BAB 14: Kehidupan Pelajar
Daniel terbaring di bilik. Rais juga tiada memandangkan dia ada perjumpaan bersama 4 orang perempuan kumpulan kerja kursus. Kumpulan Daniel sudah membuat perjumpaan semalam.
Daniel kebosanan. Dia menelefon maknya tidak diangkat. Dia juga takut untuk menelefon isterinya kerana tahu yang isterinya sibuk. Daniel mengeluh. Dia sangat merindui ibu dan isterinya.
Gambar kahwin yang ada di telefon dilihat kembali.
“Mak… Nad…”, Daniel berwajah murung.
Sedang Daniel membelek gambar-gambar di telefon, satu panggilan masuk. Mata Daniel membulat.
“Nadirah?!”.
Pantas Daniel angkat.
“Assalamualaikum sayang”, kata Nadirah.
“Waalaikumsalam Nad! Macam tahu-tahu saja saya homesick”, beritahu Daniel.
Nadirah ketawa kecil, “dah besar pun homesick?”.
Daniel juga ketawa apabila mendengar isterinya ketawa.
“Awak ada dekat asrama ke? Tengah free?”.
“Haah… tak ada buat apa. Lepas saja balik Solat Jumaat saya baring dekat bilik. Kebosanan…”,kata Daniel disertakan dengan keluhan.
“Ohhh kalau macam itu keluarlah. Saya ada dekat luar ni…”, kata Nadirah.
“Ya ke?!!!”, Daniel berbunyi teruja.
“Ya…”, senyum Nadirah.
Nadirah menanti di dalam kereta. Baru sahaja tutup panggilan Daniel sudah mengetuk tingkap.Nadirah terkejut diikuti gelengan kepala. Lock kereta diturunkan. Lalu Daniel membuka pintu kereta di sebelah kiri dan masuk.
“Sayang!”, Daniel langsung memeluk isterinya erat. Nadirah terkesima dan membalas pelukan suaminya. Setelah pelukan mereka dilepaskan, Daniel kembali memandang isterinya yang masih segak berbaju pejabat.
“Oh ya… hari ini awak balik awal ke?”, tanya Daniel sambil senyum memandang isterinya.
“Haah…sepatutnya mak nak ikut sekali, tapi tiba-tiba mak ada perjumpaan muslimah. Mak suruh saya pergi seorang”, cerita Nadirah.
“Ohh…”, Daniel mengangguk.
“Jadi Boss Danny nak pergi mana?”, senyum Nadirah.
Daniel senyum bahagia seraya berkata, “kita pergi makan KFC lah!”.
“Okay Boss!”,sengih Nadirah.
“Pelajaran awak okay?”,tanya Nadirah sambil menikmati makanan di Restoran KFC.
“Okay saja… Cuma rasa tak sabar nak habiskan”, kata Daniel.
“Hahaha kenapa?”, kata-kata Daniel mengingatkan Nadirah pada zaman belajarnya dahulu.
“Hmm nak selalu dengan Nad… dengan mak”, senyum Daniel memandang Nadirah.
Nadirah terdiam. Entah mengapa dia tidak berapa berkenan dengan kenyataan Daniel. Namun, dia hanya buat-buat senyum mendengar luahan Daniel.
**
Fauzi tersenyum kecil melihat seorang gadis sekuliahnya, Laila tersenyum bersama rakan-rakan. Entah apa yang mereka bicarakan. Fauzi sememangnya tertarik dengan gadis sekuliahnya yang bernama Laila. Namun, dia malas hendak berlebih-lebihan terhadap perasaannya.
Cukup-cukuplah dengan pengalaman cinta pertamanya dengan Sarah yang sememangnya menyedihkan hati. Fokusnya hanya untuk belajar dan bergraduasi dengan keputusan cemerlang. Apabila keputusan cemerlang, pinjaman pelajaran pun dapat potongan.
Sedang Fauzi leka memerhatikan Laila, mata Laila turut tertaut pada Fauzi. Fauzi terkesima dan pantas memandang tempat lain.
Setelah habis kelas, Fauzi memasuki bilik kelabnya dan duduk membelek telefon sambil menanti yang lain. Hana yang merupakan ahli kelabnya juga sedang rancak berborak di luar bilik kelab menarik perhatian Fauzi untuk melihat. Mata Fauzi membulat apabila melihat Hana rancak berborak dengan Laila. Setelah selesai berborak Hana masuk ke dalam bilik kelab. Beberapa AJK yang lain juga sudah ada, namun perjumpaan masih belum dapat dimulakan memandangkan pengerusi kelab masih tiada lagi.
“Psstt Hana…”, panggil Fauzi dari jauh dengan gaya membisik.
Hana mengangkat kepalanya, ‘kenapa?!’.
‘Sinilah!’, panggil Fauzi dengan gaya tangannya.
Hana mengeluh memandangkan dia malas hendak berpindah tempat. Hana langsung pergi ke arah Fauzi.
“Hah! Kenapa?”,tanya Hana.
“Hana… kau kenal ke dengan Laila? Kau lain fakulti kan?”, tanya Fauzi.
“Ehh?! Tiba-tiba je?... Hmm kenal dah sama bilik dengan aku”, jawab Hana.
“Kau sama kelas dengan dia ke?”, tanya Hana lagi.
“Sama…”, Fauzi mencebik.
“Ye ke?! Aku tak pernah dengar pasal kau pun daripada Laila?”.
Fauzi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal seraya berkata, “yalah… satu kelas saja dah nak 60 orang… macam mana nak rapat?”.
Hana hanya mengangguk.
Perbualan mereka terhenti apabila pengerusi kelab masuk ke dalam bilik.
“Baik…Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Sedia?”, tanya pengerusi kelab bernama Ali.
Perbincangan mereka bermula. Fauzi merupakan ahli kelab festival dan rekreasi. Ahli merekapun tidak begitu ramai memandangkan pelajar tahun akhir ijazah ramai yang sudah duduk luar dan tidak aktif di dalam kampus. Hanya pelajar-pelajar asrama sepertinya sahaja yang masih aktif untuk mengekalkan merit asrama.
“Jadi… Fauzi,Ahmad, Hana dan Zura… Tahun ini tahun akhir kita. Make this festival memorable! Jangan biarkan Majlis Perwakilan Pelajar yang buat semuanya. Nanti lecturer kata kita tak buat kerja. AJKT yang lain boleh tanya senior kamu kalau ada yang tak tahu”, kata Ali dengan tegas selaku pengerusi kelab.
Jauh di sudut hati Fauzi mengeluh. Sejujurnya dia terpaksa menyertai kelab festival dan rekreasi hanya semata untuk mengumpul merit sahaja. Lagipula, kelabnya tidak begitu aktif pada mulanya memandangkan semuanya dikerjakan oleh pihak MPP. Namun,semenjak Ali dilantik pensyarah untuk menjadi pengerusi kelab. Kelabnya nampak bergerak sedikit. Fauzi sebenarnya malas untuk aktif kerana kerja kursusnya juga ada yang belum siap.
“Fauzi… report kelab mana? Nak tengok”, panggil Ali.
Fauzi selaku setiausaha kelab memberikan apa yang diminta Ali. Ali senyum seraya berkata, “bagus macam inilah report lawa cantik”.
Fauzi hanya tersenyum kambing. Meskipun dia malas tetapi dia ikut sahaja kehendak Ali memandangkan dia ingin mempercepatkan habisnya urusan kelab.
“Berdasarkan report kau ni… kita ada guna khidmat budak multimedia punya barang macam mic dengan audio box. Memang betul dapat ke?”, tanya Ali.
“Dapat… Zura yang minta”, kata Fauzi sambil menunjuk ke arah Zura yang sedang berborak dengan Hana.
Ali mengangguk.
“Fuyooo mana kita dapat Dj ni? Siapa jadi Dj?”, Ali teruja.
“Kawan Ahmad…budak muzik”, jawab Fauzi acuh tak acuh.
“Ohh…”, Ali mengangguk.
“Tapi kita bayar dia RM50 tau”, sampuk Ahmad dari belakang.
“Hah?! Bayar?! Kau tak ada tulis pun Fauzi dalam report ni?!”, Ali mengerutkan kening.
“Aku tak dapat lagi data-data keluar masuk duit tu dari Hana”, Fauzi menunjuk ke arah Hana.
Hana yang berborak dengan Zura memandang ke arah budak lelaki memandangkan namanya disebut-sebut. Hana dapat melihat wajah Ali yang berkerut.
“Apa?..”, kata Hana.
“Hana kau tak keluarkan lagi bajet untuk festival kebudayaan ni?”, tanya Ali.
“Kau lupa ya Ali… Aku cakap yang aku nak bagi esok. Yang kau minta report dekat Fauzi awal kenapa?”, jawab Hana.
“Ya… aku tahu tarikh akhir esok, tapi please make your work effective! Not just efficiency”,kata Ali.
Hana terdiam.
“Okay aku bagi datanya kepada Fauzi petang ni juga”, kata Hana.
“Baik…”, kata Ali lalu keluar.
Fauzi memandang Hana. Dia agak kesian kepada Hana tetapi apakan daya, Ali betul. Hana sememangnya bagus dalam pengurusan wang. Wang kelab tidak pernah hilang dalam pegangan Hana, malah bertambah-tambah. Namun, Hana lambat dari segi catatan wang keluar masuk.
Setelah Ali keluar Fauzi, Hana dan AJKT yang lain turut keluar.
“Sabar ya Hana…budak ijazah pengurusan pejabat memang macam tu. Make it effective not just effeciency!”, ajuk Zura.
Hana ketawa,“hahaha sebiji lah hahah”.
Zura tersenyum melihat Hana senyum.
Seperti biasa AJKT kelab festival dan rekreasi akan bersembang rancak di kafe untuk makan tengahari setelah usai perjumpaan kelab.
“Ali tu memang…budak dekan untuk course dia. Itu yang serius semacam”, kata Ahmad.
“Aku rasa dia mesti anggap kita ni tak boleh diharap… maklumlah kita ahli lama tapi kelab tak jalan. Bila dia masuk jadi pengerusi, dia kerahnya kita ni supaya kelab ni berjalan. Well aku tak salahkan Ali, tapi kita pun sibuk dengan kerja kursus maaing-masing kan. Dia tak bolehlah nak bandingkan kita dengan budak MPP”, luah Fauzi.
“Itulah fasal! MPP ramai budak diploma, asasi… Budak degree dua orang sahaja. Itu pun aku tak rapat sangat. Budak-budak muda, masa mereka pun tak sama macam kita.Tak sesibuk ijazah”, kata Zura pula.
“Aku minta maaflah dekat korang… aku akui yang aku banyak kekurangan. Tapi aku memang sangat sibuk… assignment financial accounting tak siap lagi. Hal asrama lagi sebab aku AJK asrama. Ini petang ni lagi nak bagi kau maklumat duit kelab. Malam ni ada rollcall asrama. Nak cerita dekat Ali pun aku rasa dia tak faham”, luah Hana.
Fauzi rasa bersalah kepada Hana. Dia juga sepatutnya memahami keadaan orang lain. Dia juga tak sesibuk Hana.
“Hana… urusan yang maklumat duit kelab tu kau bagi je esok dekat aku. Pandai-pandai lah aku jawab apa dekat Ali”, kata Fauzi sambil mengaru-garu kepalanya yang tak gatal.
Mata Hanamembulat, “betul ke Fauzi?”.
“Ya…”, Fauzi mencebik.
“Terima kasih…”,sengih Hana.