AKUmelangkah masuk ke dalam restoren pilihanErhan. Jantung aku berdegup dengan pantas sepanjang perjalanan aku menuju kerestoren itu. Red Bean Bag Café diPublika, Solaris Dutamas.
Sudahberpuluh ayatul kursi aku baca untuk mendamaikan hati aku. Ya Allah! Nervousnya hanya Allah sahaja yang tahu.
Hampirsahaja aku mengambil keputusan untuk berpatah balik ke rumah dan tidak mahu meneruskanperjalanan aku ke restoren tersebut untuk bertemu dengan Erhan hari ini, keranarasa diri ini belum bersedia untuk bertentang mata dan bersua muka denganErhan.
Aduhlemah semangat aku di buatnya. Jika Salena tidak memaksa aku dan tarik aku bangunkatil. Dan paksa aku bersiap untuk makan malam dengan Erhan tadi. Aku pastimasih berada di atas katil dan tidak mahu keluar rumah. Tiba-tiba menjadiseorang pengecut.
Akumengekori pelayan menuju kearah meja yang di tempatkan untuk dua orang. Sengajaaku meminta pelayan memberikan kami meja outdoorkerana cuaca dan suasana malam ini sejuk dan nyaman sekali. Lagipun jika akutidak berkenan pada Erhan mudah sahaja untuk aku cabut lari kalau duduk outdoor kan?
Lemahlututku hendak mengatur langkah menuju kearah meja tersebut. Temujanji kami jam8.00 malam aku tiba 15 minit awal.
Akumengeluarkan novel In the Groove daribagku lalu aku letakkannya di hujung meja agar mudah untuk Erhan mengenali aku.Di surat kami tidak mendedahkan apa-apa tentang diri kami. Ini membuatkanpertemuan kami bertambah suspen. Aku tidak tahu samada Erhan seorang jejakayang tinggi atau rendah? Kurus atau gemuk? Muda atau tua? Cerah atau gelap? Erhanjuga tidak tahu tentang diriku. Ini baru betul-betul dinamakan blind date.
Bagaimanakami hendak mengenali antara satu dengan lain? Erhan meminta aku membawa novel kegemaran aku bersama dan diameminta aku meletak buku itu di hujung meja. Erhan tahu akan Novel kegemarankukerana aku pernah menceritakan kepadanya aku pengemar buku novel cinta. Dan akupernah menceritakan kepadanya salah satu novel kegemaran aku ‘In The Groove’. Maka Erhan meminta akumembawa Novel itu bersama agar mudah untuk dia mengenali aku.
Jantungkuberdegup kencang bila jarum jam menunjukkan tepat ke 8.00 malam. Bila-bila masasahaja Erhan akan masuk ke dalam restaurant. Ya Allah! Aku menjadi tidak keruanbila memikirkannya.
****
Erhanmelirik kearah jam di tangannya. Dia sudah terlewat 20 minit gara-gara kesesakanjalan raya dan dia tidak dapat tiba tepat pada masa.
Diasengaja memilih restoren yang cosydan santai kerana ini adalah pertemuan mereka yang pertama. Dan Erhan mahumereka berada di dalam keadaan yang selesa santai. Dalam perjalanan ke Red Bean Café, Erhan sempat melirikkearah Café tersebut kerana Café itu berada di tingkat 2. Dan café tersebut punya outdoor seat.
Diatidak pasti so-call Lasindah memilihmeja outdoor atau indoor. Namun matanya tertarik pada bukunovel yang di baca oleh seseorang yang duduk di salah satu meja outdoor. ‘In the Groove’. Mungkinkah itu Lasindah? Detik hati Erhan.
Diatidak dapat melihat wajah wanita itu kerana wanita itu sedang leka membacanovel itu. Erhan memhentikan langkahnya dan duduk di bangku berdekatan.Tiba-tiba merasa gementar kerana dia sudah ternampak bayang Lasindah. Wanitaitu mengenakan skirt panjang berwarna baby pink dan blouse berwarna putih.
Erhanbangkit dari kerusi menarik nafas lalu di hembuskan perlahan. Bismillah,bisiknya dalam hati ingin mengatur langkah menuju ke restoren bila wanita yangmembaca novel ‘In the Groove’ itumenutup bukunya lalu di letakkannya di atas meja seperti yang di janjikan.
Handphone Erhan berdering tiba-tiba dan langkahnyaterhenti sebaik sahaja terpandang wajah wanita itu.
****
Akumelirik kearah jam di pergelangan tanganku. Merasa resah dan gelisah sendiribila Erhan tidak muncul-muncul setelah menunggu hampir setengah jam lamanya.
KenapaErhan lewat sehingga setengah jam? Lewat di sebabkan kesesakan lalu lintas?Lewat di sebabkan di timpa kecelakaan? Astarfirullah Al Azim. Hatiku menjaditidak keruan sendiri.
Sedangaku tertanya-tanya dalam hati kenapa Erhan lewat. Aku menjadi lebih gelisahbila terpandang akan wajah seseorang yang paling aku tidak gemari berdiri dihadapan kaunter.
Terdapatbanyak restoren dan café di KL ini.Restoren ini juga menjadi tempat pilihannya? Mungkin juga dia tinggal di daerahberdekatan.
Lelakiitu berdiri di kaunter meneliti menu dan tidak perasankan aku. Dia sendirian???Eh tidak bila aku dapati seorang wanita dan anak kecil yang aku lihat tempohhari datang menyertainya.
Aduh!Janganlah dia mengambil keputusan untuk makan malam di sini. Doaku dalam hati.Seakan tahu aku sedang berbicara dalam hati tentang dia. Lelaki itu menoleh kearahku spontan.
Oh fish! Aku cepat-cepat membuka buku novel bertujuanmenyembunyikan wajahku agar dia tidak perasankan aku. Aku mengeluh lega keranapasti lelaki itu tidak perasankan aku tadi, kerana dia bersama wanita dan anakkecil itu berjalan melintas mejaku tanpa menoleh kearah aku.
Fuh!!Aku menutup novel lalu meletak buku itu di hujung meja. Sekali lagi aku melirikkearah jam di pergelangan tanganku. Mana Erhan?? Sekarang ini sudah masuk jam8.40. Erhan bukan sahaja lewat setengah jam tapi lewat 40 minit? Apa yang telahterjadi pada Erhan? Erhan tidak seperti seorang lelaki yang suka memungkirijanji.
“Hello..I can’t believe it’s you again..whata coincidence!,” sapaan seseorang dari belakang membuatkan aku terperanjatkatak dan hampir sahaja jantungku berhenti berdegup.
“AstarfirullahAl Azim..,” ujarku lalu mengurut dadaku perlahan.
Diaduduk di belakang aku rupanya. Fish headcurry betul. Aku tidak menjawab malah mengambil keputusan untuk tidakmelayan sapaannya.
Please lah eh? Aku bukan kawan dia atauteman dia. Kenapa pula aku hendak melayan dia. Issk! Kalau boleh aku strangle mamat ni, dah aku strangle. Menyibuk pulak! Apalahmalangnya nasib aku boleh bertemu dengan dia, bila aku hendak keluar denganErhan. Mana pergi isteri dan anaknya? Tadi bukankah mereka masuk ke dalamrestoren bersama. Hmm! Mungkin isteri dan anaknya ke tandas maka dia beranimenegurku.
“Adadate ke malam ni?,” tanyanya lagitidak berpuas hati kerana wanita yang dikenali sebagai Marsha itu tidakmenjawab sapaannya.
Akumenjeling meluat bila lelaki yang aku tidak kenali namanya itu sibuk bertanyasamada aku punya date malam ini.Kalau ye pun ada tak ada maknanya aku hendak share maklumat dengannya.
Eddymengerutkan dahinya, bila Marsha tidak menjawab pertanyaannya. Dia bangun darikerusinya lalu berpindah di kerusi bertentangan Marsha.
Akumembesarkan bola mataku bila lelaki yang tak diundang itu, tiba-tiba duduk dihadapanku. Iskk apa masalah lelaki ini? Mental barangkali? Dia gila kesuka-suka duduk kerusi depan aku. Apa dia tidak takut jika isterinya ternampak.Dan kenapa dia begitu berani?? Apa dia tidak puas hati bila aku tidakmelayannya tadi.
“Ehkenapa you duduk sini?? I’m expecting someone.., so please leave,”ujarku dengan nada tidak puas hati.
Gerampula bila mamat itu selamba badak sahaja duduk di kerusi yang aku khaskan buatErhan.
“Jadiyou ada datelah?,” ujar Eddy masih tidak berganjak dari tempat duduknyabila wanita itu berkata demikian.
“MYOB!!!..So please leave!,” jawabkumalas hendak melayan karenah lelaki itu.
Mood aku sudah bertukar menjadi bosandisebabkan kehadiran lelaki itu. Aku tidak mahu lelaki itu berada di sini bilaErhan sampai nanti.
“Why don’t I keep you company till your datecome?,” ujar Eddy lagi.
“Ehyou gila eh..!,” ujarku lalu memandangtepat ke wajah lelaki itu dengan perasaan jengkel.
Benar-benartidak senang dengan perbuataannya. Kenapalah aku boleh terjumpa dengan mamatjengkel ni hari ini? Lagipun aku tidak mahu punya masalah jika isteri mamatsibuk ni menyerang aku nanti.
“Can I ask you something??,” tanya lelakiitu.
“Promise me that you will leave jikajawab soalan you,” jawabku lalu memandangkearah seorang lelaki yang baru masuk ke dalam restoren seorang diri.
Lelakiyang duduk di hadapan aku turut menoleh kearah tempat wanita itu melemparkanpandangan, bila dilihatnya wanita itu kelihatan tidak senang duduk ketikaseorang lelaki berjalan menuju kearah mereka.
Mungkinkahlelaki itu adalah Erhan? Lelaki yang kelihatan decent dan matang itu, membuahkan senyuman ke arahku. Jantungkuberdegup kencang bila dia menghampiri meja aku.
“I think you better leave…my date is here,”ujarku lalu memandang wajah lelaki yang duduk di hadapan aku meminta dia bangundari kerusi yang aku khaskan buat Erhan.
“Ok..,”ujarnya ringkas ingin berdiri. Bila wanita itu mengatakan datenya sudah tiba.
Namunsebaik sahaja lelaki yang wanita itu mengatakan datenya melintas meja meraka tanpa menegur wanita itu. Dia kembalidudukdi kerusi tadi lalu membuahkan senyuman kepada wanita di hadapannya.
Akumengeluh hampa bila lelaki itu bukannya Erhan. Aku dapat merasakan bahawa Erhantidak akan datang kerana bukan sahaja dia lewat 40 minit tapi sudah satu jamlamanya.
Apayang telah terjadi pada Erhan? Aku menjadi tidak senang hati memikirkan Erhan.Takut perkara yang buruk berlaku ke atas diri Erhan maka dia tidak dapat datangbertemu denganku.
“You mean you don’t know who is your date??How interesting is that?,” ujar Eddy tersenyum lagi bila menyedari bahawa date wanita itu adalah seorang lelakiyang wanita itu sendiri tidak kenali. Jika sangkaannya tidak benar masakan diatidak mengenali siapa datenya?
“Look Mr.-,”
“Eddy,”jawab Eddy ringkas.
“Mr.Eddy…I tak kenal you dan bukan juga kawan you..soplease leave jangan hendak menambahkan sakit hati I,” jawabku dengan nada sedih.
Akubenar-benar merasa kecewa dan sedih. Air mataku mula bertakung di kelopakmataku. Aku tidak tahu kenapa aku begitu emosi malam ini. Mungkinkah Erhantidak bertemu denganku kerana dia tahu bahawa aku bukan Lasindah. Mungkin Erhankemari tadi, tapi sebaik sahaja melihat wajah aku dia mengambil keputusan untukmenarik diri. Pelbagai soalan singgah di benak fikiranku.
Eddyterdiam bila wanita berkata demikian. Dia tidak berniat hendak menambah sakithati wanita itu. Jika wanita itu merasakan kehadirannya menyakitkan hati, dia akanmeninggalkan wanita itu sendirian dan tidak menganggunya lagi.
“I’m sorry..but before I go..I just want toask you..why do you hate me so much?,” tanya Eddy ingin tahu sebab mengapawanita itu begitu benci padanya. Adakah kerana sebab mereka seringkali salahfaham membuatkan wanita itu merasa jengkel dengannya.
“I don’t hate you..I just don’t like you..I’msorry,” ujarku dengan wajah serious.Aku sedikitpun tidak merasa kesal bila berterus terang pada lelaki itu.
Lelakidi hadapan aku agak tersentak mendengar pengakuan jujur aku.
Diabangkit dari kerusi tanpa berkata apa mungkin dia terasa hati dengan carapercakapan aku tadi. Lantaklah! Aku tidak kisah lagi jika dia terasa kerana diatidak penting dalam hidup aku. Aku hanya khuatir tentang Erhan.
Akuperasan isteri Eddy dan anak lelakinya kembali ke tempat mereka. Aku mengeluhperlahan. Aku sudah dapat merasakan bahawa Erhan tidak datang bertemu denganaku kerana sudah hampir satu jam setengah aku berada di sini.
Denganperasaan hampa aku bangkit dari kerusi mencapai buku dan bag tanganku. Akusedar lelaki itu menjeling ke arahku namun aku tidak peduli dengan jelingannya.
Akutidak sanggup berada di restoren itu lebih lama kerana aku tidak mahu lelakiitu mempersendakan aku. Aku benar-benar kecewa kerana diri ini dipermainkanlagi. Sampai hati Erhan! Sampai hati dia buat aku begini. Air mataku mengalirperlahan tanpa dapat aku tahan.