Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 10

BAB 10: Fauzi dan Sarah


Keluarga Daniel dan Nadirah beserta saudara-mara mereka berbaju indah. Mereka sudah menunggu di masjid untuk menyaksikan majlis akad nikah. Nadirah dan Daniel masih lagi dalam perjalanan untuk ke masjid.


Sarah pula berseorangan di gazebo berdekatan masjid. Dia sememangnya tidak gembira dengan perkahwinan adik lelakinya. Lebih-lebih lagi apabila Sarah melihat wajah Fauzi yang seakan tidak tahu apa-apa. Bermacam perkara buruk yang membelenggu fikirannya.


Dari jauh Fauzi dapat melihat Sarah yang wajahnya jelas masam mencuka. Dia cuba menghampiri gadis itu.


“Kenapa muka monyok je Kak Sarah?”, tanya Fauzi. Dia tidak memandang Sarah dan hanya berdiri di sebelah gadis itu.


“Buat-buat tak tahu pula”, sindir Sarah.


Fauzi hanya mengerutkan kening, ‘apa benda perempuan ni?’.


Fauzi hanya melepaskan keluhan.


“Ini semua rancangan kau nak balas dendam dekat aku kan?!”, kata Sarah lagi kepada Fauzi.


“Rancangan apa?Balas dendam untuk apa?”, Fauzi semakin bingung dan hanya menggaru kepalanya.


“Yalah! Sebab aku pernah permainkan perasaan kau dulu? Sekarang kau suruh Nad permainkan perasaan adik aku pula”, tuduh Sarah.


“What?! Kau ingat kakak aku macam kau ke?! Hish! Kau ni dah kenapa Sarah?! Aku masih cuba untuk hormat kau sebab kau bakal keluarga ipar. Lagipun, hal lama tu dah lama mati dalam fikiran aku! Aku dah tak ada perasaan satu habuk pun dekat kau”, Fauzi bersuara. Fauzi turut menggeleng kepala dengan perangai Sarah yang bersangka buruk kepadanya lalu beredar pergi.


Baru sahaja melangkah, Sarah memanggil.


“Fauzi… nanti!”.


“Apa lagi?!”.


“Okay… aku minta maaf sebab bersangka buruk dekat kau. Aku cuma risaukan adik lelaki aku saja.Dia satu-satunya adik lelaki yang aku ada. Ayah aku dah tak ada. Jadi aku risau kalau Nad pun permainkan dia. Aku perempuan. Aku dapat rasa apa yang Nad rasa”,Sarah rasa bersalah.


Fauzi memandang Sarah seraya berkata, “kakak aku bukan perempuan yang macam itu. Dia perempuan baik yang akan cuba pertahankan dan terima apa yang ada dalam hidup dia. Jadi Kak Sarah, aku mohon tolonglah restu hubungan mereka. Terimalah kakak aku jadi ipar kau. Kalau orang yang kita sayang bahagia. Kita sepatutnya gembira untuk mereka juga”.


Sarah terdiam. Dia mengeluh.

“Fauzi… aku betul-betul minta maaf,  untuk semuanya”,kata Sarah lagi.


“Tak nak maafkan…”, Fauzi bersilang tangan di dada.


“Fauzi…”, Sarah menunduk.


Fauzi ketawa secara tiba-tiba, “pfft hahaha”.


“Fauzi?...”,Sarah berkerut.


“Hahah kau patut tengok muka kau sekarang… rasa macam nak rakam je”, kata Fauzi lagi.


“Fauzi?!...”,Sarah bertegas.


“Ya… aku maafkan! Aku gurau jelah hahaha. Apa-apapun buat relax lah. Aku dengan Kak Sarah kan bakal jadi ipar. Lepas ni aku harap kita boleh get along lah”.


Sarah hanya senyum.


“Dahlah jom masuk dalam”, ajak Fauzi.


“Jom”, sahut Sarah.


Segalanya berjalan dengan lancar. Urusan pernikahan mereka di permudahkan setelah Daniel melafazkan akad hanya sekali sahaja. Nadirah berwajah gembira namun jauh disudut hati perasaannya bercampur baur. Ada gembira, sedih, risau dan juga bingung. Majlis perkahwinan mereka hanya kecil-kecilan. Saudara-mara dan kenalan terdekat sahaja dijemput. Daniel dan Nadirah pula mesra bersalaman dengan tetamu yang hadir.


Fauzi dan Sarah juga bertegur sapa dengan saudara mara mereka. Nadirah sempat mencuri pandang Fauzi dan Sarah. Mereka kelihatan dalam keadaan baik. Mungkin ada cerita yang Fauzi belum ceritakan kepadanya.


Sedang Nadirah leka, seseorang menegurnya.


“Nad! Tahniah!! Barakallah!Selamat pengantin baru”, tegur Liza.


“Liza!! Korang semua! Terima kasih datang!”, teruja Nadirah apabila melihat rakan-rakan kerjanya hadir ke majlisnya.


“Patutlah minta cuti seminggu dekat bos… Nak kahwin rupanya hahaha”, kata seorang rakan kerja lelakinya.


“Untung kau Nad!Dapat anak ikan handsome lagi hii geram aku tengok!”, kata seorang lagi rakan kerjanya yang merupakan lelaki lembut.


Daniel hanya tersenyum malu apabila rakan-rakan Nadirah berkata demikian.


Lelaki lembut itu berbisik sesuatu kepada Daniel. Daniel terdiam. Mukanya merah lalu memandang Nadirah.


Nadirah mengerutkan kening, “apa kau beritahu laki aku Sally?!”.


“Aku beritahu yang dia tu muda. Jadi boleh dapat 10 orang baby dengan kau”, Sally ketawa.


Wajah Daniel makin merah.


“Hishhh! Apa kau ni?! Malu budak tu”, marah Liza.


“Tak adalah aku gurau je hahaha”, Sally menggaru kepalanya.


Daniel turut terhibur dengan gelagat rakan kerja Nadirah.


Selepas rakan kerja Nadirah pulang, pasangan raja sehari itu kembali bermesra dengan tetamu.Mata Daniel tertancap pada rakan-rakannya yang sedang melepak di satu meja.


Guys! Terima kasih datang ke majlis aku”, Daniel teruja.


“Tak ada hal lah. Apa-apapun tahniah jadi orang pertama yang kahwin dalam batch kita!”, kata Wan.


“Untunglah kahwin awal!! Kau memang suka buat aku cemburu!”, kata Rais sambil menepuk bahu Daniel.


“Mana isteri kau?”, tanya Amar.


“Ada dekat situ. Kejap aku panggil”.


Kawan-kawan kelas Daniel semakin ramai mengerumuni meja yang diduduki Wan, Amar dan Rais.

“Selamat pengantin baru Daniel!!”, ucap rakan-rakan kelasnya.


“Diam-diam dah ada makwe!  Matured woman pula tu. Bukan main tinggi taste kau!”, usik seorang rakan kelas perempuannya.


“Macam mana Daniel dalam kelas?”, ramah Nadirah bertanya kepada kawan perempuan Daniel.


“Daniel ni budak baik kak… Dia tak layan perempuan sangat. Walaupun suka terlelap dalam kelas tapi sejak akhir-akhir tu dia perform”, beritahu seorang gadis.


“Tulah Kak Nad… Bukan Daniel tak layan perempuan tapi ramai perempuan lebih tertarik dengan saya. Nak buat macam mana kan. Tapi rezeki Allah bagi… Kak Nad yang tertarik dengan Daniel”,Rais berloya buruk.


“Ecehhh!!!”.


“Eleh kau ni Rais! Siapa yang tertarik dengan kau! Perasan!! Perasaan!”.


Mereka ketawa. Ada juga perempuan yang menepuk songkok Rais kerana meluat dengan perangai syok sendirinya itu.


“Hahaha”,Nadirah dan Daniel ketawa.


‘Orang muda memang lively…’, getus hati Nadirah dengan senyuman.


“Lawa betul akak… patutlah Daniel dah tak pandang kawan-kawan perempuan dia yang lain”,puji seorang gadis.


Rakan-rakan Daniel yang lain turut memuji Nadirah.


Nadirah terharu. Entah kenapa jauh di sudut hatinya dia terasa sebak. Masih ada yang dapat melihat tarikannya.


“Terima kasih…akak pun biasa-biasa saja”, Nadirah turut malu. Dia memandang wajah Daniel dengan senyuman. Pegangan tangannya dengan Daniel dieratkan. Entah kenapa perasaannya kepada Daniel makin berputik. Nadirah berazam untuk belajar mencintai Daniel dan menerima jejaka itu seadanya.


Daniel tersedar Nadirah memegang tangannya erat. Daniel turut melihat senyuman ikhlas isterinya terhadapnya. Daniel turut tersenyum memandang bawah dengan wajahnya yang mula memerah.


“Ecehhhh!!”,yang lain bersorak.


Sementara Wan,Amar dan lelaki lain cuba menahan Rais yang seakan memberontak kerana cemburukan Daniel. Ada juga perempuan-perempuan yang menepuk songkok Rais bertubi-tubi. Suasana begitu riuh dengan ketawa mereka.


Majlis berakhir dengan baik. Makanan lebih turut diberikan kepada tetamu yang hadir. Banyak juga wang salam yang diperoleh Nadirah dan Daniel.


Sedang Nadirah berseorangan di suatu sudut, seseorang menegurnya.


“Nad…”, tegur Sarah.


“Sarah…”,Nadirah terkedu. Hatinya masih berdebar-debar.


‘Adakah Sarah masih tidak boleh terima aku?’.


“Tahniah…Selamat pengantin baru”, Sarah mula senyum terhadap Nadirah.


“Sarah… terima kasih”, Nadirah terasa sebak lalu memeluk Sarah.


Sarah turut terasa sebak dan membalas pelukan rakan lamanya itu.


Sarah dan Nadirah sememangnya rapat sejak kecil. Namun, mereka terpisah apabila masing-masing mendapat sekolah berasrama yang berlainan sehinggalah kini.

Sehabis SPM,Sarah mendapat tawaran untuk sambung belajar di Australia sehinggalah kini,Sarah masih belajar di luar negara.


Sementara Nadirah melanjutkan Diploma di dalam negara dan langsung bekerja setelah habis belajar.


“Ingat lagi kecil-kecil kita selalu main ting-ting dengan baling selipar”, kata Sarah.


“Tulah!...”,teruja Nadirah.


“Aku minta maaf Nad… kalau aku ada buat kau terasa hati. Aku harap kau boleh terima Daniel seadanya. Dia memang childish, tapi dia sememangnya lelaki yang baik. Macam arwah ayah aku”, beritahu Sarah lagi.


“Aku pun minta maaf Sarah atas salah silap aku dulu-dulu. Terima kasih sebab terima aku jadi ipar kau. Doakan untuk perkahwinan kami”, kata Nadirah pula.


“Aku nak minta tolong satu saja Nadirah”, kata Sarah.


“Ya?”.


“Aku harap sangat kau dapat bahagikan masa untuk mak aku. Daniel je yang selalu temankan dia dekat rumah. Sekarang Daniel dah kahwin, mak aku akan keseorangan. Jadi aku harap kau faham”.


Nadirah senyum,“Sarah… mak korang mak aku juga. Aku akan sayang Mak Esah sama macam aku sayang mak ayah aku”.


“Terima kasih Nad…betul kata Fauzi. Kau tak macam aku. Sekarang aku boleh balik ke Australia dengan tenang. Apa-apapun kalau Daniel buat hal beritahu aku. Pandai aku nak sepuk budak tu nanti”, bersungguh-sungguh Sarah berbicara.


Masing-masing ketawa.


Sementara Daniel tersenyum memerhatikan Nadirah dan kakaknya beramah mesra antara satu sama lain.


“Macam itulah baru seronok tengok kan?”, beritahu Fauzi kepada Daniel secara tiba-tiba.


“Eh abang ipar!Terkejut saya”, Daniel mengurut-urut dadanya.


“Hahaha”, Fauzi terhibur.


**


Keluarga Daniel dan Nadirah masih sibuk berkemas-kemas. Sarah juga bersiap-siap untuk pulang memandangkan dia masih ada assignment untuk disiapkan.


“Terima kasih Fauzi hantarkan Sarah pergi KLIA”, beritahu Mak Esah.


“Tak ada hal lah Mak Esah”, kata Fauzi sambil menghidupkan enjin kereta.


“Sarah belajar elok-elok. Mak minta maaf tak dapat nak hantar Sarah sampai KL, tapi Sarah lah satu-satunya anak perempuan mak. Mak sayang Sarah”, peluk Mak Esah.


“Mak!...”, Sarah memeluk erat maknya.


Sarah turut memeluk Daniel dan meminta maaf atas kata-katanya. Daniel juga meminta maaf atas kesalahannya dan turut membalas pelukan kakaknya.


Sarah langsung masuk ke dalam kereta dan Fauzi memandu pergi. Pemergian Sarah disambut dengan lambaian keluarga.


**


Setibanya Sarah dan Fauzi di KLIA, Fauzi membantu Sarah untuk membawa barang. Fauzi dan Sarah sempat makan dan bersembang di Restoran KFC berhampiran.


“Kak Sarah elok-elok dengan mat salleh tu. Kalau dah suka cepat-cepat kahwin. Jangan tunggu lama-lama. Daniel dah potong Kak Sarah dah tu”, usik Fauzi.


“Eh eh! Mana kau tahu ni?”, Sarah tersedak.


Instagramlah…mentang-mentang Mak Esah tak tahu instagram. Diam-diam dia ada pakwe mat salleh”, kata Fauzi lagi.


“Taklah… matsalleh tu buddy learner dengan Kak Sarah. Ada kelab exchange tradition dekat sana. Tapi tulah… kami dalam proses berkenalan antara satu sama lain”, jawab Sarah.


“Fuyoo hahaha”,Fauzi teruja mendengar.


“Kau pun Fauzi… tak ada sesiapa ke selepas aku?”, tanya Kak Sarah.


“Tulah… Kak Sarah paling cantiklah”, Fauzi sengaja memuji Sarah.


“Kau jangan Fauzi!”, Sarah sudah masak dengan perangai Fauzi yang suka mengusik.


“Hahaha… ya ya orang tahu!”, Fauzi ketawa.


Apabila Fauzi ketawa, Sarah turut ketawa, “merepek jelah Fauzi ni…”.


Setelah selesai gelak Fauzi kembali berbicara, “Ada yang Fauzi berkenan dekat kuliah tu tapi Fauzi nak belajar dulu sekarang ni. Mungkin ada juga rasa nak kenal dengan dia.Yalah orangnya macam mana kan…”.


“Hmm yalah betullah tu. Belajar dulu Fauzi”, Sarah turut bersetuju dengan pemikiran Fauzi.


Fauzi tidak sedar yang dirinya dan Sarah diperhati oleh seorang gadis dari jauh.



Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.