Bab 2
Hari
ini sudah malam ke tujuh latihan diadakan. Latihan diadakan di pentas kecil
bangunan pentadbiran kolej. Latihan di dewan teater yang sebenarnya hanya boleh
dijalankan seminggu sebelum hari pertandingan. Maka pentas yang kecil ini
digunakan semaksimum mungkin. Kali ini latihan penuh babak demi babak dalam di
dalam teater Si Bongkok dan Sang Puteri.
“Ok.
Sekarang kita mula babak Si Bongkok menyanyi untuk Sang Puteri. Ok mula-mula,”
Raffek lagaknya seperti pengarah teater professional memberi tunjuk ajar kepada
Azmir dan juga Tasya Ismail. Setelah semuanya sudah diterangkan.
“Ok.
Kita start shot sekarang. Teknikal ready? Audio ready? Hero and Heroin ready?
Ok. 3,2,1… play song,” bergemalah lagu klasik Puteri Bunian. Azmir merapati
Tasya Ismail yang sedang duduk bersimpuh di tepi kolam.
Ahhhh..ahhh…aaaaaaaaAAAAAAAaaaaaa
Indah nian istana bunian
Puteri Bunian manis menawan
Azmir yang sudah duduk
bersimpuh bersebelahan Tasya Ismail memandang wajah gadis manis berlesung pipit yang tunduk
memandang ke depan kononnya ada tasik buatan. Tasya! Kamu tanpa solekan memang
cantik sekali. Ditambah lagi dengan mimik wajah malu-malu begini… seperti gadis
kampung yang menjadi pingitan anak-anak muda… kalaulah
“Cut!” teriak Raffek
Suleman. Azmir tersentak dari lamunan.
“Kau ni kenapa tenung lama
Tasya Ismail tu? Ada jerawat batu ker? Lagu dah running… kau pandang dia macam
nak makan tu kenapa?” Azmir tersenyum sumbing dan memandang Raffek Suleman.
Tasya Ismail turut tersenyum melihat teletah Azmir… begitu juga dengan yang
lain yang ada ketika ini.
“Minta maaflah Raffek. Aku
pandang muka Tasya Ismail ni… ingat emak aku masa muda-muda dulu,” Azmir memberi
alasan.
“Banyaklah emak kau… tahulah
heroin tu lawa. Jangan hendak bercinta lokasi pula. Aku juga yang susah nanti,”
balas Raffek Suleman tanpa berselindung. Raffek Suleman memang agak bertegas di
dalam memberikan arahan atau menegur.
“Lawa ke heroin tu? Macam
budak kampung jer,” tiba-tiba Eira Shafiza memunculkan dirinya. Tasya Ismail
bangun diikuti oleh Azmir. Eira Shafiza dengan berpakaian dress merah,
berkacamata hitam dengan beg tangan Gucci tiruan dikepit seperti mak datin.
“Apa yang kau nak?” tanya
Tasya Ismail.
“Saja. Nak tengok lakonan
kamu semua. Hendak tengok kamu boleh tak hidup tanpa aku.” Kali ini Eira
Shafiza mengeluarkan kipas tangan dari begnya pula.
“Kenapa pakai cermin mata
gelap tengah-tengah malam buta ni? Sakit Mata ker?” tanya Zainal, salah seorang
pelakon pembantu bagi teater tersebut.
“Hello. I kan artis. Kenalah
jaga penampilan,”
“Artis ke retis? You tiada
dalam grup teater ni jadi jangan hendak menyibuk. Sila keluar dari foyer ini
sekarang,” pinta Ida.
“Hello. You siapa hendak
halau I? Penolong pengarah sahajakan. I tengok lakonan Tasya Ismail kelas
bawahan. Langsung tiada seni. I sudah kata Raffek, pilih I. You taknak. Memang
tak menang apa-apa kolej kita sem ni,”
“Eira Shafiza. Sebelum saya
bagi penampar dekat awak. Baik awak pergi dari sini. Pergi!” Raffek Suleman
meninggikan suaranya.
“Baik. I pergi. Sudahlah
Raffek Suleman. Baru jadi pengarah teater cabuk hendak berlagak dengan I,” Eira
Shafiza berlalu pergi meninggalkan foyer. Azmir memandang wajah Tasya Ismail.
Airmatanya bergenang.
“Raffek. Aku hendak ambil
angin sekejap,” pinta Tasya Ismail. Mungkin mahu menenangkan diri akibat kecil
hati dengan kata-kata Eira Shafiza itu tadi. Raffek mengangguk membenarkannya.
Kesian Tasya. Hatinya sudah terluka. Bisik hati kecil Azmir. Hampir 10 minit
Tasya keluar tanpa kembali semula ke produksi. Ini menimbulkan kegelisahan
kepada tenaga produksi.
“Kemana perginya Tasya ni.
Dia merajuk sungguh ker?” tanya Raffek Suleman.
“Merajuk ke dia?” tanya
penolongnya pula. Azmir yang kalut membaca skrip tadinya menutup skripnya.
“Ida. Tolong panggilkan
Tasya. Saya kalau boleh hendak habis sampai scene 20 hari ini,” Ida bangun dari
duduknya.
“Takpelah. Biarlah saya yang
panggilkan dia,” tawar Azmir. Entah kenapa naluri hatinya ingin memujuk Tasya.
Azmir bangun dan meminjam gitar milik pemain muzik teater. Selamba sahaja dia
berlalu pergi mencari Tasya tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang.
Mungkin ada di taman ikan depan pintu masuk kot kerana Azmir tahu Tasya
satu-satunya penghuni kolej yang membeli dan memberi makanan kepada ikan. Dari
jauh Azmir sudah nampak kelibat Tasya Ismail duduk di bangku kolam ikan. Azmir
tersenyum kerana agakannya betul. Sampai sahaja berdekatan dengan Tasya, Raffek
member salam. Tasya yang terkejut disapa oleh Azmir mengelap air mata dengan
jarinya.
“Kenapakah gerangan sang
puteri bermuram durja?”
“Kamu ni Azmir… saja hendak
mengusik saya yer? Tak payahlah hendak puteri-puteri bagai. Kenapa datang ke
sini?” Azmir duduk di sebelah Tasya tetapi agak jauh sedikit. Supaya tidak
menimbulkan fitnah.
“Adinda terasa hati dengan
perbuatan Eira Shafiza tu yer?” terletus ketawa Tasya Ismail.
“Hahaha. Kamu ini ada-ada
sahajalah Mir. Ini bawa gitar kenapa?” Tasya tertanya-tanya kenapa Azmir turut
membawa gitar bersamanya.
“Nak pujuk si puteri?”
“Ingat ni zaman P Ramlee
ker?”
“Boleh saya nyanyikan satu
lagu?”
“Takpe ke malam-malam buta
ni?” Azmir melihat jam.
“Baru pukul 11 setengah.”
“Ok. Nak nyanyi lagu apa?”
Azmir mula memetik gitar.
“Indah nian istana bunian
Puteri Bunian manis menawan”
“ Cukup-cukup!”
“Lah kenapa pula? Tak sedap ke suara?”
“Suara awak tu sedap. Tapi masalah tengah malam kot nyanyi
lagu tu. Nanti dengar dek Puteri Bunian yang betul. Tak ke haru nanti,”
“Aik! Takut ker?”
“Awak lupa ke malam ni malam Jumaat Kliwon,”
“Malam Jumaat Kliwon? Apa tu?”
“Malam jumaat kliwon ini sering kali dikaitkan
sebagai malam yangangker iaitu malam yang keras dan menyeramkan. Ini
kerana dipercayai pada malam itu pelbagai jenis syaitan bergentayangan atau
berterbangan.Selain itu juga dikatakan pada malam ini,para pengamal ilmu hitam
atau ilmu yang salah akan menamatkan pengajian dan secara tidak langsung
menguji ilmu mereka,” terang Tasya panjang lebar.
“Habis tu yang awak dok sorang-sorang depan kola
mini kenapa? Tak takut ker? Ooo yang saya tahu malam jumaat suami isteri jer,”
Tasya mencubit lengan Azmir.
“Gatalnya awak ni,”
“Hahaha. Masih terasa hati lagi?”
“Saya tidak terasa hati lagi. Awak, saya ini
memang tidak layak jadi heroin yer?”
“Pedulikan jelah kata si Eira tu. Siapa yang
pilih awak? Raffek dan Idakan. Kenapa mereka dua pilih awak? Mestilah sebab
awak layak. Saya sudah berlatih selama seminggu dengan awak. Saya nampak awak
berkeyakinan dan bersungguh memberikan yang terbaik. Percayalah. Awak adalah
terbaik,” jawab Azmir berterus terang.
“Betul ker?”
“Betullah. Dahlah… mari kita kembali ke foyer.
Mereka semua tentu menunggu kita. Tasya mengangguk dan mereka berdua bangun
untuk beredar ke foyer. Tanpa mereka dua sedar, angin sepoi-sepoi bahasa mengerakkan pokok-pokok di sekitar kolam ikan.