Bab 1-22 akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.
Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,
BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.
BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.
bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.
SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21;
AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya,
tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.
Selamat
Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan
terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.
2
Berbicara
tentang Nik Hisyam dan Saiful, ini ternyata bagaikan bicara mengenai langit dan
bumi. Hisyam dan Saiful adalah dua lelaki yang berbeza bukan hanya dari segi
fizikal malah amat berbeza sekali karektor mereka. Hisyam, jejaka yang bakal
menjadi peguam pada masa itu, kurus tinggi orangnya. Walaupun mempunyai
sepasang mata yang sepet tetapi cara pandangannya bisa membunuh sukma. Jelingannya tajam seolah
tidak mahu melepaskan pandangan matanya kepadaku. Dia seolah mengheret
pandangan matanya lama melihatku, lirikan itu seolah menjadikan aku ‘master
piecenya’ dan tidak mahu dilepaskan lagi!
Dia pandai berbicara. Salah satu kerektor yang
aku suka tentang lelaki pujaanku. Sepatah demi ayatnya bagaikan mengalun indah,
bagaikan irama lagu indah di koklea telinga. Semua ayat yang keluar daripada
bibirnya bagaikan ‘madu’ yang memaniskan telingaku. Maklumlah sebagai seorang yang bakal menjadi
peguam, siswa daripada Universiti Malaya, kepetahan dia untuk berkata-kata
bukanlah sesuatu yang memelikkan. Pun begitu, bicaranya hanya menyeluruh kepada
isu politik semasa dan soal ekonomi. Dia tidak menjiwang jika berkata-kata, bahasanya
kedengarannya biasa, tetapi jika dia ‘mengayat’ ketika menulis, seorang pemuisi
pun akan kalah dengan kata-kata puitisnya. Andai mahu aku bandingkan dengan
‘hero’ Hindustan dari segi ‘mengayat’, sah, tentu dia setanding dengan Shahrukh
Khan versi ‘Malaya’! Seorang jejaka ‘Malaya’
yang berjiwa romantikus, memang sangat-sangat menepati salah satu ciri-ciri
yang sebenarnya dicari daripada seorang lelaki budiman.
Andai disemak
dengan senarai semak, jiwa ‘romantis’nya memang padan dengan jiwaku yang kuat
‘menjiwang’! Pun begitu, aku suka akan sikapnya, yang tidak menjiwang ketika
berbicara. Dia tidak pandai memuja apatah lagi memujiku secara melampau!Dia
sangat rasional. Sangat berdiri di dunia nyata! Bak cerita ‘Sang Romeo’, andai
bijak berkata-kata, itu tandanya dia seorang Don Juan, a.k.a gatal atau kaki
perempuan. Mataku yang terpandang akan tubuh kecil di peraduan, mengingatkan aku
kembali kepada realitiku hari ini. Hisyam bukanlah realitiku. Dia hanya
sebahagian daripada memori sejarah lama yang tidak perlu dijarah oleh minda
yang berpijak di bumi nyata! Hisyam adalah kisah silam! Sara dan Pia adalah
realitiku.
Melihat
kepada Pia yang sedang tidur nyenyak, teringat akan momentum yang mengembirakan
kami siang tadi. Reaksinya melelahkan aku. Benar-benar memenatkan. Setelah
penat aku berkejaran di ruang tamu tengah hari tadi, dia aku beri makan sup
ayam yang digemarinya.
Dia mengekek ketawa
sambil mengatakan “Cup, cup, cedap.” Hampir berusia tiga tahun, anehnya dia
masih pelat. Dengan bunyian huruf ‘s’ dan ‘r’ yang masih gagal disebut dengan
betul, dan kepetahannya berbicara, mengkagumkan. Pia suka bercerita tetapi
perkataan pelatnya cukup membuatkan aku tertawa sendiri. Dan gadis kecilku yang
sentiasa memberi aku nafas baru yang membuat momentum hidupku indah takkala
kegusaran melanda jiwa dan hatiku. Dan Pia yang tidak pernah tidak, akan
menjadikan aku tersenyum dan tertawa setiap kali dia menari mendengar irama
daripada radio atau televisyen.
Terbayang
tadi keriuhan dia membersihkan tubuh mulusnya. Dengan nyanyian ‘fonik’ yang dia
sukai. Sistem nyanyian Phonicmerupakan sebutan mengikut bunyian abjad yang
membantu kanak-kanak menyebut sesuatu perkataan dengan mudah. Dengan
mempelajari sistem ini, Pia nampaknya mudah mempelajari dan mengingati
perkataan baru yang aku bacakan kepadanya. Terbayang Pia yang menyanyikan lagu Phonictadi.
Berulang kali
dia menyebut, “A, a, a, a, a.. A for Apple.
B, bek, bek, bek, B for Baby. C, chek, chek, chek, C for Cat…”Dia riang
sungguh menghafal lagu-lagu itu tanpa dipinta. Atau Pia minta aku membukakan u-tubedengan rancangan kartun yang
diminatinya, ‘Pocoyo-Amor De Cachorrito’. Mendengar patah perkataan dan lagu
dalam bahasa asing iaitu Sepanyol menjadikan aku ‘pelik’ tetapi suka hati.
Mendengar Pia terkekek-kekek ketawa dengan lagu-lagunya. Aneh tapi
menghiburkan.
Dan aku masih
ingat lagi apabila Vimmi yang mencadangkan penggunaan sistem ini yang banyak
sekali dipaparkan dalam U-tube. Dan kali pertama mendengarnya pun, sudah
berjaya mengajak puteri cilikku ini mendengarnya sehingga dua belas kali
lamanya. Dia ternyata suka sekali mengajuk lagu-lagu ini yang diiringi
nyanyian, muzik dan tayangan gambar yang hebat. Ternyata memang naturaljika seorang kanak-kanak
menggemari gambar, muzik dan irama yang mengasyikkan! Terima kasih kepada
teknologi!Teknologi membantu para ibu seperti aku yang sentiasa mencari-cari
ruang dan jalan memberi pendidikan yang bijaksana untuk memajukan kemahiran,
dan perkembangan kognitif kanak-kanak seperti Pia.
Pengkaji
perkembangan kanak-kanak seperti Jean Piaget, menjelaskan perkembangan
kognitif dalam kalangan kanak-kanak
sebagai fahaman kanak-kanak tentang perubahan dunia, bergantung dengan
pengamatan dan pengalaman mereka. Piaget membahagikan perkembangan kognitif
kanak-kanak seperti Pia yang berusia hampir tiga tahun kepada tiga tahap iaitu
perkembangan mental, latihan yang berulangan dan pengukuhan tingkahlaku.
Ruang masa
Pia tidur akan memberi aku cukup masa untuk mengimbau selembar kisah lama.
Melihat Pia yang nyenyak tidur, sukar membayangkan Pia lahir di tengah kemelut
kasih sayang kami yang sudah lama mulai surut. Saiful mula menjadikan kasih
sayang kami sebagai take for granted.Mungkin
kepadanya, aku tidak akan ke mana-mana. Perkahwinan akan mengikat kami
selamanya. Adilkah sikapnya?
Perbualan
dengan Vimmi mengingatkan aku dengan Nik Hisyam lagi. Mungkin ini masanya untuk
aku selongkar album lama. Sekadar menganyam memori lama antara aku dan dia.
Segera aku menyelongkar lagi kotak kecil yang aku simpan di bawah katilku
sendiri. Menyelongkar gambar-gambar lama daripada simpananku, bukanlah perkara
yang selalu aku lakukan. Sudah bertahun lamanya, aku tidak lagi melihat
gambar-gambar lama.
Vimmi
ternyata berjaya menjadikan aku seorang ‘pencinta memori lama. Segera aku
mencapai telefon burukku itu, menekan sms kepada Vimmi.
Sister, tiba-tiba aku teringatkan Nick. Tengah menyelongkar album lama.
Dan segera
menekan perkataan ‘hantar’. Aku akan membiarkan masa menentukan segalanya. Dia
tentunya akan membalas balik sms di saat dia kelapangan nanti.
Sebuah album
lama segera kubuka. Album yang berbungkus dengan kertas surat khabar lama di dalamnya, diluar dibalut
dengan plastik, dan di hadapan sekali dibungkus dengan sehelai kain batik lama.
Susah sekali menyimpan album ini daripada
dijumpai oleh Saiful. Jenuh juga menyembunyikan gambar-gambar lama ini daripada
Saiful. Aku tidak mahu, kerana sebuah album lama kami, rumah tangga kami
berantakan kerana cemburu buta Saiful. Gambar Nik Hisyam yang segak berpakaian
baju Melayu kutenung lagi.
Dan segala
memori tentangnya datang perlahan. Ketika itu kami di Masjid Negara, yang
terletak di Jalan Tangling, berdekatan dengan Dataran Merdeka. Kami sama-sama
menghadiri Majlis Maulidul Rasul, anjuran persatuan Belia Wilayah Persekutuan.
Masing-masing mewakili institusi pendidikan masing-masing. Aku mulai ingat
segalanya, dengan putaran momentum yang perlahan, bermula dengan butiran
pertama kata-katanya. Semasa peristiwa indah itu, kami baru sahaja menamatkan
perarakan yang bermula daripada Jalan Parlimen menuju ke Masjid Negara, diikuti
dengan ceramah khas Maulidul Rasul dan berahir dengan hidangan dan minuman
ringan.
Bermula
daripada jelingan matanya yang mengusik jiwa. Daripada sepasang mata, datangnya
cinta! Benarlah perumpamaan orang-orang lama, daripada sepasang mata, turun ke
hati, menikam jantung. Di saat dia merapati kumpulan kami, masa itu seramai lima orang, termasuk dua lelaki, lantas ayat yang dia
ajukan, “Semua ni bukan dari UM kan?
Tak pernah nampak pun.”
Vimmi segera
menjawab, “Bukan. UiTM.”
Dia segera
menyampuk, “Bukan UiTM yang jauh sangat kan.
Kalau dari UiTM Dungun, tentu semua tak datang sinikan?” Kami hanya tersenyum.
Aku segera menjawab, “Tentulah tidak. Kami dari UiTM Shah Alam.”
“Saya
Hisyam.” Segera dia berjabat tangan dengan dua teman lelaki dari kumpulan kami.
Kami yang lain segera mengangguk kepala tanda awal perkenalan. Cara pandangan
matanya, entahlah, aku fikirkan dia memandang kami bertiga, ketiganya wanita
tanpa curiga. Payah membezakan siapa antara kami yang menjadi tarikan matanya.
Dan aku
sendiri, tidaklah memasang telinga sangat akan perbualan mereka pun. Berpegang
kepada cerita orang tua lama, anak dara yanglah nampak sibuk sangat berbual
dengan lelaki, kurang elok nampaknya. Seumpama lepas laku, kalau saja-saja
menyebukkan diri berdepan dengan lelaki. Ada
masanya aku mencuri pandang ke wajahnya, matanya kerap berkedip, umpama aktor
Richard Gere, yang kerap mengejip-ngejibkan matanya ketika leka memandang
sesuatu.
Dia tidak
leka memandangku, cuma sesekali sahaja, aku terperasankan bebola mata kami akan
bertaut berpandangan antara satu sama lain. Tidak perlu kata-kata manis dan
romantis untuk menerangkan pandangan mata yang berkaca itu! Dalam mata itu,
bercerita satu tarikan jiwa antara teruna dan dara! Tidak perlu kata dua untuk
mendefinisikan semuanya itu!
Kulihat dia
senang ketawa bersama-sama lima
teman lelaki kami yang berada dalam kumpulan itu. Baju Melayu biru kundang yang
dia kenakan pada tubuhnya, siap dengan songket hitam, bunga awan larat,
bagaikan kena pula dengan aku, yang mengenakan baju kurung pesak, berlatarkan
kuning cair, dan berbunga kecil biru kundang, bercampur warna merah ciri,
seakan serasi! Gandingan segak dan manis yang bagaikan sepasang ‘kekasih’ yang
berjanji akan bertemu lagi!
Kumpulan itu
bagaikan sibuk benar membincangkan sesuatu. Sesekali aku memasang telinga dan
memerangkap perkataan, ‘projek bersama’, ‘UiTM dan UM’, dan kulihat sidia
kemudiannya mengeluarkan buku nota kecil dan meminta kami semuanya menulis,
nama, telefon dan emel. “Insya_Allah, saya akan hubungi nanti untuk menjayakan
projek kita.” Itu janjinya. Dan aku sendiri kurang pasti projek apakah yang dia
maksudkan. Dan siapakah sebenarnya yang dia mahu hubungi!
Dan hari
berganti waktu. Hari merangkak meninggalkan memori itu sendiri. Selepas 10080
jam meninggalkan aku dan memori indah yang berasak dalam mindaku, rupanya
janjinya hanyalah sebuah angan-anganku! Aku hanya leka menanti Simata Richard
Gere ini menghubungiku! Nyatanya, dia hanya bergurauan. Enteng! Omongan kosong!
Mungkin aku bukanlah orangnya yang dia mahu hubungi! Mungkin kepada Vimmi!
Mungkin Noraidah, temanku yang seorang lagi! Barangkali hanya sebuah mimpi seorang
perempuan yang mengangankan dirinya seorang anak tiri bergelar Bawang Putih
untuk bertemu Putera Impiannya. Hampa. Tiadapun sebaris emel dan sebaris sms
yang aku terima. Dan hari merangkak pergi lagi. Menjelang lagi 10080 jam yang
baru. Dan aku kemudiannya sudah pula melupakan dia! Tapi aku percaya, jika
dimenghubungi Vimmi atau Noraidah, pasti ceritanya pasti akan sampai ke
telingaku juga! Pasti!
Sehari
berlalu, tiada emel daripada dia. Mungkin, waktu bertenang, aku kira, tidak
mahu terburu-buru. Kata orang lama, “Nanti nampak sangat gelojohnya.” Tetapi
selepas dua minggu berlalu, aku sudah berhenti berharap! Persoalannya, benarkah
pandangan mata liriknya kepadaku, mungkin dia memandang Vimmi atau Noraidah!
Andainya emel sudah dihantar kepada Vimmi, aku pasti, Vimmi tidak akan memberi
respond yang sepatutnya, dia kan
sudah ada ‘mambang’. Kalau Noraidah, aku tidak pasti, mungkin dia hanya akan
berdiam diri. Tapi, aku pasti, mataku tidak pernah menipu. Pandangan lirik
matanya yang berkedipan bagaikan Richard Gere itu, bertumpu kepadaku. Walaupun
lirik matanya tidak bercerita sepenuhnya, aku pasti, sesaat pandangan matanya
itu, tidak akan memperdayakan aku yang menyimpan fotografik pandangan itu dalam
simpanan mindaku.
Di saat
akhir-akhir aku melupakan dialah, barulah emelnya baru tiba, mengirimkan sebuah
jemputan bagi mengeratkan persahabatan. Sebuah emel yang bertulis, daripada pengirimnya
[email protected]. Rupanya, NHUM, bermaksud, Nik Hisyam,
Universiti Malaya. Aku teringat kembali lembaran emel pertama yang sengaja aku
cetak. Maklumlah ketika itu, aku memang ‘angau’ benar dengan Hisyam! Aku segera
meneliti lagi selembar cetakan yang sudah berwarna kuning, sekusam ingatan
terhadapnya, yang sudah lama aku lupakan! Sejujurnya, aku terlalu gembira
menerima berita daripada Hisyam pada ketika itu. Apa tidaknya, selama dua
minggu aku berharap dia akan mengirimkan selembar surat elektronik. Letih rasanya ‘menunggu’,
entah pasti atau tidak, pada masa yang sama!
Ayat emelnya yang pertama segera aku baca
lagi.
Assalamualaikum,
saudari Katrina,
Saya pasti saudari tidak menunggu emel saya ini,
apatah lagi saudari pasti terlalu sibuk dengan tugasan seorang pelajar seni!
Saya sebenarnya kagum amat dengan
Leornardo Da Vinci, Raphael, Michelangelo, Sandro Botticeli dam Vincent
van Gogh. Sangat-sangat kagum sebenarnya! paling saya suka dengan lukisan
Monalisa dan Starry Night.Saya pasti
saudari lukisan saudari juga setanding dengan mereka jika saudari hidup pada
zaman mereka. Juga mungkin, nama Katrina menjadi sebutan jika saudari berasal
daripada zaman tersebut!
Ayatnya
memang melelahkan hatiku. Perasaanku. Aku kira bakal peguam itu hanya pandai
berbahasa, tetapi sebenarnya, dia juga pandai menuturkan ‘bahasa’ biarpun hanya
surat elektronik.
‘Seliar-liar’ perempuan mana pun, pasti akan ‘dijinakkan’ dengan ayat
sedemikian rupa! Ayatnya tidak juga berbunyi ‘menjulang tinggi’, terlalu
mengada-ngada, seperti bunyi klise yang selalu diayatkan jejaka ‘sang buaya’.
Bunyi yang seolah, terlalu yakin diri, ego, bahawa sigadis sudah jatuh
terjelepuk dan hati sudah terikat dengan sidia. Dia ternyata pandai benar
mengambil hati dengan mengasakku dengan penkarya seni yang sewajarnya dihafal
benar oleh pelajar seni lukis sepertiku. Dan dia seterusnya menulis jemputan,
mengajak aku melawat pameran seni yang diadakan di universitinya.
Ayat
penutupnya, sering membuatkan aku tersenyum setiap kali membacanya lagi. Dan
lagi. Dan lagi!
Seandainya, saudari sudi mengizinkan saya menghubungi
saudari,
jawablah pantun saya di bawah ini.
Kalau padi, katakan padi, tidaklah saya,
tertampi-tampi.
Kalau sudi, katakan sudi, tidaklah saya
ternanti-nanti.
Tidaklah sangat mengharapkan yang bulan akan jatuh ke
riba, kerana saya menyedari, bulan tidak akan jatuh dari langit, dan riba juga
tidak akan menunggu lama bulan, jatuhnya daripada langit!
Ayatnya
memang mengkhayalkan. Biasnya bagaikan menyengat salur jantung utama. Terpada
dibuai dengan ayat yang begitu ‘seksi’. Aku pasti dia tidak akan dapat
memenangi kes di mahkamah dengan mengumpan ayat yang begitu, tetapi dia pasti
memenangi kes ‘jatuh hati’ seorang perempuan kepada seorang bakal peguam muda!
Sungguh! Aku masih termenung sendiri. Fikiranku menerawang kepada Michelangelo
dan Da Vinci. Aku kurang pasti adakah benar Hisyam benar-benar meminati
tokoh-tokoh seni ini sebenarnya, atau dia hanya ‘mengayat’ untuk mengambil
hatiku. Tapi ternyatalah ketika itu, sebaris ayat emelnya sahaja telah berjaya
mencuit hati seorang siswi bernama Katrina.
Dan sudah
tentu, aku mengizinkan dia menelefonku, walaupun jarang sekali dia menghubungi
aku. Katanya dia tidak mempunyai banyak masa terluang, apatah lagi, dia
sudahpun berada dalam tahun-tahun terakhir sebagai mahasiswa perundangan.
Dan sudah
tentu, aku hadir ke Universiti Malaya, yang dikenali dengan nama glamornya, UM
atas dasar menghormati kawan, atas jemputannya itu. Kononlah kata hati!
Barangkali aku tidak mahu mengakuinya. Yang sebenarnya, kehadiranku disebabkan
aku mahu bertemu lagi empat mata dengannya.
Aku tentu
mengingati UM, bagaikan kata peribahasa lama, tempat jatuh lagi dikenang,
inikan lagi tempat jatuh cinta! Dan semuanya seolah kembali semula dalam
ingatanku, setiap saatnya. Momentum itu. Aku dan Nik Hisyam. Kami bertemu kali
kedua di Universiti Malaya, yang aku pijak
buat kali pertama. Walaupun sudah lama menjaja ke sana,
universiti tertua di Malaysia
ini. Seharusnya aku berterima kasih kepada Hisyam. Jemputannya menjadikan
impian aku untuk ke UM terlaksana juga.
“Mama, mama mana?” Dan tiba-tiba memori itu
terputus. Suara cilik itu membangunkan mimpi indah yang bersulam dukaku. Aku
segera membungkus kembali balutan album lamaku, membungkusnya dengan kemas di
dalam kertas surat
khabar, mengunci beg peti burukku dan menolak kembali ke bawah katil kami. Pia
yang masih seolah ‘mamai’, duduk dengan baik di katil bujangnya.
“Mama…” Dia
menjerit perlahan. Barangkali dia tidak ternampak tubuhku yang sedang bersila
di tepi katil di sebelah kiriku.
“Mama, sini
Pia.” Segera aku bingkas bangun dan memberikan senyuman kepadanya. Dia
menghulurkan kedua tangannya ke udara, meminta agar aku mendukungnya.
“Ala, Pia dah belat la.” Sengaja aku ajuk dia dengan
kata-kata pelatnya. Berat badan Pia biarku bersaiz sederhana sudahpun mencapai
13 kg, yang sudah agak berat untuk didukung lama-lama. Lenguh pinggang aku
rasakan!
“Pia jalan
ya. Berat mama nak dukung. Dah belat.
Belat Pia.” Aku ulang lagi. Dia hanya tersengih sambil merengek manja.
Sengaja aku ulang perkataan ‘belat’ berulangkali. Tangganya masih menjulang ke
udara, dia masih mahu agar aku mendokongnya. Aku menghampirinya, dan mengangkat
tubuhnya ke dukunganku. Aku berpura-pura mengatakan, “Berat Pia. Berat ni. Mama
nak jatuh!” Sengaja aku jatuhkan diriku ke atas katilku, dengan tubuhnya di
atas tubuhku. Konon-kononnya dengan tubuhnya yang sudah ‘berat’, aku tidak lagi
terdaya mendukungnya.
Dengan
jeritan yang sederhana, “Auuuw.” Dan kami jatuh serentak ke atas nilam tebal,
berlapik dengan cadar ceria berwarna jingga dan bercorak abstrak. Aku ketawa
melihat Pia yang agak panik melihat situasi kami.
“Tu la, mama
dah kata Pia kan
dah belat, belat. Mama dah tak larat
nak dukung lagi.” Sengaja aku mengulang perkataan kegemarannya, ‘belat’.
Aku angkat
dia dan diletakkan duduk di atas tilam.
“Pia belat ya mama.”
“Ya Pia.
Berat Pia macam anak gajah. Berat. Betul-betul berat. Kan kita dah jatuh. Nasib baik kita tak
jatuh ke bawah katil tau.” Sengaja aku pujuknya lagi, mudahan, dia tidak akan
meminta aku mendukungnya lagi.
“Belat Pia
macam anak gajah.” Dia seolah kebingungan. Agaknya Pia sedang membayangkan dia
dan anak gajah yang pernah dia saksikan di Zoo Taiping minggu lepas.
“Mama, anak
gajah becar, Pia kecik je.” Agaknya mindanya sedan membayangkan dia dan saiz
anak gajah, manakan mungkin sama beratnya. Logik akalnya, kanak-kanak kecilpun
mudah untuk membandingkannya.
Aku ketawa.
Aku menyedari dia sedang dalam kekeliruan yang amat sangat. Kupeluk dia.
Rambutnya sudah berbau masam, kesan pepeluhan yang berlaku dalam tidurnya tadi.
“Jom mandi
Pia. Pia dah masam. Mandi biar wangi. Nanti kita makan biskut dan pergi ambik
Kak Sara di sekolah.” Cepat dia melompat dari katil kami. Dia suka sungguh
keluar untuk melihat sekolah kakaknya. Seminggu sekali, Sara akan balik lambat
untuk mengikuti kelas Aikidonya. Dan aku dan Pia akan mengambilnya apabila
kelasnya tamat.
Melihat Pia
riang di dalam besen mandinya, membuatku terfikir semula, tentang cinta kami,
aku dan Saiful. Entah mengapa, kebelakangan
ini aku terasakan seumpama kasih dan cinta kami sudah menemui tarikh
tamatnya! Entah mengapa. Semuanya terasa hambar, layu dan tawar sekali!
segalanya tentang dia, aku jadi tidak suka! Ya Rabbi! Ampunilah aku, sebagai
isteri, bukankah sepenuh kasih sayang aku, seharusnya aku tumpahkan untuk dia
sebagai suami.
Memandang ke
wajah comel Pia, hidungnya yang mancung bagai seludang, adalah datangnya
daripada hidung abahku, signaturekeluarga
kami, di kampung kami, semua mengenali kami sebagai anak kepada Pak Daud, sebab
semua hidung kami sama sahaja, hidung kecil dan mancung. Aku, Kat Natrah,
satu-satunya saudara perempuanku yang pertama. Begitu juga adik lelakiku yang
bongsu, Ersyad.
Matanya yang
mendung, seolah menagih simpati, sama seperti mata Saiful. Bibirnya yang
seumpama seulas limau, tersenyum kepadaku lagi, seolah meminta simpati agar
terus menyintai papanya, Saiful. Persoalan sebenarnya, mampukah aku
mempertahankan cinta, sedekad lagi! Mampukah Katrina? Agaknya benarlah seperti
yang dicoretkan Ben Hetcher, tentang cinta, Love
is a hole in the heart!Cinta sudah tentunya meninggalkan parut luka di
hati, kalaupun tidak meninggalkan kesan yang parah!