Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 40

LEIZA keluar dari lif lalu menuju ke arah R&R. Dia tahu waktu begini Erhan pasti berada di R&R. Bossnya itu sudah semakin rajin lepak di R&R dari bilik pejabatnya. 


Dia tahu Erhan mahu bertemu dengan buah hatinya dan dia juga tahu Erhan masih belum berterus terang dengan so-call Lasindah. 


Lieza tersenyum bila terpandang lelaki itu sedang duduk sendirian dan leka membaca buku. Patutlah Erhan lebih suka dengan bisnes syarikat R&Rnya dari business yang lain kerana Erhan seorang ulat buku dan suka sekali membaca. Belum pernah sekali pun dia lihat Erhan duduk tanpa membuat apa-apa. Ada sahaja buku yang hendak di baca. Di pejabatnya penuh dengan buku yang di susun cantik di dalam rak-raknya.


“Eh Cik Lieza kenapa tak pesan sahaja apa yang cik Lieza hendak? Tak perlu susah payah datang sini?,“ tegur Ika bila terpandang wajah PA big bossnya. 


Lieza tidak pernah ke R&R apa yang dia hendak selalu di pesan melalui telefon begitu juga big bossnya. Tapi sejak akhir-akhir ini dia jarang mendapat pesanan dari pejabat big bossnya. Mungkin big bossnya out-station. 


“Hah Ika..since you dah tanya..boleh beri saya Ice Chocolate dengan chicken pie?? You hantar kat meja tu? Boleh??,“ ujar Lieza lalu menunjuk ke arah meja di mana Erhan sedang duduk.


“Meja Mr. Eddy??,“ tanya Ika ingin kepastian bila Lieza memberitahunya dimana harus dia hantar pesanan Cik Lieza tadi. 


Cik Lieza kenal pada Mr. Eddy?? Atau mungkin dia tersilap pandang? Mungkin cik Lieza menunjuk kearah meja kosong di sebelah Mr. Eddy. 


“Eddy???!! You?? Knew his-!! Wah this is too much really!,“ ujar Lieza dengan nada geram lalu bercekak pinggang. 


Bagaimana Ika tahu akan nama nickname Erhan? Bukankah Erhan kata hanya kenalan rapat dan keluarganya sahaja yang tahu akan nicknamenya. 


Ika kenalan rapatnya ke?? Dan dia baru mendapat tahu tentang nickname Erhan minggu lepas. Dari cara Ika bertanya, Lieza tahu Ika sudah kenal Erhan lama dan mesra.


“Kenapa cik Lieza?? Apa yang Mr. Eddy buat pada you? You nampak macam marah aje,“ tanya Ika dengan wajah tidak bersalah bila dilihat Lieza kelihatan marah bila dia menyebut nama pelanggan tetap mereka itu. 


Apa pula yang telah Mr. Eddy buat pada Cik Lieza? Dia buat perkara yang sama pada Marsha juga ke? Bergaduh dengan cik Lieza.


“Berapa lama you kenal dengan Eddy??,“ soal Lieza lalu memandang wajah Ika, Assistant Manager Bistro.


“Lama juga lah..sejak I mula bekerja di sini?? Sejak R&R bistro buka lah..kenapa cik Lieza?,“ jawab Ika jujur tanpa mengesyaki apa-apa akan pertanyaan Lieza.


“Sejak R&R!!..Iskk! Nasib baiklah kau tu boss aku..kalau tidak aku tak hendak kawan dengan kau,“ ujar Lieza dengan nada merajuk. 


Sejak hubungannya rapat dengan Erhan. Dia sudah pandai merajuk dengan Erhan. Kerana semua perkara tentang Erhan, Erhan harus beritahu padanya, kerana Erhan sudah menganggapnya lebih dari PA biasa. Mereka sudah seperti saudara. Erhan tidak punya keluarga di Malaysia dan Lieza sudah di anggap seperti adiknya sendiri.


“Apa dia cik Lieza?? BOSS!!! Mr. Eddy boss cik Lieza???,“ ujar Ika dengan nada terperanjat. Apa dia tidak tersalah dengar? 


“Iya boss..CEO kita, awak tak tahu kan! Sekarang I beritahu you dia tu Tueku Erhan Daniel Budi, for your ears only..jangan beritahu sesiapa..beware dia tu garang amat!,“ ujar Lieza dengan nada geram lalu berjalan menuju ke arah Erhan meninggalkan Ika terpinga-pinga sendirian


Ika meletak tray yang di pegangnya tadi di atas kaunter cuba memproses balik apa yang di katakan Cik Lieza tadi. Bahawa Mr. Eddy itu adalah Mr. Erhan! Lelaki yang sama yang selama ini, dia selamba badak je berbual dengannya seperti kenalan lama? Malah dia juga ada crush dengan Mr. Eddy suatu ketika dahulu. Peluh dingin mengalir perlahan dari dahinya.


“Kenapa kak? Cik Lieza marah kakak ke?,“ tanya Elena bila dilihatnya Ika kelihatan pucat sebaik sahaja berbual dengan PA CEO mereka. 


Semua orang kenal pada Lieza sebab PA CEOnya itu selalu ke tempat mereka mengambil makanan pesanan CEO mereka. Mereka tidak pernah menghantar terus ke pejabat CEO mereka kerana Lieza tidak benarkan. Mereka akan menghantar pada receptionist pejabat. Atau Lieza akan datang sendiri mengambilnya. Mereka tidak pernah bertemu atau melihat CEO mereka sebelum ini. Tapi menurut cik Lieza PA CEOnya itu big bossnya itu seorang lelaki yang garang.


“Tak..you buatkan Ice Chocolate dan heatkan chicken pie untuk cik Lieza quick..biar I yang hantarkan pada dia,“ arah Ika dia ingat akan pesanan Lieza jangan beritahu sesiapa tadi. 



                                                                         *****



Lieza duduk di sofa kosong dihadapan Erhan cukup membuatkan jejaka itu tersentak terperanjat bila ada seseorang duduk di sofa bertentangan dengannya. 


“Eh Lieza..aku fikir siapa tadi? Kok kamu kemari?,“ ujar Erhan tersenyum lalu menutup buku yang di baca.


“Aku sunyi berada di kantor kesorangan Eddy..aku perlukan teman untuk bicara,“ ujar Lieza lalu tersenyum sinis. 


Tadinya dia bosan duduk di office seorang. jika Erhan ada. Boleh juga dia jadikan teman berbual. Sebab itu, dia mengambil keputusan untuk ke R&R. Dia tahu Erhan akan berada di sini. Dia tahu buah hati bossnya itu belum datang kerana menurut Erhan, Marsha hanya datang dalam jam 4 petang. Dan sekarang jam menunjukkan 3.10 petang dia punya masa untuk berbual dengan Erhan sebelum buah hatinya datang.


“Aduh kesian adik aku kesunyian di kantor..maafkan aku, ok esok aku akan menemanimu di kantor..aku janji,“ ujar Erhan tertawa kecil bila Lieza mengatakan bahawa dia bosan dan kesunyian di office. Dia tahu Lieza merajuk dengannya. 


Dia jarang berada di office sejak akhir ini kerana beberapa hari lepas dia berulang alik ke Jakarta untuk menghadiri mesyuarat business perkapalannya di sana. Dan jarang bertemu dengan Lieza.


“Betul!! Kamu janji!! Ok..Eryan apa khabar??,“ tanya Lieza kembali ceria. Rindu pula dia pada adik kesayangan Erhan. Sudah lama dia tidak datang ke Malaysia. 


“Eryan!! Anak nakal itu..ya khabar baik..dia sampaikan salam buat kamu..katanya dia rindu amat pada ‘Tante‘ Lieza,“ ujar Erhan lalu menyandarkan badannya. 


Di Jakarta dia sempat bertemu dan meluangkan masa bersama Eryan dan mamanya. Eryan tidak mahu melepaskan Erhan pergi kerana terlalu amat rindukan pada kakaknya. 


Kerana Erhan berada di Jakarta-Bandung selama seminggu lamanya sehingga mesyuaratnya semua selesai. Masa tidak sibuk dia mengajak Eryan dan mamanya ke Bandung di Villa keluarga mereka. Malah bila dia berjanji akan membawa Eryan ke Malaysia bila cuti sekolah nanti baru Eryan melepaskan dia pergi.


Ika berjalan perlahan menuju ke meja Lieza lalu meletak pesanan Lieza di atas meja. 


“Thanks Ika,“ ujar Lieza lalu membuahkan senyuman kepada Ika.


“Your are welcome,“ jawab Ika ringkas tanpa menoleh ke arah Mr. Eddy. 


Sejak dia tahu siapa Mr. Eddy yang sebenar dia tidak berani mahu menatap wajahnya. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa pelanggan tetap yang di sangka mereka selama ini adalah CEOnya. Adakah Mr. Erhan mahu ‘spy‘ mereka? Undercover Boss! Sebab itu dia tidak mahu mendedahkan identitynya yang sebenar kerana mahu melihat mereka semua bekerja? Jika benar. Habislah! Dia selalu mengusik Mr. Eddy. 


“Ah Ika..I nak order my usual drink,“ ujar Eddy lalu membuahkan senyuman kepada Ika. Namun dia merasa pelik dan hairan Ika kelihatan tidak tentu arah bila dia menegurnya.


“Baik Mr. Erhan,“ jawab Ika gugup.


“Erhan??, HOW...??,“ ujar Erhan terperanjat lalu memandang wajah Ika. 


Bagaimana Ika tahu? Dia tidak pernah memberitahu sesiapa bahawa dia adalah Erhan. 


Lieza buat wajah bersahaja manakala Ika tidak berani menatap wajahnya. Kedua-duanya buat tidak mengerti.


“How did you know, Ika??,“ ulang Erhan perlahan lalu menoleh ke wajah Ika dan Lieza silih berganti.


Lieza membesarkan bola matanya pada Ika bila Erhan tidak melihat ke arahnya tanda dia tidak merasa selesa bila Ika menyebut nama Erhan. 


Dia kalau boleh tidak mahu Ika beritahu Erhan bahawa dia sudah tahu. Lieza mencapai Ice Chocolatenya lalu menyedutnya perlahan dengan wajah selamba pura-pura tidak tahu bila Erhan menyoal Ika bagaimana Ika tahu siapa dia sebenarnya. 


Ika menelan air liur perlahan menyedari kesilapan yang tidak di sengajakan lalu menoleh ke arah Lieza, mungkin juga kerana dia merasa gementar setelah dia mengetahui siapa Mr. Eddy, membuatkan dia gugup dan terlepas kata lalu memanggilnya Mr. Erhan. 


“Lieza! What have you done?,“ ujar Erhan perlahan lalu menoleh ke arah PAnya. Dia mengesyaki bahawa tiada siapa yang mendedahkan identitynya selain Lieza.


“I’m sorry ok..I terlepas kata..I was angry with you..you told her your nickname long time ago..and you just told me like what...a week ago!.., I’m hurt you know..“ ujar Lieza dengan wajah tidak bersalah. 


Sebenarnya dia khuatir Erhan akan naik angin dengan perangai keanak-anakannya itu. Yelah memang mood Erhan baik sejak mengenali Lasindah aka Marsha. Dia masih belum yakin Erhan masih dapat mengawal panas barannya bila dia mengetahui dia sudah terlepas kata pada Ika tadi.




Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.