Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 47

AKU menyucuk salad mengunakan garfu dengan kasar lalu aku masukkan ke dalam mulutku. 


Aku kunyah salad sambil memikirkan tentang muslihat paksu. Hissh paksu dan ED sama aja! Geram aku di buatnya! 


Aku bukan apa. Sebagai penulis untuk cover ED aku perlu menemuramah ED secara peribadi. Macam Encik Haiqal tidak tahu? 


Bagaimana aku hendak menghasilkan tulisan yang baik, jika aku tidak diberi peluang untuk berbuat demikian? Encik Haiqal memang sengaja hendak menduga aku! 


Aku menyucuk salad sekali lagi, aku masukkan kedalam mulut lalu mengunyah laju. Geram pulak bila memikirkannya. 


Si ED pun satu lenient lah sikit. Asyik dengan alasan bahawa dia private person. Yang dia berkomplot dengan Mr. Haiqal kenapa? Jika benar dia sukakan privacy. Kenapa in the first place dia bersetuju untuk berkerjasama dengan majalah penerbitan kami? Tidak masuk akal kan? 


Eddy hanya tersenyum memerhati Marsha yang sedang berperang dengan perasaannya sendiri sambil menikmati saladnya. Marsha seakan tidak sedar bahawa dia tidak bersendirian dan dia di temani seseorang. 


Marsha seolah-olah tidak menyedari bahawa dia berada di hadapannya sedang memerhatikannya sedari tadi, kerana Marsha sibuk memikirkan tentang Chief Editornya dan ED. 


Ini tidak boleh jadi! Sudah 2 kali aku terlepas. Tak apa aku akan pasang spy nanti. Haha. 


ED satu hari nanti aku akan tahu juga siapa kau. Aku tersenyum lebar lalu menganggukkan kepalaku perlahan bila memikirkan plan aku untuk memasang spy dan sekaligus menjerat ED. Dia tak akan terlepas kali ini! Dia belum kenal siapa Marsha the biggest stalker around! Senyumku lagi. 


Senyumku tiba-tiba terhenti bila aku baru perasan bahawa Eddy berada di hadapan aku sedari tadi dan dia sedang memerhatikan aku. 


OMG! Terlalu get carried away sehingga aku terlupa langsung bahawa Eddy ada sama. What the Donkey!


“Eddy! How long I’ve been this way?? Kenapa you tak tegur I?,“ ujarku kerana aku tidak tahu berapa lama aku membiarkan Eddy sendirian begitu. 


Eddy pula tidak menegur aku malah hanya membiarkan sahaja aku hanyut dengan perasaan aku. 


Pasti Eddy sangka aku wanita 3 suku kan! Sudah mengajaknya makan sama tapi dibiarkannya tanpa di layan berbual. Sorry Eddy tak sengaja.


“Lama lah juga..I tak suka menganggu orang sedang berfikir,“ ujar Eddy lalu mengunyah chicken wrapnya perlahan lalu tersenyum. 


Lucu juga dia melihat memek wajah Marsha bila sedang berfikir. Cute lah sangat.


“Oh gosh! I’m really sorry Eddy..I don’t know why I get too carried away with this whole ED thing!..You know projek ni important buat I..,“ terangku agar Eddy faham kenapa aku take this matter seriously. Ini sebab kerja. 


“It’s ok..I tahu, so you dah dapat idea atau plan untuk menjejaki ED?,“ tanya Eddy lalu mencapai napkin di atas meja dan menyerahkannya kepada Marsha kerana terdapat sos salad di hujung bibirnya. 


“How do you know I plan untuk jejak ED?,“ ujarku terperanjat. 


Aku menyambut napkin dari tangannya lalu mengelap bibirku perlahan. Oh fish! Tak bawak cermin pulak.


“Sebab I’m observant person..you have missed the spot dear,“ ujar Eddy bila Marsha tidak mengelap di tempat yang betul.


“Kat mana?? Sini?,“ tanyaku kerana aku tidak membawa cermin. 


Nasib baiklah Eddy itu hanya kawan biasa sahaja, kalau di hadapan aku adalah Erhan pasti aku rasa malu sendiri kerana makan salad pun boleh comot kan! Tak ladylike langsung.


Eddy mencapai sehelai lagi napkin dari meja lalu mengelap bibir Marsha perlahan.


Aku tergamam seketika bila Eddy spontan sahaja berbuat demikian. 


Gulp! Why do I feel funny? Ok..I don’t like this feeling. Kenapa aku tiba-tiba merasa tidak selesa? Perasaan begini hanya berlaku bila aku sukakan orang itu. 


Oh dear! Aku fikir aku sudah dapat mengatasi perasaan begitu terhadap diri Eddy, kerana aku sering mengingatkan diriku bahawa Eddy hanya kenalan dan jika pada awalnya aku suka padanya kerana infatuation dan bukan perasaan aku yang sebenar. Dan perasaan ini akan berakhir dengan sendirinya. Rupanya tidak! Oh no? What am I going to do?


“Marsha?? Are you ok?,“ tegur Eddy bila Marsha terdiam dan kelihatan pelik tiba-tiba.


“Your wife tahu you keluar lunch dengan I?,“ tanyaku tiba-tiba merasa bersalah. 


Issk kalau aku ada suami, aku tak suka jika suami aku keluar makan bersama wanita lain berdua sahaja. Walaupun teman sekerja. Aku ni cemburu orangnya. 


Haruslah ada perasaan cemburu. Bukankah cemburu itu tandanya sayang. Dan aku tidak hendak isteri Eddy menyangka aku ada hubungan dengan Eddy. Dengan cara ini aku dapat mengingatkan diri aku sendiri bahawa Eddy itu suami orang. Must know how to draw a line. Tadi sahaja aku dah feel awkward. Aku benar-benar tidak sangka Eddy akan berbuat demikian. Bahaya ni! 


“Tak..., kenapa?“ jawab Eddy lalu tersenyum. 


“Can you please message dia, cakap you lunch dengan I sekarang,“ ujarku dengan nada panik lalu mencapai handphone Eddy yang berada di atas dan menyerahkan kepadanya. 


Aku hendak isteri Eddy tahu bahawa aku dengan suaminya tidak ada hubungan apa-apa. 


“Ok..,“ jawab Eddy lalu menaip sesuatu di watsappnya.


Sayang abang keluar makan tengahari bersama Marsha hari ini. Selesai menaip dia menyerahkan handphone kepada Marsha.


Aku menyambut handphone dari tangan Eddy. Sebaik sahaja membaca message yang bakal Eddy sampaikan kepada isterinya aku tersenyum merasa puas hati. 


Handphone aku serahkan kepada Eddy semula.


“Ada apa nak tambah lagi?? No?? Dah boleh send?,“ usik Eddy lalu tersenyum. Dia menekan butang send.


“I know you sindir I..I buat begini agar your wife tak suspect kita berdua ada hubungan,“ ujarku tidak kisah jika Eddy fikirkan aku wanita pelik. Lantaklah! Aku tak kisah pun.


“I tak kata apa pun? It’s kind new to me..selama ini I keluar makan dengan wanita lain tak pernah wanita itu meminta I message my wife cakap I keluar dengan dia, mereka kalau boleh tidak mahu my wife tahu?,“ ujar Eddy.


“Wanita lain?? You ramai kawan wanita ke Eddy??,“ soalku dengan nada terperanjat.

 

Apalah Marsha?? Soalan bodoh tu? Macamlah kau naive sangat. Orang kacak seperti Eddy wanita mana yang tidak berkenan? 


Eddy tidak menjawab pertanyaan Marsha dia hanya tersenyum lalu meneguk coffeenya perlahan. Sengaja tidak mahu menjawabnya dan membiarkan soalannya tergantung begitu. 


“Men!!,“ komen aku selamba lalu mencapai orange juiceku lalu menyedutnya perlahan. 


Semua lelaki sama pattern kan! Malas aku hendak komen lebih-lebih.


Eddy tersenyum gelihati bila Marsha berkata demikian. 


Eddy mencapai handphonenya sebaik sahaja dia menerima pesanan Watsapp! 


Eddy membuka pesanan yang di terima Lieza. Pesanan dari Lieza di baca, bibirnya menguntum senyum. Lieza lucu juga orangnya!


Ok Luv enjoy your lunch! Xoxo 


Eddy menyerah handphonenya kepada Marsha agar dia dapat membaca pesanan yang di terima dari isterinya. 


Aku menyambut. Aku sudah dapat mengagak pesanan yang Eddy terima itu dari isterinya. 


Ok Luv enjoy your lunch! Xoxo.. Really???!! Itu sahaja yang di tulis wife Eddy. Ok..it’s not what I have expected. Aku fikir isterinya akan berkata ‘Ok I’m coming over to join you‘ berserta icon smirk smile face atau paling tidak pun messagenya berbunyi begini ‘please behave yourself‘ ditambah dengan icon angry face. Isteri Eddy tidak merasa cemburu kah? Sporting betul. Kalau aku dak eh sporting gitu! Maut ah wanita yang keluar bersama suami aku kerjakan nanti.


“Ok..baru lega hati I,“ jawabku meletak handphone Eddy kembali di meja. Tidaklah aku merasa bersalah sekarang.


“Plan apa yang you hendak buat untuk jejak ED?,“ Eddy mengulangi soalan yang di ajukan kepada Marsha awal tadi sebelum Marsha meminta dia menghantar pesanan kepada isterinya.


“I nak pasang PI untuk spy ED,“ jawabku lalu tersenyum penuh makna. 


Takde maknanya aku hendak engage khidmat PI buat buang duit aje. Gila apa! Pandailah aku minta tolong dan upah budak-budak kat opis aku tu. Bukan tak biasa buat pun, aku hendak minta tolong dengan Nizam photographer department hiburan paparazi. Dia tu expert bab-bab gini.


“To that extend??,“ ujar Eddy lalu ketawa kecil tidak menyangka Marsha mahu memasang spy untuk menjejak ED.


“Dah dia leave me with no choice!,“ jawabku tersenyum lagi. Biar Eddy tahu aku bukan wanita yang jenis mengalah sebelum berjuang.


“Ok..I wish you good luck in finding ED,“


“Well..Thank you,“ 


Previous: Bab 46
Next: Bab 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.