Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 46


AKU mencapai mug di sebelahku. Ringan?? 


Aikk dah habis kopi aku! Aku meletak mug kembali di atas meja. Aku mengeliat kecil untuk menegangkan urat-urat sendi kerana penat dan terlalu lama duduk mengadap komputer. 


Aku menoleh ke arah cubicle Salena. Sunyi pulak bila mak bonda itu tidak berada di pejabat, Salena bekerja di luar daerah lama juga hampir sebulan. 


Haizz! Rindu pula aku dengan si budak Salena ni. Aku bangkit dari kerusi lalu berjalan menuju ke arah reception. Terasa mendak pula asyik duduk mengadap komputer setengah hari. 


Naik berpinar-pinar mataku dibuatnya. Bosan bila Salena tidak berada di office. Tak dapat hendak bersembang-sembang dengannya. Aku cuba untuk tidak pergi ke Department Azlee. 


Sejak kelmarin aku tidak lagi ke departmentnya khuatir Azlee mendapat wrong idea yang aku sukakannya, walhal aku cuma hendak tahu samada Azlee itu Erhan atau tidak. 


Sah 180% bahawa Azlee bukan Erhan, Azlee tidak seromantik dan se-creative Erhan. Itu aku tahu! Kerana Azlee lelaki kasanova. Dan dia tidak creative dalam menenangi hati wanita. Dia suka wanita yang terhegeh-hegeh padanya bukan sebaliknya.


“Hi Mardi..,“ tegurku lalu berdiri di hadapan meja recept. 


“Marsha lama tak datang kemari?? Sibuk ke?,“ ujar Mardi membuahkan senyuman bila menyedari orang yang menegurnya itu adalah Marsha. 


Lama juga Marsha tidak ke tempatnya untuk bersembang. Kalau tidak rajin juga dia datang ke tempatnya untuk bersembang-sembang.


“Sibuk lagi buat cover story ED,“ ujarku membalas senyuman Mardi.


“Ah you buat cover story ED, betul ke ni????..Eii bestnya..“ ujar Mardi excited cukup membuatkan Marsha tersentak. 


“Shhh..this is between you and me ok! I tak sepatutnya beritahu sesiapa tentang cover ED nanti Mr. Haiqal baham kita,“ ujarku perlahan khuatir di dengari orang yang berkenan. Mr. Haiqal bukan boleh dipercayai. Dia tu ada ilmu biskut chipsmore. Sekejap ada..sekejap takde. Takut tiba-tiba dia menjelma.


“Pernah jumpa dia?? How is she?? Muda ke tua? Cantik orangnya?,“ soal Mardi bertubi-tubi ingin tahu bagaimana rupa ED. 


Seperti Marsha, dia juga minat pada penulis bebas itu.


Aku tersenyum bila Mardi turut menyangka bahawa penulis bebas itu seorang wanita. Aku tidak menyalahkan Mardi kerana aku juga pada awalnya menyangka ED itu seorang penulis wanita. Tidak pernah terfikir bahawa dia seorang lelaki.


“Dalam lingkungan pertengahan 30an agaknya..dan orangnya mungkin juga hensem,“ jawabku lalu tersenyum kerana aku sendiri tidak pernah bertemu dengan ED. Aku hanya agak sahaja orangnya bagaimana.


“Hensem??? You mean ED lelaki? OMG...really?? Selama ini I ingatkan ED tu perempuan,“ ujar Mardi dengan nada tidak percaya. 


Mati-matian dia fikir penulis bebas yang berbakat itu seorang wanita kerana tulisan ED benar-benar menyentuh jiwa dan meninggalkan kesan di hati pembacanya, masakan seorang lelaki bisa mentafsir dan menjiwai perasaan seseorang. Ianya tidak mudah bagi seorang lelaki.


“Bukan you sorang saja yang fikir begitu I pun..siapa sangka penulis column ‘Bagaikan mimpi‘ itu seorang lelakikan! Actually I datang sini sebab Mr. Haiqal ada appointment dengan ED hari ni, tapi dia tak tahu pukul berapa ED datang, but katanya ED confirm datang hari ini untuk bertemu dengannya,“ ujarku perlahan. 


Aku tahu Mr. Haiqal tidak mahu mengajak aku ada sama semasa meetingnya dengan ED nanti. Sebab itu aku ambil inisiatif sendiri biar Mr. Haiqal terperanjat. Mana mungkin dia marah aku bila di hadapan ED kan! 


“Appointment dengan ED?? Hmm sekejap!..,“ ujar Mardi lalu menekan keyboardnya memeriksa jadual meeting untuk hari ini termasuk meeting untuk Mr. Haiqal. 


Mardi ditugaskan untuk memantau meeting di companynya agar dia dapat menyambut tetamunya dengan efficient. 


“Meeting untuk Mr. Haiqal satu aje..you pasti ke ED ada meeting dengan Mr. Haiqal..scheduled dia hari ni meeting dengan Mr. Elias sahaja,“ ujar Mardi lalu menoleh ke arah Marsha. 


Betul ke meeting Mr. Haiqal dengan ED hari ini? Kalau ada pasti ada di dalam jadual meetingnya. 


“Are you sure?? Sorang aje?? Pinjam your phone sekejap?,“ ujarku lalu menekan extension Anna setiausaha Mr. Haiqal.


“Anna..! Mr. Haiqal ada kat office?,“ tanyaku sebaik sahaja dia mengangkat telefon.


“He’s in a meeting,“ jawab Anna ringkas.


“Meeting dalam office atau diluar?,“ tanyaku lagi.


“Dalam office..meeting in session,“ jawab Anna lagi.


“Dia meeting dengan siapa?,“ tanyaku tidak berpuas hati dengan jawapan vague Anna. 


“Mr. Elias,“


“Itu aje untuk hari ini tak ada meeting atau appointment lain?


“Meeting with Mr. Elias itu sahaja,“ jawab Anna tanpa mengulas panjang.


Aku menoleh ke arah lift lobby bila terdengar suara Mr. Haiqal. Sudah menjadi kebiasaan Mr. Haiqal untuk menghantar tetamunya hingga ke lift lobby sebaik sahaja meetingnya tamat. 


Betul ke ED tak ada meeting dengan Mr. Haiqal hari ini? Jangan-jangan Mr. Elias itu ED tak??? 


“Ok see you around, we will keep in touch,“ ujar Haiqal sebelum pintu lif tertutup rapat.


Aku dapat merasakan bahawa lelaki yang mengunakan nama Elias untuk temujanjinya bersama Mr. Haiqal itu adalah ED. Mungkin nama ED yang sebenar Elias! Eiii!!! Mr. Haiqal trying to trick me?? Dia ingat aku ni tak tahu helah dia? 


Ini tidak boleh jadi. Aku segera menuju ke arah lift lobby. Mr. Haiqal terperanjat bila Marsha berada di belakangnya kerana dia tidak perasan.


“Eh you nak kemana? How long have you been here?,“ soal Haiqal ingin tahu. 


Dia khuatir Marsha tahu dengan siapa dia berjumpa tadi. Kalau Marsha tahu tentu Marsha akan mengamuk dengannya kerana tidak memintanya turut serta mesyuarat yang melibatkannya.


Aku menekan butang lift tanpa menjawab soalan Mr. Haiqal. Geram aku di buatnya. Dia ingat aku ni budak kecik yang senang-senang di permainkan. 


“You meeting ED secretly without me Mr. Haiqal..you ingat I tak tahu,“ ujarku sebaik sahaja berada di dalam perut lif. 


Aku menekan butang lift ke tingkat satu. Aku tidak kira hendak kejar ED juga sebab projek ini aku involved sama. 


Dia hendak bermain hide ‘n‘ seek dengan aku. Salah oranglah! Marsha bukan wanita yang jenis mudah putus asa.


“Oh dear!,“ ujar Haiqal bila Marsha marah sekali padanya. Haiqal mengeluarkan handphone dari sakunya. Dia khuatir Marsha dapat mengejar ED dan membuat scene yang tidak di ingini.



                                                                              ****


Sebaik sahaja pintu lift buka aku terus berlari keluar untuk mendapatkan ED. Huh! Bagaimana aku hendak tahu siapa ED kerana bagaimana rupanya aku tidak tahu pun. 


Aku mendengus perlahan kerana sekarang waktu makan tengahari ramai orang pula berada di lobby. Jadi aku tidak dapat meneka siapa ED. 


Haizz! Apa lah nasib. Sudah 2 kali aku cuba menjejaki ED. Dua kali juga aku gagal.


Aku memusingkan badan ingin berpatah balik kerana tiada gunanya aku mencari ED kerana aku tidak dapat meneka setiap lelaki yang berada di lobby itu adalah ED. 


Aku menuju kembali ke arah lift lobby bila aku terpandang Eddy sedang berjalan menuju ke arahku. 


Hai interview Eddy baru habis ke? Lambatnya sebab aku bertemu dengan Eddy pagi tadi semasa aku sampai office baru sekarang interviewnya selesai? 


Eddy membuahkan senyuman kepadaku bila mata kami bertaut. Dia kelihatan sibuk berbual dengan seseorang di handphonenya namun sebaik sahaja dia berada dihadapanku. Dia mematikan telefon dan handphonenya di simpan ke dalam sakunya.


“Marsha...this is the 2nd time we have met today!...Seperti berjanji pula? You buat apa di sini? ,“ ujar Eddy tersenyum lagi. 


“ED!! I tengah cari ED..he’s in my office earlier..I think I miss him again!,“ ujarku dengan nada hampa.


“ED??? ED ada di sini? Mana dia?,“ ujar Eddy turut terperanjat bila Marsha mengatakan bahawa penulis idolanya berada di sini. 


Dia tahu Marsha suka hasil nukilan ED. Walaupun dia bukan fan ED tapi dia tahu ED seorang penulis yang berbakat kerana dia pernah membaca tulisan ED. 


Dan dia juga tahu Marsha di tugaskan menulis cover ED untuk majalahnya. Dia juga tahu bapa saudaranya juga Chief Editor Marsha tidak pernah mahu menemukan ED kepada Marsha.


“Hah tulah..I‘m fed-up!..This is the 2nd time I’ve miss him you know!..I’m this close to catch him,“ ujarku dengan perasaan hampa. 


Apalah nasib aku macam kentang hari ini. Aku lewat beberapa minit sahaja. Haizz!


“Ah it’s ok..lambat laun you akan bertemu dengan dia jugakan..so don’t be upset,“ pujuk Eddy perlahan.


“Yah..tunggu lah saat bila I bertemu dengan dia nanti..I hendak basuh dia habis-habis..Mengada!..macamlah dia tu high class sangat!,“ ujarku dengan perasaan geram.


“I thought you said he is private person?? Maybe that is why dia tak hendak orang tahu siapa dia..,“ ujar Eddy lagi kerana Marsha kelihatan benar-benar marah pada ED.


“Whatever lah!...I malas nak balik office tak ada mood!..You temankan I lunch Eddy,“ ujarku dengan wajah selamba. 


Aku tidak pernah seselamba begini ketika bersama Eddy sebelum ini. Jika dengan Azlee ye, tapi dengan Eddy tidak. 


Aku tidak tahu kenapa hari ini aku begitu berani mengajaknya makan tengahari bersama. Ah lantaklah hati aku tengah hot! Makan tengahari aje bukan pergi dating pun.


Previous: Bab 45
Next: Bab 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.