Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 34

AKU meletak gagang telefon kembali dengan perasaan sebal. Nombor yang diberi tidak lagi dalam perkhidmatan. 


Bagaimana aku hendak buat kerja dengan lancar jika aku tidak dapat menghubungi orang yang aku perlu temuramah? 


Aku kembali mengadap komputer lalu menaip sesuatu. Semalam aku menaip pelbagai soalan untuk aku jadikan panduan ketika hendak menemuramah ‘ED‘. 


Kononnya hari ini aku mahu menghubungi ED dan mahu bertemu dengannya. Tapi usahaku untuk menghubungi ED tidak berhasil kerana nombor yang diberi tidak di dalam perkhidmatan. Pelik! Masakan Mr. Haiqal beri salah nombor kepadaku. Aku berhenti menaip. Fail ‘ED‘ aku capai lalu berjalan menuju ke arah bilik Mr. Haiqal.


“Anna I nak jumpa dengan Mr. Haiqal..dia free tak?,“ tanyaku sebaik sahaja berhenti di hadapan meja Anna. 


Walaupun Mr. Haiqal itu pakcik aku. Tapi aku tidak boleh sewenang-wenangnya pergi bertemu dengan dia. 


“I think he’s free,“ ujar Anna tanpa memandang wajah Marsha kerana dia sibuk menaip sesuatu.


“Ok thanks,“ jawabku menuju ke arah bilik Mr. Haiqal. Dari jauh aku lihat Mr. Haiqal asyik membaca sesuatu. 


Pintu biliknya aku ketuk perlahan. Haiqal memandang ke arah pintu lalu menganggukkan kepalanya perlahan tanda dia izinkan aku masuk ke dalam biliknya.


“Paksu nombor ED yang paksu beri tu betul ke?? I've tried to call him but not successful..,“ ujarku lalu duduk di kerusi berhadapan dengan mejanya.


“Nombor ED??? I don’t recall that I give you his phone number..if you need to interview him you can only do that through phone,“ ujar Haiqal lalu mencapai fail yang di beri kepada Marsha tempoh hari. 


Walaupun ED bersetuju ceritanya di siarkan di majalahnya, namun ED masih belum bersedia untuk bertemu dengan penulis yang bertanggungjawab menulis tentang dirinya. Dia hanya bersedia untuk ditemuramah melalui telefon sahaja.


“You kidding aren’t you? How can I possibly write about him through interview from telefon..,“ ujarku dengan wajah terperanjat. 


Interview melalui telefon? Patutlah Mr. Haiqal memberi assignment ini kepadaku, kerana dia tahu tiada siapa yang mahu bekerja dengan orang yang tidak dapat bekerjasama dan memudahkan penulis seperti kami. 


“Permintaan ED, Marsha! Awak harus hormat hasrat ED,“ jawab Haiqal bila Marsha tidak senang dengan arrangement yang dibuat diantara ED dengan Editornya.


“I've started to hate him already..,“ ujarku dengan wajah kurang senang kerana ia tidak memudahkan tugas aku. 


Dan aku percaya setiap panggilan telefon yang akan aku lakukan. Mr. Haiqal pasti ada bersama. No privacy at all. Dan kenapa si ED mahu syarikat kami menceritakan tentang dirinya tapi dia sendiri masih belum bersedia untuk mendedahkan imejnya? Pelik!


“Him??? Did you say ‘Him‘?,“ ujar Haiqal terperanjat mendengar komen Marsha. Bagaimana Marsha tahu ‘ED‘ seorang lelaki sedangkan dia tidak pernah memberitahu Marsha akan jantina ED.


“Yes...Him,“ jawabku dengan wajah bosan. 


“Macamana awak tahu ED lelaki??,“ tanya Haiqal lalu memandang wajah Marsha dengan pandangan hairan. Apa Marsha sudah tahu siapa ED dan pernah bertemu dengannya?


“I’ll guess..if dia tidak? Good!..but jika dia lelaki..then dia lelaki yang cerewet,“ komenku dengan wajah selamba. 


Pertama kali aku mengadu tentang hal keburukkan ED. Penulis idola ku. Seriously what’s wrong with me? Entah kenapa mood aku sejak akhir-akhir ini tidak berapa baik. Semua aku rasa tidak kena pada pandangan mataku. 


Sejak aku pulang dari ‘The Bee‘ mood aku tidak begitu baik. Aku cemburu melihat isteri Eddy. Eddy kelihatan bahagia bersama wanita itu. Kenapa aku tidak kenal Eddy dari dahulu lagi? Kenapa baru sekarang, setelah dia sudah dimiliki? Perasaan aku terhadap diri Eddy semakin hari semakin sukar untuk aku tafsirkan. Aku cuba menafikan bahawa aku suka padanya, kerana selama ini aku menyangka aku dapat mengawal dan mengikis perasaan aku terhadap dirinya dengan mudah. 


Dahulu semasa aku sukakan Azlee aku tidak pernah berperasaan sedemikian. Setelah aku tahu hati Azlee bukan untukku. Ya..aku kecewa dan sedih merasa diri tertipu, walaupun sukar, namun aku dapat mengatasinya. 


Tapi dengan Eddy aku tahu aku tidak dapat memiliki hatinya kerana aku terlebih dahulu tahu bahawa dia sudah beristeri. Tapi kenapa aku tidak dapat melupakanya? Kenapa perasaan sayang aku terhadap diri Eddy semakin hari semakin menebal, manakala sayang dan cintaku terhadap diri Erhan semakin hari semakin menipis. 


Haiqal mengerutkan dahinya bila Marsha memberi komen sedemikian. Kenapa dengan Marsha hari ini. Selalunya dia tidak macam ini. Bila sebut sahaja nama ‘ED‘ dia akan merasa teruja tapi hari ini wajahnya tidak menunjukkan bahawa dia teruja. Dia kelihatan bosan dan tidak ada mood. 


“You ada masalah Marsha?,“ tegur Haiqal bila di lihatnya Marsha moody sebegitu. 


Dia kenal Marsha. Seorang wanita dreamer. Hopelessly romantik dan kerana dia memiliki sifat begitu jarang sekali dia lihat Marsha moody dan merasa frustrated. 


“Tak ada masalah..yang ada masalah your favourite mysterious writer?? Seriously how can I do my job properly dengan this kind of arrangement?? Is he trying to sabotage my promotion, I don’t know whether I can do this anymore!..you cari sahajalah orang lain to cover ED story,“ ujarku lalu bangun dari kerusi tanpa sempat Mr. Haiqal memberi komen, aku sudahpun keluar dari biliknya. Aku malas hendak mendengar alasan Mr. Haiqal. Manjakan ED sangat! Biar Mr. Haiqal sendiri yang layan karenah cerewet ED. Panas hati aku dibuatnya. Lantaklah samada Mr. Haiqal dan Puan Sarah hendak promote aku atau tak! Aku sudah tidak kisah lagi.




*****



Erhan mengelus lembut rambut perang Eryan yang sedang tidur kepenatan di sofa. Dia ingin membawa Eryan makan malam di tempat lain namun anak kecil itu tidak mahu. Dia mahu terus berada disini kerana mahu melihat Mas Khairul menyanyi katanya. Erhan tersenyum sendiri melihat gelagat si kecil. Eryan benar-benar menghiburkan hatinya. 


Erhan melirik ke arah Lieza dan Khairul yang sedang berbual mesra. Dia tersenyum lagi melihat pasangan dua sejoli itu kelihatan bahagia. Hatinya pula merasa sedikit sayu. Dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia dan Lasindah bertemu dua mata. Perasaannya terhadap diri Lasindah sudah nyata. Dia cinta dan sayangkan wanita itu. 


Dan perasaan itu semakin menebal dari hari ke sehari. Benar kata Lieza apa yang membuatkan dia menunda pertemuan mereka? Dia tahu akan perasaannya sebaik sahaja terpandang akan wajah Lasindah buat pertama kali di Red Bean Bag Café. Malah dia merasa terperanjat dan tidak menyangka wanita itu adalah Lasindah. 


“Boss..Khairul kata your voice memang superb! Seriously I didn’t know you can sing that well,” ujar Lieza lalu duduk di sofa bertentangan dengan Erhan. Lieza meletak gelas berisi fresh orange di meja hadapannya. 


“Terima kasih..aku nyanyi suka-suka more to hobby..mana Khairul sudah pulang?,” tanya Erhan bila Khairul sudah tidak kelihatan bersama dengan Lieza.


“Khairul pergi Gents..boss I nampak the same lady yang kita jumpa kelmarin?? She’s with her girlfriend kenapa tak ajak join kita tadi?,” tanya Lieza lalu menyedut fresh orangenya.


“Kamu nampak dia?,” ujar Erhan mencapai gelas berisi air putih lalu meneguknya perlahan.


“Ya..dia ada kawan bernyanyi kat sini juga ke?? What a small world kan!,” jawab Lieza.


Erhan meletak gelas itu kembali di atas meja lalu berdehem kecil. Matanya melirik kearah Khairul yang berjalan kearah sekumpulan lelaki yang menunggu giliran untuk bernyanyi. Menurut Lieza, tunangnya Khairul juga sering bernyanyi di mana-mana pub dan dia punya ramai kenalan yang memiliki bakat yang sama. Iaitu menyanyi. Sebab itu dia mengundang Lieza dan Khairul kemari. 


“Ah Lieza..aku ada sesuatu hendak share dengan kamu,” ujar Erhan lalu menyandarkan badannya di sofa. 


“Share? Share apa?,” tanya Lieza bila Erhan tiba-tiba kelihatan serious. Apa bossnya hendak berkahwin? 


Jika benar dengan siapa? Setahunya Erhan suka pada so-call Lasindahnya. Dan menurut Erhan dia masih belum bertemu dua mata dengan wanita itu kerana dia belum bersedia. Apa yang dia hendak share dengannya? Erhan mahu pulang ke Jakarta terus?


“Aku punya nick name,” ujar Erhan lalu memandang wajah Lieza.


“Boss you beri I suspen ajelah..I've thought you hendak pulang ke Jakarta terus.., semua orang ada nick name boss..so what’s yours?? Let me guess, Danny?,” teka Lieza lalu ketawa kecil.


Erhan tersenyum lalu mengelengkan kepalanya perlahan kerana tekaan Lieza salah. Memang semua akan meneka nama nicknamenya Danny kerana nama keduanya Daniel. Tidak semua orang tahu akan nama nicknamenya hanya kenalan rapat dan keluarganya sahaja yang tahu.


“Then apa?,” tanya Lieza ingin tahu.


“Eddy,” jawab Erhan perlahan.


“Eddy! Wah..beda bangat nickname kamu dengan nama sebenar kamu boss..bukankah nama kamu Teuku Erhan Daniel Budi? Gi mana datangnya ‘Eddy’,” ujar Lieza lalu ketawa kecil.


“Short form of Erhan Daniel..teman-teman socialku panggil aku ‘Eddy’,” jawab Erhan tanpa mengulas panjang.


“Ya..I baru teringat itu hari that lady mention nama Eddy. I've thought I salah dengar..rupanya tidak so memang your nickname Eddy lah..,” jawab Lieza sambil lewa. 


Dia perasan wanita itu memanggil bossnya Eddy tapi dia tidak bertanya pada Erhan kenapa wanita itu memanggilnya Eddy dan bukannya Erhan.


“Tak salah..so you know now..kalau ada yang memanggil aku Eddy dan bukan Erhan..,”


“Ok, thanks for sharing boss,” jawab Lieza ringkas lalu tersenyum dan dia tidak mengesyaki apa-apa.


Lieza tiba-tiba duduk menegak bila menyedari dan teringatkan sesuatu. Erhan tidak berkongsi cerita sepenuhnya kepadanya. 


“Jadi Lasindah tidak tahu bahawa Eddy itu adalah Erhan?” ujar Lieza tiba-tiba.


Erhan tidak menjawab malah mengelengkan kepalanya perlahan bila PAnya sudah mula sedar akan kenapa dia mahu berkongsi nama samarannya kepadanya tiba-tiba, sedangkan selama ini dia tidak pernah mahu berbuat demikian. 


“You are so mean..,” ujar Lieza dengan wajah tidak percaya bila menyedari bahawa Erhan selama ini merahsiakan tentang siapa dirinya yang sebenar dari pengetahuan Lasindah. Dan Lasindah benar-benar tidak tahu bahawa Eddy itu sebenarnya Erhan.


Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.