Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
205,894
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 27

Bab 27

Zurina duduk di atas kerusi malas di hadapan rumah.Dia membelek majalah wanita sambil menyanyi kecil.Sahara yang datang dengan segelas milo memandang dengan hairan.

“ Gembira nampak? Dapat bonus ke dari bos?” Sahara duduk di muka pintu. Dia meneguk air milo yang masih panas.

“ Ni lebih dari bonus! Kau mesti terperanjat punya!” Zurina tersengih panjang mempamerkan giginya yang putih bersih.

“ Apa dia? Cakaplah!” Sahara sedikit mendesak.

“ Aku dengan Ezri nak bertunang!” Zurina bersuara kuat. Kemudian dia tergelak kecil.

“ Bertunang?” Sahara bersuara sedikit terperanjat. Maisarah yang berada di dalam rumah bergegas keluar.

“ Kau nak bertunang? Dengan siapa?” Maisarah kehairanan.

“ Dengan Aiman Ezri!” Zurina berwajah ceria.

So, kau nak bermadulah ni?” Maisarah melepas kata. Wajah Zurina yang ceria berubah wajah. Dia menarik muka dan memandang ke arah Maisarah dengan geram.

What happened to you Mai! You asyik nak sakitkan hati aku je!” Zurina mula melenting. Dia membutangkan matanya ke arah Maisarah.

What happened to me? Zurina, si Ezri tu masih husband orang. Secara automatiknya kau jadi bini nombor dua. Kau nak melenting kenapa?” Maisarah juga bersuara tinggi. Penat dia memberi nasihat, namun semuanya bagai angin yang berlalu buat Zurina.

“ Aku tahu!” Zurina mula mengendurkan suaranya. Memang betul kata Maisarah. Bagaimana nanti statusnya andai Ezri tidak menceraikan Nur Jannah? Uh! Aku tak nak jadi isteri nombor dua! Jangan harap Nur Jannah dapat bersama Ezri!

“ Ah! Malas aku melayan kau ni..” Maisarah berlalu. Sahara hanya menjungkit bahu.

“ Sahara..kau dengan Fakhruddin tu ada hubungan ke?” Zurina tiba-tiba bertanya. Sahara sedikit menggelabah dengan soalan Zurina yang dianggap terlalu peribadi.

“ Emm..tak adalah! Aku baru kenal dia pun masa kerja kat situ. Kenapa kau tanya aku macam tu?”

“ Hari tu aku nampak kau lunch dengan dia. Ada apa-apa ke? Setahu aku, si mamat perasan tu tak ada hati kat perempuan. Nak senyum pun susah! So macam mana kau boleh keluar dengan dia?” Zurina memandang tajam.

“ Kebetulan je tu. Aku tumpang duduk. Maklumlah aku sorang-sorang. Segan juga!”

“ Kebetulan? Aku ajak kau, kau kata tak nak! Atau kau ada hati dengan dia?” Zurina masih bertanya. Sahara yang mendengar tidak senang duduk.

“ Tak adalah..Aku bukan minat berpakwe-pakwe ni. Bukan macam kau! Bercinta separuh mati. Oklah aku masuk dulu!” Sahara berlalu masuk ke rumah. Zurina mencebik tidak berpuas hati. Asyik aku je yang terkena! Apa punya kawan. Dia membelek majalah wanita ditangannya. Dia membaca satu sajak yang berjudul ; Aku Seorang Wanita.

Aku seorang wanita..

Yang bersimpuh menanti kepulangannya

Dengan harapan dan sabar.

Agar masih ada sisa cinta.

Aku seorang wanita,

Yang masih setia di tepi jendela,

Menanti kasih sejati,

Berhiaskan doa dan harapan.

Aku juga seorang wanita,

Yang masih tega melempar senyum,

Walau di hati seribu luka,

Kerana dia adalah raja di hati.

Zurina termenung seketika dan meneruskan bacaannya,

Namun wanita seperti aku,

Hanya diherdik dan dipijak,

Kerana aku seorang isteri,

Yang tidak tega dengan kecurangan seorang suami…

Aku yang bernama Isteri

Masih menanti 1980

“ Macam perli kat aku je! Aku bukan perampas suami kau Nur Jannah. Kau yang merampas! Dan aku mengambil semula hak aku..” Zurina membentak sendiri. Panas hatinya dengan penulis sajak itu. Pantas dia melempar majalah wanita yang dibacanya. Dalam hati dia menyumpah keras.

****

Nur Jannah melambai ke arah kereta Ejay yang meluncur laju selepas menghantarnya pulang. Maria yang masih berada di dalam kereta turut membalasnya. Niat di hatinya, ingin pulang ke rumah dengan menaiki teksi. Namun tidak dapat menghalang, apabila Ejay beria-ria untuk menghantar. Apabila kereta mereka hilang dari pandangan, Nur Jannah melangkah masuk ke rumah. Kesepian mula terasa saat melabuh punggung di dalam rumah banglo itu. Dia melangkah ke arah bilik dan menyimpan pakaiannya. Kemudian Nur Jannah bergegas ke dapur. Tiada tanda-tanda Ezri pulang ke rumah itu. Dia duduk di atas kerusi dan melepaskan keluhan yang berat.Air matanya secara tiba-tiba mengalir ke pipi..Dia rindu pada percintaannya dengan Ezri. Bagaimana lelaki itu mengambil berat tentangnya. Kasih sayang Ezri yang melimpah saat mereka bercinta. Di mana silapnya. Benarkah dia perampas? Ah! Semuanya salah Ezri yang memberinya harapan dan impian. Setelah mereka disatukan, dia dibuang tanpa kerelaan. Cinta mereka berkubur tanpa nisan.Sungguh Nur Jannah rasa terhina dengan perbuatan suaminya. Nur Jannah bangun dan mengambil telefonnya di dalam beg yang berada di dalam bilik. Dia mendail nombor Ezri berkali-kali. Akhirnya panggilannya dijawab oleh lelaki itu.

“ Assalamualaikum..abang, Nur nak jumpa abang! Penting sangat-sangat!”

“ Em..bila?” suara Ezri jelas di hujung telefon.

“ Petang ni!” Nur Jannah cepat-cepat menjawab.

“ Kat mana?”

“ Kat rumah. Atau abang tak nak jejak dah rumah banglo ni?” tutur Nur Jannah kedengaran sinis.

“ Ok..nanti aku balik sana!”

“ Abang jangan tak jadi..Kalau tak abang terima apa saja keputusan Nur.”

“ Apa maksud Nur?” Ezri mengerutkan dahinya.

“ Pandai pula abang sebut nama Nur. Jumpa petang nanti!” talian diputuskan. Nur Jannah menangis lagi. Sudah tekad di hatinya untuk berpisah. Hubungan mereka tiada manisnya. Hanya air matanya yang mengalir setiap masa. Biarlah Ezri dengan caranya. Biarlah Ezri dengan perempuan yang mengherdik dan memaki hamun dirinya. Dia sudah puas menderita sedangkan kebahagiaan adalah hak setiap insan, apa lagi seorang isteri yang memerlukan kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi. Sungguh, Nur Jannah ingin terbang bebas walau sayapnya hampir patah kerana keegoan manusia bernama suami.

****

Ezri memandang telefon yang masih berada dalam genggamannya. Suara Nur Jannah yang masih teriang-iang di telinganya seakan ingin menyampaikan sesuatu maksud. Tapi, apa dia? Mungkin Nur Jannah nak minta cerai! getus Ezri sendiri. Dia duduk berhadapan dengan kolam sambil memandang beberapa orang yang begitu seronok bermandi manda dengan menunjukkan pelbagai aksi. Ketawa riang mereka yang kedengaran, tidak mampu mempamerkan riak ceria di wajahnya yang terbeban dengan masalah yang tidak sudah. Patutkah aku pulang ke rumah jumpa Nur Jannah? Kalau aku tak balik, apa dia nak buat? Bagi tahu daddy dengan mama? Uh! Senang benar nak ugut aku! tapi kalau betul dia bagi tahu daddy, tak pasal-pasal aku kena sembur! Silap haribulan, lingkup aku dibuatnya! Ezri benar-benar rimas. Dia bangun dari kerusi dan menuju ke kedai runcit yang berhampiran untuk membeli sekotak rokok penawar sakit kepalanya.Puas dia mengambil angin petang, Ezri naik semula ke apartmennya.Dan pesanan Nur Jannah dilupakan begitu sahaja tanpa membawa sebarang makna.

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.