Hanif baru selesai mandi. Dia berjalan masuk ke
biliknya yang terletak berdekatan dengan ruang tamu. Rumah tersebut memiliki
empat bilik yang mempunyai ruang yang lebih kurang sama. Jadi setiap bilik akan
menjadi hak milik seorang penghuni. Manakala harga sewa, eletrik dan air akan
dibayar secara bersama oleh mereka berempat.
Kelihatan
Reykal sedang duduk tekun membaca surat khabar dengan kaki yang disilangkan.
Hanif masuk ke bilik dan mengenakan pakaian sebelum berlalu keluar dengan satu
sampul berwarna coklat yang berada di tangan.
“Kau
tak kerja ke hari ni, Rey?”tanya Hanif. Dia melabuhkan punggung di kerusi
berhadapan dengan Reykal.
“Aku
ambil cuti hari ni. Malas pulak rasa nak pergi kerja.”jawab Reykal tanpa
mengalihkan pandangan daripada dada akhbar.
“Member
kita lagi dua orang mana?”soal Hanif lagi.
“Tenku
aku suruh dia belikan makanan. Ilham pergi kerja.”balas Reykal ringkas.
“Tenku
tak kerja ke hari ini?”
“Dia
cuti hari ni. Ishh.. Banyak pulak kau tanya. Ada apa-apa ka?”soal Reykal pula.
“Bro,
tolong hantar aku pergi hospital kejap?”
Reykal
yang sedang membaca surat khabar menutup pantas. Wajah sahabatnya ditenung.
“Ada
apa hal kau nak pergi hospital? Sakit ke?”pantas Reykal menyoal.
“Begini
sebenarnya. Semalam aku ke klinik. Lepas x-ray, doktor sahkan yang ligament tangan
aku terkoyak. So, kes aku ni kena
rujuk hospital besar. Temujanji hari ni.”terang Hanif.
Reykal
mula teringat seminggu yang lepas sahabat serumahnya itu ada mengadu tangan
kanannya itu tidak dapat digerakkan. Tidak sangka pula rupa-rupanya masalah itu
serius kerana dia memikirkan perkara itu hanya lenguh biasa sahaja.
“Bak
sini filem x-ray kau. Aku nak tengok.”pinta Reykal. Seolah-olah seorang doktor
pakar yang mahir dalam bidang tulang.
Hanif
menyerahkan tanpa sebarang soalan. Reykal mengambil lalu mengeluarkannya
daripada sampul coklat. Diangkat dan dihadapkan ke biasan cahaya. Sekadar
memerhati dengan pemahaman yang ada lalu disimpan semula ke dalam sampul coklat
tersebut.
“Aku
rasa pelik pulak. Tiba-tiba saja tangan kau boleh jadi macam ni. Apa yang kau
dah buat?”tanya Reykal dengan dahi yang berkerut.
Hanif
hanya tersengih-sengih. Dia melihat ke arah tangannya sebelum mengalihkan
pandangan semula ke arah Reykal.
“Apa
hal kau sengih ni? Dosa apa yang kau dah buat guna tangan tu?”
Hanif
mendengus. “Ke situ pulak kau. Macam ni ceritanya. Minggu lepas aku mimpi aku
kena kejar dengan hantu mayat hidup. Aku tumbuk muka mayat hidup tu. Bila aku
terjaga rupa-rupanya aku tumbuk dinding. Menggelupur aku sekejap.”
Reykal
terkekeh-kekeh ketawa mendengar cerita Hanif. Lantas dia tergeleng-geleng
kepala.
“Sampai
macam tu sekali? Tragis betul mimpi kau.. Hmm.. Tapi macam pelik juga mimpi kau
tu..”ujar Reykal sambil menghabiskan sisa-sisa tawanya.
“Memang
pelik pun. Dan inilah padah yang aku dapat. Huh!”Hanif mendengus kasar.
Reykal
tertawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lagi.
“Pukul
berapa kau kena ada dekat hospital?”soal Reykal.
“Dalam
pukul 2 petang.”
Reykal
mengilaskan pandangan memerhati jam di dinding. Waktu telah menunjukkan pukul
1.30 petang. Masih berbaki waktu 30 minit. Dia membuat perkiraan sendiri.
“Sempat
lagi ni. Kalau macam tu kita gerak sekarang lah.”ujar Reykal. Dia berlalu ke
bilik air untuk membasahkan muka dan rambut sebelum menyisirnya menggunakan
tangan. Lalu dia melangkah menuju ke ruang tamu dan mendapatkan helmet yang
terletak di atas kabinet.
Baru
sahaja mereka berdua ingin melangkah keluar daripada rumah, wajah Tenku menjengah
muka pintu.
“Korang
nak ke mana ni?”soal Tenku. Di tangannya terjinjing kemas plastik berisi
makanan.
“Yang
kau ni pergi mana baru balik? Dah naik kebulur aku tunggu kau balik tahu
tak.”marah Reykal.
“Aku dah nak balik tadi. Tapi pertengahan
jalan ada pesta buku pulak. Kau kan tahu aku ni gila buku sikit. Aku pun duduk
situ kejap. Dapat lar aku borong dua tiga buku sikit buat bekal baca.”jelas
Tenku sambil tersengih-sengih dengan raut wajah tidak bersalah.
“Kejap
kepala otak kau. Menggigil dah tubuh aku ni tahan lapar. Kalau aku ada gastrik
dah lama aku mati menggelupur. Buku punya pasal, kawan lapar pun lupa.”marah
Reykal lagi.
Tenku
hanya tersengih-sengih. “Aku minta maaf lar.. Kau pun tahu kan aku ni macam
mana? Dapat hidu bau buku baru pun dah buat nafsu dan jiwa aku berkocak.”
“Huh!
Dah lar. Aku dan Hanif nak keluar ni. Kau nak ikut tak?”tanya Reykal.
“Pergi
mana?”soal Tenku ingin tahu.
“Hospital.”pendek
Reykal menjawab.
“Hah?
Hospital? Buat apa pergi sana? Siapa sakit? Siapa meninggal?”bertalu-talu Tenku
menyoal.
“Hanif
kau jelaskan dekat mamat ni. Malas aku nak terang dekat dia.”ujar Reykal lantas
berlalu keluar dari rumah.
“Kau
ikut sajalah…”ujar Hanif yang turut sama malas menerangkan perkara yang sebenar
kepada Tenku yang sedang kebingungan itu.
Tenku
yang masih ternanti-nanti jawapan tergaru-garu kepalanya sendiri. Dia
tergapai-gapai. Lantas berlari mendapatkan kedua rakan yang jauh ke hadapan.
“Kita
nak pergi naik apa ni?”laung Tenku.
“Kereta
Ilham tak ada. Naik motor lah…”
“Habis
makanan ni?”tanya Tenku.
“Kau
tinggal je. Balik karang kita makan..”
Tenku
berlari semula masuk ke dalam rumah menyimpan makanan tersebut. Sempat jua dia
meletakkan nota pesanan di atas meja bahawa mereka keluar ke hospital supaya
Ilham tidak tercari-cari kehilangan mereka. Picitan hon di luar rumah
membuatkannya tergesa-gesa keluar lalu mengunci pintu rumah. Kelihatan Reykal
sedang menanti dengan Hanif memboncengnya. Tenku mendapatkan Yamaha LC miliknya
dan menghidupkan enjin. Lantas ketiga-tiga sahabat itu bergerak menuju ke
destinasi dengan menaiki motor masing-masing.
“Kita nak guna jalan mana ni?”soal Reykal. Dia
menguak visor yang mentabiri wajah. Mereka kini berhenti di lampu isyarat
menanti lampu merah bertukar hijau.
“Kita
terus saja lah. Karang kalau belok makin jauh pulak. Kau tak tahu jalan
ke?”soal Tenku.
“Kau
ingat aku kerja doktor ke tiap hari nak ke hospital sampai hafal jalan.
Huh!”Reykal mendengus.
“Aku
tanya mana tahu kau tahu jalan yang lebih dekat.”
“Habis
jalan yang kita nak ikut ni dekat ke jauh?”soal Reykal semula.
“Mungkin
dekat..”balas Tenku sambil tersengih-sengih.
Reykal
merengus. “Mungkin? Hmm.. Nasib baik lah kau ni kawan aku Tenku…”
Sebaik
lampu merah bertukar warna mereka terus memecut laju membelah lebuh raya yang
agak sesak dan sibuk. Lima belas minit berlalu, tetapi bayangan hospital masih
lagi tidak kelihatan. Reykal memberi signal dan memberhentikan motosikal di
bahu jalan. Tenku hanya menurut.
“Kau
ni biar betul. Setahu aku hospital tak jauh. Kenapa tak sampai lagi ni?”rungut
Reykal yang sedikit berang. Ditambah dengan cuaca yang agak hangat dan panas
membuatkan jiwa terasa sedikit merusuh.
“Mana
aku tahu. Aku rasa jalan ni betul.”balas Tenku sambil terlingas kepala mnecari
petunjuk arah.
“Kau
main rasa je. Karang Hanif ni lambat ke hospital apa macam?”
Tenku
hanya mendiamkan diri. Dia memikirkan sesuatu.
“Aku
tahu dah jalan. Jom ikut aku.”ujar Tenku dengan penuh yakin. Dia memecut
motosikal terlebih dahulu.
“Tahulah
sangat. Sesat lagi aku sekeh kepala Tenku ni.”rungut Reykal.
Hanif
hanya tertawa mendengarnya. Motosikal dipecut laju mengejar Tenku sehingga
mereka berdua menunggang seolah bergandingan. Tiba-tiba sebuah treler membelok
tanpa memberi isyarat di hadapan mereka. Masing-masing dihambat kejutan. Mata
terbuntang luas dan mulut terlopong. Reykal menekan brek kaki dan tangan sekuat
hati. Tenku turut menekan brek. Bunyi tayar berdecit membingit dan bau hangit
menerawang menusuk ke hidung. Motosikal semakin menghampiri badan treler
tersebut. Bayangan petaka dirasakan sedang menari-nari di hadapan mereka kini.