberatan mengajak Sofea bersilat lidah.
"Okey! Kalau you rasa itu bukan tujuan I yang sebenar, habis apa? Apa yang you ingat? Cuba you beritahu I!"
Begitu Reno mendekatkan telunjuk ke bibirnya yang dimuncungkan. Sebentar mata mengitari ruang cafe itu. Takut kalau-kalau suara Sofea yang semakin meninggi, telah menarik perhatian pengunjung.
Tetapi kelihatan, semua sedang sibuk tenggelam dengan dunia masing-masing. Sedang hanyut menikmati hidangan masing-masing. Suasana cafe itu seperti biasa. Tenang, aman dan nyaman dengan lagu klasik mengapung di udara.
Dikalihkan pandangan ke arah Sofea yang tampak sudah bersedia ingin terus bersilat lidah. Reno menghela nafas panjang. Mempersiapkan diri untuk menyerang.
"You tahu tak... "
"Tahu apa?" Kali ini, Sofea pula pantas memotong. Rona wajah sudah memerah.
"Terus terang cakap, I suka tengok bila you marah."
"Suka tengok I marah?" Sofea memajukan wajah. Rasa pelik dengan apa yang baru didengar. "Kenapa pulak? You ni betul ke tak betul?"
"Untuk apa I nak bohong? Apa yang I dapat?" Reno mengangkat bahu. Mata setajam lembing turus-turus menghunjam ke wajah Sofea.
"Kenapa pulak? Peliklah you ni," kening Sofea bersatu.
"Sebab... you makin cantik bila you marah. Itu sebab I suka tengok."
Begitu juga ketawa Sofea pecah, dan dengan pantas ditutup mulutnya dengan kedua belah tangan. Takut deraian ketawanya yang tiba-tiba akan menggangu pengunjung yang ada.
Reno tersenyum. Mencapai cawan kopinya, dijulang di hadapan wajah Sofea. Diteguknya sedikit, menggeleng puas, cawan itu kemas-kemas dikembalikan ke meja. Reno menyandar. Wajah tenang. Mata Sofea yang berbinar, direnung.
"You ni ada-ada je. Pandai reka cerita," balas Sofea dengan ketawa masih bersisa. Suara dimanja-manjakan.
"Kalau tak kerana terpaksa, I tak kan cakap," jawab Reno. Kening diangkat. Bibir dicebir sambil mengemaskan duduknya. "Sebab, apa yang I cakap, I tahu you tak kan pernah mahu percaya."
"Yalah tu. Ada-ada aja you ni," makin menjadi Sofea memanja-manjakan diri.
Reno perlahan mengangkat anak matanya. Renungan tajam merenung Sofea yang sudah jauh terbuai. Hanyut tenggelam dibawa arus kata-katanya. Sedar, kemenangan sudah pun berpihak pada dirinya. Sedar, Sofea tidak sukar hendak ditawan. Sedar, Sofea akan sentiasa berada di bawah telunjuknya.
"Jangan lupa mangsa yang I nak tu," pesan Reno sambil mengitari ruang cafe yang sudah semakin lengang.
Sofea mengangguk akur. Memberi jaminan.
Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.
Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.