Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 32

LIEZA meletak surat dan kopi di atas meja Erhan tanpa mengucapkan Selamat pagi kepada majikannya seperti selalu. 


Dia tidak bercadang untuk berbual dengan Erhan kerana Erhan tidak menceritakan kepadanya apa yang telah terjadi pada ‘blind datenya‘ dengan so-call Lasindah. 


Kelmarin dia hanya menceritakan sedikit sahaja itupun tidak secara terperinci kerana abang Harun sudah mahu menghantarnya pulang. Dan Erhan tidak menyambung ceritanya sehinggalah ke hari ini. Hari ini dia hendak boikot Erhan. 


Erhan memandang ke arah Lieza bila wanita itu tidak menegurnya malah hanya mendiamkan diri sedari tadi. Lieza tidak sihatkah? Selalunya Lieza peramah dan tidak pendiam seperti hari ini.


“Kamu sihat Lieza??,“ tegur Erhan tanpa memandang ke arah Lieza kerana sibuk menulis sesuatu.


“Sihat..alhamdullilah,“ jawab Lieza dengan wajah selamba tanpa menoleh ke arah Erhan juga.


“Kok diam aja dari tadi..kenapa sih?,“ tanya Erhan lalu menyandarkan badannya di kerusi memandang ke arah Lieza yang sedang menepuk dan membetulkan cushion kecil di sofanya. Ia sudah menjadi pekerjaan rutin Lieza. Dia suka menghias bilik pejabatnya.


“Tak ada apa-apa,“ jawab Lieza acuh tak acuh. 


Erhan tersenyum bila mengingati kesilapannya. Dia tahu Lieza mahu tahu tentang so-call Lasindah dan dia sengaja melengah-lengahkan masa, kerana dia tidak tahu bagaimana hendak menceritakan kepada Lieza. Sebelum ini dia tidak pernah punya teman rapat wanita sebab itu dia tidak tahu bagaimana hendak berkongsi dengan Lieza. 


“Apa aku ada buat salah pada kamu??,“ ujar Erhan lagi lalu bangkit dari kerusi. 


Dia menuju ke arah sofa di mana Lieza sedang sibuk menyusun cushion.


“Tak ada,“ jawab Lieza mahu segera keluar dari bilik Erhan. 


“Eh kamu mahu lari kemana??? Duduk aku mahu kamu beritahu pada aku kenapa kamu marah amat pada aku,“ ujar Erhan lalu menarik tangan Lieza bila wanita itu mahu segera meninggalkan bilik pejabatnya.


Lieza berhenti melangkah bila Erhan berbuat demikian.


Hendak tak hendak dia terpaksa duduk di sofa bersebelahan dengan Erhan. Kalau tidak di turut mengamuk pula Erhan di buatnya. Erhan bukan boleh di percayai. Walaupun Erhan tidak lagi pemarah seperti dahulu dan perangainya sekarang lebih mesra dan senang di ajak berbual, namun dia tidak mahu ambil kesempatan ke atas diri Erhan. 


“Kamu marah sama aku kerna aku tidak menceritakan tentang dateku dengan so-call Lasindah?,“ tanya Erhan lalu menoleh ke arah Lieza.


“Ya harus marah sebab all along you cerita pada I tentang so-call Lasindah..then tiba-tiba you tak nak share dengan I,“ jawab Lieza lalu memeluk tubuh, akhirnya dia mengaku juga akan sebab kenapa dia marah pada Erhan. 


Erhan tertawa kecil bila mendengar pengakuan pembantunya. Selama ini dia marah pada Lieza. Lieza tidak pernah merajuk dengannya. 


Tapi kini pembantunya sudah pandai merajuk dengannya. Erhan sedar hubungan dia dengan Lieza semakin baik sejak ‘Lasindah‘ tiruan hadir dalam hidupnya. Dia tidak menjadi lelaki yang pemarah lagi. Malah hubungan mereka semakin akrab. Lieza sudah dianggap seperti teman rapatnya selain dari pembantu peribadi sahaja.


“Lieza..Lieza kamu lucu bangat..oklah apa yang kamu mahu tahu tentang Lasindah?,“ tanya Erhan lembut lalu memandang wajah Lieza.


“Kenapa you tak jumpa dengan Lasindah?? You don’t like her?? You don’t find her attractive??,“ tanya Lieza ingin tahu akan sebab kenapa Erhan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan datenya pada malam itu. Apa yang membuatkan Erhan berbuat begitu. 


Soalan itu yang berlegar-legar di ruang fikirannya sejak kelmarin. Dia benar-benar ingin tahu jawapan dari Erhan. 


“You were wrong..I like her! In fact, I like her a lot! malah pada aku dia lebih cantik dari Lasindah yang asli,“ jawab Erhan lalu tersenyum bila mengingati akan wajah Lasindah tiruan. Wanita itu cantik dan lucu.


“So what’s the problem???You like her a lot, but why you tidak jumpa dengan dia dan kenalkan diri you pada dia??,“ ujar Lieza lalu mengerutkan dahinya tidak faham kenapa Erhan tidak mahu bertemu dengan so-call Lasindah jika dia sendiri mengaku bahawa dia sukakan wanita itu. 


Apa yang dia tidak faham dan merasa pelik kenapa Erhan tiba-tiba back-out dari datenya pada malam itu.


“The thing is..we start off on the wrong foot..she don’t really like me in person,“ ujar Erhan perlahan memberi penjelasan kepada Lieza mengapa dia tidak bertemu Lasindah pada malam itu.


“Really!!?? That’s explains why you cakap it’s complicated,“ ujar Lieza lalu tersenyum sinis. 


Entah apa yang telah Erhan lakukan maka dia berkata demikian. Dia kenal sangat dengan perangai Erhan yang panas baran. 


“I’m sure you know me well,“ jawab Erhan tanpa mahu menceritakan kepada Lieza.


“Hai boss..jumpa minta maaf and make peace with her since you like her a lot, what are you waiting for?,“


“It’s not the time yet,“


“It’s not the time..eh boss you kasi I pening kepala lah,“ jawab Lieza mula keliru dengan cerita Erhan tentang Lasindah. 


Kata suka pada Lasindah apa lagi yang di tunggu Erhan. Buatnya Lasindah punya lelaki lain yang menunggunya melepaslah bossnya nanti. Kalau Erhan merana jawabnya dia terpaksa menghadap perangai buruk Erhan lagi. Aduh!


Erhan tidak menjawab malah tersenyum bila Lieza kelihatan keliru dan pening dengan rencananya untuk membetulkan keadaan sebelum bertemu dengan Lasindah.


“You said you always at R&R around 3 to 5pm..you mean she’s always there?? Does she knows that you are the one who wrote those letters??,“ tanya Lieza lagi.


“Yup! She always there..and don’t know who wrote the letters till now,“ jawab Erhan lalu menganggukkan kepalanya perlahan. 


Dia selalu nampak Lasindah di sana. Kadang-kadang wanita itu datang seorang dan wanita itu berteman. Pernah sekali dia lihat Lasindah di temani seorang lelaki. Itu yang membuatkan Erhan merasa musykil kerana tidak tahu akan hubungan Lasindah dengan lelaki itu. Teman lelaki atau kenalan biasa sahaja. 


Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.