Kini mereka menanti di ruangan kecemasan. Bilangan
pesakit menunggu tidak begitu ramai kerana kebanyakan pesakit lazimnya diberi
waktu temujanji di sebelah pagi melainkan kes-kes tertentu. Reykal menemani
Hanif menunggu nombor gilirannya dipanggil sementara Tenku menghilangkan diri
ke tandas.
“Tenku
tu pergi mana pun, tandas jugak yang dicarinya. Entah apa yang istimewa tandas
dekat mata dia tu.”ujar Reykal. Hanif tertawa mendengarnya.
“Tandas
mungkin dah jadi rumah kedua dia kut!”sahut Hanif.
Reykal
ketawa terkekeh.
“Bro,
aku nak tanya kau satu soalan boleh?”tanya Hanif.
Reykal
mengalihkan pandangan melihat wajah rakan baik dan merangkap rakan serumahnya
itu.
“Kau
ni buat aku saspen je siap minta izin bagai sebelum tanya soalan. Tanya saja
lah. Kau nak tanya apa?”soal Reykal sambil menjungkitkan keningnya.
“Aku
tengok kau selalu macam tak puas hati sangat dengan Tenku tu. Kenapa ek?
Bukannya apa, kadang-kadang tu aku tengok cara kau macam membuli dia pun ada.
Kau suruh dia buat itu, buat ini. Kadang aku pulak rasa kasihan tengok Tenku.
Tapi kadang-kadang tu aku tengok kau baik bukan main dengan dia. Siap boleh
teman dia pergi kedai buku lagi sedangkan kau tu bukan kaki buku pun.”Hanif
berterus terang. Sudah lama dia ingin bertanyakan perkara tersebut kepada
Reykal. Cuma pada hari ini kesempatan dan peluang itu hadir.
Reykal
yang mendengar kata-kata Hanif tertawa kecil.
“Aku
tahu korang mesti salah faham dengan cara layanan aku terhadap Tenku. Baiklah
aku berterus-terang dengan kau hari ni. Aku bukan tak suka atau tak puas hati
dengan Tenku tu, tapi mamat tu lembap sangat kadang-kadang. Aku kadangkala pun
sakit hati juga bila bersembang dengan dia atau suruh dia buat kerja. Aku suruh
dia buat itu, buat ini bukan apa. Sebab nak bagi dia lebih bijak berfikir. Guna
logik akal. Bukan hanya bergantung pada buku semata-mata. Tak semuanya ada
dalam buku tu.”jelas Reykal.
“Betul
jugak kau cakap tu. Aku pun perasan jugak yang Tenku tu kadang-kadang agak slow sikit.”
“Tapi
walau macam mana sekalipun keadaan dia bagi aku dia seorang sahabat yang
baik.”Reykal tersenyum sendirian saat mengungkapkan kata-kata tersebut.
Hanif
yang mendengar turut tersenyum dan mengangguk-angguk kecil.
“Aku
cakap macam ni jangan kau fikir kau tak baik pulak. Kau pun sahabat aku yang
baik jugak. Kau, Ilham dan Tenku semua sahabat aku. Semuanya aku sayang sebab
korang memang baik. Kita semua dah lama kenal dan dah macam adik beradik pun.
Susah senang kita sentiasa bersama.”kata Reykal.
Hanif
tertegun mendengar kata-kata Reykal. Wajah sahabatnya itu ditatap lama.
“Kenapa
kau usha aku macam tu? Seram pulak aku rasa.”ujar Reykal sambil menjarakkan
dirinya.
Hanif
tertawa kecil. “Cara kau cakap buat aku rasa touching pulak.”
“Ek
eleh kau ni. Aku cakap macam tu pun dah touching.”bidas
Reykal. Hanif hanya tersenyum. Perbualan mereka mati apabila padanan nombor
giliran yang tertera di skrin merujuk kepada giliran Hanif. Hanif bangun
daripada kerusi. Sebelum berlalu dia memegang bahu Reykal.
“Aku
pun sayangkan korang semua jugak.”
Sebaik berkata sedemikian, Hanif terus
berlalu masuk ke dalam bilik rawatan. Meninggalkan Reykal yang tertanya-tanya
dengan tindakan spontan Hanif sebentar tadi. Hayunan kaki Hanif dihantar dengan
pandangan mata sehinggalah kelibat sahabatnya itu lenyap.
“Mana
Hanif? Dah masuk ke?”soal Tenku yang muncul secara tiba-tiba di belakang Reykal.
Reykal
sedikit terperanjat dengan kehadiran Tenku.
“Kau
ni muncul dah macam hantu. Muncul tiba-tiba. Terkejut aku!”ujar Reykal sambil
mengurut dadanya berulang kali.
“Hantu
tengkorak kau. Kalau tadi kita mati, tak ke hospital jawabnya tau. Ke kubur!
Lepas tu baru kita boleh jadi hantu!”marah Tenku.
Reykal
mula memikirkan hal tadi. Perlanggaran tadi sememangnya amat kuat. Kalau ikut
logik akal pasti mereka telah menemui ajal. Kalau kurang pun pasti mereka
mengalami kecederaan yang amar parah. Tetapi aneh apabila tiada sedikit calar
pun yang menghiasi tubuh mereka bertiga. Bahkan motosikal mereka juga tidak
mengalami kerosakan yang teruk, melainkan hanya kesan calar sahaja.
“Betul-betul
ajaib tadi. Aku pun tak sangka yang kita boleh selamat. Dalam fikiran aku cuma
satu ja pada waktu tu. Mati!”balas Reykal bersungguh-sungguh.
“Hmm..
Tahu tak apa. Bersyukur sangat kita selamat. Lega rasanya. Kalau tidak, malam
ni kita akan merasa malam pertama.”ujar Tenku. Dia menarik nafas panjang dan
menghembus tanda kelegaan.
Reykal
mengalihkan pandangan ke arah Tenku.
“Malam
pertama?”dahi Reykal berkerut memikirkannya.
“Malam
pertama di kubur!”jawab Tenku.
Reykal
mencebik. “Kau ingat duduk dalam kubur tu macam honeymoon? Sudahlar amal kurang. Confirm-confirm kena hentam dengan malaikat punya.”
“Tahu
pun kau. Ingat kan tak tahu. Tapi aku lega sangat kita bertiga selamat daripada
kemalangan tadi.”Tenku mengulang lagi kata-katanya.
“Lega
konon! Muka kau tu pucat tak hilang lagi.”sindir Reykal seraya tertawa.
Tenku
mencebik. “Muka kau tu pun sama ja! Kalau toreh tak berdarah rasanya.”
Reykal
menghabiskan sisa-sisa tawanya. Dia melihat ke hadapan.
“Tenku,
kau nampak tak orang tua depan kita ni?”
Tenku
melihat sekilas orang tua yang sedang berdiri sambil memegang tongkat.
“Nampak.
Kenapa?”
“Tak
adalar. Aku cuma terfikir. Orang tua kalau berjalan pakai tongkat. Tapi orang
muda kalau berjalan pakai monopod. Tak patut betul.”kata Reykal.
Tenku
bersetuju dengan kata-kata Reykal.
“Tapi
kau tahu mana itu tongkat? Mana tahu tu monopod ke? Pak cik tu nak berselfie kejap lagi..”ujar Tenku.
“Itu
kurang ajar namanya!”seraya Reykal tertawa terbahak-bahak sambil diikuti oleh
Tenku.
Setengah jam menanti tetapi kelibat Hanif masih
belum keluar dari bilik rawatan. Bosan menanti Reykal mengajak Tenku meronda di
kawasan hospital. Sekadar mengambil angin dan menikmati pemandangan bagi
mengurangkan rasa bosan.
“Bagi
aku hospital adalah tempat yang menyeramkan.”kata Reykal secara tiba-tiba.
“Maksud
kau? Berhantu?”soal Tenku.
Rekyal
mendengus perlahan. “Itu satu hal.. Tapi ada satu hal lagi yang bermain di
fikiran aku. Sebenarnya dari kecik aku memang takut dengan hospital. Bagi aku
hospital bukan tempat menyembuhkan sebaliknya memendekkan riwayat seseorang.”
“Kau
ni tak baik cakap macam tu tau tak. Doktor negara kita semua terlatih tahu tak.
Mereka dah buat yang terbaik untuk selamatkan nyawa manusia. Itu adalah
tanggungjawab mereka.”celah Tenku.
“Ayah
aku dulu mati dekat hospital. Sebab tu aku tak suka dengan hospital.”kata
Reykal. Wajahnya beraut serius.
“Kau
tak boleh fikir macam tu. Ayah kau meninggal sebab memang ajal dah sampai.
Bukan salah hospital. Itu adalah suratan takdir namanya. Kau kena terima dengan
hati yang ikhlas dan tabah.”nasihat Tenku.
“Hmm..
Mungkinlah jugak.. Tapi dulu aku pernah dengar gak kisah pasal hospital
berhantu. Kisah ni dialami oleh ayah aku sendiri. Masa tu ayah aku masih muda
lagi dan belum berkahwin dengan mak aku lagi.”ujar Reykal.
Kata-kata
tersebut jelas menarik minat Tenku. Dia menarik tangan Reykal untuk duduk di
salah sebuah kerusi yang tersedia.
“Cerita
lar aku nak dengar..”ujar Tenku. Dia kelihatan beria-ria dan tertarik dengan
cerita yang bakal diceritakan oleh Reykal itu.
“Hish!
Kau ni kalau iya pun sabar lah sedikit. Macam nak tercabut tangan aku kau
tarik!”rungut Reykal.
Tenku
tertawa. “Aku minta maaf. Tapi kalau bab-bab hantu ni aku semangat sikit nak
dengar.”
“Hmm..
Yelah tuh. Macam ni kisahnya. Arwah ayah aku dulu pernah kemalangan dan kalau
tak salah patah kaki kiri. Malam pertama tinggal di wad masih okay lagi. Tapi
malam kedua tu dah mula mengusik.”
“Mengusik?
Maksud kau hantu?”celah Tenku tidak sabar.
“Hish!
Kau ni potong betul lah. Dengar dulu aku nak cerita. Karang aku tak cerita baru
tahu kot.”ugut Reykal.
Tenku
hanya tersengih-sengih dan memohon maaf.
“Kau
nak dengar tak cerita?”
Pantas
Tenku mengangguk berulang kali. Gayanya seperti anak kecil yang berkehendakkan
coklat daripada seorang ibu.
“Hmm..
Begini kisahnya..”Reykal pun memulakan penceritaannya.