Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 38

AKU melabuhkan punggung di atas sofa tidak jauh dari tempat aku dan Eddy selalu duduk bila setiap kali aku berada di R&R Bistro. 


Sofa itu tidak di huni sesiapa pun, akan tetapi di atas meja tersebut terletak tanda reserved. Aku merasa hairan kerana selama ini meja itu tidak pernah di reserved sesiapa dan kenapa meja itu di reserved? Sedangkan terdapat beberapa meja yang kelihatan kosong kerana waktu-waktu begini dan hari biasa jarang penuh. 


“Cik Marsha, kenapa tak duduk tempat biasa?,“ tegur Elena bila dilihatnya Marsha regular customernya duduk di sofa lain dan tidak duduk di tempat biasa.


“Meja tu dah direserved.., tak apalah mana-mana duduk pun sama..tak ada bezanya,“ jawabku lalu tersenyum. 


Aku menanggalkan scraf yang aku ikat di leherku lalu memasukkannya ke dalam bag. Entah apa mimpi hari ini aku hendak berscraf bagai. Feeling-feeling Audrey Hepburn pulak.


“Meja tu ada orang reserved untuk cik Marsha dengan Mr. Eddy sebab tu kita letak tanda reserved,“ jawab Elena.


“Ada orang reserved untuk kita??? Siapa??,“ ujarku terperanjat bila mengetahui bahawa meja itu di reserved untuk kami. Huh? 


“Entah! Saya pun tak tahu Cik Marsha,“ jawab Elena lalu berjalan pergi.


Oh ok! Ah mesti Eddy yang reserved..siapa lagi kalau bukan dia? Bukankah Eddy regular customer R&R. Sebut tentang Eddy mana pula mamat ni? Tak nampak batang hidungnya sedari tadi? Hai rindu pula aku dengan si Eddy ni? Kalau dahulu aku ke R&R sebab aku suka lepak baca novel dan santai-santai di sini. Tapi sejak akhir-akhir ni aku ke R&R sebab hendak bertemu dengan Eddy. 


Sedang aku leka membaca novel Sophie Kinsella. Tiba-tiba aku di kejutkan kehadiran seseorang menghidangkan Iced Hazelnut Latte dan Chicago cheese cake, sedangkan aku belum membuat pesanan lagi.


“Eh Elena..I belum order lagi? Siapa yang order ni?,“ tanyaku pelik kerana diterima minuman kegemaran aku minus cheese cake sebab aku tidak pernah memesannya sebelum ini. Pasti Elena tersilap menghantar pesanan.


“I yang orderkan untuk you...,“ tegur seseorang membuatkan kami berdua tersentak terperanjat. 


“Oh you..thanks Eddy..ingatkan secret admirer mana yang orderkan minuman kegemaran I tadi,“ ujarku lalu tersenyum meleret bila mengetahui Eddy yang memesankan air untuk aku. Ala sweetnya mamat ni!


Eddy tidak menjawab malah tersenyum bila Marsha berkata demikian. Dia duduk di sofa kosong di hadapan Marsha. 


Hari ini dia tidak membawa sebarang buku. Dan Eddy kelihatan lain sangat hari ini, kerana dia kelihatan segak mengenakan jaket hitam dan bertie. Seperti orang baru pulang dari meeting atau conference.


“No hot drinks! Mana buku you?,“ tanyaku pelik bila jejaka itu menyedut green tea latte dan bukan minuman biasa yang selalu di pesan bila dia disini, dan aku perasan Eddy tidak membawa sebarang buku hari ini. 


“Tukar selera hari ini...today I don’t feel like reading..,“ jawab Eddy sambil lewa lalu tersenyum.


Hailah! Boleh tergugat iman bila melihat wajah kacak Eddy dan bila dia membuahkan senyuman, boleh cair hatiku di buatnya. 


Alangkah beruntungnya aku jika kau adalah Erhanku..Eddy? Aku hanya boleh bermimpi kerana lelaki itu sudah di miliki. Dan setelah aku bertemu dengan Erhan, aku tidak akan bertemu dengan Eddy lagi. 


“Why are you smilling??,“ tegur Eddy bila Marsha tiba-tiba tersenyum bila dia berkata demikian. 


“Ah nothing..I’m just nervous about my so-call date with Erhan,“ jawabku memberi alasan begitu kerana aku tidak mahu Eddy menyangka aku berangan tentang dirinya.


“Nervous! Kenapa??,“ ujar Eddy lalu meletak green tea lattenya di atas meja. Dia menanggalkan tali leher yang menjerut lehernya. Tali leher itu di simpan ke dalam poket jaketnya.


Alahai cutenya! Ganteng sungguh jejaka di hadapan aku ni.


“Erhan wants me to go somewhere,“ jawabku lalu mencapai Iced Hazelnut Latte dan menyedutnya perlahan. 


Hatiku masih berbelah bagi samada mahu ke tempat yang di suruh Erhan ataupun tidak. Aku bertemu dengan Eddy hari ini pun kerana aku mahu sudut pandangannya tentanga pertemuan pelik yang di rancang Erhan. 


“Oh Finally!!..Where are you meeting him??,“ tanya Eddy penuh minat bila Marsha mengatakan Erhan mahu bertemunya.


“KLCC garden..,“ jawabku perlahan tidak begitu teruja.


“Garden?? First date dah ajak pergi garden?,“ usik Eddy lalu tersenyum.


“I knew you would say that..actually is not a ‘Date‘..he told me he won’t be there..,“ jawabku lalu meletak Iced Latte di atas meja. 


Tidak mengerti akan niat Erhan mahu aku ke sana sedangkan dia tidak akan berada di sana. Apa tujuannya mahu aku kesana.


“Oh I see...,“ jawab Eddy lalu tersenyum lebar.


“You tak merasa pelik dengan permintaan Erhan ke??,“ tanyaku bila Eddy tidak kelihatan terperanjat bila aku memberitahunya tentang permintaan Erhan.


“Pelik?? Apa yang peliknya?,“ soal Eddy kembali.


“Yalah suruh I ke tempat itu tapi dia tidak akan berada di situ..apa tujuannya?,“ tanyaku ingin tahu.


“I really don’t know Marsha..,“ jawab Eddy mengelengkan kepalanya perlahan lalu tersenyum.


Aku menyandarkan badan di sofa lalu mengeluh kecil. Great! Eddy tidak mahu membantu aku. Bukan kerana Eddy tidak tahu tapi dia tidak mahu memberitahu aku. 


Aku kenal sangat dengan perangai Eddy. Jika ada perkara yang tidak di fahami dia akan bertanya dan jika dia faham akan maksud Erhan dia hanya mendiamkan diri dan tidak bertanya lagi. Dan aku benar-benar yakin bahawa Eddy faham akan maksud Erhan hanya dia tidak mahu berkongsi apa yang dia tahu itu pada aku. 


“You don’t look excited at all,“ ujar Erhan lalu mencapai garfu kecil yang di sediakan lalu memotong cheese cake kepada dua bahagian. 


Sebahagian cake itu di pindahkan kepada piring kosong yang telah di sediakan. Dia menyerahkan cheese cake yang sebahagian itu kepada Marsha. Marsha menyambut.


“Mungkin I keliru tentang perasaan I terhadap diri Erhan..,“ ujarku lalu menyuap cheese cake ke dalam mulutku.


“What do you want to know..,“ ujar Eddy lalu meletak piringnya di atas meja bila Marsha menyatakan dia tidak tahu akan perasaannya terhadap diri Erhan sekarang.


Aku tersenyum gembira bila Eddy berkata demikian. Aku tidak tahu kenapa Eddy suka melayan dan membantu aku untuk menghuraikan persoalan aku tentang Erhan. 


“Kenapa Erhan mahu I ke tempat yang di minta?,“ soalku ingin tahu.


“I tak pasti sebab apa Erhan mahu you kesana..apa yang boleh I beritahu you..I suspect that Erhan might be someone you know and close to you, you don’t realized that sebab dia gunakan nama nick untuk menyembunyikan identitynya yang sebenar, or maybe ‘Erhan‘ is just a nickname, who know’s?,“ ujar Eddy mendatar lalu memandang wajah Marsha.


“Someone that I know??!! Serious!!, Oh my!! Could be anybody right??,“ ujarku terperanjat besar bila Eddy berkata demikian. 


Betul ke apa yang Eddy katakan! Tidak pernah terlintas di fikiranku selama ini. Jika benar apa yang Eddy sangka. Siapa Erhan? Aku menoleh ke arah sekeliling R&R mencari-cari wajah familiar yang selalu aku lihat setiap kali aku berada di sini.


Eddy memandang wajah Marsha dengan wajah bersahaja.


“Ok now you making me nervous,“ jawabku merasa serba tidak kena bila memikirkan mungkin salah seorang pengunjung R&R adalah Erhan.


Eddy tersenyum meleret bila Marsha berkata demikian. Dia tidak berniat hendak membuatkan Marsha merasa demikian. 


“Do you really think that Erhan could be anyone here??,“ tanyaku lagi seakan berbisik khuatir orang lain terdengar akan perbualan kami. 


Kebetulan seorang lelaki yang sedang duduk bersendirian yang juga menepati criteria Erhan menoleh ke arah aku dan membuahkan senyuman. Aku membalas senyumannya sekilas lalu memandang ke wajah Eddy semula kerana merasa tidak selesa. Oh gosh! Terasa suspen pulak kan.


“Boleh jadi lelaki yang duduk sebelah kita?..Or mungkin your good friend Azlee?? Or the guy yang you always talked about...siapa nama dia..ED??,“


Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.