Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
206,144
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

Bab 18

Agaknya beginilah yang dirasai oleh mereka di luar sana yang ditinggalkan oleh orang yang dicintai setulus hati. Ada marah, geram yang tersemat dikalbu. Tidak kurang juga rindu yang membuak-buak mengharap cinta lama berbunga kembali. Ah! Memang sakit mengharap sebuah pengertian dari seorang suami yang hanya mementingkan diri sendiri.
Cinta yang bagaimana ada pada Aiman Ezri sehingga sanggup merobek hati dan perasaannya. Jiwanya lebih sakit dari tamparan Ezri yang hinggap di pipinya. Serasa air matanya seakan ingin mengalir mengenangkan hukuman yang diterima bukan atas kesilapannya. Ezri yang silap kerana mencaturkan kehidupannya seperti neraka. Dia terkurung di banglo mewah itu tanpa kasih sayang dan cinta. Dia bukan mengharapkan kebebasan. Cukuplah sekadar dihargai sebagai seorang isteri. Nur Jannah mencapai diarinya dan mencatat sesuatu.

Aku bergelar isteri

Yang terkurung dalam sepi, mengharap kasih suami kembali terjalin

Namun sayang ,harapan hanya tinggal harapan

Masa yang berlalu seperti mengatakan

Dalam hati berbisik, cinta tiada lagi ditaman hatinya

Aku keliru antara kehendak hati dan maruah diri

Yang bermain diakal kecil ku..

Perpisahan terpaksa ku tempuhi, demi kebahagiaan sendiri….

Seorang Isteri, Nur Jannah.

Nur Jannah menatap kata-katanya sendiri. Dia melakar lagi kata-kata yang masih bersarang di hatinya. Biarlah dia merasa puas meluah kata pada kertas yang bisu dari meluah pada insan yang tidak akan mengerti.Walau berjuta air matanya tumpah, Ezri hanya pekak membisu. Hati lelakinya keras seperti batu. Tiada rasa simpati walaupun sedikit buat isteri sepertinya. Apa yang Ezri tahu hanya melukakan sekeping hatinya berulang kali tanpa menyedari sekeping hati perempuannya telah hancur berkecai seperti kaca yang jatuh terhempas ke lantai.

Sekeping hati..

Pernah aku mengatakan sekeping hatiku bahagia kerana adanya kamu..

Ada bunga-bunga cinta yang mekar disitu menciptakan senyuman di bibir ini

Ada gelak dan tawa yang membahagiakan

Senyumanmu masihku terbayang dan melekat terus di mata

Dan tersemat kukuh di dalam hati.

Hati ini,

Cukup bahagia kerana cinta akhirnya berakhir dijinjang pelamin

Bersama doa dan harapan agar sekeping hati ini akan terus dibajai dengan cinta dan kasih sayangnya.

Namun malam pengantin, kau warnakan diriku dengan kesuraman

Sekeping hatiku kau hancurkan tanpa sesalan.

Siapa sangka, cintamu hanya mainan

Hingga kini aku terjerut sendiri..

Sememangnya kau akan mengerti saat hatimu terguris parah.

Saat itu jangan kau kembali mencari aku!.

Nur Jannah meraup wajahnya. Cuba mencari kekuatan yang semakin hilang. Dia mengambil telefonnya dan menghubungi Maria. Mujurlah ada Maria yang masih menjadi teman setia.Selepas dia mendirikan rumah tangga, teman yang lain membawa haluan masing-masing. Hanya Maria yang masih solo tidak jemu bertanya khabarnya.

“ Emm.. Mar, kau buat apa tu?”Nur Jannah bersuara apabila talian diangkat.

“ Aku kerjalah.Kau callaku kenapa? Pasal Ezri ke?” Maria becok bertanya. Tangannya ligat menyusun bunga yang baru sampai. Itulah kerjanya setiap hari. Bekerja di kedai Puan Moi Yan memang menyeronokkan. Apalagi majikannaya itu seorang yang ramah walau berlainan agama. Setiap hari juga, dia didatangi customer yang membeli bunga untuk seseorang yang special dalam hidup mereka. Kata mereka, bunga warna merah, melambangkan percintaan, kuning pula persahabatan. Apa yang membuatkan Maria terfikir kata di antara customernya warna purple bermaksud salam perkenalan. Betul ke? Ada juga yang datang bertanyakan bunga yang berwarna hitam yang bermaksud salam permusuhan. Uh! Nak tergelak Maria dibuatnya. Macam-macam tanggapan orang terhadap bunga. Namun bagi Maria, apa jua warnanya , bunga adalah ciptaan Allah yang sangat unik dan menarik.

“ Tak adalah..aku nak ajak kau balik kampung aku. Ada kenduri arwah bapa saudara aku.”

“ Ezri? Kau tak ajak dia?” Maria mengerutkan dahinya. Parah betul rumah tangga sahabatnya itu.

“ Tak payahlah Mar! aku call pun bukan nak angkat. Sebab tu aku ajak kau. Kau nak tak?”

“ Em..berapa hari?”

“ Dua hari je. Petang jumaat kita baliklah. Lagipun sabtu ahad kau cutikan?”

“ Hari jumaat tu lambat sikit ek. Aku takut balik kerja lambat. Kenduri tu malam apa ek?”

“ Sabtu malam!”

“ Em..bolehlah. apapun kau bagitahu suami kau. Nanti tak pasal-pasal dia mengamuk. Oklah aku banyak kerja lagi ni. Nanti ada masa aku call kau. Assalamualaikum..”

“ Waalaikummussalam..” talian diputuskan. Nur Jannah berkira-kira untuk menghubungi suaminya.

“ Helo..” Nur Jannah bersuara apabila panggilannya diangkat.

“ Helo..awak ni siapa?” kedengaran suara perempuan di hujung telefon. Nur Jannah tertanya-tanya siapa perempuan itu. Mungkin pekerja Aiman Ezri fikirnya.

“ Encik Ezri ada?” tanpa menjawab soalan perempuan itu Nur Jannah bertanya suaminya.

“ Encik Ezri..dia sibuk. Apa-apa hal You boleh bagitahu I ..nanti I bagitahu dia.”

“ Ni siapa bercakap?” Nur Jannah tidak berpuas hati. Bagaimana telefon Ezri boleh berada di tangan orang lain. Apalagi di tangan seorang perempuan.

“ Saya Zurina, pekerja kat sini. Awak ni siapa?”

“ Saya Nur Jannah.Isteri Encik Aiman Ezri . Nanti awak suruh dia call saya balik.”

“ Ok!” talian diputuskan. Zurina membaling telefon itu ke dinding. Dia meraut wajahnya yang digenangi air mata. Dia benci perempuan itu. Kerana Nur Jannah, Ezri menjadi kekasih curang. Tanpa di sangka dia menjerit sekuat hati.

****

“ Apahal dengan you ni? Asyik mengamuk je! Staf I yang lain kat luar boleh dengar suara You. What happened to you? I keluar sekejap je, You dah mengamuk. Dah tu masuk bilik I macam perompak!” Ezri bersuara marah. Pantas matanya melihat telefonnya yang berkecai di atas lantai. Dia mengucap di dalam hati. Zurina ni dah lebih! Makin naik minyak apabila dilayan bagai puteri.

Why your wife call? I tak suka dia kacau hidup You!”Bentak Zurina dengan mata yang merah. Dia memandang Ezri yang melabuh punggung di atas kerusi dengan wajah yang menyinga.Serasa ingin ditelannya Ezri hidup-hidup! Biar puas hatinya!

I don’t know!Youpun satu, yang You angkat phone I kenapa?”

“ Ezri..I tak suka perempuan tu callyou.Atau You dalam diam buat hubungan dengan dia. Tak suka konon, tapi dalam masa yang sama, You layan dia,” Zurina menempik kuat.

“ Berapa kali I nak cakap, I dan dia tak bersua muka pun.You je yang cemburu buta!”

“ Cemburu buta? You bercinta dengan I dan kahwin dengan orang lain and You bagitahu I, You nak bercerai! Mana janji You? Susah sangat ke nak lafazkan cerai..”

“ Ina, abang tahu abang salah. Tapi berilah abang masa. Nanti apa kata daddy abang? Ina pernah fikir tak, apa akan jadi pada abang kalau daddy ambil balik syarikat ni? Kebulur nanti abang tahu!”

“ Sikit-sikit your daddy! Why dia tak kahwin dengan perempuan tu?”

“ Maksud You, jadi mak tiri I ?” Ezri menahan gelak. Namun akhirnya terburai juga tanpa dapat ditahan lagi. Wajah Zurina semakin mencuka dengan sikap Ezri yang tidak pernah ambil serius perasaannya.

“ Sudahlah! Cakap dengan You hanya menyakitkan hati je. Sampai bila I nak menunggu You!”Zurina seakan mengeluh. Ezri yang tergelak sebentar tadi mula berwajah serius.

“ Sayang..jangan cakap macam tu. Nanti selesai semuanya kita kahwin. Abang janji!”

“ Ina dah fed up dengan janji manis abang! Sampai bila? Sampai muka Ina ni berkerepot? Macam tu?”

“ Tak adalah sampai macam tu! Ina ni merepek jelah!”

“ Oklah bang..Ina keluar dulu..pening kepala!Apa pun, sorry sebab hancurkan telefon abang,” Zurina bangun dari tempat duduk. Malas dia berlama di situ. Melihat sikap Ezri yang acuh tak acuh pada hubungan mereka hanya menambah luka hatinya.

“ Telefon hancur tak apa..jangan hati abang Ina hancurkan. Kalau tak mati abang,” Ezri seakan berkias.

“ Yelah tu!” Zurina melangkah untuk keluar.Sakit hatinya masih terasa. Namun dia cuba untuk tersenyum walau air matanya seakan ingin tumpah saat itu.

****

Nur Jannah menanti panggilan Ezri. Namun sehingga petang tiada tanda-tanda suaminya akan menghubunginya. Hatinya benar-benar sakit. Dia masih tertanya-tanya siapa gadis yang menjawab panggilan bagi pihak Ezri. Kalau stafnya bagaimana telefon itu boleh berada di tangannya. Mungkin juga kekasih Ezri yang Maria ceritakan kepadanya tempoh hari. Mengenangkannya Nur Jannah seakan ingin meraung di situ. Beberapa kali juga dia menjengah ke luar jalan.Mana tahu Ezri tiba-tiba pulang ke rumah. Namun semuanya hanya membuang masa.Nur Jannah benar-benar penat memikirkan tentang suaminya. Ezri tidak pernah memahami dan mengambil berat tentang dirinya. Jauh sekali untuk menyelami rasa cintanya yang semakin membuak-buak. Apa yang Nur Jannah tahu, cinta Ezri bukan lagi miliknya.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.