Home Novelet Thriller/Aksi Untukmu Sang Puteri
Bab 7 ; Azmir bercakap dengan siapa?

Bab 7


Sudah 2 malam Azmir berlatih teater untuk mewakili universiti ke peringkat kebangsaan. Tajuk kali ini “Derhakah Jebat.” Azmir terpilih memainkan watak Hang Tuah, atau lebih tepat lagi peranan pembantu. Peranan hero dimainkan oleh pelajar tahun akhir Kolej Kelapan, Adam Thaher. Raffek Suleman yang sepatutnya menjadi pengarah telah menarik diri kerana tidak berpuashati dengan kemenangan Kolej Ketiga sebagai juara. Walaupun begitu, Ida dan Mar terpilih menganggotai kumpulan teater kali ini. Ida sebagai penolong pengarah manakala Mar sebagai jurumekap pelakon.

“Abang Tuah! Salahkah hamba menuntut bela atas kematianmu? Salahkah hamba menuntut keadilan bagi menegakkan kebenaran? Raja adil raja diturut, raja zalim raja dihukum!”

“Cut! Ok good. Kita rehat 15 minit untuk babak seterusnya,” arah pengarah Syukri dari Kolej Ketiga. Azmir beredar dan sengaja duduk di tempat duduk penonton. Dia ingin membaca skrip dan menghayati watak. Selepas ini watak pertarungan pula, sudah 3 hari sang puteri tidak menjenguknya. Kali terakhir semasa perbualan dahulu. Tiba-tiba angin menerpa wajahnya. Azmir yang sedang khusyuk membaca skrip tersentak.

“Siapa?” tanyanya.

“Assalaimualaikum,” sapa satu suara halus di cuping telinga Azmir. Azmir menoleh ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa yang berada di tempat duduk penonton. Hanya dirinya seorang yang ada ketika itu. Adakah sang puteri datang?

“Waalaikumussalam. Sang puteri ke tu?” tanya Azmir perlahan.

“Ya saya,”

“Lama tidak menjenguk saya?”

“Saya tidak boleh selalu keluar. Kelak ayahanda saya akan marah jika dapat tahu saya ke sini,” jelas sang puteri.

“Owh. Begitu. Awak sihat?”

“Saya bukan manusia yang jatuh sakit.,”

“Maafkan saya,”

“Tidak perlu minta maaf. Awak belum mengetahui sepenuhnya tentang kaum kami. Kalau awak hendak tahu. Di dunia sebelah sini, bukan hanya ada kaum bunian sahaja yang islam. Ada juga kaum dan bangsa yang lain yang islam,” jelas Aisyah.

“Maksud Aisyah?”

“Itu kamu akan tahu kemudian… ataupun mungkin Allah bukakan pintu hati kamu untuk mengetahui rahsiaNya. Saya tidak boleh beritahu kamu kerana ini adalah rahsia. Ayah tua marah jika ada diantara kaum kami memberitahu rahsia dunia sebelah sana,”

“Ayah tua?”

“Ketua bagi kaum kami. Paling alim antara kami dan juga paling tua. Umurnya hampir 3 abad jika mengikut umur manusia,”

“Masya Allah. Lamanya,”

“Jin diciptakan oleh tuhan dengan umur yang panjang,”

((((((((((((((((((((((((((

Di atas pentas, Ana Syaliza yang merupakan heroin bagi grup teater ini perasan dengan tingkah laku Azmir seolah-olah bercakap bersendirian di bawah tempat duduk penonton.

“Amy, kau tengoklah Azmir tu,” Ana Syaliza mencuit bahu kawannya yang duduk di sebelah sedang leka membaaca skrip. Amy memandang Azmir yang duduk di bawah pentas dan kelihatannya Azmir sedang berbual-bual dengan seseorang yang tidak kelihatan.

“A ahla. Dia bercakap dengan siapa? Senget ker?” tanya Amy.

“Senget? Gila? Tapi aku tengok dia biasa je berbual dengan kita? Menghayati watak kot?”

“Menghayati watak sampai begitu sekali? Patutlah menang pelakon terbaik. Hensem lagi… aduh kalaulah aku,”

“Sudah! Jangan mengada. Balak kau si Salleh tu nak letak mana?”

“Ala. Aku bergurau jelah. Pedulikan dia. Skrip pun tak hafal lagi. Lagi 2 minggu jekan pertandingan tu,” Ana Syaliza mengangguk. Tapi pandangannya terarah ke Azmir. Azmir masih lagi kelihatan seperti berbual-bual. Senget ke hero hensem aku ni?

((((((((((((((((((((((((((((((((((

“Jadi semasa kegemilangan Melaka, arwah datuk awak masih ada lagilah waktu tu?” tanya Azmir.

“Ya. Masih ada. Malah dia selalu ceritakan pasal Tuah,”

“Betul ke Tuah menghilangkan diri?”

“Ya. Tuah merapatkan diri kepada Allah. Dia bertaubat. Hang Tuah melarikan diri ke Palembang. Saya ceritakan sedikit apa yang saya tahu. Laksamana balik ke Duyong lalu duduk termenung di rumah Tun Kola bercakap atas dirinya yang terkena fitnah tak sudah-sudah. Selagi ia ada di kampung ini atau dalam Negeri Melaka tidak menyenangkan hati, biarlah aku pergi ke lain tempat membawa diriku dan nasibku. Jika ada lagi aku dalam tempat ini akhirnya mendapat malu juga kesudahannya dan Tuhan tahu siapa yang bersalah dan yang benar.

Lalu Laksamana memanggil saudara-mara semua, Tun Kola, Tun Kajang, Tun Baru, Tun Tanjung, Tun Matang dan lain-lain saudara lalu berkata, aku akan berlayar ke Palembang di rumah Tengku Alam. Tiada aku balik lagi ke Melaka walau rakyat Melayu menjadi abu atau menderita sekalipun dan menangis air mata yang berdarah. Saudaraku dan anak-anak cucuku tengok sahajalah apa jadinya tak sesudah padah celaka datangnya.

Lalu masing-masing menangis memberi nasihat jangan meninggalkan Melaka ini negeri yang bertuah. Jawab jika aku dan engkau semua kaca disebut orang kaca juga takkan boleh jadi intan baiduri, kata Laksamana Hang Tuah. Jika siapa cari atau mahu berjumpa baik ada Tuanku, menterinya dan rakyat Melaka sekali, bagitau aku pergi bertapa di Gunung Ledang atau ke Pahang. Jangan bilangkan aku berlayar ke Palembang walau Hang Kasturi, Hang Lekir atau Hang Lekiu sekalipun. Jika siapa memberi tahu sebelum aku mati, aku akan sumpah kamu semua.” Hikayat hang tuah versi tun kola, dewan sastera.

“Azmir! Waktu rehat sudah tamat! Mari sambung babak selanjutnya,” Azmir yang khusyuk mendengar cerita Aisyah terkejut. Dia memandang atas pentas dan melihat Ida yang memanggilnya tadi.

“Ok. Aku naik kejap lagi,” setelah Ida berlalu pergi.

“Saya pergi dahulu. Tentu awak banyak ceritakan. Awak ceritalah lagi di lain kali,” senyap. Tiada jawapan. Azmir mengagak tentu Aisyah sudah berlalu pergi. Azmir bangun dan naik ke atas pentas.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.