Bab 4
Sudah 3 hari pertandingan
teater itu berlalu… tetapi pelbagai peristiwa yang pelik berlaku sejak
akhir-akhir ini merunsingkan fikiran Azmir. Sejak 3 hari yang lalu Azmir
diganggu oleh pelbagai gangguan. Hari pertama di sebelah malamnya, computer
riba Azmir yang sedang memainkan lagu “When You Were Young” secara tiba-tiba
berhenti dan memainkan lagu Puteri Bunian yang memang ada disimpan di dalam computer
riba Azmir untuk tujuan untuk berlatih. Apa lagi,Azmir yang semasa itu sedang
ralit membuat toturial kelam kabut meninggalkan bilik dan berlari menuju bilik sebelah iaitu bilik
Amran. Azmir mengajak Amran ke dalam biliknya untuk melihat apa yang terjadi.
“Apa yang pelik sangat? Tu
komputer kau main lagu The Killer? Halusinasi ker?” kata Amran sebaik sahaja
masuk ke dalam bilik Azmir. Azmir hairan
siapa pula yang menukarkan dari lagu Puteri Bunian kepada lagu The Killer
semula.
“Betul Amran. Buat apa aku
hendak tipu kau. Tadi laptop ini mainkan lagu Puteri Bunian. Tengah aku syok
buat toturial Dr Hamzah bagi, tiba-tiba komputer apabila aku dan Amran berada
di dalam bilik, komputer aku memainkan semula lagu The Killer yang terhenti itu
tadi,” Azmir mempertahankan apa yang di alami tadi.
“Aku rasa mungkin kau
terlalu obses dengan teater. Aku dok bilik sebelah kau pun selalu dengar kau
nyanyi lagu-lagu teater kita. Takde bendalah… lama-lama hilanglah tu,”
“Mungkin jugak,” Azmir
bersetuju dengan pandangan Amran.
“Aku nasihatkan kau padamkan
aja,” cadang Amran. Amran mengangguk dan segera memadamkan kesemua fail lagu
teater.
Malam kedua pula, sedang Azmir khusyuk menelaah pelajaran di meja belajar.
Secara tiba-tiba Azmir mendengar suara seorang perempuan mengalunkan rentak
lagu puteri bunian. Arghhh! Sudah! Adakah puteri bunian menganggunya? Atau
makhluk lain yang sengaja menganggunya? Walaupun gemersik dan merdu suaranya
mengalunkan rentak tersebut, tapi bagi Azmir yang tinggal seorang diri dalam
bilik di waktu malam pada pukul 2 pagi. Mahu tak terkucil kau? Azmir membuka
surah Ayatul Kursi yang memang ada di dalam komputer. Azmir bukannya seorang yang
kuat beragama malah tidak menghafal Ayatul Kursi. Malah solatpun Azmir
kadang-kadang tuang terutama solat subuh. Alhamdulillah, tiada lagi nyanyian
rentak puteri bunian. Tetapi secara tiba-tiba Azmir mendengar ketawa sopan
seorang perempuan.
“Hihihi,” Aik! Aku buka bacaan ayatul kursi kau ketawa
mambang? Tak tebako ker?
Malam ketiga… Azmir mengalami gangguan yang paling teruk.
Bermula dengan tuala mandi Azmir yang hilang semasa diletakkan di pintu bilik mandi pada waktu Maghrib sehingga Azmir terpaksa ke
bilik dengan keadaan basah dengan hanya memakai boxer. Yang bertambah pelik apabila
tuala mandinya ada di dalam bilik sedangkan Azmir sangat pasti dia sudah membawa sekali semasa
pergi ke bilik air.
Malam itu selepas balik daripada makan malam dengan Amran
di kedai mamak pada pukul 1 pagi. Komputer sengaja dalam mood sleep sebelum keluar
tadi kerana mahu menyiapkan toturial
yang perlu dihantar besok. Azmir duduk di hadapan komputer dan mula
mengklik tetikus untuk menghidup komputer yang dalam keadaan ‘sleep’. Selepas
dihidupkan, Azmir membuka word toturial yang dibuat sekerat jalan tadi. Azmir
terkejut apabila lirik lagu puteri bunian memenuhi hampir 3 muka surat word toturialnya.
Malah siap bagi salam lagi. Jantung Azmir berdegup kencang. Siapa punya kerja
ini? Takkan syaitan bagi salam? Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Azmir membuka
fail audio ayat-ayat suci Al-Quran. Peluh memercik di dahi. Ya Allah! Siapakah menganggu aku ini? Aku
perlu meminta bantuan seorang untuk merungkai masalah ini.