Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
205,823
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 26

Bab 26

“ Cepat Nur nak balik. Kenapa tak tinggal dua tiga hari lagi,” Mak Leha melihat Nur Jannah dan Maria membawa beg pakaian ke muka pintu.Pak Samad yang berada di ambang pintu turut memandang sekilas.

“ Ala..maknya..Nur tu dah jadi isteri orang!Mana boleh lama-lama. Siapa nak masak kat rumah tu.Masa mak pergi KL hari tu, ayah masak sendiri je..” Pak Samad bersuara lembut. Nur Jannah tersenyum mendengar gelaran yang digunakan oleh ayahnya. Masih romantik walau umur di ambang senja!

“ Yelah..saya tahu. Tapi bukan senang si Nur ni nak balik..” Mak Leha bersuara sedikit kesal.

“ Mak, ada masa Nur balik. Mak janganlah risau,” Nur Jannah separuh memujuk. Dia duduk di sebelah emaknya diikuti Maria.

“ Kak Long! Nanti Kak Long beli Airi telefon Nokia kat Airi tau! Airi nak call kawan senang,” Airi yang datang dari arah dapur bersuara.

“ Nelly pun nak. Kak Long beli telefon Nokia N70 tu. Barulah gempak!” ujar Nelly bersungguh-sungguh. Matanya bersinar membayangkan telefon tersebut yang akan menjadi miliknya suatu hari nanti.

“ Banyaklah gempak!Kak Long mana ada duit nak beli semua tu,” Mak Leha mencelah.

“ Ala mak ni..Kak Long tak ada duit tapi abang Ezri banyak duit.Mak tengoklah banglo Kak Long. Setakat beli telefon tu kacang je mak.Tak gitu Kak Long?” Airi pula mencelah.

“ Oklah, nanti Kak Long belikan ek. Tapi jangan lupa belajar rajin-rajin..Kak Long nak Airi dengan Nelly dapat A dalam semua subjek.Boleh?” Nur Jannah melirik senyum. Tiba-tiba hon kereta Ejay kedengaran di halaman rumah. Pantas mereka menjenguk keluar. Kelihatan Ejay turun dari kereta dan memberi salam. Pantas salamnya dijawab.

“ Pak Ngah..” Ejay menghulur tangan pada Pak Samad yang berada di anak tangga.

“ Em..Ejay pun nak balik hari ni?”Pak Samad menyambut salam.

“ Yelah Pak Ngah. Esok dah kena kerja,” Ejay melempar senyum pada Mak Leha yang bangun megiringi Nur Jannah dan Maria ke arah pintu.

“ Mak, ayah, Nur balik dulu. Jaga diri baik-baik. Nur dan Airi jangan banyak sangat bermain!” Nur Jannah sempat berpesan.

“ Yelah Kak Long!” Airi dan Nelly bersuara serentak. Mereka bersalaman di atara satu sama lain.

“ Maria ada masa datanglah lagi!” Mak Leha bersuara lembut.

“ Yelah mak cik. InsyaAllah..” Maria tersenyum sambil menyalami Mak Leha dan Pak Samad.Nur Jannah turut menyalami orang tuanya. Ejay yang berada di situ turut bersalaman dengan orang tua Nur Jannah. Mereka bergegas turun menuju ke arah kereta. Nur Jannah sengaja duduk di belakang untuk memberi ruang pada Maria dan Ejay berkenalan lebih rapat. Sebelum berlepas hon dibunyikan dan Nur Jannah melambai sayu. Tanpa sedar air matanya mengalir ke pipi. Bagitu banyak kasih sayang mereka, namun secebis kasih dari Ezri tidak pernah dia merasai lagi. Sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur, Nur Jannah hanya mendiamkan diri melayan kelukaan hati. Hanya Maria yang rancak berbual dengan Ejay. Tanpa sedar Nur Jannah terlena bersama air mata yang masih bersisa.

****

Aiman Ezri termenung di apartmentnya.Dia memandang ke arah luar. Saat itu dia teringat pada Nur Jannah. Tiba-tiba dia merasa rindu pada isterinya. Sepanjang perkahwinan mereka, tidak pernah sekali dia melayan gadis itu dengan baik. Malah dia melukainya berkali-kali. Teringat dia ketika Nur Jannah datang ke pejabatnya dengan harapan agar dia dapat pulang bersama ke kampungnya di Ipoh. Namun sayang, Nur Jannah diherdik dengan sewenangnya. Tidak cukup dengan itu, Zurina pula menyakitinya dengan kata-kata yang menyakitkan. Ah! Maafkan abang Nur! Abang tidak mampu hidup bersama Nur! Abang cintakan Zurina..namun abang juga rindu pada Nur.. abang tak tahu mengapa! Abang yang salah! Ezri melangkah ke arah televisyen apabila telefonnya menjerit minta diangkat.

“ Helo..siapa?”

“ Inalah bang! Cuti-cuti ni abang buat apa? Ina bosanlah!” Zurina kedengaran merengek bagai anak kecil.

“ Abang penatlah sayang. Esokkan kerja! Berehat kat rumah jelah,” Ezri memberi alasan. dia tiada mood untuk melayan kerenah Zurina saat itu.

“ Abang..abang cintakan Inakan?” soalan itu lancar terkeluar dari mulut Zurina.

“ Kenapa Ina tanya macam tu? Abang betul-betul cintakan Ina!”

“ Jadi bila kita nak bertunang?”

“ Bertunang?” Ezri membulatkan matanya bagai ingin tersembur. Tak faham-faham minah ni!.

“ Yelah..Ina bukan muda lagi. Lagipun Ina tak nak kehilangan abang! Abang fahamkan?” Zurina bersuara sedih.

“ Emm..yelah nanti kita bincang..Ina buat apa tu..”

“ Ina buat tak tahu je!”

“ Buat tak tahu?” Ezri sedikit tergelak. Lupa dia pada Nur Jannah yang bermain di mindanya sebentar tadi.

“ Abang..Ina tanya boleh?” suara Zurina kedengaran perlahan tiba-tiba.

“ Apa dia Ina?”

“ Abang betul tak cintakan Nur Jannah?”suara Zurina seakan mendesak. Ezri terdiam seketika. Kasihan Nur Jannah! Maafkan abang.

“ Em..abang hanya cintakan Ina.Dahlah tanya pasal dia. Ina..abang ada kerja jap. Petang nanti abang call.”

“ Abang kata kat rumah!”

“ Yelah abang nak tidur jap..Ina jaga diri!” talian diputuskan tanpa sempat Zurina bersuara. Ezri berasa rimas dengan kemelut yang melanda dirinya. Dia membaringkan diri di atas sofa dan memejamkan matanya rapat-rapat.Tanpa di undang wajah Nur Jannah kembali bermain di mindanya.

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.