Malamnya
Azmir menonton filem Sumpah Orang Minyak lakonan dan arahan P Ramlee di laman
perkongsian video You Tube. Azmir cuba menghayati watak sebagai Si Bongkok.
Malah cuba meniru intonasi P Ramlee dalam memainkan watak Si Bongkok.
“Hamba
insan yang dihina. Buruk rupa, bongkok pula. Kenapa manusia di dunia ini sering
mengejek hamba? Adakah hamba tidak layak dilahirkan dan hidup di muka bumi
ini?” Azmir mengajuk dialog P Ramlee. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk ;
“Masuklah,”
laung Azmir. Azmir sudah mengagak siapa yang akan datang ke biliknya
malam-malam begini. Pintu yang sememangnya tidak dikunci dibuka. Kelihatan
Amran kawan baik yang tinggal di sebelah biliknya di muka pintu.
“Nak
pa Amran?” Azmir menoleh ke arah Amran yang masih berdiri di muka pintu.
“Sudah
pukul 10 ni. Selalu kau pukul 9 dah ajak aku keluar makan. Sibuk ker?” Azmir melihat
jam tangannya.
“Allah…
aku sibuk sikit.”
“Almaklumlah
dapat watak hero ye tak? Dapat pula heroin pujaan semua budak kolej ni,” perli Amran
“Ada
jelah kau Amran. Kalah wartawan Melodi. Masuklah. Tak elok tau duduk depan muka
pintu. Nanti tak laku.”
“Amboi,
aku kenakan dia… dia kenakan aku balik. Kau buat apa ni?” Amran menutup pintu
bilik dan duduk di katil bujang Azmir.
“Aku
tengah ambil feel ni. Tengah hendak menghayati watak, Lagipun teater tu lagi 3
minggu lagi. Malam sahaja aku boleh berlatih Amran,” pandangan Azmir terarah semula
ke skrin komputernya.
“Tu
dia buat research. Memang layak kau dapat watak ini Azmir. Mana skripnya?”
“Tu!
Yang kau duduk tu apa? Besok nanti tumbuhlah bisul,” Azmir menunjukkan tangan
kanannya ke arah skrip yang telah Amran dudukkan tanpa sedar.
“Lah…
patutlah semacam sahaja aku rasa.” Amir bangun dan mengambil skrip teater. Dia
membelek dan membaca sepintas lalu.
“Perghhh…
ayat. Kita makhluk Allah dari jisim yang berbeza dan dipisahkan oleh hijab.
Andai Sang Puteri menyeru maka bertongkatpun hamba datang. Kita dari dunia
berbeza… tidak akan dapat bersama. Ini mesti cair budak Tasya ni,”
“Banyaklah
kau punya cair. Kau ingat si Tasya tu Puteri Bunian. Kalau dia itu betul Puteri
Bunian tidak apalah,”
“Kau
tengoklah nanti Mir. Mesti sangkut cinta lokasi nanti ni. Aku dengar Tasya
Ismail masih solo lagi. Tapi aku takut lain pula jadi. Si Mar adik-adik tu pula
gilakan kau. Hahaha,”
“Mulut
kau nikan… memang tiada insurans tahu tak. Nasib baik aku dah tahu perangai
kau. Kalau tidak sudah lama penampar buaya.”
“Amboi.
Ala gurau jelah. Itupun nak touching ker?”
“Bukan
touching. Nasihat. Mir, kau rasa aku boleh ker jadi hero ni?” tanya Azmir
inginkan kepastian.
“Kau
boleh buat Azmir. Aku yakin kau boleh buat. Masa semester lepas kau jadi
pelakon pembantu sebagai pemuda bisupun sangat menjadi Mir. Percayalah, jika
digilap… aku yakin kau boleh pergi jauh,” Amir memberikan kata-kata perangsang.
Azmir mengangguk.
“Terimakasih
sahabat. Insya Allah aku cuba buat yang terbaik,”
“Sudah.
Jom makan. Aku lapar ni,” Azmir mengangguk dan menutup komputer ribanya.