Home Novel Thriller/Aksi PEMBUNUH DALAM DIAM
PEMBUNUH DALAM DIAM
AD Rahman Ahmad
20/6/2015 14:37:17
24,796
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
INTRO

Intro.

Sudah bertahun dia memendam perasaan dendam. Dendam yang kian membusut sedikit demi sedikit. Busut yang kini semakin meninggi, seperti Gunung Berapi Lokon yang bersemadi di kepulauan Sulawesi. Hanya tinggal masa untuk meletup. Membanjirkan lavanya yang panas. Mendidih kemerahan.

Matanya meliar, memerhati di segenap ruang kehidupan. Warna yang berbagai pilihan. Arca yang bermacam bentuk, semua. Nyata kehidupan ini bukan fantasi kemewahan. Hidup ini juga bukan mainan. Malah, hidup ini bukan untuk dihina, dipijak atau dibuang di mana sahaja sesuka hati. Sesekali dia tergeleng-geleng. Sesekali wajahnya tertunduk muram.

Seraut wajah muram dan murung itu masih duduk tercongok sendirian di bangku yang menghadap pancuran air di Taman KLCC itu. Pandangannya kosong. Seketika dia tertoleh kiri dan kanan apabila terdengar suara seakan menyeru namanya. `Qaseh, mengapa kau?’ Dia tersentak, terpinga-pinga dan tercari-cari dari mana datangnya suara itu. Lantas, dalam gelisah, terlontar jua suara daripada bibir nipis berlekuk cantik itu. `Siapa kau?’ dengan raut wajahnya, cemas.

Dia terus memerhati sekeliling, berharap agar suara yang memanggilnya sebentar tadi menonjolkan diri. Lama menanti, dalam sabar penuh debar, dia mematikan diri sambil memanjatkan doa dalam hati, `Ya ALLAH, kau permudahkanlah perjalanan hidupku ini. Aku redha setelah aku diduga... Ya ALLAH.’

Kemana perginya suara itu? Hatinya tertanya-tanya? Khayalkah dirinya? Suara yang menyapa tidak lagi kedengaran. Dihelanya nafas sedalam-dalamnya. Bagai mencari kekuatan untuk menghilangkan rasa gemuruh yang seketika menyerbu ke dalam diri.

Goyah!

Lantas bangun, mengatur langkah lemah. Seakan tiada terdaya untuk bertahan. Nyaris gadis itu terjelepok namun masih sempat berpaut di hujung genggaman yang menyambutnya. Sekali lagi dirinya terkesima. SIAPA DIA? Siapa yang menyambutnya saat dia hampir tumbang?



Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.