Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 14

MOOD aku super baik hari ini kerana Erhan membalas suratku. Walaupun aku terpaksa menunggu beberapa hari untuk menerima surat dari Erhan. Aku tetap setia menunggu. 


Setiap kali posmen lalu depan gate jantungku berdegup kencang bukan kerana aku hendak berjumpa pak posmen tapi kerana aku menanti surat dari Erhan. 


Hissh! Sudah seperti pungguk rindukan bulan aku di buatnya. Seksa pulak kerana terpaksa stalk Mr. Posmen gara-gara Erhan. 


Selama ini posmen lalu aku tidak pernah kisah pun. Kalau ada nombor Erhan kan senang. Boleh telefon..boleh ‘watsapp’ boleh ‘Line’. 


Aku juga yang gatal sangat hendak menyamar sebagai Lasindah. Apa Lasindah tidak pernah menghubungi Erhan melalui telefon sebelum ini??


“Ni dari tadi aku tengok kau senyum sampai ke telinga sebab kerja kau dah siap dan kau dah submit kerja kau pada Encik Haiqal???,” tanya Salena bila temannya seperti orang yang terkena sampuk senyum tak sudah-sudah sejak dari semalam. 


Marsha kalau mood begitu maknanya pekerjaannya sudah siap.


“Belum buat pun…nak hantar macamana,” jawabku sambil lewa. 


Tidak merasa khuatir langsung tentang kerjaku. Ah! Aku tengah mood feeling-feeling dengan Erhan mana ada idea hendak menulis. 


Aku tersenyum lagi bila teringatkan surat yang aku terima dari Erhan. Erhan menceritakan tentang ibunya yang manja dengannya dan Erhan juga menceritakan tentang adik tirinya yang comel dan lucu. Walaupun aku tidak pernah bertemu atau tahu akan rupa Erhan aku semacam dapat membayangkan Erhan bagaimana. 


“Habis happy semacam sahaja..kena loteri ke??,” tanya Ena lalu duduk di cubiclenya. Dia menaip password di keyboard.


“I think I’m in love..,” jawabku lalu tersenyum. Yes! Believe it or not. I’m in love with Erhan. Lelaki yang tidak pernah aku temui sebelum ini.


Salena berhenti menaip sebaik sahaja Marsha berkata demikian. Dia memusingkan kerusinya lalu memandang kearah Marsha.


“In Love??? Dengar siapa??? Erhan???,” tanya Ena ingin tahu.


Aku menoleh kearah Ena lalu menganggukkan kepalaku perlahan. Aku benar-benar sudah jatuh cinta pada Erhan. Ikutkan perangai Marsha yang sebenar, aku bukanlah seorang wanita yang mudah jatuh cinta. 


Benar..aku seringkali di cap wanita yang ‘Hopeless romantic’ tapi aku seorang wanita yang tidak mudah untuk jatuh cinta. Dan aku benar-benar tidak tahu kenapa hatiku begitu mudah untuk jatuh cinta pada Erhan. Aku tidak pernah bertemu dengannya apatah lagi mengenalinya. Aku hanya mengenali Erhan dari surat. Dan aku tahu aku tidak boleh mempercayainya seratus peratus kerana orang boleh menipu. Tapi aku tidak tahu kenapa hatiku yakin bahawa Erhan tidak begitu. Oh hati usah kau permainkan perasaanku.


“Kau ni dah gila eh??? Jatuh cinta pada orang yang kau belum pernah bertemu..buatnya dia orang sakit mental atau perogol bersiri baru kau tahu?? Please eh Marsha..tolong cari lelaki kat luar sana yang kau kenal perangai dan hati budinya..bukan kenal melalui surat eh..,” jawab Ena tidak merasa senang bila Marsha mengatakan dia sudah jatuh hati pada Erhan.


“Astarfirullah Al Azim..mulut kau ni ada insurance eh?? Sedap sahaja cakap Erhan orang sakit mental dan perogol bersiri..he’s nice person lah..naluri hati aku berkata bahawa Erhan adalah jodohku..In Sha Allah,” jawabku dengan penuh yakin. 


Aku kembali menaip tanpa memandang wajah risau Ena. Aku tahu Ena tidak senang hati bila aku mengatakan bahawa aku telah jatuh cinta pada mat Indon tu. Haha Mat Indon eh! Penasaran aku di buatnya.


“Jodoh kau?? Eh kau dengar sini..,” ujar Ena lalu memusingkan kerusi Marsha agar dia memandang ke arahnya. 


Dia tidak puas hati dengan angan Marsha. Sebagai seorang sahabat sejati, dia benar-benar risau akan Marsha yang angau tidak tentu hala pada mamat Indon tu.


Aku memandang wajah Ena bila dia meminta aku memandang wajahnya. 


“Aku telefon Azlee-,”


Sebaik sahaja Ena menyebut nama Azlee aku memusingkan kerusi mengadap pc aku kembali kerana aku tidak berminat hendak mendengar Ena menyebut nama orang yang membuatkan aku sakit hati. Salah satu sebab aku tidak mudah jatuh hati juga kerana mamat itu juga. 


“Marsha!! Aku belum habis cakap lagi,” ujar Ena lalu memusingkan kerusi Marsha kembali mengadap wajahnya. 


Dia tahu, Marsha tidak suka nama Azlee di sebut lagi. Tapi dia tidak ada pilihan lain. Walaupun Marsha bencikan Azlee. Ena tahu Azlee sahaja yang benar-benar tahu talk sense to Marsha. 


“Hah apa?,” ujarku dengan wajah bosan.


“I think you better talk to Azlee..-,”


“Ena..Ena kenapa aku hendak kena berbual dengan Azlee??? Sudah terang lagi bersuluh he’s not interested in me?? Kau hendak aku berbual dengan dia kenapa? Aku ada maruah juga Ena..aku tidak mahu terhegeh-hegeh pada orang yang tidak sudi,” jawabku merasa sedih bila Ena mahu aku berbuat demikian. 


Ena tahu bahawa aku selama ini bertepuk sebelah tangan. Azlee yang aku sangka sukakan padaku selama ini hanya menganggap aku teman biasa dan tidak lebih dari itu. Kini aku sudah dapat melupakan Azlee. Ena pula mahu aku mengingatkan aku pada Azlee semula.


“Tak Marsha..kau dan Azlee kan teman baik selama ini..apa salahnya kau tanya pendapat dia tentang Erhan?,” cadang Ena. 


“Nope!..,” jawabku ringkas tidak bersetuju dengan pendapat Ena untuk aku hubungi Azlee. 


Aku tidak bercadang hendak memalukan diri aku dengan menceritakan tentang Erhan kepada Azlee. Aku tidak mahu Azlee menyangka bahawa aku berperangai sedemikian kerana dia telah menolak cintaku. Walaupun ianya tidak benar kerana perasaan aku terhadap diri Erhan adalah tulus dari hatiku dan bukan kerana aku benar-benar desperate hendakkan teman lelaki atau hendak buatkan Azlee cemburu. 


Tolong sikit eh! Aku buat ini semua bukan hendak buatkan Azlee jealous. Tapi kerana aku benar-benar sukakan Erhan.


“Kau jangan buat aku khuatir Marsha..,” ujar Ena.


“Ena..listen to me..kau tak perlu khuatir tentang diri aku..aku tahu kau takut aku kecewa lagi bukan?? I’m big girl Ena..I know how to look after myself,” jawabku lalu tersenyum. 


Aku tahu Ena khuatir aku kecewa lagi. Ena seorang teman yang baik. Dahulu semasa aku frust dengan Azlee. Enalah tempat aku mengadu. 


“Betul ni?? Aku tak hendak kau kecewa lagi macam dengan Azlee dahulu..aku sedih tau tengok kau dulu,” ujar Ena lalu memeluk Marsha. 


Tiba-tiba merasa emosi. Dia sayangkan Marsha seperti adiknya sendiri.


“Heh..don’t worry, Marsha tak macam Marsha yang dulu..trust me..kalau Erhan tidak seperti yang aku bayangkan..aku ajak kau join aku bakar surat-surat dia,” ujarku lalu menepuk belakang Ena perlahan. 


Mataku tertancap kepada jejaka tampan yang berjalan arah bertentangan. 


“Speak of the Devil!,” cemuhku perlahan.


Lelaki itu membuahkan senyuman kepadaku. Aku tidak membalas senyumannya kerana hatiku masih bengkak kerana dia menolak cintaku. 


Aku bukan tidak boleh terima rejection ok. Aku boleh terima. Apa yang aku tidak boleh terima kerana Azlee seakan memberi aku harapan bahawa dia sukakan aku. 


“Siapa?,” ujar Ena lalu meleraikan pelukan.


“The Devil!! Azlee..,” jawabku acuh tak acuh lalu mengadap pc.


Lelaki itu berhenti di hadapan cubicleku.


“Hello my dear Marsha..How are you?? Ena..,” tegur Azlee mesra lalu tersenyum.


“Oh Hello Azlee,” jawab Ena bila Azlee menegur. 


Azlee Executive Editor di sport department. Kerana Azlee seorang jejaka yang single dan memiliki wajah yang tampan, dia menjadi peminat kepada ramai pekerja wanita di syarikat dan Marsha tidak terkecuali. Dan Azlee pula hanya rapat pada Marsha. Itu yang membuatkan ramai yang menyangka mereka adalah pasangan kekasih. 


Aku mengangkat wajah memandang kerarahnya lalu menjeling sekilas. Aku tidak ada mood hendak bermesra dengannya. Ni lagi satu, suka sangat beri wrong signal pada kaum sejenisku. Cara layanannya pada orang special dengan tak sama aje. Semua di layan dan dilabel ‘teman tapi mesra’.


“Kenapa ni Sha?? You marahkan I lagi?? I’m sorry ok dear,” pujuk Azlee bila Marsha tidak menyenangi kehadirannya.


Dia sangka Marsha sudah dapat menerima kenyataan dan berharap hubungan mereka akan pulih seperti dahulu. Dia dan Marsha teman rapat. Dia sukakan Marsha tidak lebih dari seorang teman. Marsha fun loving girl. 


“Eh aku tak ada masa hendak marah dengan kau Azlee..aku cuma tak ada mood hendak layan kau hari ni itu aje..tak kan itupun nak emo!!,” jawabku dengan wajah selamba. 


Pleaselah hendak manja-manja dengan aku. Ini semua salah kau Azlee. Kau beri wrong signal pada aku. Selama ini aku fikir kau sukakan aku. Rupanya kau memang player dan sweet talker Azlee. Dasar lelaki. Cemuhku dalam hati. 


Azlee tersentak bila Marsha berkata demikian. Selama ini Marsha tidak pernah ber-kau dan aku dengannya. 


Azlee menoleh kearah Ena ingin tahu kenapa Marsha berperangai demikian. Kerana Marsha tidak pernah berbual begitu padanya selama ini. Ena menjungkitkan bahunya menandakan dia tidak tahu jika Azlee mahu penerangan darinya kenapa Marsha melayannya sedemikian. 


Seriously!! Azlee tidak tahu kenapa atau buat-buat tak faham! Man can’t live with them can’t live without them!


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.