Home Novelet Thriller/Aksi Untukmu Sang Puteri
Bab 8 ; Jin zaman Rasulullah

Bab 8

Hari minggu, Azmir tiada latihan pagi itu. Latihan hanya diadakan pada sebelah malamnya nanti. Azmir menghabiskan masa membaca buku pemberian Amran. Buku Misteri Dunia itu telah lama dipinjam tetapi tidak sempat dibaca olehnya kerana kesibukan belajar dan berlatih teater. Jika ada masapun Azmir lebih suka beribadat. Dia memohon agar dapat dibuka hijab antara dia dan juga Aisyah. Dia ingin benar meihat bagaimana rupa makhluk bunian.

“ Ada manusia yang pernah berjumpa dengan makhluk bunian. Malah ada yang berkahwin. Tetapi kebenarannya masih boleh diragui. Ada pemuda yang hilang secara tiba-tiba tetapi apabila balik membawa isteri dan anak,” Manusia boleh berkawin dengan bunian ker? Azmir membuka laptopnya dan mencari maklumat bunian dari pandangan Islam. Akhirnya dia tertarik pada satu artikel yang dikeluarkan oleh Darul Syiffa.

Hadis Nabi s.a.w menyebut bahawa ada makhluk halus ini yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia. Golongan bunian ini disebut Rasulullah sebagai 'aamir atau ummar' yang tinggal berhampiran dengan manusia. Dalam suatu kisah yang diriwayatkan, kejadian berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah tiba-tiba hilang daripada masyarakat. Lalu keluarganya bertemu dengan Nabi s.a.w menceritakan kehilangan Khurafah. Tidak berapa lama kemudian Khurafah muncul semula dan menceritakan pengalamannya. Dia telah membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedar diri dan apabila sedar dia berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.Ringkasnya dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu. Mereka menuntut supaya dia dibunuh balas. Dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai sistem keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguambela dan sebagainya. Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, "Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh satu anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukan berniat membunuh orang kita, tetapi membunuh musuh di alamnya. Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya. Apabila dikisahkan hal ini kepada Nabi s.a.w, maka ramai sahabat mempertikaikannya. Maka Nabi s.a.w menyebut (maksudnya), "Dengarlah cerita Khurafah, ianya ganjil tapi betul," rupanya pada zaman Nabi lagi kisah jin sudah ada.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.