Hanna bersolek nipis. Pemerah dioles ke pipi menambahkan
kegebuaan wajahnya. Lipstik ditolak ke atas lalu dicalit ke bibir. Sempat dia
melemparkan satu ciuman sambil berkaca wajah di cermin. Lalu dia tersenyum
melihat kejelitaan wajahnya yang menjadi pujian ramai. Setelah memastikan
dirinya benar-benar kemas, Hanna melangkah keluar daripada bilik.
Sebaik
berada di muka pintu rumah, kebetulan pada masa yang sama Salmah menolak pintu
masuk ke dalam rumah. Dia melihat penampilan Hanna yang kelihatan jauh lebih
seksi daripada kebiasaan. Dia memerhati Hanna dari hujung rambut sehingga
hujung kaki. Hanna hanya berpura-pura tidak mengendahkannya. Dia berpura-pura
sibuk memakai heels.
“Err..
Kau nak ke mana ni Hanna?”
“Aku
nak keluar sekejap. Jumpa kawan. Jangan risau, Rita dan Tina ada teman kau
malam ni.”jawab Hanna. Dia mengemaskan baju lalu melangkah keluar dari rumah.
“Pukul
berapa kau balik kejap lagi?”tanya Salmah.
“Tak
pasti lagi. Maybe awal dan maybe lewat.”
Sebaik
berkata sedemikian, Hanna terus berlalu dengan cepat. Dia tidak mahu berada di
situ lebih lama kerana bimbang akan di’kuliah’kan oleh Salmah. Salmah hanya
menggeleng melihat penampilan rakannya itu. Salmah menutup pintu lalu berlalu
mendapatkan Rita dan Tina yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
“Korang
tahu tak Hanna pergi mana malam-malam macam ni?”tanya Salmah. Dia masih tidak
berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh Hanna sebentar tadi.
“Hanna
tu kalau keluar malam-malam macam ni, confirm
jumpa si Zack punya.”jawab Rita. Matanya tidak lepas memandang siaran yang
tertera di kaca televisyen.
“Zack?
Siapa tu?”tanya Salmah kebingungan.
“Zack
tu boyfriend Hanna. Tak salah laki tu
kerja pilot. Zack tu maybe off kot today.”jelas Tina pula.
“Selalunya
dia balik pukul berapa?”soal Salmah lagi.
Sebaik
mendengar soalan Salmah mereka tertawa.
“Balik?
Hmm.. Selagi ayam tak berkokok selagi tu tak balik. Kadang tu sampai dua tiga
hari dia duduk dekat rumah Zack.”ujar Tina.
Salmah
terkejut mendengar kata-kata Tina. Tinggal
serumah antara laki dan perempuan? Itu boleh mendatangkan fitnah. Mereka tidak
ada ikatan yang sah, haram tinggal berdua-duaan macam tu. Dan apa pula yang
mereka buat dalam rumah tu?
Lantas
Salmah menggeleng berulang kali cuba menyingkirkan tanggapan buruk yang hinggap
di fikiran. Dia beristighfar berulang kali sambil berdoa Hanna tidak melakukan
perkara terkutuk seperti yang difikirkannya.
“Semua
tu benda biasa dekat K.L ni. Aku dan Rita ni pun duduk rumah sebab boyfriend masing-masing ada dekat outstation.”tokok Tina lagi.
“Lagi
satu, kebanyakan barang dalam rumah ni semuanya Zack yang belikan. Kondo ni pun
Zack yang beri dekat dia. Kalau nak harap gaji Hanna semata-mata aku rasa
sampai sekarang minah tu duduk rumah teres.”Rita mencelah.
Kata-kata
Rita membuatkan kekagumannya terhadap Hanna terasa pudar. Rupa-rupanya segala
yang berada di dalam rumah ini bukan hasil titik peluhnya sahaja. Bahkan kondo
yang didiami oleh mereka juga. Enggan mengusutkan fikiran, Salmah bangun
daripada sofa dan berjalan masuk ke dalam bilik. Hatinya terkilan dengan apa
yang berlaku terhadap Hanna.
Pak Samad mengintip pergerakan ‘mereka’. Hatinya
berdetup kencang. Sejak sekian lama tidak memunculkan diri kali ini ‘mereka’
datang semula. Pak Samad memerhati gerak geri mereka. Wajahnya dibasahi peluh
meskipun malam tersebut terasa begitu dingin. Bulan yang memuntahkan cahaya
samar-samar membantu Pak Samad melihat.
Di
hadapan lelaki separuh abad itu kini sedang berkumpul sepasukan tentera Jepun
yang lengkap memakai pakaian seragam. Mereka berkawad mengangkat senjata
sebelum berdiri pegun menghadap ketua mereka. Wajah masing-masing putih pucat
seolah-olah tidak berdarah.
Pak
Samad mencuri lihat menerusi semak samun. Walaupun rasa seram menyelinap dalam
diri tetapi diberanikan diri untuk bertahan jua. Terasa penglihatannya seperti
terbatas, Pak Samad cuba bergerak lebih ke hadapan. Dia berjalan
terbongkok-bongkok dan terjingkit-jingkit untuk mengelakkan bunyi bising
tercetus. Namun malang apabila Pak Samad tersepak tin minuman kosong tanpa
disedarinya. Tin minuman tersebut berdenting-denting berbunyi. Langkah Pak
Samad segera mati. Jantungnya turut terasa terhenti. Perlahan-lahan
pandangannya diarahkan ke hadapan.
Pasukan
tentera tadi semua sedang melihat ke arahnya. Ketua ‘mereka’ menjadi yang
terakhir berkalih dan melihat ke arahnya. Hanya warna hitam sahaja mewarnai
mata ‘mereka’ tanpa latar berwarna putih.
Tanpa
berfikir panjang, Pak Samad bergegas meninggalkan kawasan tersebut. Dia berlari
sambil melihat ke belakang. Bimbang sekiranya ada tentera Jepun itu yang
mengejarnya. Tiba-tiba Pak Samad terlanggar sesuatu yang keras sehingga dia
jatuh terlentang.
Pak
Samad menelan liur. Di hadapannya kini, seorang tentera Jepun sedang berdiri
sambil merenung ke arahnya. Pandangannya sangat menyeramkan. Wajahnya putih
memucat. Tangannya mencapai pedang samurai yang tersisip kemas di pinggang.
Pedang tersebut ditarik keluar dari sarungnya dan kelihatan bersilau di
pandangan Pak Samad.
Pak
Samad mengengsot perlahan-lahan ke belakang. Tentera Jepun itu bertapak menghampiri.
Pedang samurai diangkat tinggi dan dihayun dengan sepantas kilat ke leher Pak
Samad. Pak Samad menjerit nyaring. Darah merah pekat memercik ke serata arah.
Pon!
Pon!
Picitan
hon mengejutkan Pak Samad dari tidurnya. Dia beristighfar panjang sebelum
meminta maaf kepada kenderaan yang sedang menanti di luar palang. Pantas Pak
Samad menekan butang dan melepaskan kereta yang mempunyai pelekat keselamatan
itu masuk. Pak Samad terduduk semula di atas kerusi. Dia meraup wajahnya
berulang kali. Sekian lama mimpi tersebut tidak berkunjung tiba. Dan hari ini,
mimpi tersebut kembali menghantui dirinya. Dia termenung panjang.
‘Apa petanda mimpi ini’
Lantas
matanya terarah ke bangunan tinggi 6 tingkat tersebut. Pandangannya mempunyai
makna tersirat yang sukar untuk ditafsirkan.
Salmah masuk ke perkarangan bangunan. Masuk hari
ini, merupakan hari ketiga dia bekerja di syarikat tersebut. Awal pagi lagi dia
telah disambut oleh Pak Samad di luar bangunan tersebut. Seperti kebiasaan
lelaki tua itu hanya memandang Salmah dengan pandangan yang mendatangkan
ketakutan kepada dirinya. Salmah berjalan dengan pantas sebelum menghilang diri
di celah bangunan.
Sebaik
tiba di ofis, Salmah menuju ke mejanya lalu menghempaskan tubuh di atas kerusi
empuk. Penat masih terasa kerana terpaksa berjalan sedikit jauh pada hari ini
kerana kemalangan yang berlaku menyebabkan bas yang dinaiki tidak boleh melalui
jalan menuju ke bangunan yang menempatkan syarikatnya bekerja. Buat sementara,
bas awam menjadi pengangkutan utamanya pergi dan balik. Tetapi Salmah tidak
kisah tentang semua itu. Asalkan dia boleh mencari rezeki yang halal. Itu
adalah lebih utama kepada dirinya.
Timbunan
kerja yang berad di atas meja mula menjadi perhatiannya. Satu persatu fail
disemak kandungannya dan sesekali matanya mengeling ke arah komputer bagi
memastikan maklumat yang tertera sama seperti yang telag tercatit. Salmah tekun
melakukan kerjanya sehinggalah waktu beranjak ke tengahari.
“Jom
keluar lunch!”ajak Irah. Dia berdiri
di hadapan meja Salmah.
“Hmm.
Aku tak keluar kut hari ni. Aku makan dekat ofis je. Banyak lagi kerja aku yang
tak siap ni.”Salmah menolak dengan baik.
Irah
yang faham dengan timbunan tugas Salmah terus berlalu pergi. Kini, hanya
tinggal Salmah keseorangan di dalam ofis tersebut. Lama menghadap komputer
membuatkan lehernya terasa lenguh. Salmah berhenti melakukan kerja sebentar
sebelum mendongakkan wajah bagi melegakan tekanan di lehernya. Tubuhnya
diregangkan bagi melancarkan aliran darah yang tersekat. Nafas ditarik berulang
kali sambil matanya terpejam. Salmah bersandar kemas di kerusi tersebut
merehatkan diri sebentar sebelum kembali memulakan tugas.
Baru
sahaja matanya ingin terlelap, kedengaran bunyi derapan kasut. Pada mulanya
perlahan tetapi semakin lama semakin kuat seolah-olah orang sedang berkawad.
Bahkan bunyi bergemuruh dan bergema di dalam pejabat tersebut. Salmah membuka
matanya.
Tiada
siapa yang berada di dalam ofis tersebut melainkan hanya dirinya sendiri.
Salmah mengitari kawasan sekeliling untuk melihat punca bunyi tersebut tetapi
dia tidak menjumpai apa-apa. Bahkan bunyi tersebut juga telah lenyap.
Salmah
kembali memejamkan matanya. Namun tidak lama kemudian bunyi tersebut berulang
lagi. Bahkan bunyi tersebut juga berselang seli dengan bunyi seseorang sedang
bercakap dalam butir bahasa yang langsung tidak difahami oleh Salmah. Pantas
Salmah membuka matanya. Wajahnya beraut serius. Perlahan-lahan dia bangun
daripada kerusi yang sedang diduduknya.
“Siapa
tu?”laung Salmah.
Tetapi
soalannya hanya berlalu sepi. Bunyi tersebut tidak lagi kedengaran.
Salmah
berjalan meronda dalam kawasan ofis tersebut. Ternyata hanya dia yang berada di
dalam pejabat itu. Salmah mula berasa tidak sedap hati. Dari hujung mata,
Salmah dapat melihat dengan jelas ada seseorang sedang berjalan menghampirinya
dari arah belakang. Pantas Salmah berkalih tetapi kosong. Tiada siapa yang
berada di belakangnya.
Salmah
menarik nafas dan menghembus perlahan. Dia berkalih semula ke arah hadapan. Dan
secara tiba-tiba Irah muncul mendadak di hadapannya. Salmah terperanjat besar.
Dia hampir-hampir terjatuh lantaran sangat terkejut. Salmah mengurut-ngurut
dadanya.
“Are you okay?”tanya Irah.
Salmah
mengangguk-angguk berulang kali sebelum dia berlalu ke arah mejanya. Dalam
hatinya dapat berasakan sesuatu yang tidak enak tetapi sukar untuk dia
mentafsirkan perkara tersebut. Bulu romanya tidak semena-mena meremang tetapi
Salmah cuba untuk tidak mengendahkannya. Lantas Salmah menyambung pekerjaan
yang ditinggalnya sebentar tadi.