Bab
4
Maria memecut
kereta Satria miliknya menuju ke rumah Nur Jannah. Sesekali dia menghubungi
gadis itu, namun tidak berangkat. Risau hatinya memikirkan kesihatan teman
baiknya itu. Sampai di perkarangan rumah, pantas hon dibunyikan. Berkali-kali
dia memanggil, namun tiada jawapan. Dia melangkah keluar dari kereta dan
mendapati pintu pagar tidak berkunci. Maria bergegas ke arah pintu utama.
“ Aik! Pintu pun tak berkunci?
Kenapalah Nur ni cuai sangat. Mahu dimasuki pencuri, baru dia tahu!” Maria
membebel sendiri.
“ Nur..Nur..kau ada kat dalam ke?”
Maria masuk sambil mencari kelibat Nur Jannah. Sepantas kilat matanya memandang
ke arah Nur Jannah yang terbaring di atas lantai. Wajah temannya yang pucat
begitu ketara tampaknya.
“ Ya Allah! Nur..Nur…” tubuh Nur
Jannah digoyang kuat.Pantas Maria ke dapur
dan mengambil air.Dia bergegas
kembali dan merenjis air tersebut ke muka Nur Jannah.
“ Nur…Nur..” Maria bersuara makin
cemas. Dia merasa denyut nadi gadis itu. Masih bergerak dan perasaannya sedikit
lega.
“ Mar..” suara Nur Jannah seakan
lemah.Dia membuka mata dan cuba bangun, namun
tidak berdaya. Badannya benar-benar terasa sakit.
“
Nur..kau kenapa?” Maria membantu Nur Jannah untuk berdiri dan membaringkannya
di atas sofa.Matanya menatap
seraut wajah pucat Nur Jannah.
“ Mar..aku tak sihat!” Nur Jannah
memandang ke arah Maria. Tanpa sedar air matanya mengalir ke pipi. Ingatannya
berkalih kepada Ezri. Di mana Ezri saat itu? Sewajibnya Ezri yang mengambil
berat tentangnya! Ezri yang sewajibnya bertanya tentang kesihatannya..tetapi..
“ Kenapa kau tak cakap dengan aku?
Kau ni demam panas! Mana Ezri? Dia tahu tak kau sakit?” Maria sedikit marah.
Tidak patut Ezri meninggalkan Nur Jannah dalam keadaan begitu. Suami jenis apa
tak tahu!
“ Ezri..” Nur Jannah menangis
teresak-esak. Dia sendiri tidak mengetahui di mana suaminya berada. Dia juga
mencari Ezri. Namun lelaki itu sentiasa menghilang tanpa kesan. Ezri bagai
angin yang datang dan berlalu sekelip mata. Hatinya yang sentiasa merindu turut
menangis pilu.
“ Kenapa dengan Ezri?”Maria
pantas bertanya. Air mata temannya tidak mampu menceritakan segala. Pastikah
ada sesuatu yang dia tidak tahu?
“
Ezri ada kerja!” Nur Jannah tidak sanggup menceritakan tentang kepedihan rumah
tangganya. Biarlah dia sendiri merasa. Biarlah dia menanggung
segalanya..Biarlah..
“
Aku ingat apa jadi pada Ezri.Tapi,
tak patut dia tinggal kau sorang-sorang. Sudah kaya pun masih tamak mencari
harta. Aku rasa harta dia ni, takkan habislah walau tujuh keturunan!” Maria
mula membebel. Mulutnya tidak berhenti-henti menyalahkan Ezri.
“ Mar..aku minta maaf, tak dapat
teman kau pergi shopping macam
dulu..”
“ Tak apa. Aku tak kisah. Kau ni
pun, sempat lagi cakap pasal shopping!
Sekarang aku nak teman kau pergi klinik.Ok
tak? Maria tersenyum manis. Wajah Nur Jannah yang pucat dipandang lama. Tiada
senyuman di wajah temannya itu.
“
Nur..kau bahagia ke dengan Ezri?” tiba-tiba soalan itu meluncur laju dari mulut
Maria.Pandangannya
menusuk masuk ke anak mata Nur Jannah.
“ Aku? Aku bahagia sangat-sangat.
Kenapa kau tanya Mar?” Nur Jannah cuba
melempar senyum, namun senyuman yang dilemparkan cukup hambar dan tawar. Tiada
langsung kemanisan di raut wajahnya yang telah terbiasa dibasahi dek air mata.
“ Kalau betul, alhamdulillah... Ezri
layan kau dengan baik?” tanya Maria lagi tanpa mengerti perasaan Nur Jannah.
“ Em..baik lebih dari yang aku
sangka,” Nur Jannah menangis di dalam hati. Andainya Ezri seperti dulu, dia
adalah terbaik. Ezri adalah lelaki yang diidamkan oleh mana-mana wanita di luar
sana. Namun kini lelaki itu telah berubah sekelip mata. Tiada lagi senyuman
yang mampu dilemparkan dengan perubahan Ezri yang tidak pernah terduga di benak
hatinya.
“ Kalau macam tu, baguslah. Jom..aku
bawa kau ke klinik. Panas badan kau ni!” tutur Maria tanpa menyoal lagi.
“ Aku buat air dulu ye Mar!”Nur
Jannah cuba bangun namun cepat-cepat dihalang oleh Maria.
“ Tak payah. Aku dah minum dah. Kau
nak tukar baju ke?”
“ Tak payahlah..macam ni je!” tutur
Nur Jannah memberi kata putus. Maria yang menganggukkan kepala dipandangnya
dengan rasa syukur. Mujur kau ada Mar! kalau tak, aku tak tahu apa jadi pada
aku! bisik Nur Jannah di dalam hati.
“ Ok..kalau macam tu, jom kita
pergi. Nampak gaya, aku kena dukung kau ni!” usik Maria sambil tergelak dan bergabung
dengan tawa Nur Jannah yang juga tergelak kecil secara tiba-tiba.
****
“ Lain kali, dah tahu demam teruk
macam ni, bagitahulah aku. Dahlah masa aku datang, pintu tak berkunci. Kalau
perompak masuk macam mana? Kalau dicuri barang kat rumah ni tak apa! Kalau dia
rogol kau ke, tak pasal-pasal je! Ni ubat kau makan tiga kali sehari..macam
doktor pesan. Kau jangan tak makan. Aku tahu kau tu nak telan ubat pun payah,”
Maria melihat satu persatu ubat yang
diberi oleh doktor ketika di klinik tadi. Kata doktor, Nur Jannah kurang makan
sebab itu badannya lemah. Maria sendiri pelik, badan dan melidi macam tu pun
masih mahu berdiet.
“ Masa kau datang pintu tak
berkunci?” Nur Jannah mengerutkan dahinya. Seram juga dia mendengar kata-kata
Maria sebentar tadi. Kalau betul ada pencuri masuk dan merogolnya, tak
pasal-pasal dia kehilangan dara. Walaupun dia bergelar isteri kepada Ezri,
dirinya masih belum disentuhi oleh lelaki itu. Memikirkannya, Nur Jannah merasa
kecut perut.
“ Yelah, kalau tak macam mana aku
boleh masuk!” Maria menjeling geram. Soalan Nur Jannah tidak masuk dek akal
yang waras.
“
Pintu pagar pun?”
“ Pintu pagar lagilah sayang..
Terbuka luas. Macam tahu je aku nak datang!” Maria memandang lama ke arah Nur
Jannah. Sikap temannya itu seakan menyimpan seribu satu rahsia. Pandangannya
membuatkan Nur Jannah tidak senang duduk.
“ Kenapa kau tengok aku macam tu?”
tutur Nur Jannah sedikit cuak.
“ Kau lupa tutup pintu pagar ke?”
Maria seolah mengorek sesuatu.
“ Emm…yelah..tadi aku buang sampah kat
luar.Pastu masuk lupa nak tutup!” Nur Jannah
tersenyum bagai dibuat-buat.
“ Pastu kau pengsan?” tanya Maria lagi.
“ Em..yelah kut!” Nur Jannah
menjawab pantas walaupun dia sendiri tidak berapa pasti.
“ Ezri? Dia balik malam tadi? Dia
pergi kerja pukul berapa?”Maria masih tidak jemu
bertanya.Nur Jannah merasa
sedikit berpeluh. Macam polislah pulak Mar ni!
“ Em…awal, pukul 7.00 dia dah
pergi..” cepat-cepat Nur Jannah memberi jawapan.
“ Nanti aku call dia suruh balik tengok kau!” akhirnya Maria melepas kata-kata
yang menyesakkan Nur Jannah. Pasti Ezri
akan mengamuk bila diarah. Mungkin juga dia dituduh sengaja memburukkan
namanya. Semua itu Nur Jannah cukup pasti. Tiada lagi prasangka yang baik untuk
suaminya. Semunya buruk-buruk belaka yang datang menerjah fikirannya.
“ Tak payahlah Mar! badan aku dah
sihat. Nanti kacau dia kerja. Jangan ek!” Nur Jannah seakan merayu.
“ Ok..tapi kau jaga diri ek.
Apa-apahal kau call aku.”Maria
mula mengalah. Banyak betul alasan minah ni! Sayang sangat kat laki macam tu!
kalau akulah, dah lama aku mengamuk!
“
Yelah..kau dah nak balik ke?”Nur
Jannah bersuara perlahan. Dia sebenarnya sunyi sendiri. Bersendirian bermakna
dia berada dalam kesedihan. Jiwanya sepi. Dia akan menangis seperti biasa di
kamar sepi tanpa kasih sayang daripada Ezri. Malah Ezri pasti tidak akan
pulang. Itu dia cukup pasti.
“ Emm..ada masa kita jumpa lagi k.
Kirim salam kat Ezri. Aku balik dulu!” Maria bangun dan bergegas ke pintu. Nur
Jannah mengekori Maria sehingga ke kereta. Air matanya seakan ingin tumpah.
Pada siapa dia harus mengadu keperitannya saat itu. Ah! Hanya persoalan yang
sama bermain di kepalanya namun tiada jawapan untuk itu.
“ Mar, rajin-rajinlah kau datang
rumah aku. Tak adalah aku sunyi sangat!” terlontar kata-kata itu dari mulut Nur
Jannah. Wajah Maria yang manis dipandang dengan penuh harapan.
“
Iye! Aku datang! Kau tu jaga diri
baik-baik! Jangan lupa makan nasi. Lepas tu makan ubat! Tak payah-payah nak
berdiet-diet!’’ Maria seakan membebel persis seorang ibu lagaknya. Dia
benar-benar risau dengan kesihatan Nur Jannah yang masih belum baik sepenuhnya.
“ Em..yelah Mar! kau pun jaga diri.”
Nur Jannah menghulur tangan dan bersalaman.Pantas
dia memeluk tubuh langsing Maria. Air matanya seakan ingin menitis.
“
Yelah!” Maria meloloskan tubuhnya ke perut kereta. Dia menghidupkan enjin
kereta dan melemparkan senyuman sebelum menekan minyak untuk memulakan
perjalanan. Nur Jannah membalasnya dengan senyuman hambar. Saat kereta Maria
hilang dari pandangan, dia menghemburkan air mata yang sejak tadi ditahannya.
Dia masuk semula ke rumah dan kesepian benar-benar mencengkam dirinya.
“
Ezri..hina sangatkah aku dimata kau?Mengapa kau buat aku macam ni?” Nur Jannah mengeluh perlahan. Teringat
kembali saat-saat perkenalannya dengan Ezri di Tasik Titiwangsa. Lelaki itu
datang kepadanya dengan senyuman.
“ Waktu petang macam ni memang
seronok untuk melepaskan tension kan? Tenang fikiran. Awak buat apa kat sini?’’
soal lelaki yang tidak dikenali Nur Jannah. Nur Jannah tersenyum mengiakan
kata-kata lelaki itu. Dia juga sentiasa datang ke situ untuk mengambil angin
segar. Kadang kala, Nur Jannah datang berjogging bersama kawannya Maria.
“ Saya datang sini untuk tenangkan
fikiran juga. Encik pun ada masalah?’’ soal Nur Jannah secara tiba-tiba. Entah
kenapa soalan itu pula yang ditanya.
“ Semua orang ada masalah. Cuma kita
je yang tidak tahu. Erm..saya Ezri, awak?’’ lelaki itu menghulurkan tangannya.
Nur Jannah hanya tersenyum tanpa menyambut.
“ Nur Jannah,’’ singkat jawapannya.
Tiba-tiba telefon Nur Jannah berbunyi menanadakan adanya pesanan masuk.
Kenangan lama hilang sekelip mata. Nur Jannah pantas membacanya. Mesej daripada
Maria yang menyuruhnya berehat dipandang dengan senyuman hambar. Nur Jannah
duduk di sofa untuk berehat.Kepalanya sakit dan
berdenyut-denyut. Kata doktor, dia kekurangan tenaga kerana tidak makan.
Sudahnya Maria pula membebel dan mengatakan dirinya tidak patut berdiet dengan
badan yang sememangnya sedia kurus. Bagi Nur Jannah, badannya yang lemah
bukanlah kerana makanan, tetapi kerana rindu yang bersarang di hatinya untuk
suami tersayang. Sudahnya dirinya sendiri yang menanggung azab.