Bab 3
Ahhhh..ahhh…aaaaaaaaAAAAAAAaaaaaa
Indah nian istana bunian puteri bunian manis
menawan
Indah nian istana bunian puteri bunian manis
menawan
Berat rasa nak ku tinggalkan lah sayang kerna
hati dah tertawan
Bagai bulan jatuh di tangan wahai puteri sri
bunian
Bagai bulan jatuh di tangan wahai puteri sri
bunian
Azmir menyanyi dengan penuh syahdu dan juga penghayatan.
Itulah babak terakhir di dalam teater yang dijayakannya. Babak akhir yang penuh sedih
dimana sang pemuda berpisah dengan puteri bunian. Hubungan mereka tidak
direstui oleh sang raja. Cinta dua dunia yang berlainan tidak direstui. Azmir
mengalirkan mata bagi menunjukkan sang hero dalam mood kesedihan. Sang Puteri iaitu Tasya dengan wajah bermuram durja
terbang kembali ke tempat asalnya. Azmir terduduk dan hanya memandang sang
puterinya yang semakin menjauh.
“Selamat tinggal puteriku sayang. Insya Allah jika ada
rezeki, kita berjumpa lagi di dunia yang satu lagi. Assalaimualaikum,”
monolognya. Azmir bangun semula dan berlalu pergi mahu meninggalkan pentas.
Sebelum Azmir menghilangkan diri, dia menoleh semula seketika ke belakang.
Penonton senyap melihat babak tersebut. Mungkin mereka rasa apa yang Azmir cuba
sampaikan. Azmir berlalu menghilang dengan wajah yang hiba. Tirai ditutup…
tiada tepukan… senyap… sunyi sepi… suasana hiba menyelubungi dewan. Nampaknya
mainan emosi yang Azmir lakonkan tadi menjadi.
Para pelakon yang menjayakan pementasan Si Bongkok dan Sang
Puteri kemabli berkumpul semula di atas pentas untuk mengucapkan terimakasih
kepada penonton yang menonton persembahan kami. Tirai dibuka.. penonton masih
lagi senyap sunyi… ada yang menangis. Ada yang mengesat airmata menonton babak
terakhir itu tadi. Tidak disangka sang puteri akan berpisah dengan kekasih hati
manusianya. Azmir dan kesemua kru produksi menunduk sebagai ucapan terima
kasih. Ramai penonton bangun dan bertepuk tangan memberi “Standing Ovation”.
Ternyata persembahan grup teater Azmir telah berjaya menyentuh perasaan audien.
Tirai ditutup semula… Azmir bersalam-salaman dengan semua pelakon dan krew
produksi setelah turun ke bawah pentas. Penat lelah mereka berlatih selama 3 minggu akhirnya hilang
begitu sahaja melihat reaksi penonton.
“Tahniah bro. Lakonan kau mantap,” Raffek Suleman selaku
pengarah memeluk Azmir tanda dia puashati dengan mutu lakonan Azmir.
“Hasil tunjuk ajar kamu juga Raffek. Apa yang kamu
arahkan termasuk lakon layar memang menjadi Raffek,” Azmir merendah diri.
“Kau mesti menang pelakon terbaiklah,” kata Ida yang
bertindak sebagai penolong pengarah.
“Hahahahahahahahahahaha. Insya Allah kalau ada rezeki, ”
kembang juga Azmir bila dipuji.
“Nangis mak Mir” kata Mar ( atau nama sebenarnya
Kamaruddin ) seorang adik-adik yang bertindak sebagai jurumekap utama. Kolej
kediaman. Setelah sesi bersalam-salam dan mengucapkan tahniah, Azmir meminta
diri ke bilik persalinan. Dia merasa rimas dan panas pula memakai persalinan
ala-ala panglima Hang Tuah yang sekali imbas kelihatan prop dipakai M Nasir di
dalam adegan pertarungan pada permulaan babak filem Puteri Gunung Ledang,
Bilik persalinan lengang… hanya Azmir sahaja yang ada di
dalam bilik persalinan. Pelakon-pelakon lain mungkin tidak mahu menukar baju
kerana melihat persembahan teater kumpulan terakhir yang merupakan juara pada
tahun lepas. Azmir tidak mahu melihatnya. Azmir
duduk di meja solek… mengambil
tisu untuk membuang bedak asas dan gincu yang dikenakan oleh Mar tadi. Sedang
asyik Azmir membuang bedak asas yang meliputi pipinya… Azmir melihat satu lintasan cahaya berwarna putih yang
pantas melintasi di belakangnya melalui cermin meja solek. Azmir pantas menoleh
ke belakang.untuk melihat kelibat apakah yang
melintasi belakangnya tadi. Senyap… sunyi dan sepi. Tiada apa-apa yang
pelik. Azmir mengitari keadaan sekeliling bilik. Hanya kedengaran bunyi pelakon yang melantunkan dialog di atas
pentas yang terletak berhampiran. Mungkin
perasaan aku sahaja kot,
Azmir kembali menghadap
cermin dan kembali membuang alat solek di wajahnya. Tiba-tiba Azmir merasa
seperti kerusi di sebelahnya hujung meja seperti ada orang yang duduk. AZmir menoleh ke arah kerusi
tersebut. Kosong!! Jantungnya semakin laju.
Aik.. tadi aku rasa macam ada
perempuan duduk dekat kerusi tu. Bulu romaku mula naik.. seram sejuk dirasakan di tengkuknya. Azmir bergegas masuk
ke dalam bilik persalinan untuk menukar baju. Masuk sahaja di dalam bilik tersebut
;
“Ahhhh..ahhh…aaaaaaaaAAAAAAAaaaaaa
Indah nian istana bunian puteri bunian manis
menawan
Indah nian istana bunian puteri bunian manis
menawan
Berat rasa nak ku tinggalkan lah sayang kerna
hati dah tertawan
Bagai bulan jatuh di tangan wahai puteri sri
bunian
Bagai bulan jatuh di tangan wahai puteri sri
bunian” suara gemersik dan merdu seorang perempuan menyanyikan lagu yang Azmir
nyanyikan demi menghayati watak. Ah!
Sudah… siapa pula yang menyanyi tu? Ada orang hendak kenakan aku ker?
“Siapa tu? Tasya ker?” Azmir mengagak Tasya masuk ke dalam bilik untuk
bergurau dengannya. Senyap…. tiada jawapan.
“Tasya. Jangan memain. Kalau you buat lawak atau sahaja
hendak mengusik I. I tiada mood” Azmir memberi amaran. Senyap! Azmir memakai
semula baju pahlawannya dan membuka pintu bilik persalinan. Azmir melihat di
sekeliling bilik.. tiada orang.. sunyi.. sepi. Azmir keluar dari bilik
persalinan.
“Tasya. Arif. Kau berdua jangan hendak buat lawak dengan
aku ye. Aku serius ni,” Azmir kurang senang jika kawan-kawannya sengaja
mengusiknya pada waktu-waktu begini. Sejak hari pertama lagi Arif dan Tasya
pelakon pembantu teater sering bergurau dan mengusiknya. Malah sejak
akhir-akhir ini Tasya semakin rapat dengannya dan selalu bersama berdua. Ini
mendapatkan gossip berlegar sekitar kolej kediaman menyatakan mereka berdua
bercinta tetapi dinafikan oleh Azmir. Mereka berdua sering bersama untuk
menjayakan projek teater ini.
“Tak lawaklah oi!” laung Azmir bengang. Dup!!! Tiba-tiba
pintu bilik persalinan tertutup dengan sendirinya. Apa lagi! Azmir mengambil
langkah seribu keluar daripada bilik tersebut. Sampai sahaja di belakang
pentas, Azmir segera menuju ke arah teman-teman teater yang sedang khusyuk
melihat persembahan Kolej Ketiga. Azmir berdiri sebelah Amran, kawan baiknya
yang turut membantu sama di dalam produksi sebagai jurugegas. Amran yang sedar
Azmir ada bersebelahan dengannya menoleh dan memandang Azmir;
“Kau ni apahal?” Azmir mengelap peluh di dahi.
“Apahal?” tanya Azmir tidak mengerti pertanyaan Amran.
“Yelah… tadi kata nak tukar baju. Ini apasal masih pakai baju
prop ni?” tanyanya.
“Tak jadi.”
“Boleh pulak. Tadi kata baju ni panaslah… tak koollah.
Macam Hang Tuahlah.”
“Aku hendak tengok persembahan teater ni. Aku dengar macam best jer. Best
ker?” Azmir cuba mengubah topik.
“Bestlah… tapi kita punya lagi best. Ending sedih.. tak
pernah dibuat orang ending sedih sampai penonton terdiam sebaik sahaja tamat persembahan.”
“Iya” kemudian Azmir memusatkan pandangannya untuk
melihat persembahan teater Kolej Ketiga di atas pentas. Persembahan mereka
penuh bersemangat. Siap bersilat di atas pentas lagi. Tapi fikiran Azmir
menerawang memikirkan kejadian tadi. Siapa perempuan yang menyanyi di bilik persalinan
tadi? Bilik persalinan itu berhantu ker?