Bab 5B
Petang itu Azmir balik ke
bilik hampir masuknya waktu Maghrib. Dari tengahari sehingga ke petang Azmir
sibuk menghadiri kuliah dan toturial. Kemudian ada pula sesi bacaan skrip untuk
teater yang akan datang. Azmir telah terpilih untuk mewakili universiti Sampai
sahaja di biliknya Azmir terus baring di katil. Niat di hati hendak berehat,
tetapi oleh kerana letih yang amat sangat… Azmir tertidur.
“Allahu Akbar.. Allahu Akbar” Muazin melaungkan azan yang
jelas kedengaran dari surau kolej kediaman. Azmir yang tersedar sedikit mendengar
laungan azan tetapi dia terus tertidur.
Sebaik sahaja Muazin habis mengalunkan azan, Azmir merasakan ada seseorang
seperti mengoncangkan bahuku. Alahai,
siapa pula yang ganggu aku nak berehat ini.
“Amran. Kau hendak pergi surau pergilah. Aku hendak tidur
sekejap. Penat. Malam ni ada latihan teater Amran. Kaukan tahu aku berteater
untuk universitu pula,” Kata Azmir kepada orang yang mengejutkannya tadi yang
disangkakan Amran. Senyap… mungkin Amran berlalu pergi ke surau untuk
berjemaah. Azmir mengambil bantal peluk dan memeluknya. Baru hendak melayang..
.sekali lagi bahunya digoncang. Amran ni
tak faham bahasa ker? Aku sudahlah penat ni. Kejap! Pintu aku dah kunci? Siapa
pula yang goncang bahu aku ini. Secara automatiknya Azmir bingkas bangun
dan melihat sekeliling. Kosong… sunyi… sepi. Hanya Azmir seorang sahaja di
dalam bilik ini. Ah! Sudah! Azmir
beristifar. Azmir merasakan tangan aku seperti ada sesuatu. Azmir melihat di dalam
genganggam tangannya ada satu kertas yang telah dikeronyokkan.
“Kertas apa pula ni?” Azmir membuka keronyotan tersebut.
Ada tulisan jawi… tapi gaya tulisannya agak pelik sedikit. Azmir membacanya ;
“Salam. Bangunlah wahai manusia… kerjakanlah kewajipanmu
kepada Allah. Seharian kamu berusaha sehingga tertinggal solat Zuhur hingga
Maghrib.” Azmir terkejut! Siapa pula yang
menulis surat ini? Adakah puteri bunian?
“Siapakah kamu yang selalu menganggu aku wahai makhluk
Allah?” Azmir memberanikan diri bertanya. Manalah tahu makhluk tersebut masih
ada di dalam biliknya . Tiada jawapan. Azmir bingkas bangun dan mengambil
tuala. Mungkin Azmir perlu minta
pertolongan daripada Allah untuk merungkai gangguan ini. Kalau selalu diganggu
kelak akan menjejaskan emosi dan pekerjaan sehari-hari aku kelak. Selepas mandi
Azmir bersembahyang Maghrib dan juga menqada solat yang ditinggalkan siang
tadi. Kemudian Azmir membaca surah Yassin dan berdoa supaya Allah melindunginya daripada gangguan
Syaitan. Akhir sekali Azmir bersembahyang Isyak. Selesai sahaja azmir pergi ke
bilik Amran dengan membawa kertas bertulisan jawi itu tadi.
“Ha Mir. Kenapa?” tanyanya sebaik sahaja Azmir masuk ke
dalam bilik.
“Kau baca ni” Azmir memberikan kertas bertulisan jawi itu
kepada Amran. Amran mengambil dan
membacanya.
“Siapa yang tulis? Canti dan kemas tulisan. Macam tulisan
jawi lama-lama,” tanya Amran mengamati tulisan jawi tersebut.
“Itu yang menjadi persoalan,” Azmir menceritakan apa yang
aku alami semasa Maghrib tadi.
“Sah! Bunian, kalau syaitan takkan tulis nota macam ini
yang menuju ke arah kebaikkan. Lagipun aku kenal tulisan ini. Ini tulisan jawi
orang-orang dahulu. Dulu arwah atuk aku mengajar aku tulisan jawi seperti
inilah,” Amran membuat kesimpulan berdasarkan peristiwa yang diceritakan oleh
Azmir.
“Jadi?”
“Kau cuba berinteraksi dengan bunian itu. Katakanlah
jangan ganggu engkau lagi. kau dah faham maksud dia. Dia hendak kau kembali ke
pangkal jalan,” Azmir mengangguk.
“Dia faham ker?”
“Insya Allah.”