Bab
30
Kesepian ini benar-benar
menyakitkan. Ada resah yang bila akan berakhir. Jiwaku benar-benar kacau mengenangkan rumah tangga yang tiada
penghujungnya. Ada marah yang datang dan pergi tanpa pujukan atau rayuan. Apa
yang harus kulakukan demi membahagiakan diriku sendiri..seringkali aku cuba
lari namun ianya seakan terhalang kerana
rasa hati. Cinta? Masihkah ada cinta di hati ini untuk Aiman Ezri setelah apa
yang dilakukannya padaku? Sungguh, Ezri begitu kejam kerana menduakan aku tanpa
rela. Secebis sayangnya tiada untukku lantaran sejuta kasihnya hanya untuk
gadis lain yang dianggap cinta pertamanya..Apakah cinta pertama itu lebih
bermakna dari seorang isteri yang sah? Banyak persoalan yang tidak terjawab dek
akalku. Kadangkala aku menangis sendiri di kamar sepi..menjerit menahan
kesakitan hati. Namun tiada siapa yang peduli..memang benar kesakitan ini cukup
untuk aku merasa pedih dan terseksa. Aku merasa terhina kerana cinta suamiku
untuk orang lain sedangkan orang itu tidak berhak! Tidak berhak sama sekali…
andai begini hakikat yang terpaksa kutelan, ingin aku bertanya padamu Ezri,
mengapa harus perkahwinan yang kau dambakan andai hanya untuk menghancurkan
sekeping hatiku? Mengapa tidak dari dulu kau berterus-terang tentang perasaanmu
itu? Andainya aku dibuang sebagai seorang kekasih, aku masih mampu melempar
senyuman dan bergelak ketawa. Tapi kini aku isterimu! Ke mana aku pergi, aku
tetap terikat dengan perkahwinan kita yang hanya membebankan hatiku! Kiranya
tiada lagi rasa cinta, untuk apa kau mengemudi sebuah kapal yang hampir karam
dan akan tenggelam di dasar lautan! Pasti kita akan kelemasan Ezri! Dan aku
tidak ingin lemas bersama kebencianmu! Berilah aku sedikit ketenangan yang
semakin hilang kerana diragut oleh keegoanmu!
Aku
yang terhiris:Nur Jannah…
Nur Jannah menutup
diarinya. Dia memandang ke dada langit melalui tingkap. Cuba mengira bintang
yang bertaburan bagi menghilangkan kebosanan. Namun semuanya hampa belaka. Hatinya tetap sepi..tiada berseri. Apa
yang berlaku semenjak pernikahannya dengan Ezri semuanya seakan kelam dan
gelap. Ezri bagai ada dalam tiada. Sukar untuk digenggam walaupun lelaki itu
miliknya. Seringkali dia dibuai mimpi bersama Ezri dalam tidurnya. Bagaimana
pelukan dan rayuan manja lelaki itu. Mengucapkan kata-kata sayang dan
memberinya segunung impian bagi insan bergelar isteri. Dia ingin dicumbui
dengan kasih sayang oleh Ezri. Seorang lelaki yang telah di halalkan untuknya.
Ah! Alangkan malang dan ruginya mahligai mereka yang diselaputi lumpur
kehitaman tanpa kasih sayang yang tulus.
Trik..trik…Pantas Nur Jannah
mengangkat telefon. Ingatannya pada Ezri sebentar tadi mulai hilang kerana
jeritan telefon miliknya.
“ Helo..assalamualaikum!” Nur Jannah
bersuara lembut.
“ Waalaikummussalam. Emm..awak Nur
ye?” kedengaran suara sedikit garau di corong telefon.
“ Emm..saya, awak siapa?”
“ Saya Fakhruddin yang awak jumpa
tadi..awak dah tidur?”suara Fakhruddin cukup
lembut.
“
Emm..belum lagi!Awak?” senyuman
terukir di bibir milik Nur Jannah. Wajah Fakhruddin terbayang di matanya.
“
Kalau saya dah tidur, macam mana saya boleh call
awak..”Fakhruddin tergelak
kecil. Nur Jannah tersengih sendiri. Pandai juga lelaki itu buat lawak!
“ Pasal tadi..boleh saya tanya..apa
hubungan awak dengan perempuan tu?”
“ Tadi ? Sahara tu my ex-girlfriend..dia dah nikah dengan
lelaki lain. So..hubungan kami tidak
berpanjangan.” Tutur Fakhruddin berterus-terang.
“ Tapi tadi..saya tengok awak macam
gaduh je! Pastu, saya tengok awak tinggal dia macam tu je. Tak baik awak buat
dia macam tu!” Nur Jannah sekadar menyedarkan Fakhruddin tentang sikapnya
sebentar tadi.
“
Saya tak dapat terima dia lagi. Bukan niat saya nak sakitkan hati dia.”
“
Awak tak nak sambung balik ke?” Nur Jannah sekadar bertanya. Dia juga
terkejut apabila Sahara menjerit ke arahnya tanpa sebab. Sewaktu di pejabat
Aiman Ezri, gadis itu kelihatan lembut dan sopan. Namun apa yang dilihat tadi
cukup mengejutkannya.
“ Sambung balik ? Dengan isteri
orang?” Fakhruddin tergelak kecil. Nur Jannah sedikit terasa.
“ Awak..saya juga isteri orang!” Nur
Jannah bersuara perlahan. Fakhruddin yang mendengar terdiam seketika. Tiada
niat dihatinya mengguris perasaan Nur Jannah yang sedia tercalar.
“ Nur..saya minta maaf !Saya
tiada niat sakitkan hati awak.Walau
kalian di tempat yang sama, ia tetap berbeza.” Fakhruddin menutur kata dengan
lembut.
“ Berbeza ? Apa bezanya? Pasti ada
sesuatu yang terjadi kepada dia. Sebab tu dia cari awak balik ”
“ Bezanya..awak dipinggirkan suami
tanpa sebab. Maafkan saya Nur. Bukan niat saya mengambil tahu tentang rumah
tangga awak. Cuma saya dan awak menjadi mangsa atas kecurangan orang yang kita
sayang. Saya harap awak tidak salah anggap!” Fakhruddin menutur kata dengan
sebaiknya. Risau kalau-kalau Nur Jannah tersalah anggap.
“ Saya tak salahkan awak. Memang
benar apa yang berlaku cukup menyakitkan hati. Sebagai seorang isteri saya
ingin dihargai..Seharusnya saya tidak menceritakan masalah saya pada awak.
Apalagi antara kita belum saling mengenali. Malah saya adalah isteri orang,”
Nur Jannah bersuara jujur.
“
Saya hanya ingin berkawan dengan awak, Nur! Saya tak akan hancurkan rumah
tangga awak. Saya tahu awak seorang isteri yang baik..Beruntung sesiapa yang
memiliki diri awak. Atas apa yang berlaku..berdoalah semoga Allah memberi awak
kebahagiaan.”
“
Awak tahu pasal Ezri dan Zurina? Tentang percintaan mereka?”Nur Jannah ingin mengetahui semuanya. Sejak bila hubungan
mereka sehingga dia dituduh sebagai perampas.
“ Saya baru kerja kat situ. Pasal
mereka saya tak tahu sangat..apa pun kuatkan semangat. Banyakkan bersabar.
Andai Aiman Ezri milik awak yang abadi, insyaAllah dia akan kembali pada awak
Nur!” Fakhruddin bersuara ikhlas. Simpatinya kepada Nur Jannah menggunung
tinggi. Dia sendiri hairan mengapa lelaki itu mengejar kaca yang dianggap
permata. Sedangkan kilauan itu sebenarnya terhidang di hadapan mata.
“ Maafkan saya..susahkan awak je.
Tak apalah Fakhruddin..saya dah mengantuk. Nak tidur dulu. Lain kali kita cakap
lagi k!”
“ Yap! Good night..assalamualaikum..”
“ Waalaikummussalam..” Nur Jannah
memutuskan talian. Dia merebahkan badannya ke atas tilam. Wajah Fakhruddin
terbayang di mata. Kemudian terbayang pula senyuman Ezri dan hilang apabila dia
mula terlena.
****
“ Aku benci kau, Riz! Aku benci..”
Sahara menjerit di dalam biliknya. Dia melempar apa saja yang berada berdekatan
dengannya.Air matanya merembas keluar. Sakit
hatinya dilakukan begitu. Jiwanya benar-benar terdera. Sampai hati Rizman
Fakhruddin menolak cintanya berkali-kali.
“
Sahara..kau kenapa?” Zurina terpacak di luar bilik Sahara. Suara temannya yang
kuat itu mengejutkan dirinya yang tertidur di atas kusyen.Kemudian Maisarah pula datang sambil mengangkat kening.
“ Apa hal tu? Aku ingatkan kau
sorang je pandai mengamuk. Minah ni lagi kuat menjerit. Agaknya nak bagitahu
semua orang!” Maisarah kelihatan marah.
“ Tak tahulah aku Mai! Dari tadi
berkurung dalam bilik. Waktu balik tadi menangis..”
“ Aku benci kau Riz..aku benci kau
John David. Aku benci…” Sahara menjerit lagi. Maisarah dan Zurina menutup
telinga masing-masing.
“ John David? Riz ? Hai kawan kau ni
pasang dua ke apa! Aku ingat Ezri je..Dah jadi macam ni nak menangis buat apa!
Kena tinggallah tu!” Maisarah melepas kata. Dia berlalu ke arah televisyen.
Zurina masih memujuk supaya Sahara membuka pintu namun tidak berjaya.
“ Sahara..bukalah pintu ni! Apa
masalah pun kau cakap dengan aku..kalau dapat aku tolong..” Zurina bersuara
separuh memujuk. Penat telinganya mendengar jeritan Sahara yang bagai dirasuk.
“ Aku benci Nur Jannah..Ina..aku
benci dia!”Sahara membuka pintu. Air matanya yang
masih lebat dibiar membasahi pipi. Matanya mulai bengkak kerana banyak
menangis. Dia terduduk di muka pintu bilik. Wajahnya yang kusut dengan masalah
yang bertimpa diraup perlahan.
“ Nur Jannah?” Zurina tercegang. Apa
kena mengena gadis itu dengan Sahara. Baginya gadis itu adalah musuhnya yang
merampas Ezri darinya. Jadi siapa yang di rampas lagi oleh Nur Jannah!
“ Dia memang perampas! Dasar
perempuan murah!” Sahara masih memaki hamun. Zurina yang mendengar masih
kehairanan. Dia memandang lama ke arah Sahara yang masih teresak-esak. Sungguh,
Zurina tidak mengerti apa yang telah berlaku kepada gadis itu.