Bab 16
Nur Jannah mundar-mundir di rumah banglo
itu.Sesekali dia duduk dan bangun
semula. Dia menanti kehadiran suaminya yang entah bila akan pulang. Pantas
telefonnya dicapai dan menghubungi Ezri. Nasibnya baik kerana panggilannya
diangkat. Cepat-cepat dia bersuara, bimbang andai suaminya memutuskan
panggilan.
“ Assalamualaikum..abang, abang kat
mana?” tutur Nur Jannah sedikit gugup.
“ Em..aku kerjalah! Apa hal?” kasar
suara Ezri menerjah ke telinganya.
“Bila abang nak balik? Nur tunggu
abang tapi..” kata-kata Nur Jannah bagai tersekat di kerongkongnya. Takut jika
disergah sekali lagi. Lelaki itu sudah lupa untuk bercakap lembut.
“ Nanti aku balik!” Ezri bersuara
sebelum sempat Nur Jannah menghabiskan kata-katanya.
“ Abang balik petang ni?” Nur Jannah
cuba mendapatkan kepastian. Rindu benar dia pada suaminya yang sentiasa
mengguris hati dan perasaannya. Lupa dia pada kata-katanya kepada Maria tentang
niatnya untuk bercerai.
“ Em yelah!” talian diputuskan. Nur
Jannah terduduk di pelosok dinding. Air matanya seperti biasa mengalir lagi.
Seksa benar mengharap kasih dari Ezri. Penat dia menghintung hari bahagia
mereka. Namun semua itu hanya sia-sia. Nur Jannah bangun dan menuju kebilik
air. Dia membasahkan badannyaa sambil menyanyi kecil menghilangkan rasa luka di
dalam hati. Selepas mandi, dia bergegas ke dapur untuk memasak. Tiba-tiba
telefonnya berbunyi dan pantas Nur Jannah mencapainya.
“
Helo..”
“ Emm..Nur abang ni,”
suara Ejay lembut dihujung telefon.
“ Ada apa bang?” tutur Nur
Jannah dengan suara ceria yang sengaja dibuat-buat.
“ Jom keluar! Abang
belanja Nur.”
“ Tak bolehlah bang. Kejap
lagi Nur ada hal. Nur minta maaf bang!”
“ Nur takut suami Nur marah?”suara
Ejay masih lembut seperti tadi.Nur
Jannah terdiam seketika. Marahkah Ezri andai dia bersama lelaki lain? Mana
mungkin! Lelaki itu tidak menyintainya lagi. Apa yang tinggal hanyalah kenangan
percintaan mereka. Dia tidak pernah mengenal erti bahagia sejak bergelar isteri
kepada Ezri.
“
Nur!”
“ Emm.. tak adalah abang. Nur ada
janji dengan Maria,” Nur Jannah terpaksa berbohong.
“ Ye ke? Maybe lain kali. Abang harap Nur tak hampakan harapan abang,” suara
Ejay seakan sayu. Nur Jannah cukup rimas memikirkannya. Hendak melenting, risau
sepupunya itu tersinggung. Hendak dilayan, dia sendiri tidak mampu kerana
statusnya sebagai seorang isteri.
“ Em..mungkin lain kali!”
“ Kalau macam tu tak apalah. Kirim salam kat
kawan Nur tu.”
“ Insya’Allah ..” Nur Jannah
memutuskan panggilan apabila memberi salam. Dia termenung seketika. Wajah
sepupunya itu terbayang di ruangan mata. Anak Mak Longnya itu cukup tampan dan
bergaya. Namun hatinya tidak terpaut. Mungkin kerana mereka membesar bersama
dan sudah dianggap sebagai abang.Tiba-tiba Nur
Jannah teringat pada Maria yang memintanya mencari teman lelaki. Apa salahnya
dia memperkenalkan Maria kepada sepupunya itu. Tanpa sedar Nur Jannah tersenyum
sendiri. Kemudian dia menyiapkan bahan-bahan untuk memasak. Mujur masih ada
lagi stok makanan di dalam peti. Pantas dia mengeluarkan ayam dari peti sejuk
dan memotongnya kecil. Setelah selesai semuanya Nur Jannah menumis bawang untuk
membuat ayam masak merah. Sementara masak, tangannya ligat memotong sayur untuk
digoreng. Setelah selesai semuanya dia berlalu menuju ke arah ruang tamu dan
menonton televisyen.
****
Jam di dinding hampir pukul 6.00 petang.
Maisarah memandang ke arah Zurina yang tersenyum melirik. Dia mengangkat kening
cuba mendapatkan penjelasan.Namun
gadis itu hanya mendiamkan diri dan bergegas ke bilik. Setengah jam kemudian
Zurina keluar dan mendapatkan Maisarah.
“ Mai..aku nak cakap sikit!” Zurina
tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih. Dia duduk mengadap Maisarah
yang mengerutkan dahinya.
“ Pasal apa? Dari tadi kau senyum
je. Dapat bonus ke?” Maisarah memandang lama ke arah teman serumahnya.
“ Em..hari tu aku ada jumpa dengan member
sekolah. Kebetulan dia nak tukar kerja, so dia minta kerja kat pejabat Ezri. Masalahnya sekarang, dia nak
cari rumah sewa. Jadi aku ajaklah dia
menyewa dengan kita sekali.” Zurina mula berterus-terang.
“ Ok ke budak tu?” Maisarah berwajah
serius. Dia tidak suka sebarang masalah. Cukuplah dia melayan kerenah Zurina
yang sentiasa memberontak tidak tentu pasal.
“ Baik budak tu! Baik sikit dari aku
lah!” Zurina bersuara manja. Maisarah hanya mencebik. Pandai betul nak bodek
aku! Dia berfikir seketika.
“ Em..bolehlah dengan
syarat!”
“ Syarat? Alahai bersyarat-syaratlah
pulak kau ni Mai!”Zurina tersenyum sumbing. Macam
kelakarlah pulak!
“
Bagitahu dia, jangan sesekali bawa balik
lelaki kat rumah ni..aku tak suka!” Maisarah seakan memberi arahan yang wajib
dituruti.
“
Aku tahulah! Ezri pun aku tak pernah bawa balik. Pasal kaulah!”
“ Somacam mana? Setuju?”
“
Yelah..nanti malam aku dengan Ezri ambil dia,” Zurina bangun menuju ke arah
televisyen.Dia membukanya dan
mencari siaran yang sesuai.
“ Macam mana kau dengan Ezri?”Maisarah
tiba-tiba bertanya. Zurina menjeling sekilas ke arah Maisarah. Sejak bila pula
minah ni berminat dengan hubungan mereka?
Selalunya gadis itu cukup meluat mendengar nama Ezri. Baginya lelaki itu
tidak setia dan hanya tahu menghancurkan hati perempuan.
“
Em..so far so good!Kenapa kau tanya? Biasanya, tak suka dengar nama Ezri!”
Sinis kedengaran kata-kata Zurina.
“ Em..diakan boyfriend kawan aku. Apa salahnya aku tanya. Kau kenal ke wife dia?” Maisarah sekadar bertanya.
Zurina yang mendengar sedikit panas.
Sakit hatinya bila mengenangkan perempuan yang merampas kekasihnya. Maisarah
pula seperti sengaja menyakitinya.
“ Aku malas nak kenal perempuan
perampas tu!” Zurina bersuara keras. Dia mengambil bantal di atas sofa dan
membaringkan dirinya di hadapan televisyen.
“ Ala..bakal madu kau juga..Kalau
aku, aku pergi jumpa dia. Borak-borak! Bukan ke mengeratkan silaturrahim!”
tutur Maisarah seolah-olah sengaja menambah sakit di hati Zurina.
“ Tak payahlah! Buang karan je! Yang
kau ni macam sengaja sakitkan hati aku kenapa? Kau jangan Mai! Aku kalau
marah..” Wajah Maisarah dipandang dengan pandangan tajam.
“ Ala macam aku tak tahu, kalau kau marah kau baling pinggan..habis dah
pinggan kat dapur tu. Mujurlah pakwe kau
tu kaya. Bolehlah nolong,” Maisarah tergelak kecil. Seronok dia melihat Zurina
menarik muka.
“ Kalau orang tak sakitkan hati aku,
tak adanya aku mengamuk Mai! Ni tidak, bukan hati aku je sakit, jiwa aku ni!
Orang dah rampas pakwe aku, takkan aku nak tersenyum je!” Bidas Zurina keras.
“
Kalau tahu macam tu, kau janganlah sakitkan hati isteri Ezri tu Ina. Aku
bukan apa, aku tak nak nanti kau juga yang terkena nanti. Kata orang, dendam ni
hanya bawa banyak masalah! kau lupa je, Ezri tu!” Nasihat Maisarah bagaikan
angin yang datang dan pergi bagi Zurina. Tiada langsung berbekas di hatinya
walaupun sedikit.
“ Tak payahlah kau nak nasihatkan
aku kalau terpaksa lupakan Ezri tu Mai! Sudahlah, malas aku nak layan kau!”
Zurina bangun dan menuju ke bilik. Dia menghempaskan pintu sekuat hati. Ada
kawan pun tak guna! Bukan menyenangkan, menyakitkan hati adalah. Zurina
menghempaskan badannya ke atas katil. Dia teringat kepada Ezri.. Ah! Mengapalah
kau berubah. Dulu kau janji akan setia. Bagus sangatkah perempuan tu? sekarang
hanya aku yang terkena! Zurina mengambil potretnya bersama Ezri di atas meja
solek. Dia merenung lama wajah lelaki yang telah mencuri hatinya. Cintanya
takkan pernah hilang walaupun Ezri telah mengkhianati cinta mereka. Apa yang
menghirankan Zurina, bagaimana dia boleh terlepas pandang kegiatan Ezri sebelum
ini. Lelaki itu terlalu memanjakannya. Masakan ada gadis lain yang digilai oleh
lelaki itu selain daripadanya.
Zurina menarik nafas. Semunya
telah berlaku. Namun untuk membiarkan Ezri bersama isterinya tidak sekali-kali!
Itu Zurina akan pastikan.