Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
206,314
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Bab 12

Sahara termenung di jendela rumahnya.Air matanya mengalir bagai empangan pecah dan jatuh membasahi pipinya. Dia mengelapnya berkali-kali dan mengetap bibirnya menahan segala kepiluan yang bermain dengan hidupnya semenjak berkahwin dengan John David. Manisnya hanya seketika. Sangkanya lelaki itu seorang romantik dan penyayang. Rupanya lelaki itu seorang yang kejam. Semalam dia dibelasah teruk kerana bertanya ke mana suaminya pergi. Pipinya yang masih berbekas disentuh lembut. Sakit tubuh badannya di bantai sepuas hati, sakit lagi hati dan perasaannya. Maruahnya sebagai isteri bagaikan dipijak-pijak. Mengapa dia buta dalam menilai cinta sehingga dibuang jauh-jauh segala percintaannya bersama Rizman Fakhruddin..Ah! lelaki itu yang masih diingati hingga kini. Teringat dia segala kenangan manis mereka..

“ Riz, kenapaI tengok You susah sangat nak senyum? Masa mula-mula tu, I ingat You sombong orangnya. But when I know you, you are very perfect from my eyes! Maybe you look gentle and very caring..” Sahara melempar senyum. Fakhruddin turut tersenyum manis. Sahara benar-benar terpukau dengan ketampanan kekasihnya yang mempunyai pakej seorang lelaki sejati. Serasa jiwanya sesak andai lelaki itu tidak berada di hadapannya walau sehari.

“ Memang ni cara I . Maybe one day , I’ll always smiling when I married you!” Fahruddin bersuara ikhlas. Matanya lama menatap wajah ayu yang menjadi pilihan hidupnya. Sahara tersipu-sipu malu apabila Fakhruddin menyentuh lembut pipinya.

“ Riz..habis belajar kita kahwin ek!”

“ Em.. nanti Riz bincang dengan mama dan papa Riz.Sayang jangan fall in lovedengan mat saleh sudah!” Sahara tersenyum lagi. Tiba-tiba pintu ditolak dari luar dan mematikan lamunannya. Dia pantas memandang ke arah pintu dan terjengil matanya melihat suaminya dipapah seorang gadis melayu yang berpakaian seksi. John David yang sememangnya mabuk memeluk erat gadis itu dan memberi ciuman di pipi. Air mata Sahara laju mengalir. Rasa ingin dicincang lumat lelaki itu dan perempuan murahan yang berkepit dengan suaminya.

“ Sial punya betina! Kau ingat dia ni siapa. Aku isteri dia. Bodoh punya perempuan!” Sahara cuba mengangkat tangan namun disambut oleh gadis itu. John David tertawa kecil dan berjalan terhoyong- hayang ke arah sofa. Dia membalikkan dirinya dan tertidur lena.

“ Sial aku, suami kau lagi sial. Bodoh aku, kau lagi bodoh. Kalau tak dia takkan cari orang macam aku!” jari gadis itu ditunjuk ke arah John David. Dia mengulum senyum dan mengangkat kening ke arah Sahara yang menahan geram.

“ Laki kau memang hebat. Pandai kau cari..Bye..darling.’’ Tangan Sahara dilepaskan dan gadis itu berlalu dengan senyuman puas. Sahara menjerit kuat dan teresak-esak menahan kesakitan hati. Dia terduduk di muka pintu dan megucap berkali-kali. Pantas dia berlari ke arah bilik dan mengemaskan bajunya ke dalam beg pakaian.Air matanya yang bercucuran membuktikan hatinya telah cukup parah. Biarlah John David dengan caranya. Biarlah! Sahara mengheret begnya dan menuju ke arah kereta Mayvi milik suaminya. Dia menghidupkan enjin kereta dan menekan pedal minyak menuju ke rumah Fakhruddin. Dia mendail nombor telefon lelaki itu, tetapi tidak berangkat.

Please Riz..angkatlah phone!” Sahara merintih sendiri. Dua puluh minit kemudian dia memberhentikan keretanya di hadapan rumah Fakhruddin. Lama matanya menatap ke arah rumah yang kini mula asing dengannya. Dulu dia selalu datang dan berborak dengan mama Fakhruddin. Tapi kini, apakah semua orang telah membencinya? Sahara mendail sekali lagi nombor Fakhruddin, namun masih tidak berangkat.Dia keluar dari kereta dan masuk ke halaman rumah lelaki itu. Sahara memberanikan diri dan mengentuk pintu beberapa kali. Seketika pintu dibuka dan Sahara merenung lama ke arah lelaki yang tegak berdiri memandangnya tanpa senyuman. Tanpa sedar air matanya mengalir lagi.

****

Sahara tunduk ke lantai apabila mata Fakhruddin merenung tajam ke arahnya. Kerusi empuk yang diduduki tidak mampu memberi ketenangan pada dirinya. Dia tidak senang duduk melihat reksi bekas kekasihnya yang seolah-olah kurang senang dengan kehadirannya.

“ Jemput minum Ara,” Puan Salbi meletakkan dulang ke atas meja. Dia menuang air ke dalam gelas dan menghulurkan kepada gadis itu. Wajah Sahara yang masih jelas lebamnya walau dilindungi solekan nipis masih jelas dipipinya.

“ Terima kasih mak cik..Ara susahkan mak cik je!”

“ Tak ada apalah..Ara dari mana ni?” Puan Salbi ramah bertanya. Sebenarnya dia terkejut melihat kehadiran Sahara setelah lama menyepikan diri semenjak berkahwin. Wajah anaknya yang selamba cuba diselaminya. Namun dia tidak mampu membaca hati Fakhruddin yang pernah terluka kerana gadis itu.

“ Dari rumah,” tutur Sahara perlahan.

“ Suami Ara mana?” Puan Salbi masih bertanya.Sahara hanya tunduk ke lantai. Dia tidak pasti apakah masalah rumah tangganya perlu diceritakan kepada mama Fakhruddin. Pasti mereka akan tergelak lebih-lebih lagi bekas kekasihnya yang hanya mendiamkan diri sejak tadi.

“ Em..mak cik ke dapur kejap. Ara borak-boraklah dengan Riz,” Puan Salbi seolah-olah faham. Dia bangun dan menepuk lembut bahu Fakhruddin.

“ Riz..Ara minta maaf! Ara yang salah sebab tinggalkan Riz. Ara dah dapat balasannya,” Sahara merenung wajah yang dirinduinya sejak akhir-akhir ini. Tiada tindak balas dari lelaki itu. Fakhruddin hanya mendiamkan dirinya. Baginya, semua itu sudah tiada maknanya.Tiada guna Sahara berjumpa dengannya lagi.

Riz, I still loving you! I’ll leave my husband and go with you anywhere. I promise Riz! I’m sorry for everything. About our love before, I know you hate me. But please Riz..now I want you! Just you and not my husband or someone else!” Sahara mula teresak-esak.

You are cruel Sahara! You think I’m something that you can play around! After what happened you come to me and how could you say sorry to me! you fikir I ni siapa? Nonsense!” Fakhruddin bersuara keras. Sakit hatinya mendengar permintaan Sahara yang tidak masuk dek akal.

Riz, I love you that much! You are everything for me. Everything!” Sahara masih merayu. Fakhruddin mulai rimas dengan sikap gadis itu.

“ Sahara, listen to me carefully.. I dah tak cintakan you and I juga tak bencikan you. So please forget it!”

“ Riz..Ara tahu Ara yang salah..Ara yang curang! Ara tak sepatutnya tinggalkan Riz macam tu je! Ara dah tersilap langkah..”

“ Tersilap langkah? Jadi datang sini nak betulkan langkah yang salah tu? Macam tu?” sinis kata-kata Fakhruddin menerpa ke corong telinga Sahara. Dia akui semua langkah yang diambil kini seakan mengutuk dirinya tanpa belas keasihan.

“ Ara tahu Riz, apa yang Ara buat semuanya salah pada pandangan mata Riz. Tapi Riz bagilah Ara peluang untuk berubah! Demi cinta kita, Riz..” tutur Sahara yang seakan merayu cinta yang telah hilang bagaikan angin yang berlalu pada pendengaran Fakhruddin.

“ Pembetulan! Bukan cinta kita..antara kita tak pernah ada rasa cinta. Apa yang dah jadi, semua tu dah berlalu. Cukuplah diungkit lagi perkara yang dah lepas. Kalau nak betulkan langkah, baliklah ke pangkuan suami..bukan datang mencari cinta lelaki lain!” Bidas Fakhruddin bagai duri mencucuk ke hulu hati Sahara. Dia datang dengan harapan. Bukan untuk mendengar hukuman yang akan dijatuhkan atau dihukum tanpa belas kasihan. Hatinya sudah cukup sakit dan perit. Tiada lagi ruang di hatinya untuk mendengar sebarang cemuhan atau hinaan. Namun siapa dia untuk menghalang kata-kata lelaki yang pernah dihancurkan hatinya.

“ Suami? Suami apa macam tu! perempuan keliling pinggang! Ara dibuat macam sampah Riz!”

“ Belajarlah untuk menerima kesilapan orang lain sepertimana kita juga melakukan kesilapan. Curang itu perkara biasa dan lumrah kepada orang yang bercinta! Kalau tak, pasti tiada orang yang terluka. Jadi..macam I sendiri, I tak suka kekasih curang!” Fakhruddin bangun dan menuju ke biliknya. Sahara yang mendengar hanya mampu menitiskan air mata. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangis. Dia turut bangun dan berlalu dari rumah lelaki yang pernah menyintainya sepenuh jiwa. Tapi kini, menangis air mata darah sekalipun, Fakhruddin tidak akan kembali kepadanya. Itu Sahara cukup yakin.

****

Fakhruddin memandang ke arah luar tingkap kamarnya. Matanya terarah lama ke arah Sahara yang memasuki kereta. Hatinya yang terluka masih berdarah dan tidak mampu dirawat sepenuhnya. Mengapa baru sekarang Sahara mengungkap kata-kata cinta yang bermadu setelah dihadiahkan kepadanya pahitnya hempedu? Cinta? Ah, Sahara sebenarnya hanya menjadikan dirinya alat untuk merawat lukanya kerana seorang lelaki yang telah melukai hati dan perasaannya. Bukan kerana masih ada cinta yang berbaki di hati Sahara.
Fakhruddin menatap lagi wajah wanita yang pernah dicintainya sepenuh hati. Entah apa yang tersirat di hati Sahara saat itu, Fakhruddin sendiri tidak pasti. Beberapa minit kemudian, kereta Sahara mula meninggalkan kawasan rumahnya. Saat kereta itu hilang dari pandangan, Fakhruddin menyepak kaki katil melepas geram dan mengaduh sendiri apabila kesakitan mula bermain di kakinya.Pantas dia duduk dan membalikkan diri di atas tilam melayan pelbagai perkara yang berlegar-legar di kepalanya.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.