Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
205,888
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 25

Bab 25

“ Nur, kenapa Ezri tak ikut balik?”Pak Samad memandang anak sulungnya sambil menghembuskan asap rokok. Mak Leha pula sibuk melipat baju yang diangkat petang tadi. Maria pula menolong Airi dan Nelly menyiapkan kerja sekolah. Nur Jannah yang mendengar sedikit hiba.Ada luka di hatinya yang bila akan hilang.

“ Abang Ezri sibuk ayah! Kena outstation kat Melaka. Tu dia tak dapat balik. Tapi dia kirim salam kepada mak dan ayah,” Nur Jannah terpaksa berbohong. Maria yang mendengar memandang sekilas. Dia tahu Nur Jannah pasti kecewa apabila kepulangannya tanpa suami di sisi. Pasti sahabatnya itu menangis di dalam dihati. Mengenangkan kelukaan Nur Jannah, Maria juga turut terasa pedihnya.

“ Aik! Masa mak pergi KL hari tu pun dia outstation. Sibuk sangat ke suami Nur tu?” Mak Leha menyampuk. Dia memandang ke arah Nur Jannah yang turut menolongnya melipat kain yang masih berbaki.

“ Abang Ezri memang sibuk mak. Nak selesaikan kerja kat pejabat. Lepas tu Dato’ Ismadi minta tolong dengan abang Ezri jumpa client dia kat Melaka pasal promosi minyak wangi yang baru syarikat diaorang keluarkan.Jadi..Nur tak dapatlah nak paksa!” panjang Nur Jannah bersuara. Ada kesal kerana menipu orang tuanya. Kalaulah mereka tahu tentang masalah rumah tangganya, pasti mereka akan bersedih dan kecewa. Mungkin hati mereka lebih terluka berbanding dirinya.

“ Kalau dia ada kerja, tak apalah.. tak perlu susahkan dia. Nanti ada masa pulanglah dia,” Pak Samad selaku orang tua seolah faham.

“ Kak Long! Nanti dah habis periksa, Airi nak duduk dengan Kak Long kat KL tu.Mesti seronok! Bolehlah Airi cari kerja sementara tunggu keputusan,” Airi bersuara tiba-tiba.

“ Nelly pun nak ikut! Tak best asyik duk kampung je. Rumah Kak Long kat KL cantik. Nelly seronok duduk sana,” Nelly turut bersuara. Dia melirik senyum pada Airi yang mencebik.

“ Boleh! Tapi kena habiskan sekolah dulu.Belajar betul-betul..dapat A dalam semua subjek. Kak Long nak adik-adik Kak Long berjaya.’’

“ Ala..lambat lagilah Kak Long,” Nelly memuncungkan mulutnya tanda protes.

“ Tak ada lambatnya Nelly. Cuti semester pun boleh pergi rumah Kak Long,” Nur Jannah separuh memujuk. Maria yang berada di sebelah adiknya datang menghampirinya.

“ Tak payah nak ngada-ngada..hari tu kan dah pergi rumah Kak Long. Bagi tumpuan kat pelajaran. Mak tak nak Airi dan Nelly gagal dalam periksa nanti,” Mak Leha bersuara mematikan senyuman mereka berdua. Wajah dua beradik itu mulai kelat. Bosan dengan nasihat yang sama berulang kali.

“ Ala mak ni..nak pergi rumah Kak Long pun tak boleh!”Nelly mencebik. Airi juga menarik muka. Pak Samad hanya tersengih mendengar perbualan mereka anak beranak. Dia bangun untuk keluar ke kedai kopi. Mak Leha turut bangun untuk ke dapur. Nelly dan Airi turut bergegas mengikuti Mak Leha.

“ Nur..ada Ezri call kau?”Maria bersuara perlahan. Bimbang percakapannya didengar oleh Mak Leha. Nur Jannah mendiamkan diri seketika. Wajah Ezri bermain di matanya..namun hilang saat Maria memegang jari jemarinya.

“ Tak..dia tak call! Maybe dia benci sangat kat aku ni Mar.” tutur Nur Jannah juga dengan suara perlahan. Risau jika percakapan mereka didengari oleh Mak Leha.

“ Tak patut Ezri buat kau macam ni Nur!Sampai bila dia nak gantung kau tak bertali? Dia pula seronok dengan perempuan lain..kalau aku dah lama aku minta fasakh!” Maria seakan mengeluh. Sakit juga dihatinya dengan sikap lelaki seperti Ezri.

“ Aku dah minta tapi penampar yang aku dapat Mar.”Nur Jannah terasa ingin menangis. Tiada tempatkah dirinya di hati Ezri? Ke mana hilangnya rasa sayang yang dilaungkan selama ini?

“ Nur..sebagai isteri tempat kita disini, dekat dengan hati untuk disayangi, bukan di kaki untuk dipijak atau di atas untuk dijunjung. Cukuplah kita dihargai sebagai isteri. Andai dia suka sangat kat perempuan tu, kau relakan saja Nur. Aku akan teman kau untuk permohonan cerai!” Maria bersuara marah. Bukan niat dia untuk menghancurkan mahligai temannya. Namun apa guna mahligai dihiasi berlian andai tiada kasih sayang atau cinta. Maruah dicalar berkali-kali tanpa belas kasihan. Sungguh Maria merasa sakit hati.

“ Cerai? Tapi macam mana Mar ? Aku cintakan Ezri..aku tak mampu hidup tanpa dia!”

“ Dan kau sanggup menjadi pungguk rindukan bulan! Sampai bila Nur? Cinta Ezri sudah terkubur untuk kau.Yang ada sekarang, perempuan tu..please lah Nur..cinta bukan segala-galanya andai diri kita menjadi hamba cinta!”

“ Aku tak kuat Mar!” air mata Nur Jannah mula menitis.Maria yang melihat merasa serba salah.Dia memegang erat tangan temannya.

“ Aku minta maaf Nur. Aku yang terlebih emosi..” Maria seakan memujuk.

“ Kau tak salah Mar! apa yang kau cakap memang betul. Cinta Ezri bukan lagi untuk aku. Malah aku dikatakan perampas..aku akan cuba hidup tanpa Ezri. Aku akan cuba,” Nur Jannah bersuara sebak. Dia menyapu air mata yang tumpah agar emaknya tidak perasan kesedihannya.

“ Jomlah..kita ke dapur..kau jangan fikir lagi. Nanti kat KL kita selesaikan segalanya. Senyum sikit!” Maria menarik pipi Nur Jannah. Nur Jannah tersenyum tawar dan bangun untuk ke dapur. Dalam hati, sebenarnya dia amat merindui Aiman Ezri.

****

Ejay terkebil-kebil memandang jam di dinding yang menunjukkan jam 12.00 malam. Dia cuba melelapkan mata namun bayangan Nur Jannah datang menjelma menari-nari di hadapannya. Uh! Parah macam ni! Macam mana aku boleh sayang sangat kat si Nur ni! Ejay bangun menuju ke arah tingkap. Dia memandang keluar dan mendongak melihat ke dada langit. Dia cuba mengira bintang untuk menghilang resah.Tiba-tiba dia teringat pula pada Maria. Senyuman dan renungan gadis itu seolah menggoda hatinya. Sungguh dia merasa semacam. Jantungnya seakan berdegup kencang, apatah lagi gadis itu sering mencuri pandang kepadanya. Ejay cuba menutup rasa hati. Bimbang menjadi bahan ketawa Nur Jannah sepupunya. Seorang lelaki yang pernah merayu cinta darinya telah beralih arah. Cintakah ini ? Jika benar, bagaimana reaksi Nur Jannah nanti? Bagaimana pula dengan Maria yang telah menambat hatinya tanpa disedari? Ejay mula berpeluh. Dia kembali menghempaskan diri ke atas tilam. Kipas yang ligat berpusing direnung lama. Namun fikirannya hilang entah ke mana. Saat itu Ejay benar-benar keliru.

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.