Home Novelet Thriller/Aksi Untukmu Sang Puteri
Bab 6 ; Perbualan pertama

Bab 6

Bahu Azmir digerakkan lagi. Azmir membuka matanya perlahan-lahan. Azmir bangun dan memandang ke pintu bilik. Sesusuk tubuh berjubah putih menembusi pintu biliknya. Terkejut Azmir melihat. Siapa yang menembusi pintu bilikku tadi? Azmir melihat jam di dinding… jarum jam menunjukkan sudah pukul 6.30 pagi. Mungkin tadi puteri bunian mengejutkan Azmir dari tidur untuk bersembahyang Subuh. Azmir beristifar… lalu ke bilik basuh untuk mengambil wuduk. Semasa berdoa Azmir terdengar seorang perempuan mengaminkan doanya. Azmir tidak mempedulikannya dan terus berdoa. Kemudian Azmir membaca membaca Al-Quran juzuk pertama.

{{{{{{{{{{{{{{{{{

Sudah seminggu sejak peristiwa doa Subuh Azmir diaminkan oleh seseorang, tiada lagi gangguan pelik yang menyelubungi hidupnya. Azmir sudah mula kembali mengerjakan suruhan Allah. Solat 5 waktu Azmir tidak lagi tinggal termasuk solat subuh. Azmir tahu sebelum ini dia lalai, sering sahaja ponteng solat. Mungkin Allah mengutuskan makhlukNya yang lain bagi menyedarkan Azmir. MakhlukNya yang tidak nampak pada pandangan mata kasar. Alhamdulillah, aku masih sempat bertaubat Ya Allah.

“Sejak seminggu ini aku nampak kau dah berubah Mie. Selalu juga kau pergi surau waktu Maghrib. Termasuklah Subuh. Dulu aku ketuk bilik kau macam hendak pecahpun, takdenya kau hendak bangun,” kata Amran sebaik sahaja kami selesai solat Subuh di surau.

“Alhamdulillah. Allah mengutuskan aku seorang puteri untuk menyedarkan aku”.

“Puteri?”

“Iya. puteri bunian. Kau tahu kenapa aku tidak bersembahyang di surau ketika Maghrib dan Isyak? Aku dapat rasakan yang aku berjemaah dengan dia. Setiap kali aku berdoa selepas solat.”

“Kau dah jatuh cinta dengan dia ker?”

“Allah… kita dari dunia yang berlainan Amran. Masakan tanah dan api serta angin boleh bersatu?”

“Aku harap begitulah.” Amran menepuk bahuku perlahan.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Malam itu selepas solat Isyak… Azmir mendengar si dia mengamimkan doa yang Azmir.

“Assalaimualaikum,” Azmir ke belakang dan kali ini dia ingin berhubung dengannya. Sepi, tiada balasan daripadanya.

“Saya tahu Cik ada di bilik ini. Jawablah salam saya,” kata Azmir. Masih lagi sepi tiada jawapan.

“Tak jawab salam dosa tau” kata Azmir sekadar ingin melawak. Masih tiada jawapan.

“Takpelah” Azmir mengemas sejadah dan meletakkannya di dalam almari.

“Siapakah nama Cik?” Azmir berusaha lagi. tiba-tiba pintu bilik Azmir diketuk. Azmir bangun dan membuka pintu ;

“Ha Amran, kenapa?”

“Jomlah makan? Laparlah.”

“Jom. Kejap aku tukar seluar.”

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Balik dari makan terus menghadap komputer. Ada sekeping nota bertulisan jawi di atas meja komputer. Azmir membacanya,

“Nama saya Aisyah,” Azmir membaca tulisan jawi yang ditulis di atas kertas tersebut. Masya Allah… sang puteri membalasnya.

“Aisyah… cantik namamu. Seiring dengan agamamu.” secara spontan Azmir melafazkan kata-kata tersebut. Tiba-tiba terdengar suara ketawa dari dalam bilik. Bukan seorang yang ketawa, tetapi berdua;

“Aisyah?” tanya Azmir. Senyap.

“Saya tahu itu Aisyah. Assalaimulaikum,” Azmir memberi salam.

“Waalaikumussalam.” Alhamdulillah.. suara yang begitu ayu dan gemersik menjawab salam Azmir.

“Kamukah Aisyah?”

“Ya saya” lembut sahaja suara menjawabnya.

“Dan kamu?”

“Iya. Saya orang bunian. Bukan hantu dan syaitan. Saya makhluk Allah dan beragama Islam.”

“Subahanallah. Maha suci Allah yang menciptakan sesuatu. Jadi betullah tekaan saya ini kamu ini puteri bunian?”

“Iya. Tapi saya bukan puteri… saya hanyalah orang bunian yang biasa sahaja.”

“Masya Allah. Yang seorang ketawa tadi siapa?” tanya Azmir. Dia perasan ada 2 orang perempuan yang ketawa.

“Itu kawan baik saya. Melur, dialah yang menemani saya kemana sahaja saya pergi hatta ke dunia manusia.”

“Assalaimualikum Melur.” Tiada jawapan.

“Melur tidak mahu bercakap dengan manusia.”

“Kenapa?”

“Itu pantang larang tok nenek kami. Jangan sesekali berinteraksi dengan manusia. Kelak binasa,” jelassang puteri.

“Jadi.. kamu melanggar pantang?”

“Iya.”

“Kenapa?”

“Sifat ingin tahu. Saya ingin tahu akan kehidupan manusia. Dan kebetulan semasa saya bersiar-siar melihat kehidupan manusia. Saya melihat awak sedang memanggil-manggil saya. Saya melihat nyanyian dan lakonan awak. Sungguh merdu suara awak.” Masya Allah.

“Jadi setiap hari awak mengikut saya?”

“Tidak… waktu malam sahaja. Itu hijab yang ditetapkan untuk kami masuk ke dalam dunia manusia.”

“Awak tinggal di sini?”

“Kami tinggal berdekatan sahaja. Dulu rumah Datuk saya di sini. Tapi apabila sudah dibina penempatan manusia. Kami berpindah ke hutan simpan. Kamu, saya perlu pergi dahulu.. Melur mengajak saya pulang” Azmir mengangguk.

“Terima kasih kerana berbual dengan saya. Assalaimualaikum.”

“Waalaikumussalam” beberapa ketika kemudian keadaan mula sunyi dan sepi. Kemudian semerbak haruman kasturi mengharumi bilik Azmir tersenyum.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Sudah 3 hari Aisyah tidak datang menjenguk Azmir. Adakah Aisyah dan Melur ditangkap oleh raja bunian kerana melanggar pantang larang nenek moyang mereka? Malam ketiga selepas solat Isyak Azmir duduk di atas katil… menunggu sang puteri yang tidak kunjung-kunjung tiba. Azmir mengambil gitar kapok dan bermain-main dengan talinya. Tiba-tiba Azmir teringat lagu nak dara rindu… lagu yang pernah dipersembahkan semasa persembahan teater Puteri Bunian dahulu. Azmir mula memainkan melodinya ;

Di Waktu Malam Bulan Mengambang
Sunyi Damai Damai Sekeliling Ku
Terdengar Nan Sayu Bintang Seribu
Membujuk Rayu Kerna Merindu
Lagu Yang Dulu

Di Waktu Malam Bulan Purnama
Angin Laut Meniup Niup Tenang
Mengatakan Sayang Berlagu Merdu
Bermadah Sayu Lemah Mendayu
Nak Dara Rindu

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Sedangkan Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

Sebaik sahaja aku habis menyanyikan lagu tersebut. Angin kuat menerpa mukaku. Azmir berhenti memainkan gitar.

“Aisyahkah itu,” tanya Azmir.

“Assalaimualaikum,” Aisyah memulakan bicara.

“Waalaikumusaalam. Alhamdullilah. Kemanakan Asiyah pergi selama 3 hari ini?”

“Saya sibuk membantu keluarga saya. Kami baru sahaja mendapat pewaris keturunan kami. Kakak saya baru melahirkan anak,”

“Melahirkan anak?”

“Ya. Masyarakat bunian keturunan jin yang ada banyak persamaan dengan manusia. Tapi kami diperbuat daripada cahaya dan air. Kami hanya makan asap... seperti bau setanggi atau kemenyan. Kami berumur panjang daripada manusia. Beratus-ratus tahun. Kami dinamakan bunian oleh masyarakat manusia mungkin disebabkan kami ini Islam. Maksud saya antara jin yang memasuki islam,” jelas sang puteri. Hanya suara sahaja yang kedengaran tanpa nampak wajahnya.

“Alhamdulillah. Saya ingin apa-apa yang berlaku dengan sang puteri. Begitu rupanya kehidupan masyarakat bunian. Melur ada?”

“Kenapa panggil saya sang puteri? Melur ada. Melur tidakmahu bercakap. Dia takut langgar pantang larang.”

“Awaklah puteri bunian saya.”

“Awak suka dengan saya?”

“Saya suka berkawan dengan awak. Awak banyak menyedarkan saya,” jawab Azmir berterus-terang. Benar sejak Azmir “berkawan” dengan sang puteri, hidupnya benar-benar berubah.

“Awak perlu tahu. Ada hijab di antara kita. Saya boleh nampak awak, tetapi awak tidak boleh nampak saya. Dunia kita juga berbeza… awak di dunia nyata. Saya di dunia sebelah saya.”

“Bagaimanakah caranya saya dapat melihat awak?”

“Hanya Allah sahaja yang dapat memperkenankan doa hambanya yang tulus dan ikhlas. Awak, saya balik dahulu.”

“Selamat tinggal puteriku” Senyap. Azmir mengambil air sembahyang semula untuk membuat solat hajat. Ya Allah Ya tuhanku…. Kau berikan aku penglihatan untuk melihat Aisyah. Adakah ini dinamakan rindu?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.