Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 45

AKU berlari mengejar lif kerana sudah lewat datang kerja. Tulah asyik berangankan tentang Erhan aku terlajak waktu. 


Salena pula Mr. Haiqal posted kerja di JB hampir sebulan mulai hari ini, maka dia sudah keluar awal pagi tadi. Hari ini pulak aku hendak kena submit draft aku kepada Encik Haiqal katanya dia ada meeting dengan ED. 


Bila aku tanya meetingnya start pukul berapa? Dia kata tak pasti lagi kerana ED tidak tahu bila dia free untuk drop by. Yelah tu entah-entah paksu tak hendak aku ada sama masa meeting itu di adakan. Bukan aku tak tahu.


“16 floor please..thank you,“ ujarku kepada lelaki yang berada di sebelahku kerana dia berdiri berdekatan dengan butang lif. 


Aku melirik ke arah jam di pergelangan tanganku. Aku sudah lewat hampir 20 minit. Ah lantaklah..bukannya aku selalu lambat. Hari ini aje aku terlajak tidur sebab semalam aku tidur lewat.


“Marsha your office in this building?,“ tegur seseorang.


Aku melirik ke arah suara yang menegurku. Ingin tahu siapakah gerangannya yang menegur aku? Aku terkejut terperanjat bila lelaki yang menegur aku itu tadi adalah Eddy! 


What is he doing here? 


Eddy membuahkan senyuman bila Marsha kelihatan terperanjat.


“Yah..Eddy you buat apa kat sini?,“ ujarku ingin tahu. 


Apa pejabat Eddy juga di building yang sama? Jika betul masakan aku tidak pernah melihat dia sebelum ini?


“I have appointment,“ jawab Eddy ringkas.


“Oh!..Job appointment?? Good Luck!,“ ujarku lalu tersenyum.


“Ah yes..job appointment,“ jawab Eddy mengiyakan tekaan Marsha.


“Which company? Tingkat berapa?,“ soalku lagi. 


Yelah mana tahu kot-kot aku kenal pekerja di syarikat yang dia hendak pergi interview tu. Bolehlah aku kepo sikit. Hahaha.


“18 Floor,“ jawab Eddy ringkas.


“Advertising company? You interview for apa position?,“ tanyaku lagi. 


Inilah peluang untuk aku sendiri yang interview Eddy sebelum dia pergi interview. 


Haha. Aku sememangnya tidak tahu menahu langsung tentang diri Eddy. Eddy tidak pernah mahu berkongsi apa-apa tentang dirinya. Perbuataannya itu membuatkan aku bertambah curious. Ada apa dengan Eddy sebenarnya? Kenapa dia begitu mysterious? Nasib baik lah aku tengah sibuk siapkan kerja untuk ED. Kalau tidak aku hendak juga spy Eddy.


“Creative Director..., ok see you when I see you Marsha,“ jawab Eddy lalu menekan butang open agar pintu lift tidak tertutup. Dia tahu pejabat Marsha di tingkat 16 kerana dia yang menekan tingkat 16 untuk Marsha tadi.


“See you when I see you??,“ ulangku bila Eddy berkata demikian. 


Yelah macam tidak suka aku berbual dengan dia aje bunyinya. Macam hendak menghalau aku keluar. Kenapa hari ini Eddy tidak kelihatan mesra alam seperti selalu. Nervous pergi interview ke?


“We are at your floor dear,“ ujar Eddy lalu tersenyum bila Marsha menunjukkan wajah terperanjat bila dia berkata demikian. Dia tahu Marsha mahu bertanya lebih lanjut tentang interviewnya yang disangka Marsha tadi, namun masa tidak mengizinkan untuk Marsha berbuat demikian kerana lift sudahpun berada di tingkatnya.


Aku menoleh ke arah depan. Nama company aku terpampang di depan mata. Aku tidak perasan lif sudah berhenti di tingkat 16. 


Haizz! baru hendak warm up dah kena keluar.  Nasib baik aku sudah terlambat. Kalau aku ada time lagi aku ikut dia pergi tingkat 18.


“See you around Eddy and good luck!,“ ujarku membuahkan senyuman kepadanya sebelum melangkah keluar dari perut lift. Sempat aku melambai kearahnya. Eddy hanya membalas senyumanku.



                                                                         ****



ED duduk di bilik mesyuarat yang ditempatkan oleh penyambut tetamu Creative Writing Company. Dia tidak menetapkan appointment dengan Haiqal kerana dia tidak pasti bila dia dapat hadir ke pejabat Haiqal. 


Haiqal pula mengatakan dia tidak punya appointment apa-apa hari ini kerana schedulednya ‘clear‘, jadi ED boleh datang ke pejabatnya bila-bila masa. 


Haiqal meminta dia hadir kerana mahu dia menyemak dan kemas kini draft yang di buat oleh Marsha. Dan jika dia perlu menambah apa-apa dalam cover storynya. 


Ikutkan boleh sahaja Haiqal mengirim email kepadanya. Tapi Haiqal mahu dia datang ke pejabatnya kerana senang untuk Haiqal berbincang untuk perkara-perkara lain juga. 


Photoshoot untuk ED dan sebagainya. Senang untuk membincangkannya dalam satu masa. Nasib Haiqal baik kerana dia bersedia untuk bertemu dengannya setelah sekian lama Haiqal cuba memujuknya untuk hadir ke pejabatnya. 


Dan dia tidak mahu Haiqal melibatkan sesiapa dalam meeting mereka. Hanya Haiqal dan dia sahaja. 


Semasa dia meminta bertemu dengan Haiqal tadi dia memberi nama yang Haiqal tahu iaitu ‘Elias Dani‘ dan bukan nama initial ‘ED‘.


ED menoleh ke arah pintu bila pintu bilik itu di buka dari luar. 


Penyambut tetamu yang menyambutnya awal tadi masuk ke bilik mesyuarat menghidangkan air suam putih yang dia pesan tadi berserta secawan kopi mungkin untuk Editornya, Haiqal.


“You sure you just want warm water Mr. Elias?,“ tanya Mardiana lalu meletak coaster dan gelas berisi air suam di atas meja bila tetamunya hanya memesan air suam sahaja dan bukan kopi atau teh.


“Yes..warm water will do, thank you Mardiana,“ ujar ED ramah lalu tersenyum.


“Mr. Haiqal will be here in a minute,“ ujar Mardiana sebelum meninggalkan bilik mesyuarat dan menutup pintu di belakangnya.

ED mencapai gelas berisi air suam lalu meneguknya perlahan. Seketika kemudian pintu bilik mesyuarat di buka semula. Haiqal masuk ke dalam bilik mesyuarat lalu menghulurkan tangan untuk berjabat denganya. ED menyambut.


“Finally!!..Jejak juga kamu di pejabat aku..selalunya kamu hanya mahu ketemu aku di tempat lain..thanks for dropping by ED, I know you are very busy man,“ ujar Haiqal lalu duduk di kerusi berhadapan dengan ED. 


Tadinya dia terperanjat bila setiausahanya mengatakan bahawa Mr. Elias berada di sini dan mahu bertemu dengannya. 


“Maaf kerna selama ini aku tidak pernah datang ke mari setelah di pelawa kamu berkali-kali Haiqal..aku tidak pernah terfikir mahu menonjolkan diri di media,“ ujar ED sebab mengapa dia tidak pernah mahu dirinya di perkenalkan kepada media. 


Dia seorang ahli perniagaan. Menulis adalah hobinya dan dia tidak suka publisitas. Tapi kerna Haiqal sudah di anggap sebagai kenalan rapatnya. Dia bersetuju untuk mempamerkan diri dan bekerjasama dengan Haiqal. Hanya untuk Haiqal.


“Aku amat berbesar hati kamu dapat meluangkan masa..ok for not wasting your time any further, ini rough draft dari my writer.., feel free to add on,“ ujar Haiqal lalu menyerahkan kertas berstaple yang telah di siapkan oleh Marsha untuk di berikan kepada ED. 


ED menyambut lalu membaca isi kandungan kertas yang di beri.


“Si penulisnya ada??,“ ujar ED tanpa menoleh ke arah Haiqal kerana sibuk membaca tulisan pekerja Haiqal. 


“Ada..kenapa??? Banyak error??,“ tanya Haiqal kerana dia tidak sempat menyemak draft Marsha dan terus berikan kepada ED. 


Janganlah si Marsha buat banyak silap malu dia pada ED dibuatnya. Yelah ED punya PHD dalam Bahasa Melayu-Indonesia. Khuatir bahasa yang di gunakan Marsha tonggang terbalik.


“Does she know that I’m here meeting you?,“ tanya ED lagi tanpa memandang ke arah Haiqal.


“Nope..it’s safe that way..jika tidak..she will try all means to meet you,“ ujar Haiqal sambil tersenyum. 


Dia berpesan pada setiausahanya jika sesiapa bertanya di mana dia berada katakan pada mereka bahawa dia ada meeting di luar.


“I see..draft looks ok to me, but I will need to add on to elaborate some of the points, I will send you the amended copy through email? Is that fine with you Haiqal,“ ujar ED lalu memandang wajah Haiqal.


“Sure!..No hurry take your time...one more thing before you go, when are you free for the cover photoshoot?,“ 


“Probably first week of next month?? I will confirm the date with you later?,“


“That’s fine..we will keep in touch,“ ujar Haiqal lalu bangkit dari kerusi. 


Dia tahu ED tidak boleh berada lama di sini kerana dia punya banyak urusan lain dan dia mahu menjaga hati ED kerana ED telah bersetuju untuk berkerjasama dengannya. Haiqal tidak mahu ED berubah hati.


Previous: Bab 44
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.