Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 15

ERHAN mencium haruman sedozen bunga mawar merah jambu segar itu lalu tersenyum. Bunga kegemaran buah hatinya Lasindah. Dia bercadang hendak melamar buah hatinya hari ini. Mereka telah berjanji akan makan malam bersama di restaurant kegemaran Lasindah. Erhan tersenyum gembira, hatinya girang sekali, kerana Lasindah bakal menjadi miliknya.  Dia sudah memasang angan-angan hendak mengadakan resepsi gilang gemilang di hari penikahan mereka. Apa yang dimaunya Lasindah, akan ditunaikan kerana dia benar-benar sayang dan cintakan Lasindah. 


Langkah Erhan terhenti bila matanya tertancap kepada seorang wanita yang berada tidak jauh darinya bersama dengan seorang pria. 


Jantungnya berdegup kencang. Wanita itu mirip Lasindah. Nah mungkin itu Lasindah! kerana wanita itu kelihatan begitu mesra dengan lelaki itu kayak pacarnya. 


Erhan tidak berganjak dan masih berdiri terpaku menanti agar dia dapat melihat dengan jelas akan wajah wanita itu. Jambangan bunga dari tangannya terlepas jatuh bila mendapati wanita itu sememangnya Lasindah. 


Erhan tidak percaya dengan apa yang dia saksikan. Lasindah cinta hatinya berada di dalam dakapan lelaki lain, bukan itu sahaja mereka kelihatan mesra sekali. 


Erhan kenal akan lelaki itu, kerana dia adalah salah seorang pekerja resort ayahnya di Bali dan lelaki itu adalah pekerja yang di tugas kan untuk melayan keluarganya setiap kali mereka bercuti di Bali.


Dia tidak menyangka Lasindah punya hubungan sulit dengan lelaki itu. Dari apa yang di lihat, Lasindah amat sayang dan cinta sekali pada lelaki itu.  Jadi selama ini Lasindah hanya berpura-pura mencintai dirinya? 


Dan selama ini, dia buta tidak dapat melihat bahawa Lasindah hanya berpura-pura dan tidak mencintainya? Erhan menjadi marah bila menyedari bahawa hatinya di permainkan oleh Lasindah kerana selama ini dia benar-benar ikhlas mencintai Lasindah. Dia mengambil jambangan bunga itu dan berlalu pergi, kerana dia tidak mahu Lasindah sedar bahawa dia tahu akan hubungan sulitnya.  Dia mahu bersemuka dengan Lasindah dan mahukan penjelasan darinya.


“Eh sayang..udah lama menunggu?? Maaf kelewatan sedikit,” tegur Lasindah mesra lalu mengucup pipi Erhan perlahan.


Erhan tersentak bila Lasindah mengucup pipinya. Dia tidak perasan wanita itu sudah tiba dan sudah duduk di hadapannya kerana fikirannya sarat dengan pelbagai soalan yang bakal di ajukan kepada Lasindah. 


Wajah cantik milik Lasindah dipandang. Lasindah seperti selalu ketika mereka bertemu. Wanita yang manja. Dan Erhan pasti akan merasa sayang sekali pada Lasindah kerana menyangka wanita itu benar-benar cinta padanya. 


“Bunga ini untuk aku?? Terima kasih sayang, kamu tidak pernah lupa bunga kesukaan aku,” ujar Lasindah lalu tersenyum bila menyedari terdapat sejambak bunga rose merah jambu di atas meja. Jambangan bunga itu di ambil lalu di cium perlahan. 


Erhan tidak berkata apa malah hanya memandang wajah Lasindah dengan perasaan bercampur baur. 


“Sayang???!! Kamu kenapa sih?? Diam terus dari tadi..kamu enggak sihat??,” ujar Lasindah dengan wajah risau bila Erhan tidak berkata apa sejak dari tadi malah memandang wajahnya terus.


Selalunya Erhan akan kelihatan teruja bertemu dengannya, kerana dia tahu Erhan kangan sama dia dan dia juga kangan sama Erhan. Hubungan mereka tidak seperti pasangan lain. Erhan seorang pria yang unique. Mereka jarang ketemu kerana Erhan tidak mahu selalu ketemu. 


Alasan yang di berikan supaya kami menyimpan perasaan rindu di antara kami. Lasindah sukakan Erhan kerana dia seorang pria yang kacak dan tampan, sementelah lagi Erhan anak hartawan. Hidupnya terjamin jika dia menjadi isteri Erhan. Hanya satu perkara tidak dia sukai tentang Erhan. Lelaki itu terlalu berjiwa romantic. Dan Lasindah merasakan dia amat rimas sekali dengan layanan Erhan berikan kepadanya.


“Kamu dengan pria mana tadi??,” tanya Erhan lalu memandang tepat ke anak mata Lasindah. Wajahnya kelihatan serious.


“Kamu nampak aku?,” jawab Lasindah terkejut, air wajahnya tiba-tiba berubah bila Erhan bertanya soalan begitu. 


Lasindah meletak jambangan bunga itu kembali di atas meja. Hatinya menjadi tidak keruan bila Erhan ternampak dia bersama dengan Andrian tadi. 


Erhan tidak berkata apa malah memandang wajah Lasindah terus, meminta wanita itu menjelaskan kepadanya siapa pria yang di nampak awal tadi bersama Lasindah. Teman biasanya? Atau teman lelakinya?


“Oh!!!..Itu sepupuku dari Bali..dia kemari berlibur bersama teman-temannya..,” jawab Lasindah cuba tersenyum. 


Dia berharap Erhan dapat menerima alasan yang di berikan. Mana mungkin dia berterus terang kepada Erhan tentang pria itu.


“Sepupu kamu?? Sepupu itu juga bekerja di Resort aku di Bali??? Siapa namanya Andrian??,” tanya Erhan lagi. 


Wajah Lasindah kelihatan pucat bila Erhan mengenali lelaki yang bersama dengannya tadi. Masakan Erhan ingat pada wajah lelaki itu? Lasindah menjadi tidak enak di soal terus dari Erhan. 


“Oh iya..aku lupa kok dia bekerja di resort kamu di Bali..kok kamu ingat namanya sekali..sayang! kenapa sih kamu nyoal aku terus kayak polisi..kamu tidak percayakan aku?? Aku hanya sayang dan cinta pada kamu seorang,” jawab Lasindah ketawa kecil cuba bercanda dengan Erhan. 


“Yang benar kamu hanya cinta dan sayang pada aku seorang,” tanya Erhan dengan wajah serius tanpa secalit senyuman di bibirnya. 


“Aku sayang dan cinta pada kamu seorang,” jawab Lasindah lalu menyentuh tangan Erhan yang berada di atas meja untuk menyakinkan lelaki itu. 


Dia tidak mahu Erhan terus menerus membuatkan dia merasa tertekan dengan soalan-soalan begitu. 


Erhan memandang wajah Lasindah cuba mencari keikhlasan di wajahnya ketika dia mengaku dia cintakan dirinya. 


“I only love you, sayang percayalah!….,” pujuk Lasindah lembut untuk menyakinkan Erhan.


“Ok,” jawab Erhan setelah agak lama mendiamkan diri. 


Mungkin Lasindah berkata benar bahawa lelaki itu adalah sepupunya dan dia hanya cemburu buta kerana tidak betah melihat wanita yang di cintai di peluk pria lain. 


Lasindah mengeluh lega bila Erhan dapat menerima alasannya. Dia mencapai menu di meja untuk membuat pesanan kerana dia tahu Erhan sudah kembali kepada mood asalnya. 


“Maafkan aku sayang kerna aku nyoal kamu melulu..aku buat ini semua kerana aku begitu sayang pada kamu dan tidak mahu kehilangan kamu,” ujar Erhan mengengam jari Lasindah lembut. 


Dia kesal kerana menuduh Lasindah tidak jujur dalam hubungan dan telah berlaku curang.


“Ah nggak apa-apa aku ngerti perasaan kamu..aku juga akan soal kamu melulu jika aku lihat kamu bersama cewek lain..aku jugak cemburu..,” jawab Lasindah lalu tersenyum. 


“Thanks sayang,” ujar Erhan tersenyum lalu mencubit pipit Lasindah perlahan.


“Shall we order?? I’m famished,” ujar Lasindah lalu membelek menu di hadapannya.


“Ya ok,” jawab Erhan lalu menyeluk saku seluarnya bila handphonenya bergegar. 


Dia membaca pesanan ringkas yang di terima. Tadinya dia menghantar pesanan ringkas kepada manager resortnya di Bali untuk mengetahui latar belakang Andrian. Sekarang dia tidak memerlukan maklumat berikut kerana Lasindah dan Andrian hanya sepupu. Namun dia merasa pelik dengan pesanan yang di terima dari Sofian.


Please call me back..urgent! Sofian Budi.


“Sayang..kamu order dahulu..aku mahu ke gents sebentar,” ujar Erhan memberi alasan mahu ke tandas kerana dia mahu menelefon Sofian dan tidak mahu menghubunginya di hadapan Lasindah. 


“Ok..don’t go too long,” ujar Lasindah lalu tersenyum.


“Don’t go too long???,” ujar Erhan pelik bila Lasindah berkata demikian.


“Cos..I miss you already,” ujar Lasindah lalu tersenyum manja. Dia tahu Erhan suka jika dia manja begitu.


“I miss you too sayang,” jawab Erhan lalu meninggalkan mejanya dan menuju kearah luar restaurant tanpa pengetahuan Lasindah. Jarinya pantas mendial nombor Sofian.


“Ah Fian..apa berita yang kamu dapat tentang Andy…,” tanya Erhan tidak sabar lagi kerana dia merasa tidak enak sebaik sahaja menerima pesanan ringkas dari Sofian. 


Namun apa yang di dengar tidak seenak yang dia harapkan. Berita yang di terima benar-benar merubah hidupnya.




*****


“More coffee Mr. Eddy??,” tegur pelayan R&R. 


“Yes..please thank you,” jawab Eddy lalu membalas senyuman pelayan R&R. 


Ika menuang coffee ke dalam cawan pelanggan tetapnya yang bernama Eddy. Lelaki itu tidak pernah miss walau sekalipun berkunjung di Bistro R&R tempat dia bekerja. Dan dia selalu hadir bersendirian tidak seperti awal pertama kali dahulu, dimana dia ditemani anak kecil dan isterinya. 


Kemana anak dan isterinya?? Dan Mr. Eddy tidak bekerja?? Kerana seringkali berada Bistro di tempat kerjanya pada masa yang sama iaitu di antara 3 hingga ke 5 petang. 


Waktu-waktu begini Mr. Eddy pasti akan ke Bistro dan memilih tempat duduk yang sama setiap kali dia berkunjung. Malah pekerja R&R tidak perlu bertanya apa yang mahu dipesan kerana mereka sudah tahu akan minuman kesukaan pelanggannya itu. 


“Do you want to order anything else to go along with your coffee Mr. Eddy?,” tanya Ika ramah kerana Mr. Eddy tidak memesan sebarang dessert sampingan dan hanya memesan coffee. 


Lelaki itu tidak pernah memesan dessert atau pie dari Bistronya. Dia hanya memesan coffee sahaja. Mungkin dia tidak tahu apa dessert apa yang sedap terdapat di Bistronya kerana tiada siapa yang mencadangkan kepadanya. 


“What’s nice here…Ika?,” tanya Eddy lalu membuahkan senyuman. 


Buku yang berada di tangannya di letak di atas meja. Setiap kali dia berkunjung di Bistro dia tidak pernah memesan apa-apa selain coffee kegemarannya iaitu R&R signature black coffee.


“Ah jadi Mr. Eddy tak tahu apa yang sedap di sini?? Kenapa tidak bertanya kepada pelayan R&R?,” ujar Ika mesra. 


Dia sangka Mr. Eddy seorang lelaki yang sombong kerana teman baiknya Marsha pernah di marahi lelaki itu sebelum ini. Sejak kejadian itu, dia tidak pernah berbual mesra dengan Mr. Eddy seperti sekarang kerana dia tidak suka pada orang yang sombong. Dia tidak tahu kenapa hari ini dia mahu menegur Mr. Eddy.


“Saya segan hendak bertanya? Saya ni pemalu orangnya,” ujar Eddy lalu tersenyum. 


Selama dia berkunjung di R&R tiada seorang pekerja R&R yang ramah dengannya. Mungkin mereka takut untuk mendekatinya khuatir akan di marahinya disebabkan peristiwa kelmarin dimana dia berselisih faham dengan seorang wanita.  


“Segan?? Pemalu?? Eh biar betul Mr. Eddy ni?,” ujar Ika lalu tersenyum. 


Dia tahu Mr. Eddy hanya bergurau dengannya. Orang berkarisma seperti Mr. Eddy pemalu? Maksud dia berkarisma sebab Mr. Eddy punya daya tarikan di kalangan wanita. Dia seorang lelaki yang segak dan kacak. Sayang sekali dia sudah berkahwin dan punya keluarga. 


Kalau tidak ada chance juga dia hendak tackle Mr. Eddy yang kacak lagi tampan. Tapi tulah, dia selalu kemari di antara pukul 3 hingga ke 5 petang. Apa Mr. Eddy tidak bekerja ke?


Eddy ketawa perlahan bila Ika tidak percaya dengan apa yang di kata tadi. Sebenarnya dia tidak pemalu, hanya dia mahu seseorang menegurnya dan ramah dengannya. Kerana dia adalah pelanggan tetap R&R. Malah semua pekerja R&R tahu akan minuman kegemarannya dan baru hari ini salah seorang pekerja R&R berbual dengannya. 


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.