Home Novelet Thriller/Aksi Untukmu Sang Puteri
Bab 1 dan sinopsis

sinopsis
 
Kisah Azmir dan Sang puteri. Segalanya bermula dengan projek teater Si Bongkok dan Sang Puteri.

Bab 1

Raffek Suleman memandang setiap ahli kumpulan teater Kolej Kelapan Universiti Sains Dan Teknologi Malaysia yang duduk satu barisan di hadapan. Mereka sedang menunggu pengumuman Raffek sebagai Pengarah teater untuk mengumumkan barisan pelakon bagi pertandingan Teater antara kolej peringkat Universiti.

“Assalaimualaikum, setelah menimbangkan sedalam-dalamnya dan berbincang dengan penolong pengarah. Kami memilih Tasya sebagai Heroin,”

“What! Tasya,” sampuk Eira Shafiza yang satu satunya pelakon pembantu yang duduk di atas bangku di dalam bilik tersebut. Semua barisan pelakon menoleh ke belakang.

“Ada masalah ke Eira Shafiza?” tanya Raffek Suleman kurang senang dengan tindakan Eira Shafiza yang mencelah percakapannya.

“Of course ada masalah. Bukan I ke yang sepatutnya dapat watak tu? Hello… I kan tahun lepas menang pelakon harapan. So, patutnya tahun ni i kan patut dapat heroin. Why Tasya Ismail? Namapun kampung. Pliz,” kata Eira Shafiza selamba mengenakan Tasya Ismail.

“Sebab kami rasa dia sesuai bawa Puteri Bunian. Watak kali ini bermain dengan emosi. Anda kami pilih watak lain Eira Shafiza,” jawab Raffek Suleman.

“Watak apa untuk i?”

“Watak Nenek Kebayan,” sampuk Ida penolong pengarah selamba.

“What!” terhambur ketawa ahli kumpulan grup teater yang lain.

“Stop it! Are you kidding me Raffek? Nenek kebayan? You ingat I orang tua ker? Hello… I pernah jadi pelakon tambahan KL gangsterlah sangat hokey,”

“Setakat jadi jadi pak pacak tiada skrip peneman ketua gangster berlakon apanya,” sampuk Tasya Ismail yang geram apabila namanya dipermainkan.

“You!” Eira Shafiza bangun dari duduknya diikuti oleh Tasya Ismail.

“Sudahlah. Kenapa nak gaduh-gaduh ni?” Qayyum bangun menenangkan keduanya.

“Raffek, I tetap tak mahu watak Nenek Kebayan. Please Raffek,” Eira Shafiza cuba memujuk Raffek Suleman.

“Tidak boleh Eira. Ini bukan keputusan Raffek seorang, ini keputusan tenaga produksi. Sorry,” Raffek Sulaiman tetap tegas dengan keputusannya.

“Ok fine! I nak tarik diri dari grup ni. I nak tengok macamana you all boleh hidup tanpa I,” Eira Shafiza mengambil beg tangan Gucci tiruannya dan terus berlalu pergi keluar dari bilik.

“Akhirnya si diva sudah berlalu pergi. Aman grup teater kita,” sampuk Shimah.

“Makpun tak suka sangat dengan si Eira tu? Mengedik je lebih. hendak mekap brand yang mahal-mahal. Taknak kongsi brush dengan orang lainlah. Nak ala-ala Siti Nurhaliza. Menyampah mak,” sampuk Kamaruddin seorang adik-adik merangkap jurumekap utama grup teater.

“Hahaha. Sabarlah Mar, dah gitu Peel dia. Layankan ajalah. Baiklah… kita kembali semula dengan tujuan utama kamu semua dipanggil ke sini. Seperti yang saya nyatakan tadi, watak heroin akan dipegang oleh Tasya Ismail. Bagi watak hero, kami telah bersetuju untuk memilih Azmir,” Azmir yang dari tadi hanya mendiamkan diri terkejut dengan pengumuman Raffek.

“Saya?” tanya Azmir tidak percaya.

“Ya, kamu Azmir Ayub,”

“Kenapa saya? Besar tanggungjawab tu Raffek… aku tak mampu,” Azmir merendah diri.

“Punggah! Yang seorang nak sangat watak… yang seorang lagi nak tolak pulak?” Azman tenaga teknikal mengelengkan kepala.

“Kamu seorang yang tepat untuk watak ni Azmir. Masa audisi hari tu kamu dapat berikan mimik muka, emosi yang kami mahukan. Percayalah,”

“Ala, terima jelah Mir. Aku tahu kau layak,” sokong Ida pula. Ahli kumpulan lain turut menyokong dan member semangat kepada Azmir.

“Baiklah. Aku setuju. Harap kamu semua beri tunjuk ajar,” akhirnya Azmir akur dengan kehendak kawan-kawannya.

“Baiklah bagi watak yang lain,” Raffek terus membacakan peranan yang akan dimainkan oleh para pelakon yang lain. Azmir tidak fokus kepada apa yang dituturkan oleh Raffek. Fikirannya kini memikirkan bagaimana untuk menjayakan watak sebagai si bongkok… pemuja sang puteri.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.