Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 3

AKU menekan butang ‘Ctrl S‘ artikel yang aku buat tadi saved ke dalam thumbdrive aku. Esok aku hendak submit kepada Encik Haiqal. Rasanya sudah cukup elok untuk aku hantar sebelum Encik Haiqal luluskan tulisan aku. 


Aku mencapai sampul surat Erhan dan menarik surat di dalamnya. Sambil berbaring aku membaca baris-baris ayat yang terkandung di dalam surat itu sekali lagi. Aku tidak pernah rasa jemu membacanya.


Sayang…abang tidak sabar hendak bertemu dengan sayang kerana abang terlalu rindu pada sayang... 


Hatiku merasa tercuit setiap kali membaca baris ayat itu seolah-olah surat itu di tujukan kepada aku dan aku adalah Lasindah kekasih hati Erhan. Kenapa hatiku merasa teruja dan gembira sekali sedangkan Erhan itu bukan kekasihku. Hailah aku sudah gila agaknya. Terlalu asyik membaca surat dari Erhan. Sehingga aku angau pada Erhan. Aduh! Rosak aku. Aku melipat surat itu dan memasukkan kedalam sampul surat semula. Aku mengadap laptop click ‘new page’ lalu menaip sesuatu. 


Assalamualaikum abang…apa khabar mu di sana??? Lasindah di sini baik-baik aja.


Aku berhenti menaip bila teringat sesuatu..baik-baik aja?? Eh dah lorat ke Indon lah pulak aku ni. Surat yang di tulis Erhan sikit pun tidak guna bahasa Indon. Isskk nanti dia tahu yang balas surat bukan Lasindah. Aku tekan butang ‘delete’ dan mula menaip ayat baru. 


Jariku berhenti mengetuk butang laptop bila teringat sesuatu. Eh?? Si Lasindah ni balas surat pada Erhan tulis tangan atau taip??? Ah sudah! Buatnya si Lasindah tu tulis tangan mana aku hendak tahu tulisan tangan dia? Aku mula memikirkan sesuatu. 


Ah yes! dokumen pindah sewa yang di tandatangan Lasindah. Aku bangun lalu menarik laci almari mencari dokumen tersebut. Fail hitam ku capai lalu menyelak helaian demi helaian kertas-kertas atau dokumen penting yang aku simpan. Mataku tertancap pada surat ikatan mengenai sewa rumah. Aku mengeluarkan dokumen itu lalu membuka pada mukasurat terakhir. Terdapat tanda tangan Lasindah dan juga tulisan tangan Lasindah membetulkan ‘clause’ yang terdapat di dokumen tersebut. 


Aku tersenyum lebar. Hah senang aje hendak tiru tulisan tangan Lasindah kerana aku sememangnya ‘expert’ bab-bab tiru tulisan dan tandatangan abah dulu. Hehehe. Kes darurat aku tiru kerana takut abah tidak membenarkan aku mengikuti kem bengkel penulisan yang di taja oleh sekolah untuk pelajar yang meminati bidang penulisan. Aku delete semula apa yang aku taip di laptop kerana aku hendak balas surat Erhan dengan tulisan tangan kerana aku yakin Lasindah turut berbuat demikian. 


Sayang apa khabar dengan mu? Disini aku merindukanmu. Ku harap cintamu takkan berubah, karna di sini ku tetap untukmu.


Aku tersenyum ketika menulis surat untuk Erhan. Marsha! Marsha! What’s got into your mind? Kenapa aku suka buat benda gila macam ni? Aku mengeleng kepala perlahan namun pen di jariku ligat menari di atas kertas.



*******


Erhan menjeling mejanya sekilas. Terdapat beberapa keping surat terletak cantik di atas mejanya. Surat khabar di sebelah tidak di usik bila matanya terperasan akan sampul surat berwarna ‘light pink’ personal stationary di tulis tangan dan tertera namanya. 


Erhan mengerutkan dahinya tanda hairan. Surat dari siapa? Tidak mungkin dari? Ah nah mungkin? Ulang Erhan dalam hati. Erhan menghenyakkan punggungnya di kerusi lalu mencapai ‘letter opener’ dan mencapai sampul surat berwarna pink itu. Sebelum surat itu di buka dia membelek sampul itu beberapa kali kerana dia tidak pernah menerima surat tulisan tangan dari sesiapa. 


Erhan menarik kertas yang terdapat di dalam sampul itu lalu membacanya. Ya, jelas sekali surat ini bukan dari dia, walaupun tulisannya amat mirip sekali. Bisik Erhan. Karna Erhan percaya wanita itu tidak akan menulis surat padanya lagi. 


JIka bukan dia? Siapa yang membalas suratnya? Erhan tersenyum bila surat itu di tanda tangan ‘Lasindah’ kerna dia tahu surat ini bukan dari Lasindah. Dia hanya ingin tahu kenapa pengirim surat ini menyamar dirinya sebagai Lasindah? Sekali lagi Erhan tersenyum kerna isi kandungan surat itu di tulis lirik lagu ‘Sayang oleh Shae’. 


Lieza memandang wajah Erhan dengan hairan bila lelaki itu tersenyum-senyum sendiri membaca surat yang diterima. Surat dari siapa?? Dari buah hatinya? Lama benar dia tidak melihat Erhan tersenyum begitu. Bossnya itu ganteng orangnya cuma dia garang amat dan moody sejak putus cinta sehingga kegantengannya hilang kerana asyik teriak-teriak. 


“Ah Lieza, thank you,” ujar Erhan perlahan bila tidak menyedari PAnya meletak kopi di atas mejanya kerana dia asyik tersenyum membaca surat yang diterima. Bukan kerana isi kandungan surat itu lucu tapi kerna si penulis tidak tahu bahawa surat itu sama sekali dengan lirik lagu ‘Sayang’.


Lieza tidak menjawab hanya tersenyum bila bossnya mengucapkan terima kasih. Dia hendak tahu juga surat itu dari siapa? Yelah senyum tak sudah-sudah dari tadi.


“Kamu pernah dengar lagu ‘Sayang’?,” tanya Erhan tiba-tiba lalu memandang wajah Lieza.


“Lagu sayang?,” jawab Lieza dengan wajah hairan. 


“Ya..liriknya bunyi begini ‘Sayang apa khabar denganmu..Di sini kumerindukan kamu..Ku harap cintamu tak kan berubah..Karna di sini ku tetap untukmu..,” nyanyi Erhan lalu memandang wajah Lieza.


Aduh! Lieza suka sekali kalau Erhan berbicara bahasa ibundanya iaitu bahasa Indonesia kerana suaranya seksi banget gitu lor. Hehehe lebih-lebih lagi bila dia nyanyi lagu ‘Sayang’ dari Shae. Tadi tu dia tahu lagu yang dimaksudkan Encik Erhan cuma dia sengaja buat-buat tidak faham. Tidak sangka pula bossnya punya mood untuk nyanyikan untuknya. Ah..terusik jiwa raga di buatnya. Dan macam Randy Pangalila pula boss aku ni. 


“You knew this song???,” soal Erhan bila PAnya tidak berkata apa-apa ketika dia nyanyikan lagu dari Shae.


“Yes..kenapa Encik Erhan?,” soal Lieza bila Erhan tiba-tiba bertanya samada dia tahu lagu ‘Sayang’.


“Surat ini dari Lasindah,” ujar Erhan lalu meletak surat yang di baca itu di atas meja.


“Surat dari Lasindah??? Betul?? May I…,” ujar Lieza dengan wajah tidak percaya dia ingin segera mencapai surat yang berada di atas meja Erhan bila Erhan mengatakan surat itu dari Lasindah. Jika betul dari Lasindah kenapa Erhan tidak moody dan marah-marah? Jangan katakan surat. Sebut nama Lasindah sahaja seakan boleh di sambar petir dia di buatnya kerana Erhan tidak suka dan terlalu benci bila nama itu disebut-sebut.


“Sure…,” jawab Erhan ringkas lalu menyandarkan badannya di kerusi. Bibirnya masih mengukir senyuman.


“Ini lirik lagu sayang, betul ke Lasindah yang tulis Encik Erhan??,” soal Lieza setelah membaca isi kandungan surat dari Lasindah.


“I really don’t know..and I’m going to find out??,” jawab Erhan lalu tersenyum.


Boleh cair hati Lieza bila boss Erhan tersenyum manis begitu. Hah senyum begitulah..ini tidak hari-hari baran dan datang bulan. Tapi dia takut tergoda pula dengan senyuman manis Erhan. Iskk Lieza kau dah bertunang jangan hendak mengatal dengan anak pangiran Gusti Ayu Indahputri si Teuku Erhan Daniel Budi ni.


“Ok..good luck finding Lasindah!!…by the way it’s good to have you back sir!,” jawab Lieza lalu melangkah pantas menuju ke arah pintu sebelum di marahi Erhan bila dia memberi komen sedemikian.


“It’s good to have me back???....apa selama ini saya tidak ada di pejabat?,” soal Erhan dengan wajah hairan bila Lieza berkata demikian.


“Err salah…It’s good to see you smile again..sir,” jawab Lieza gugup takut di marahi Erhan.


“Ohh…thanks,” jawab Erhan tersenyum lagi. 


Dia sedar dia tidak pernah tersenyum sejak putus cinta kerana hatinya penuh dengan rasa marah, geram dan benci tiada keceriaan dalam hidupnya bila cintanya di dustai oleh wanita yang di cintai. Lieza, teman-temannya dan juga mama selalu menjadi mangsa herdikan dan marahnya. Erhan menjadi seorang yang pemarah sedangkan dahulu dia seorang lelaki yang begitu penyayang. Perangainya berubah kerana cinta.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.